04 January 2013

Dukun -part 5-


Cahaya mentari kembali menyinar hangat,awan mendung yang menutupi cahaya mentari tadi beranjak perlahan menjauhi mentari.bunyi ungas bersilih ganti dengan riang-riang.pokok bunga seri pagi merunduk layu ke bumi.cuaca hangat membuatkan bunga seri pagi layu.khadijah dan watie berjalan beriringan membawa semangkuk lauk yang ditutupi dengan daun pisang.masak gulai daging lembu dibawa watie ditutupi dengan surat khabar manakala sambal tumis udang dibawa khadijah ditutupi dengan daun pisang.mereka berjalan lambat ke rumah rahimah yang dari pagi tadi sunyi.

"Assalamualaikum imah..ooh imah"watie memberi salam
"Waalaikumsalam,jemputlah naik"seketika kemudiaan muncul rahimah membuka pintu rumah.
"ni aku ada masak gulai daging lebih sikit"hulur watie
"aku pula ada masak sambal udang ni"kata khadijah
"buat susah-susah jela kakak dengan watie ni"kata rahimah
"tak de susahlah,aku faham,kau sibuk menjaga anak kau,mana ada masa nak masak"kata khadijah
setelah lauk tersebut di letakkan di bawah tudung saji,rahimah kemudian berjalan membawa sedulang air dan biskut kembali ke ruang tengah rumah,tempat zaki sedang tidur dan watie serta khadijah.
"aku tengok si zaki ni,makin kurus,muka dia pun makin cengkung"kata watie
"betul kata watie ni,kesian aku tengok zaki ni,tak lama lagi budak ni nak UPSR,macam mana lah nak belajar kalau asyik dirasuk je"kata khadijah
"entahlah kak,saya pun tak tahu nak buat apa lagi dah"kata rahimah lalu menuangkan gelas dengan air sirap.
"aku rasa,kalau budak ni dibawa jumpa dukun pak wardi tu,dah lama dia sihat"kata watie
"betul kata si watie ni imah,kau bawalah anak kau berjumpa dengan dukun tu.Insyallah budak ni akan sembuh"kata khadijah
"saya dah cakap dengan abang hashim"kata rahimah
"habis tu?apa kata laki kau tu?tetap bertegas nak biarkan begini?tak nak bawa berjumpa dengan dukun tu?"tanya watie tanpa henti
rahimah terdiam lalu memandang anaknya yang sedang nyenyak tidur.rambut zaki dilurut perlahan-lahan dengan tangan rahimah.mata rahimah mula bergenang air. watie dan khadijah hanya memandang sayu keadaan zaki dan rahimah.

tiba-tiba zaki terbatuk-batuk,dadanya berombak kencang.segumpal darah merah kehitaman terpancut keluar dari mulut zaki.zaki berterusan batuk.air mata zaki mengalir.

"Ya ALLAH imah,kenapa dengan zaki ni??" tanya watie yang mula panik
"tolong aku"rahimah mengesat air matanya
darah mula mengalir keluar dengan banyaknya dari hidung zaki
"tak boleh jadi ni,makin teruk aku tengok budak ni"kata khadijah memaut kaki zaki yang mula meronta menendang-nendang.
"banyak darah yang keluar ni!"jerit watie
"watie kau pergi panggil razak,aku rasa baik kita bawa budak ni ke klinik atau hospital.dah makin teruk dah ni!"khadijah berkata.selendang yang dipakai khadijah mula terlucut dari kepalanya.jelas kelihatan uban-uban putih dirambutnya.zaki meronta ganas sambil terbatuk-batuk.
"akak,macam mana ni,anak saya ni kenapa ni kak?"rahimah menangis sambil mengusap dada zaki.
"kau pegang tangan zaki tu! biar kita bawa zaki ni ke hospital!"kata khadijah
"kenapa ni kak?kenapa dengan zaki ni?"tanya razak yang muncul di muka pintu
"razak,kita bawa budak ni ke hospital sekarang,darah dah banyak yang keluar ni!"arah khadijah
"nak bawa macam mana?saya mana ada kereta"kata razak
"pakai kereta akak la,watie kau pergi ambil kunci kereta aku kat dalam bilik,kunci kereta ada kat atas meja tu"arah rahimah

                ~    ~    ~

setelah mematikan enjin motorsikal modenas kriss miliknya.hashim melangkah perlahan meniti tebing-tebing batas pokok timun dan cili.hashim mencari dimakah dukun pak wardi berada. mengikut kata razak dan khalid tadi semasa hashim duduk minum sebentar di warung pak seman,dukun pak wardi ada di kebun pada waktu-waktu begini. hashim menagatur langkah dengan berhati-hati,takut jika tersilap langkah dan akan jatuh ke dalam parit di tepi tebing batas itu. hashim terlihat sebuah pondok papan di tengah kebun dibawah pokok nangka.hashim segera kesitu,namun dia sedikit terkejut melihat seorang budak lelaki keluar dari pondok itu bersama dengan dukun pak wardi. budak lelaki itu juga terkejut melihat hashim.

setelah hampir 30 minit,akhirnya seorang doktor perempuan keluar dari bilik wad kecemasan. doktor tersebut menghampiri rahimah.

