19 February 2013

Dukun -part 12-

Suasana semakin riuh,para pelajar sekolah rendah kebangsaan permai mula gelisah,perhimpunan pada pagi ini masih belum bermula. Pengawas-pengawas sekolah sibuk menenangkan murid-murid.

“minta perhatian semua murid,maaf sebab kamu semua tunggu lama,saya ada perkara untuk di sampaikan kepada kamu semua,khasnya bagi murid-murid darjah 6 yang bakal menghadapi upsr tak lama lagi.seperti mana yang kamu semua sedia maklum,minggu depan bermulanya peperiksaan percubaan upsr. Dan selepas peperiksaan tersebut,pihak sekolah akan mengadakan program khas bagi murid-murid darjah 6,iaitu kem kecemelangan upsr. Kem ini akan bermula pada hari jumaat hingga ahad. Dan selepas ini guru-guru kelas kamu akan masuk ke dalam kelas dan mengagihkan borang kebenaran untuk ibu-bapa kamu tandatangan. Kem ini adalah wajib kepada semua murid tahun 6.”ucap pengetua dengan suara lantang.

~      ~     ~

Pagi itu cuaca sungguh baik,tidak begitu hangat tidak begitu dingin. Segalanya begitu sempurna bagi dukun pak wardi. Setelah barangan hidangan disediakan pak wardi melangkah ke tebing sungai dalam keadaan bogel. Suasana begitu tenteram, bunyi riang-riang dan unggas sahut-bersahutan. Sesekali kedengaran bunyi burung merbuk liar.

Setelah jampi serapah di baca. Pak wardi melangkah perlahan-lahan ke arah tengah sungai yang agak dalam.sambil menjunjung barangan hidangan yang mengandungi seekor ayam kampung panggang,segumpal nasi kunyit dan dua biji telur rebus ayam kampung,mulut pak wardi tidak henti-henti membaca jampi.

“aku persembah hidangan buat santapanmu,bagi membalas budi dan jasamu kepadaku”kata pak wardi lalu menyelam ke dalam sungai.
Seketika kemudian pak wardi muncul semula.
'aku ingin darah'suara aneh mematikan langkah pak wardi
'aku ingin darah'bentak suara aneh itu lagi
“ini tiada dalam perjanjian!”kata pak wardi lalu memandang tepat ke arah pokok langsat di atas tebing seberang sungai
'aku ingin darah lagi!!'
“sudah ku jamu mu dengan persembahanku ini.santap la ia.”
'aku ingin darah!!!'
pak wardi membacakan sesuatu ayat mantera lalu di tiupnya ke arah pokok langsat itu,tidak semena-mena pokok itu bergoyang-goyang dan di ikuti erang tangisan.
'tak guna!' bentak hati dukun pak wardi

~    ~   ~

yunus berjalan lambat ke arah zaki yang sedang duduk termenung di sebuah pondok. Zaki kelihatan sedikit muram. Zaki tidak begitu ceria pada pagi tadi. Yunus risau jika zaki di gangu oleh hantu yang merasuk zaki dulu.

“zaki, kau buat apa kat sini?”tanya yunus yang beridir di belakang zaki
“tak de ape”jawab zaki tanpa menoleh
“kau ok ke?”tanya yunus
“ok”jawab zaki sepatah
yunus kemudian duduk di sebelah zaki.
“aku rasa kau ni tak ok lah. Asyik diam je dari pagi tadi,kau ada masalah ke?”tanya yunus
“aku ok lah.aku cuma malas je nak cakap banyak.”kata zaki
“ermm kau dah habis berubat dengan dukun pak wardi?”tanya yunus
“dah kot.kenapa?”kata zaki
“kau nampak macam sakit je.”ujar yunus

~     ~     ~

zackruddin melangkah ke mejanya. Zackruddin terkejut melihat kotak yang berbungkus dengan pembalut hadiah yang cantik di mejanya. Zackruddin membelek-belek hadiah tersebut. Tiada butiran mengenai penghantarnya. Hanya sekeping nota kecil yang tertulis 'istimewa untukmu zack'

“wah dapat hadiah,dari siapa tu?”tegur hamdan.
“entah”
“hadiah dari peminatlah tu. Peminat rahsia”kata hamdan

zackruddin menyimpan hadiah tersebut ke dalam laci mejanya.  Zackruddin menyusun beberapa buah buku dan berlalu keluar dari bilik guru.

“cikgu ada kelas ke?”tanya zurinawati ketika bertembung dengan zackruddin
“ye saya”jawab zackruddin lalu menuju ke kelas 6 cempaka.

~      ~      ~

cuaca pada sebelah tengahari terasa hangat. Watie berjalan laju sambil membetulkan selendangnya. Bungkusan plastik yang berisi kain-kain jahitan di kepitnya di bawah lengan. Dari jauh watie dapat melihat jelas khadijah sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.

