20 December 2012

Dukun -part 1-




"arghhh arghhhh lepaskan aku arghhh arghhh"

pekikan dan raungan bergema mendadak dirumah Hashim menjelangnya maghrib.suasana tenang bertukar haru biru seketika dirumah hashim.

"kamu kenapa ni zaki?bawa mengucap nak bawa mengucap nak"hashim memeluk anak bongsunya.namun zaki berterusan meronta-ronta meraung dan berterusan meraung.
"lepaskan aku!! arghhh dia milik aku!! lepaskan!!"suara zaki berubah garau.dadanya berombak kencang.mukanya dibasahi peluh.matanya terpejam rapat.mulutnya mula berbuih-buih.darah pula mengalir keluar dari hidung zaki
"abang kenapa dengan anak kita ni bang?"rahimah,isteri hashim mula menangis ketakutan melihat perilaku ganas anaknya itu
"mengucap zaki,mengucap!"pekik hashim
"diam!!!"jerit zaki lalu matanya terbeliak memandang ayahnya
"keluar kau syaitan dari tubuh anak aku!!keluar kau!!"tengking hashim
"aku tak nak!!dia milik aku!!"jerit zaki sambil meronta-ronta
"siapa kau syaitan?siapa yang menghantar kau?siapa yang menyuruh kau merasuk anak aku? keluar kau dari tubuh anak aku!!"jerit hashim sambil memeluk erat anaknya
"kau diam!!"pekik zaki lalu menendang ayahnya.hashim tercampak ke belakang.tubuh kecil zaki tidak memungkinkan zaki untuk menedang hashim hingga terpelanting ke belakang.nyata syaitan yang merasuk zaki ini mempunyai kuasa yang luar biasa
"hahahaha dia milik aku!! hahaha"zaki ketawa sambil mengilai
"lepaskan anak aku syaitan!! Allahuakhbar!!"pekik hashim
"aarghh aaa"zaki terdiri kaku sambil kepalanya terdongak ke atas untuk seketika sebelum zaki terkulai lemah dan jatuh terbaring sambil mulutnya mengeluarkan buih.darah masih mengalir keluar dari hidung zaki
"zaki..zaki.."rahimah menerpa ke arah zaki lalu memeluk anaknya.

zaki merupakan budak lelaki yang ke empat diserang histeria oleh rasukan makhluk ghaib yang menyerang Kampung Permai sejak akhir-akhir ini.seperti budak-budak lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 12 dan 13 tahun,menjelang manghrib mereka akan dirasuk oleh makhluk ghaib.dari mana datangnya makhluk tersebut tidak diketahui oleh penduduk kampung. pelik, hanya remaja lelaki sahaja yang menjadi sasaran makhluk tersebut.bukan wanita dewasa,bukan wanita tua,bukan lelaki dewasa,bukan lelaki tua,bukan anak dara tapi anak teruna.
namun semua budak lelaki tersebut pulih setelah dirawat oleh dukun terkenal di kampung tersebut. hanya dukun tersebut mampu membantu menghalau makhluk tersebut dari berterusan mengangu remaja-remaja lelaki di kampung tersebut.namun setelah itu serangan tersebut akan berlaku kepada remaja lelaki yang lain pula.berterusan begitu.tiada penghujungnya.

"kalau masuk anak si hashim tu,dah empat orang budak laki yang dirasuk makhluk itu"kata razak yang merupakan pelangan setia di warung kopi pak seman
"anak si hashim pun kene?bila?"tanya khalid sambil mencapai nasi lemak di atas meja
"yela,malam tadi aku dengar,anak dia meraung-raung macam orang kene histeria. tu pasti keje setan tu la"kata razak lalu mengeluarkan rokok kreteknya
"isyhh tak boleh jadi ni,dah banyak dah perkara ni berlaku,ape si hashim tu tak bawak anak dia pergi berjumpa dengan dukun wardi?"tanya khalid
"entahlah,aku dah cakap dah kat si hashim tu,suruh bawa anak dia pergi berubat dengan dukun wardi.tapi tak tau le kalau dia pergi ke tidak"kata razak lalu membakar hujung rokok kreteknya

kelibat seorang lelaki berjalan masuk perlahan-lahan ke warung pak seman.baju yang dipakai lelaki itu ditanggalnya lalu dikibas-kibaskan badannya.