"doktor,bagaimana keadaan anak saya doktor?dia selamat ke?"tanya rahimah sambil di ikuti watie dan razak
"anak puan selamat.cuma keadaannya masih belum stabil.mujur puan segera membawa anak puan ke hospital,jika dibiarkan,anak puan dalam bahaya.anak puan kehilangan begitu banyak darah."kata doktor
"habis tu anak saya tak de apa-apa kan?"tanya rahimah
"anak puan masih dalam rawatan ICU,bila keadaannya kembali stabil,pihak kami akan pindahkan anak puan ke wad biasa.buat masa sekarang,anak puan perlu banyak berehat agar tekanan darah dalam badan kembali normal,kami sudah masuk kan darah dalam badan anak puan bagi mengantikan darah yang telah keluar."terang doktor itu
"apa sakit anak saya doktor?"soal rahimah lagi
"buat masa sekarang,kami masih tak dapat nak pastikan apa penyakit anak puan,dan kami masih menyiasat punca darah dalam badan anak puan yang keluar mendadak secara tiba-tiba."ujar doktor
"tapi anak saya selamatkan doktor?"rahimah inginkan kepastian
"ye,buat masa sekarang anak puan selamat.cuma kami tidak membenarkan sesiapa untuk melawatnya,keadaannya masih belum stabil.puan banyakkan bersabar dan berdoa,agar anak puan stabil ye.maafkan saya,saya ada pesakit lain untuk di periksa"kata doktor itu lalu berjalan laju meninggalkan rahimah,watie dan razak.
"sabarlah imah,aku yakin anak kau selamat"kata watie lalu mengusap bahu rahimah
"kenapa teruk sangat anak aku?kenapa teruk sangat jadinya?"rahimah menangis memeluk watie

                ~    ~    ~

"Assalamulaikum pak wardi"tegur hashim memberi salam
"Waalaikumsalam"jawab pak wardi sambil tersenyum
"saya balik dulu pak"kata budak lelaki itu lalu berlari meninggalkan hashim dan pak wardi
"siapa budak itu pak?"tanya hashim
"oh fitri,dia itu anaknya si rushdi,dia datang berjumpa dengan aku.katanya ibunya ingin membeli setandan pisang tanduk.jadi petang ini akan ku hantar ke rumahnya nanti"jawab pak wardi sambil tersenyum.senyuman pak wardi cukup manis walaupun gigi pak wardi sedikit kekuningan kerana selalu mengunyah sirih.
"oh macam tu,ini saya ada hajat ni"kata hashim
"oh iya?ayuh jemput duduk dulu di pondok aku ini"jemput pak wardi
"eh tak pela pak wardi,saya pun tak boleh lama ni"hashim memberi alasan
"oh begitu,jadi katakan saja apa hajat kamu datang kemari?"tanya pak wardi sambil mengibas-gibas badannya dengan baju
"anak saya sakit pak,dia dirasuk.."
"oleh setan yang selalu merasuk laki-laki di kampung ini? iya aku sudah tahu,jadi kamu mau bantuan dari aku gitu?"
"ye pak,kalau boleh bapak bantu saya ye"
"bisa aja,tidak apa-apa kok kalau aku bantuin kamu,jika begitu,lewat sore nanti sebelum maghrib aku datang ke rumah kamu ya"kata pak wardi
"ya terima kasih ye pak"kata hashim
"sama-sama"
"kalau begitu saya beransur dulu ye"kata hashim lalu bersalaman dengan pak wardi
"baik"

hashim kemudian bergerak kembali ke motorsikalnya.hati hashim sedikit senang bila dukun pak wardi sudi membantunya. pak wardi kemudian berjalan kembali ke pondoknya. setandan pisang yang diambilnya dari pokok tadi diletak ke dalam pondok. seluar yang di pakainya lalu ditanggal. seluar dalam yang sedikit basah dengan lendiran itu dilucutkannya lalu dicampak ke dalam sebuah bakul rotan.setelah itu, seluar tadi dipakainya semula. pak wardi duduk ditangga pondok sambil membakar hujung rokok.asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

"Akhirnya!"kata pak wardi lalu tersenyum sendirian.

                ~    ~    ~

Khadijah mengunci pintu rumah hashim.selendang yang dipakainya sedikit longgar lalu di ikatnya ketat melilit lehernya. khadijah sedikit terkejut mendengar bunyi motorsikal meluru masuk ke kawasan halaman rumah hashim.

"Haaii kak tijah,buat apa kat rumah saya ni,mana si rahimah?"tanya hashim lalu mematikan enjin motorsikalnya
"aku baru je selesai mencuci darah zaki kat ruang tamu rumah kamu ni"kata khadijah lalu berjalan turun dari tangga rumah hashim
"darah?kenapa dengan anak saya kak?"tanya hashim
"anak kamu tu sakit teruk dah.batuk-batuk keluar darah,banyak pula tu.bini kamu dengan watie dah bawa anak kamu ke hospital,razak yang membawanya guna kereta kamu"kata khadijah
"Astaghfirullah Al-Azim!! biar betul kak?"hashim terkejut besar
"betul hashim,zaki dah dibawa ke hospital,darah keluar tak henti-henti!"khadijah beria-ia


~bersambung~

No comments:

Post a Comment