10 January 2013

Dukun -part 7-





Setelah suis lampu bilik dipetik pak wardi,pintu bilik zaki akhirnya terbuka.pak wardi keluar lalu menyuruh rahimah mengambil secawan air masak.setelah itu,pak wardi menutup kembali pintu bilik dan menyuruh zaki minum air yang sudah dijampinya.setelah itu pak wardi menyuruh zaki membuka mata.mata zaki terkebil-kebil silau dek pancaran cahaya lampu pada syiling rumahnya.

"sudah ambil tuala kamu,kemudian mandi.jangan sesekali kamu bilang sama ibu dan ayah kamu tentang cara aku mengubatimu,kerna setan itu terus mendengar dan akan kembali mengangumu jika kamu bocori cara perubatanku ini.setan itu pandai,bila dia tau caraku nanti dia akan belajar untuk menandingiku.dan jika itu berlaku,kamu juga akan jadi mangsanya kembali.kamu mahu?"tanya pak wardi
"tak nak pak,saya takut"kata zaki ketakutan sambil menelan air liurnnya yang masih dirasakan masam dan masin serta sedikit hanyir

rahimah membawa dulang berisi cawan,seteko air kopi dan kuih bahulu ke ruang tamu tempat pak wardi dan hashim sedang berbual-bual.

lama juga ye pak wardi didalam tadi.hampir sejam lebih”kata hashim sambil memandang rahimah menuangkan air kopi ke dalam cawan
"agak sukar tadi.kerna anak kamu ini sudah terlalu lama dibiarin begitu.setan itu sudah begitu selesa dengan tubuh anakmu,puas juga aku mengusirnya.walaupun berjaya,tapi aku dapat rasa setan ini bakalin kembali dan menjamah darah anak kamu lagi"kata pak wardi
patutlah zaki jadi kurus,sebab hantu ni isap darah zaki rupanya”sampuk rahimah
iya benar tu.setan ini amat gemar akan darahnya anak teruna seperti zaki itu.”kata pak wardi lalu menghirup air kopi panas
"tolonglah dukun pak wardi,tolong saya halau syaitan itu dari terus mengangu anak saya"pinta hashim
"boleh,tapi selepas ini,anak kamu harus dibawa ketempat aku untuk berubat lagi.kerna pendinding dirumah kamu ini sudah rapuh,mudah bagi setan untuk masuk mengangunya lagi"kata pak wardi
"baik,boleh saja pak wardi.ini ada kuihnya,jemput makan ya"jemput rahimah kemudian bersila disebelah suaminya

zaki yang selesai mandi berjalan ke dalam biliknya.zaki sempat tersenyum ke arah pak wardi dan ibubapanya. pak wardi membalas senyumannya.setelah pak wardi pulang,ibu bapa zaki mengajukan pelbagai soalan kepadanya,bertanyakan apa yang pak wardi lakukan untuk menghalau mahkluk halus yang menghantui zaki.namun zaki menegaskan bahawa pak wardi tidak membenarkannya untuk bercerita lanjut khuatir jika cara rawatanya di ketahui makhluk tersebut.

~ ~ ~

Tepat pada pukul 7.30 pagi,perhimpunan sekolah pun selesai,murid-murid di sekolah kebangsaan permai itu berjalan masuk ke kelas masing-masing mengikut aturan.

Pagi-pagi lagi kelas 6 Bestari sudah riuh dengan keadaan murid-muridnya yang tidak terkawal,ada yang berlari-lari,ada yang berborak,ada yang menyanyi dan bergendang mengunakan meja,ada juga yang sibuk menyiapkan kerja rumah dengan meniru dari rakan yang lain.

zaki tak datang sekolah ke hari ni?”tanya Shadi kepada yunus
tak lah,dia kan sakit.baru je keluar hospital”kata yunus sambil mengikat tali lehernya
dah baik ke belum dia tu?”tanya shadi lagi
belum lah,dia kene berubat dengan dukun dulu baru baik”kata yunus
kesian aku tengok zaki tu,aku takutlah kalau-kalau lepas ni aku lak yang kene”shadi gelisah
kau suruhlah bapa kau jumpa dukun suruh baca jampi kat rumah kau tu”kata yunus

perbualan mereka terhenti sejurus melihat seorang lelaki kacak berpakaian kemas masuk ke dalam kelas mereka.semua murid kelihatan terpinga-pinga sebentar.yunus segera berdiri