"man,bagi kopi kurang manis satu,bagi yang panas-panas"jerit lelaki itu
"siap!"balas pak seman dari dalam dapur
"wuiihh kau tengok badan pak wardi ni,bukan main tegap lagilah,walaupun dah 40an,tapi masih sasa lagi la"puji khalid sambil memandang otot-otot yang tersusun mekar di badan dukun wardi
"mestilah,pak wardi kan dukun handalan,segala syaitan dia boleh lawan sudah tentulah badan dia sasa,bukan macam kau,dah masuk dua bungkus nasi lemak dah kau bedal,perut kau tu aku tengok dah macam spare tyre dah hahaha"razak ketawa
"kamu ni,biasa aja badan ku ini,aku ni kerjanya di kebun,sudah pasti kerjanya berat,sudah tentu badan aku jadi begini"kata dukun wardi dalam dialek indonesia.dukun wardi sudah lama tinggal di malaysia.hampir 10 tahun. sejak kematian isterinya yang merupakan anak kelahiran kampung ini pada awal tahun,selalu dukun wardi datang berkunjung ke warung pak seman untuk minum-minum dan rehat setelah penat bekerja di kebun milik arwah isterinya yang terletak tidak jauh dari warung pak seman.jika arwah isterinya masih hidup,arwah isterinya yang selalu menemaninya di kebun.namun sayang,perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
"ini kopinya"hulur pak seman secawan kopi kepada dukun wardi
"terima kasih"balas dukun wardi
"pak wardi tahu tak, malam semalam zaki,anak si hashim dirasuk syaitan"kata razak
"anaknya si hashim? hashim yang mana?"tanya dukun wardi
"ala si hashim yang kerja menjual barangan runcit di pekan,yang bawa kereta proton gen 2 warna oren"terang khalid
"ooya si hashim yang mobilnya warna jingga itu.ya kenapa? apa anak dia pula dirasuk?"tanya dukun wardi
"ye anak dia kene rasuk"sampuk pak seman
"brengset ini setan,sudah ku pesan jangan di gangunya lagi pria-pria di kampung ini"dukun wardi bengis
"dulu kenapa pak wardi tak hapuskan je syaitan tu?"tanya razak
"sudah ku bilang,ini setan tidak boleh dihapuskan,jika ku hapuskan,sudah pasti budak yang dirasuknya itu mati!"jelas dukun wardi
"ye tak ye juga ye.dari mana syaitan ni datang?siapa yang membelanya?."tanya pak seman
"setan ini tidak mahu bekerjasama,setan ini tetap merahsiakan dari mana asalnya.bila ku tanya dia langsung keluar dari badan budak yang dirasuknya"kata dukun wardi
"habis tu anak hashim ni sudah pak wardi rawat?"tanya khalid
"belum,sebab bapaknya tidak ketemu aku lagi"kata dukun wardi

rahimah berjalan ke arah van milik atan yang membawa muatan barangan basah dan dapur. rahimah ingat memasak sup ayam untuk makan tengahari nanti. anak sulungnya sudah berkahwin dan kini menetap di Kuala Lumpur bersama isterinya,hanya musim perayaan sahaja baru anak sulungnya,Zali pulang ke kampung. anak daranya pula sibuk belajar di menara gading.Sofiah kini pelajar semester ke-3 dalam bidang jurusan Pemasaran di UiTM Shah Alam.hanya cuti semester sahaja baru pulang ke kampung. hanya anak bongsunya yang kini belajar di tahun 6 tinggal bersama rahimah dan suaminya di kampung ini. kejadian pada malam semalam benar-benar merungsingkan rahimah.

