19 February 2013

Dukun -part13-










Keputusan peperiksaan percubaan UPSR zaki tidak begitu membanggakan. Walaupun ayah dan ibu zaki tidak menyalahkan zaki. Tapi zaki tetap hampa dengan keputusan yang diperolehinya.

“sudahlah tu nak,mak tak salahkan kamu,lagipun kamu kan dulu kene rasuk,sakit dan tak sempat untuk belajar.”kata rahimah ketika menyiram bunga di halaman rumah.
“tapi mak,zaki tetap tak puas hati”kata zaki sambil menatap lagi kertas keputusan tersebut.
“sudah lah zaki,yang ini baru percubaan,nanti yang betul-betul kamu buatlah bersungguh-sungguh.lagipun sekarang ni kamu dah sihat dah.”pujuk rahimah

perbualan mereka terhenti bila yunus yang sedang mengayuh basikal meluru masuk ke halaman rumah hashim. Yunus kelihatan mencungap-cungap.

“Assalamualaikum fuh fuh”yunus memberi salam
“Waalaikumsalam,kenapa kamu ni yunus?macam di kejar hantu je”kata rahimah sambil berjalan merapati yunus yang sedang menongkat basikalnya
“penat saya ni mak cik”kata yunus lalu duduk ditangga rumah
“kenapa ni?”tanya rahimah
“saya ada berita nak di cakapkan ni,orang kampung dah mula kecoh dah mak cik,Ikbal pula di rasuk hantu”yunus beria-ia
“ikbal budak 6 Delima ke?”tanya yunus
“siapa ikbal tu”rahimah pula bertanya
“ye ki, ikbal anak pak cik brahim”kata yunus
“mana kamu tahu ni?”soal rahimah
“tadi saya ke pekan beli kelapa, ada orang sibuk bercerita pasal ni”
“dah bawak jumpa dukun ke?”
“tak tahu la saya mak cik.”
zaki hanya membisu tidak bersuara.zaki masih trauma dengan kejadian yang pernah berlaku kepadanya dulu.
“saya datang ni juga nak jumpa zaki,nak tanya dia dah siap ke dengan barangan untuk ke kem nanti”ujar yunus
“dah siap dah sikit.”jawab zaki
“kem kamu ni bila?”rahimah bertanya
“hari jumaat ni mak cik,”jawab yunus
“sampai hari apa?”
“sampai ahad”
“ahad? Tapi zaki ni kene berubat dengan dukun malam ahad nanti.”kata rahimah

~        ~        ~

setelah membalas sms dari khairunisah, zackruddin memandu keretanya ke sekolah. Cuaca pada sebelah pagi ini kelihatan begitu indah. Zackruddin memandu perlahan kereta. Di kesempatan ini dia menatap permandangan indah pada waktu pagi ini. Sebelum ini zackruddin tidak sempat menikmati ini semua kerana terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai seorang guru.

Umur zackruddin kini mencecah angka 26. angka lima bertukar enam dengan rasminya pada tengah malam tadi. Hanya ucapan yang diberikan isteri tercinta di dinding laman sosial facebook. Khairunisah juga sempat berbual denganya menerusi skype. Walaupun tidak sempurna mana sambutan hari lahir zackruddin,namun apa yang dilakukan oleh isteri tercintanya sudah cukup membuatkannya merasa bahagia

zackruddin meletakkan briefcasenya di kerusi,kot yang dipakainya di tanggalkan lalu di sidai di kerusi itu juga. Sambil membetulkan tali lehernya. Zackruddin melihat zurinawati menghampirinya.

“Happy birthday cikgu,ini untuk cikgu.ikhlas dari saya”kata zurinawati
“terima kasih cikgu,buat susah-susah je,masuk ni dah dua kali dah hadiah cikgu beri pada saya,cuma saya je yang belum membalasnya lagi”kata zackruddin sambil tersenyum malu.
“tak pelah cikgu,janji cikgu sudi terima pun dah memadai bagi saya. Nanti bila tiba giliran saya pula,cikgu bagi la hadiah,hehe bagi dua tau hehe”zurina ketawa kecil

Selepas tamatnya perhimpunan pada pagi itu. Zackruddin dan guru-guru lain bersiap sedia untuk masuk ke kelas masing-masing, fitri melangkah ke meja guru kelasnya. Kelihatan zackruddin lagi sibuk menyusun buku-buku latihan matematik untuk di bawa masuk ke dalam kelasnya.

