07 January 2013

Dukun -part 6-


Setelah keluar dari kereta,pintu pagar rumah dikunci Zackruddin. kereta Honda Jazz miliknya berbunyi ketika zackruddin menekan kekunci di alat kawalan jauh.loceng pintu rumah di tekannya sambil kakinya menanggalkan kasut kulit hitam yang dipakainya.beg sandang bewarna hitam itu dipegangnya kemas-kemas.

"Abang dah balik?"tanya Khairunisah,isteri zackruddin.
"sudah sayang,tak akan lah abang baru nak keluar?"zackruddin berseloroh
"hehe abang ni,abang pergi mandi dulu,lepas tu nanti kita boleh makan sama-sama"kata khairunisah yang mengambil beg sandang dari tangan suaminya.
"baiklah,lagipun abang ada hal nak dibicarakan dengan sayang"kata zackruddin lalu berjalan ke tangga untuk ke tingkat atas.
"yeke?ermm sayang pun ada hal nak beritahu abang juga"kata khairunisah ketika melihat suaminya berjalan ke tangga
setelah pintu bilik air ditutup zackruddin. dia menanggalkan tuala yang melilit pingangnya.pancuran air dari pemanas air membasahi lantai bilik air.tuala tersebut di sangkutnya di penyangkut di belakang pintu bilik air.
sambil badan zackruddin dibasahi air,fikirannya jauh melayang memikirkan berita yang diterimanya tadi.berat benar dirasakannya untuk menerima berita tersebut.

khairunisah menceduk nasi ke dalam pingan suaminya.mata suaminya tidak lari dari memandang wajahnya.
"dah makanlah,asyik pandang kita je"gomel khairunisah yang mukanya mula kemerah-merahan malu akibat ditatap suaminya.
"hampir tujuh jam abang tak dapat tatap wajah sayang,jadi sekarang biarlah abang tatap sepuasnya,bagi hilang sedikit rasa rindu ni"kata zackruddin
"issyhh abang ni,jiwang sangat,tak berubah langsung walaupun dah kawin"kata khairunisah

Perkahwinan zackhruddin dengan wanita pilihannya sudah menjangkau 2 tahun.zackruddin berkenalan dengan khairunisah sejak belajar di Universiti,perkenalan mereka membibitkan bunga-bunga cinta.setelah tamat pengajian mereka,akhirnya setelah zackruddin sudah bekerja sebagai cikgu dan khairunisah pula bekerja sebagai akauntan,mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.walaupun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata,mereka tetap bahagia seperti waktu mula-mula berkenalan.cinta mereka tetap mekar.walaupun ada bisik-bisik mengatakan mereka ini bermasalah untuk mendapatkan cahaya mata namun mereka tetap bersama,menghadapi dengan tenang.tidak mudah melenting.walaupun keluarga kedua-dua belah mereka sering menyalahkan mereka sebab masih tidak dapat anak,mereka tetap bersabar.mereka sering berangapan belum ada rezeki dari Illahi untuk mereka mendapat anak.

"perkara apa yang abang nak bincangkan?adakah sebab ibu abang mendesak suapaya kita mengambil anak angkat ke?"soal khairunisah
"bukan begitu sayang.tapi perkara lain"kata zackruddin sambil melihat isterinya menceduk lauk ikan tenggiri ke dalam pingannya
"habis tu?"tanya khairunisah
"abang harap sayang..eh kejap,sayang cakap tadi sayang ada hal nak beritahu abang bukan?cakaplah dulu"pinta zackruddin
"ala abang ni,abang lah cakaplah dulu"suruh khairunisah
"ermm baiklah.abang harap sayang ok,sebenarnya pagi tadi abang ada terima surat daripada kementerian.."
"abang naik pangkat ke?"potong khairunisah
"isyhh bagilah abang habis cakap dulu"
"ok"
"abang sebenarnya di arahkan untuk mengajar di tempat lain"kata zackruddin sunggul
"kat mana bang?"
"di kawasan pinggir bandar,di sebuah sekolah rendah di kawasan kampung."
"oh begitu"khairunisah seakan hampa
"ermm minggu depan abang kene pergi sana sayang.untuk uruskan pendaftaran masuk dan mula mengajar"
"tak boleh tolak ke?"
"tak boleh,abang kene pergi juga.ini adalah arahan daripada kementerian"
"susahnya kalau begitu nanti"kata khairunisah
"itulah..tadi sayang ada hal nak beritahu abang,cakaplah"kata zackruddin cuba untuk tersenyum
"sayang dapat naik pangkat"
"wah tahniah sayang!abang gembira untuk itu"kata zackruddin gembira
"ye,terima kasih.tapi,susahkan sebab abang kene pergi mengajar ke tempat lain,jauh pula tu"kata khairunisah
"tak jauh sangat sayang,di johor sahaja"kata zackruddin
"jauhla tu abang.kita duduk di KL."
zackruddin tidak bersuara
"berapa lama abang mengajar di sana?"tanya khairunisah
"tak tahu,mereka tak nyatakan pula sampai bila.ermm sayang ikut abangla,kita duduk disana,nanti sayang minta lah transfer ke sana"cadang zackruddin
"tak boleh bang,saya dah dinaikkan pangkat,sudah tentu saya kene kerja disini,di pejabat induk"kata khairunisah