Selamat Pagi cikgu”ucap yunus dengan lantang selaku ketua darjah
selamat pagi,semua duduk”arah Zackruddin
zackruddin memandang segenap pelusuk kelas.semua murid senyap,ada juga yang berbisik-bisik
baiklah semua,saya merupakan cikgu baru yang akan mengajar kamu semua subjek Matematik,nama saya cikgu Zackruddin saya merupakan cikgu dari sekolah di Kuala Lumpur yang dipindahkan ke sini untuk mengajar kamu”kata Zackruddin lalu menulis namanya di papan hitam
seperti mana yang kamu semua sedia maklum,cikgu Aisyah yang mengajar kamu matematik sebelum ini,sudah pun berpindah jadi saya lah yang akan mengajar kamu matematik sekarang.faham?”zackruddin tegas
faham cikgu”jawab semua murid
baiklah,memandangkan saya baru disini,saya belum kenal kamu semua lagi,sekarang saya nak minta seorang-seorang berdiri dan memperkenalkan diri kamu kepada saya,bermula dari kamu yang duduk dihujung sana”tunjuk zackruddin ke arah seorang murid perempuan.

seorang demi seorang murid di dalam kelas 6 bestari berdiri dan memperkenalkan diri. Zackruddin mengira jumlah pelajar di dalam kelas tersebut dan membahagikannya kepada beberapa kumpulan.

ok sekarang saya nak kamu semua duduk dalam kumpulan masing-masing”arah zackruddin
pelajar mula berdiri dan bergerak ke kumpulan yang telah di bahagikan.
saya suruh kamu bergerak je,tak payahlah nak bising-bising”tegas zackruddin bila melihat keadaan menjadi sedikit riuh
ok semua dah berada dalam kumpulan ye?semua ahli kumpulan cukupkan?”tanya Zackruddin
cikgu kumpulan saya tak cukuplah cikgu,tak cukup lagi seorang”adu athirah
nanti zaki datang sekolah biarlah dia masuk kumpulan kau”kata yunus
zaki?sape zaki?”tanya zackruddin
dia tak hadir hari ni cikgu”kata yunus
kenapa dia tak hadir?”tanya zackruddin
dia sakit cikgu.dia kene rasuk”jawab yunus
rasuk?”zackruddin pelik
ye cikgu dia kene rasuk”kata yunus
dia kene rasuk dengan hantu cikgu.kat kampung ni ada hantu cikgu.hantu tu selalu merasuk budak-budak kat kampung ni cikgu”sampuk ahmad
kamu ni pandai-pandai je cakap dia kene rasuk”zackruddin tidak percaya
betul cikgu,hantu tu selalu rasuk budak lelaki cikgu.”kata athirah pula
hurmm yela,pape jelah.sekarang ni saya nak kamu lantik ketua bagi kumpulan kamu dan ketua kumpulan datang ke depan ambil kertas ni bagi ahlinya dan jawab soalan dalam kertas tersebut.15 minit lagi saya nak kamu semua hantar.saya nak keluar sekejap”kata zackruddin lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya yang bergetar dari tadi lagi.

~ ~ ~

Rahimah berjalan ke arah van atan yang parkir di tepi jalan berdekatan dengan rumahnya. Kelihatan khadijah,watie dan suri sedang rancak berborak sambil memilih-milih barangan untuk dibeli