“uuii kak tijah,menyapu ke?”tegur watie
“yela,kau ni nak kemana watie?”tanya khadijah memandang ke arah watie
“nak ke rumah si imah.mai la kak tijah. Sudah-sudah lah menyapu tu”kata watie

rahimah datang ke beranda rumah membawa sedulang air dan sepiring kuih karipap.

“ala kau ni imah,buat apa la susah-susah membuat semua ni”kata khadijah
“kebetulan ada lebih ni,apa salahnya kita habsikan”kata rahimah lalu menuang air kopi panas ke dalam cawan.
“banyak ke kain yang kau jahit ni watie?”tanya khadijah
“banyak jugalah kak,jahit tulang belut je ni.ni pun si latifah yang suruh. Dia kan banyak terima tempahan baju.”kata watie
“jadi bertambah majulah kedai jahit si tipah tu ye”kata rahimah
“baguslah kalau dah macam tu,tapi pagi tadi semasa aku ke klinik di pekan,ada orang bercerita pasal si tipah tu”kata khadijah lalu menghirup air kopi.
“cerita apanya kak tijah?”tanya watie sambil menjahit
“malam semalam kan hujan lebat. Zainab yang duduk rumah sebelah dengan si latifah tu,nampak ada jantan muda masuk ke rumah si tipah tu”kata khadijah
“yeke ni kak?tapi memang betul lah malam tadi memang hujan,lebat sangat lah,waktu abang hashim hantar si zaki pergi berubat dengan dukun.hujan memang lebat”kata rahimah
“aku rasa betullah,yelah si tipah tu kan cantik lagi,umur pun baru nak masuk 30.tentulah cantik.semua lelaki pun suka”kata watie
“tapi abang rushdi tu tak de ke kat rumah waktu tu kak?”tanya rahimah
“entahlah,si zainab tak beritahu pula.tapi kan si rushdi tu kerja malam,jadi jaga(pengawal keselamatan) tantulah dia tak de kat rumah.lagipun tambah si jenab tu lagi,jantan yang datang malam tadi tu handsome,cikgu baru dari bandar.”kata khadijah dengan penuh gaya

~      ~     ~

“baiklah kelas,saya nak kamu semua salin semua latihan ni dan siapkan dan hantar di meja saya esok. Walaupun saya tak masuk kelas awak esok,tapi awak kene hantar juga latihan ini esok,lagi satu pastikan ibubapa kamu baca surat tentang program yang pengetua cakap di perhimpunan tadi,saya nak semua borang kebenaran di hantar sebelum hari jumaat ini,dan semalam ada latihan yang saya beri kan? Di buku matematik latihan 1, saya nak kamu semua hantar pada saya.siapa yang tidak hantar,saya akan denda nanti”tegas zackruddin lalu meletakakn kapur putih di atas meja.

Semua murid yang ada di dalam kelas 6 cempaka mula berjalan ke hadapan untuk menghantar buku latihan itu kepada zackruddin. Zackruddin leka membaca sms dari isterinya.

“baiklah,semua dah hantar ye?siapa boleh tolong saya bawa buku ini ke meja saya?”tanya zackruddin
“biar saya cikgu!”jerit fitri dari belakang

“cikgu,mengajar lama ke kat sini cikgu?”tanya fitri
“saya pun tak tahu”jawab zackruddin yang berjalan beriringan dengan fitri
“cikgu suka tak duduk di kampung ni?”tanya fitir
“suka”jawab zackruddin sepatah

“buku tu kamu letakan  di meja itu”kata zackruddin kepada fitri
“disini cikgu?”tanya fitri sambil memandang meja bi belakang zackruddin
“ye di situ”kata zackruddin lalu duduk di kerusinya
“ini baju cikgu,emak saya dah basuh,sempat kering pagi tadi,jadi emak suruh saya pulangkan semula kepada cikgu”kata fitir lalu menghulurkan sebungkus beg plastik
“terima kasih.buat susah jela,saya masih belum basuh lagi baju abang kamu tu”kata zackruddin
“tak pe,nanti dah basuh cikgu pulangkanlah”kata fitri lalu berlalu pergi

~       ~       ~

zackruddin menatap hampa skrin komputer ribanya. Simbol “online” pada “nickname” isterinya masih belum menyala. Zackruddin menutup komputer ribanya lalu mencapai buku-buku latihan matematik anak murid kelasnya. Zackruddin tersenyum bila memandang bungkusan plastik yang diberi fitri pada pagi tadi.

'aisyhh buat malu jela, dah lah pinjam baju orang,tapi tak reti nak basuh dan pulangkannya semula.' monolog zackruddin sambil mengelengkan kepalanya.

Zackruddin terkejut bila di dalam bungkusan itu terdapat nota kecil. Nota itu di baca zackruddin dan mata zackruddin terbeliak dan dahinya berkerut akibat terkejut membaca isi nota tersebut.

~bersambung~

1 comment:

  1. erm... macam pendek sangat lar pulak part 12 nih... btw, thanks khuzai... keep up yr good work!...

    ReplyDelete