                ~    ~    ~

Sekumpulan kanak-kanak kelihatan berlari-lari laju melalui depan warung pak seman. Kebiasaannya setelah kanak-kanak tersebut selesai mengaji dan belajar agama di surau,mereka akan pulang terus ke rumah. malam itu ada lebih kurang tujuh atau lapan orang kanak-kanak yang sudah selesai mengaji di surau yang tidak jauh dari warung pak seman.

"Pak Seman, teh tarik kurang manis satu,biar buih banyak-banyak"jerit khalid ketika berjalan masuk ke dalam warung pak seman.
"siap!"balas pak seman di dalam dapur
"wei khalid baru sekarang nampak batang hidung kau ek"kata razak yang duduk bersila di meja makan.
"aku baru balik dari Kuala Lumpur,bapa saudara aku buat kenduri.tiga hari aku kat sana."kata khalid lalu duduk disebelah razak
"patutlah dah lama tak nampak kau"kata razak lalu melipat surat khabar yang dibacanya tadi
"ajak,bagi aku surat khabar tu.aku nak baca"pinta Kudin
"apa jadi kat kampung ni?aku dengar cerita teruk anak si hashim kene rasuk,sampai masuk hospital"kata khalid
"mane tak teruknya,budak tu kene rasuk sampai hantu tu bawa budak tu ke hutan.lepas tu dirasuknya budak tu sampai keluar banyak darah.aku la yang hantar budak tu ke hospital hari tu. itu pun belum keluar lagi,ada budak tu kat dalam hospital"kata razak
"isyh teruk tu"kata khalid
"teruk-teruk macam tu pun,si hashim masih tak bawa anak dia jumpa dukun wardi.kesian aku tengok budak tu"kata pak seman lalu datang membawa segelas air teh tarik yang dipesan khalid
"laa yeke,makin melaratla sakit budak tu nanti"kata khalid
"aku pun tak tau la si hashim tu,nak kata alim tak nampak pun cirinya,tapi beria-ia sangat tak nak pak wardi tu tolong dia.syirik katanya"razak berkata
"syirik konon. syirik-syirik pun hanya dukun tu je yang boleh halau hantu tu."kata khalid
"aku rasa lah,aku tau dari mana datangnya hantu tu"sampuk kudin
"dari mana kudin?"tanya pak seman
"dari mana lagi kalau tak dari kampung sebelah."kata kudin lalu duduk di sebelah pak seman
"mana kau tau?kau jangan main tuduh je kudin,kang tak pasal-pasal perang besar kita dengan kampung sebelah tu"cakap khalid
"kau ingat tak waktu anak hashim tu kene rasuk,hantu tu bawa lari budak tu sampai ke hutan,hutan tu pula dekat hujung kampung bersebelahan dengan kampung sebelah.kat kampung sebelah tu pun aku dengar cerita ada orang ni bela saka.tu mesti saka dia la tu"cerita kudin
"ermm pernah juga aku dengar dulu cerita saka ni,ada orang kat kampung sebelah tu yang bela saka ni.tapi dia dah buang dah saka tu"kata pak seman
"memanglah orang tu dah buang saka tu. sebab itulah saka tu mencari mangsanya disini. seingat aku juga orang tu buang saka dia dengan tanam saka dia tu kat tengah hutan yang tempat anak hashim ni dibawa lari."kata kudin
"ye tak ye juga ye,baru sekarang aku ingat.memang waktu orang kampung jumpa budak tu tengah terlentang kat tengah hutan."sampuk razak
"kan betul,ini memang keje saka orang tu la.dah tak de tuan yang nak jaga makan minum saka tu,apa lagi saka tu pun mencari lah mangsanya untuk dimakan"kata kudin

sebuah kereta perodua myvi kelabu berhenti di depan warung pak seman. perbualan mereka terhenti. kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.