"kak mah menungkan apa tu?nak beli ke tidak?"tanya atan sambil menghulurkan beg palstik kepada rahimah
"ye ye akak nak beli lah ni"kata rahimah sambil mematikan lamunannya
"kau fikirkan apa tu imah,pasal anak kau ke?"tanya khadijah
"yela kak tijah,risau lak saya,anak saya pula yang kene kacau"kata rahimah
"kenapa ni kak mah?anak kak mah kene apa?"atan menyampuk
"ni anak si imah ni,kene rasuk dengan hantu yang selalu merasuk budak-budak lelaki kat kampung kita ni."kata khadijah
"anak akak pun kena?dah berubat ke belum?"tanya atan
"belum lagi,tapi akak rasa si zaki tu dah elok dah,elok je ke sekolah hari ni"kata rahimah nak menyenangkan hatinya
"yeke?kau kene ingat imah,anak si latifah pun macam tu juga dulu. Mula-mula dirasuk kemudian baik.lepas tu dirasuknya lagi,lepas tu baik.sampaikan kurus budak tu jadinya,lepas je berubat dengan dukun.barulah baik budak tu"kata khadijah sambil membelek-belek daun sawi
"yela kak,betul tu,baik akak pergi berubat dengan dukun..dukun apa ye namanya?"atan cuba mengingat
"dukun pak wardi"sampuk watie yang tiba-tiba muncul
"haiii watie, baru sekarang nampak kau keluar,pagi tadi masa aku beri ayam aku makan tak nampak pun kelibat kau menyiram pokok kacang panjang kau tu"kata khadijah
"nak siram ape lagi kak,bukan ke awal subuh tadi dah hujan,tak payah le saya nak menyiramnya lagi"kata watie lalu mengambil beg plastik dari tangan atan
"ye tak ye juga ye"kata khadijah
"beginilah kak imah,lebih baik kak imah rujuk pada dukun pak wardi tu.biar dia membantu menghalau hantu tu.biar dia buat pendinding kat rumah akak ni"kata atan
"betul tu imah,nasib baik aku hanya ada anak perempuan je.itu pun aku risau juga.aku nak minta dukun pak wardi tu buat pendinding kat rumah aku tu."kata watie bersunguh-sunguh
"ni sekilo ikan kembung ni berapa?aku nak masak asam pedas ni,abang leman kau tu suruh aku masak asam pedas tengahari ni"kata khadijah
"sekilo rm6 je"jawab atan
"hurmm aku fikir macam tu juga,tapi bang hashim tu,aku kene tanya dia dulu."kata rahimah

"tak payah,syirik awak tau tak.kita minta je pak iman yang bantu halaukan syaitan tu.biar pak iman hapuskan sekali syaitan tu nanti"hashim membantah
"bukan apa bang,dulu ada juga orang yang minta pak imam bantu mereka waktu anak mereka dirasuk,tapi tak berjaya kan. sampai rujuk pada dukun wardi tu,baru berhasil"kata rahimah sambil menuangkan air ke gelas suaminya
"saya percaya kali ni pasti pak imam tu berjaya menangkap syaitan ni"kata hashim lalu menceduk siput sedut masak lemak ke dalam pingannya
"ikut abangla,saya cuma harap zaki tak apa-apa je"kata rahimah

pintu dapur terbuka.kelihatan zaki berjalan lemah ke meja makan.

-bersambung-


p/s: tolong komen kalo korang rasa cerita cam.....hurmm.. korang komen jela..

10 comments:

  1. A story full of mystery, nice one. I like it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ..keep reading it to know the mystery of this story

      Delete
  2. Best gak intronya

    ReplyDelete
  3. Intro dah menarik bro, x boring... Harap isinya lebih baik... all the best Khuzai!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx bro..harap-harap part2 akan dtg buatkn anda lebih terhibur bila membacanya nanti..

      Delete
    2. terima kasih banyak2 sebab sudi baca dan jenguk blog sy selalu..thanx bro

      Delete
  4. part lain..klik kat newer post ok. tq

    ReplyDelete