“Selamat pagi cikgu”kata fitri lalu menghulurkan tangan
“Selamat pagi”kata zackruddin melihat fitir mencium tanganya ketika berjabat salam tadi.
“Selamat hari lahir cikgu,ini untuk cikgu”kata fitri lalu menghulurkan bungkusan kecil kepada zackruddin
“terima kasih,tapi macam mana awak tahu hari ini hari lahir saya?”tanya zackruddin lalu menerima hadiah dari fitri
“saya terbaca di biodata guru cikgu,hari ni hari lahir cikgu”kata fitri
“oo hmm selamat hari lahir cikgu,khas buat cikgu,saya sayang cikgu”baca zackruddin pada nota di bungkusan hadiah dari fitri
Fitir tersenyum
“hehe macam-macamlah awak ni,cikgu sayang semua murid-murid cikgu,tapi cikgu lagi sayang murid-murid yang rajin tau”kata fitri
“demi cikgu saya akan menjadi rajin cikgu”kata fitri
“demi cikgu?demi ibu-bapa kamu lah,sebab mereka yang banyak membantu kamu.dah ni tolong saya bawa buku ini ke kelas”kata zackruddin menghulurkan buku-buku latihan kepada fitri.
“itu lain,cikgu lain. Walau apa pun saya tetap sayang cikgu”kata fitir lalu berjalan ke luar dari bilik guru.
Zackruddin terkesima mendengar butir-butir ayat yang lahir dari bibir mulus fitri itu. Jantungnya bagai terhenti seketika. Air liurnya di telan.masih berbaki sisa-sia rasa dari air horlick panas,sarapannya pada pagi tadi
'aisyhh budak-budak sekarang ni macam-macamlah,janji kata-katanya tadi tidak membawa kepada maksud lain' zackruddin berbisik sendirian.

~        ~       ~

Daun pintu dapur terbuka,muncul hashim di muka pintu membawa bekas-bekas plastik yang digunakan menyimpan kuih-muih yang dijual di sebuah warung di pekan. Rahimah tersenyum melihat suaminya melangkah masuk lalu duduk di meja. Satu mangkuk besar berisi nasi dibawa rahimah ke meja makan. Hashim melihat semua lauk yang dimasak isterinya.

“banyak juga awak masak hari ni ye”kata hashim
“lauk biasa je bang. Habis ke semua kuih yang saya buat?”tanya rahimah
“habislah,kan kosong semua bekas tu”kata hashim lalu mengeuk air sirap sejuk.
“abang brahim dah bawa ke anak dia pergi berubat bang?”rahimah memandang suaminya
“dengar cerita maghrib nanti dia bawa anak dia tu”kata hashim
“tak sudah nampaknya syaitan ni merasuk budak-budak kampung ni ye bang”kata rahimah
“memang pun, lepas seorang seorang yang jadi mangsanya”
“harap-harap anak kita tu dah tak di gangu lagi la”
“awak janganlah risau, lepas berubat yang terakhir ni, makin eloklah anak kita tu nanti”kata hashim

~      ~     ~

suara esakan tangisan masih kedengaran lagi. Dukun pak wardi memakai jubah hitamnya kembali,lilitan kepalanya diikat kemas. Dukun pak wardi tersenyum kepuasan. Nyata keenakan permainan tadi sudah lama tidak di rasakannya.

“ayuh ikut aku.tapi kamu harus ingat,jangan bocori rahsia ini!jika tidak setan itu bakal menjamah darah kamu lagi.ngerti!”tegas dukun pak wardi.
Budak lelaki itu hanya mengangukkan kepalanya tanda faham.

“bagaimana pak,sudah pulihkah anak saya ini?”tanya brahim
“aku harus mengubatinya lagi.kerna anak kamu nyata lemah untuk diubati. Jadi dia seharusnya datang lagi untuk berubat.”kata pak wardi
“baik pak,saya beransur pulang dulu ya”kata brahim
“ayahh sakit..”adu ikbal
“tahanlah nak, nanti baiklah ye”pujuk brahim sambil berjalan keluar dari rumah pak wardi.

Dukun pak wardi menghela nafasnya. Rokok kreteknya di bakar.ketika menghembuskan asap rokok,mata dukun pak wardi tertangkap pada susuk lembaga di bucu rumahnya.

'ini kali yang terakhir kamu jamah darahnya,aku akan cari teruna muda yang lain buatmu'

bisik pak wardi ke arah lembaga itu. Tidak lama kemudian lembaga itu lenyap dan diikuti hilai tawa dari luar rumah. Dukun pak wardi mula khuatir,jika berterusan begini,pasti bakal ketahuan oleh penduduk kampung tentang perbuatanku ini.

-bersambung-

1 comment:

  1. thanks khuzai... part nie mcm slow sket ea,...

    ReplyDelete