haa panjang pun umur si imah ni,kami baru je bercakap pasal kau mah”kata khadijah ketika melihat rahimah jalan berlengang ke arahnya.
mengumpat saya la tu”kata rahimah
isyhh kau ni imah,mengumpat apanya pagi-pagi ni,buat dosa je.kami duk bercakap pasal keadaan anak kau tu je”kata watie
dah makin elok dah,malam tadi berubat dengan dukun pak wardi”kata rahimah mengambil beg plastik dari atan
baguslah kalau macam tu,kalau dah bawa berubat dengan dukun tu”kata atan
itulah,aku ni nak masak la sedap-sedap sikit bagi anak aku tu makan,bagi sihat semula dia tu, hantu tu bukan setakat merasuk je anak aku tu,tapi darah anak aku disedutnya sekali”kata rahimah
laa yeke,patutlah makin kurus budak tu aku tengok,sial pun hantu habis darah budak tu diisapnya.”kata khadijah
patutlah hari tu kat hospital doktor cakap budak tu kehilangan banyak darah,rupanya syaitan tu yang menyedutnya”kata watie
habis dah elok ke anak kau tu imah?”tanya suri
makin elok nampknya,dah boleh tersenyum dah.lapang sikit hati aku ni”
baguslah tu,kalau nak bagi darah anak kau tu banyak,baik kau masak kerang,bagi dia makan banyak-banyak”cadang suri
itulah yang aku datang ni nak membeli kerang kalau si atan ada membawanya”kata rahimah sambil matanya mencari kerang
apanya tak de,kan ada tu dalam bekas sebelah ikan pari tu”tunjuk si atan
kau rebus je kerang ni imah,kau buatkan air asam sikit,tak pun sambal.biar anak kau tu makan banyak-banyak biar darah dia menjadi banyak”kata khadijah

~ ~ ~


zackruddin melangkah ke luar kelas.nama 'mylove' terpampang di skrin telefon bimbitnya.panggilan dari isterinya.

Assalamualaikum abang”suara kharunisah
Waalaikumsalam sayang,ada apa call abang?”tanya khairunisah
saje je call yela,harini kan abang dah start mengajar di sekolah baru.macam mana ok ke keadaan sekolahnya?”
abang baru je masuk kelas sayang.faham-faham jelah,sekolah kat kawasan kampung ni banyak kekurangannya”
malam tadi abang cakap abang nak cari rumah sewa kan,kenapa?teruk sangat ke keadaan rumah guru kat sana?”
ok-ok je,cuma susah sikit,kawasan agak terpencil takde internet coverage”
line telefon ok?ade coverage?”
ok je,3g line pun ok cuma internet je takde.kat kampung ni pun abang tak tau ada cc(cyber cafe) ke tidak”
ala abang janji telefon ada coverage dah okla tu.”
memanglah ok sayang,habis nak skype dengan sayang macam mana?abang rindu nak tatap wajah sayang tau tak”
isyhh dia ni tak habis-habis lah”
biarlah,sayangkan isteri abang”
ye sayang tau,eh ok lah bang,sayang tak boleh lama ni,kejap lagi ada meeting ni,sayang mintak diri dulu k.Assalamualaikum”
ok waalaikumsalam muaahh”

~ ~ ~

Fitri menyandarkan basikalnya di tepi pondok.fitri segera masuk ke dalam pondok lalu menyalin pakaian sekolahnya dengan pakaian lain yang dibawanya didalam beg. Bekalan makanan yang dibekalkan oleh ibunya di letakakn di atas para pondok.bunyi kocakan air sungai memeranjatkan fitri. fitri menjengah dari jendela tingkap ke arah sungai. Sesusuk tubuh tanpa sehelai benang berjalan perlahan ke tengah sungai membawa segumpal nasi kunyit serta dua biji telur rebus beralaskan sehelai daun pisang.

Fitri berjalan keluar dari pondok dan bersembunyi di balik pokok melihat aksi aneh lelaki yang berbogel itu. Lelaki itu melepaskan berangan tersebut ke tengah sungai sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.setelah selesai lelaki tersebut berendam dan menyelam buat seketika ke dalam sungai. Fitri beransur ke tebing sungai.

bapa buat apa tu?”tanya fitri melihat lelaki itu muncul di permukaan sungai
ngak usah kamu tau.itu urusan aku”kata pak wardi lalu berjalan perlahan-lehan ke tebing sungai
oh baiklah”kata fitri menelan air liurnya sambil melihat susuk tubuh pak wardi dalam keadaan bogel
ayuh kita ke pondok ku”ajak pak wardi lalu memimpin tangan fitri


~bersambung~ 

No comments:

Post a Comment