"pak seman,bungkuskan saya mee goreng dua,air milo ais dua ye"kata zali ketika berjalan masuk ke dalam warung pak seman.
"baik"kata pak seman lalu berdiri
"lama tak nampak kau zali,sejak duduk di Kuala Lumpur aku tengok kau dah pakai kereta baru dah"kata khalid
"itu kereta bini aku la,aku masih lagi guna kereta wira aku tu"kata zali lalu bersalaman dengan mereka.
"adik kau dah baik ke?"tanya razak
"dah makin elok dah,petang tadi aku pergi hantar mak aku kat hospital,tengok ok je budak tu."kata zali
"bila adik kau boleh keluar hospital?"tanya khalid
"dua hari lagi.lepas je aku bawa adik aku balik rumah nanti petang tu aku dah kene gerak balik ke KL"kata zali
“laa sekejap je kau balik kampung”kata razak
“habis tu,aku dengan bini aku dah start keje hari isnin,tu yang aku kene balik ahad ni”kata zali
"lepas ni baik kau bawa adik kau jumpa dukun pak wardi.biar dia ubatkan adik kau tu"kata kudin
"aku dah cakap kat ayah aku dah.dia kata nanti dia bawa adik aku jumpa dukun tu"kata zali
"baguslah kalau begitu.kalau dibiarkan lagi,makin melaratlah sakit budak tu"kata razak.
"betul kata ajak ni.tak pasal-pasal nanti saka tu makan lagi darah adik kau tu"kata kudin
"saka?saka mana pula ni?"zali hairan
"saka yang selalu rasuk budak-budak lelaki kat kampung ni la,saka yang duduk kat dalam hutan tempat zaki dijumpai dulu.aku memang yakin saka ni yang buat onar"terang kudin lagi
"sejak bila kampung kita ni ada saka?"soal zali
"tu lah kau,dah lama sangat duduk kat KL tu sampai tak ambil tau hal-hal kat kampung ni"kata khalid

                ~    ~    ~

Pak wardi memandang ke langit yang semakin gelap.cahaya matahari mula terbenam di ufuk barat.angin sepoi-sepoi bertiup.hashim dan rahimah memandang hairan melihat pak wardi tidak memandang langit di hadapan halaman rumah mereka.pak wardi kemudiannya mencampakkan sesuatau serbuk putih ke udara,lalu ditiup-tiupnya hingga hilang serbuk itu.

"tutup semua pintu dan tingkap di rumah ini"arah pak wardi lalu masuk ke dalam rumah
"baik"kata rahimah dan hashim serentak
"apa anak kamu sudah mandi?"tanya pak wardi kepada hashim
"sudah pak,ada di dalam bilik sedang memakai baju"kata hashim
"suruh dia pakey kain aja."arah pak wardi
"baik pak,saya pergi beritahu dia"kata rahimah
"sebentar lagi masuk waktunya maghrib,kita solat dahulu,kemudian biarin aku aja yang urusin segalanya"kata pak wardi

Setelah selesai berkumandangnya azan maghrib,pak wardi mengimamkan solat maghrib.zaki turut sama bersolat.setelah selesai solat.pak wardi membacakan doa.setelah selesai doa dibaca,pak wardi menyuruh zaki masuk ke dalam bilik,manakala hashim dan rahimah diminta tunggu di luar bilik. pak wardi berpesan kepada mereka.walau apa pun yang terjadi,jangan sesekali masuk ke dalam bilik zaki.tunggu sehingga pak wardi keluar.khuatir jika berlaku perkara yang tidak diingini. pak wardi kemudiannya mengeluarkan tempat kemenyan lalu meletakkan beberapa butir kemenyan di dalamnya.setelah kemenyan dibakar pak wardi kemudian mengasapkan diseluruh kawsan ruang tamu rumah hashim.setelah selesai pak wardi kemudian masuk ke dalam bilik zaki.pintu bilik di kunci pak wardi. zaki yang sedang duduk bersila di atas katil mengigil ketakutan.

"ngak usah takut. bapak kan ada disini"kata pak wardi membahasakan dirinya sebagai bapak kepada zaki.zaki menanguk faham.

"apa agaknya pak wardi tu buat bang?"tanya rahimah
"entah.kita tunggu jelah.harap zaki menjadi baiklah"jawab hashim

pak wardi mula membaca jampi.asap kemenyan mula memenuhi ruang dalam bilik zaki.zaki masih mengigil melihat pak wardi.pak wardi memjamkan matanya,mulutnya tidak henti terkumat-kamit membaca jampi. angin menderu kuat masuk ke dalam bilik zaki bila tingkap di bilik itu tiba-tiba terbuka.zaki terkejut,dadanya berombak kencang.matanya mula dipenuhi air jernih.zaki memeluk pehanya kuat-kuat. pak wardi bangun lalu pergi menutup tingkap bilik. pak wardi menanggalkan baju yang dipakainya. pak wardi kembali memejamkan mata sambil membaca jampi serapah. tiba-tiba lampu dibilik zaki terpadam.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment