23 February 2013

Dukun -part14-





Cahaya mentari mula hangat,pancarannya menembusi atap-atap yang berlubang pondok di dusun dukun pak wardi. setelah jenuh menanti ketibaan fitri ke pondok buruknya itu,pak wardi mencapai baju lusuhnya lalu berjalan keluar menuju ke warung pak seman. Hatinya sedikit bengis fitri tidak datang menemuinya. Dukun pak wardi berjalan lambat ke warung pak seman.

“Assalamualaikum dukun,sihat ke?”tegur razak
“sihat aja,seman bawakan aku kopi hangat kurang gula ya”kata dukun pak wardi.
“dengar cerita anak brahim lak yang kene rasuk,betul ke pak wardi?”tanya razak lalu melipat surat khabar.
“iya,baru malam kelmarin aku ubatinya”kata dukun pak wardi
“jadi budak itu sudah pulih?”tanya khalid sambil menongkat dagunya
“sudah pulih,budak itu segera berjumpa dengan aku,jadi mudah untuk aku ubatinya”kata dukun pak wardi
“baguslah kalau macam tu kan,kalau dulu si hashim bawa anak dia tu cepat berjumpa dengan dukun,tak jadilah teruk macam dulu kan”kata khalid. Razak menganguk setuju.
“ngak apa-apa la,sekarang ni anaknya si hashim tu makin pulih cuma dia harus berubat dengan aku lagi untuk terakhir kalinya.”kata dukun pak wardi
“baguslah kalau begitu.harap-harap budak itu pulihlah sebelum pergi ke sekolah untuk program hujung minggu ni”kata razak
“program apa?”tanya khalid
“guru besar sekolah tu nak buat program khas bagi murid-murid yang bakal menghadapi UPSR nanti,guru besar ada jumpa aku dengan kudin dulu,minta tolong kami ntuk uruskan soal makanan bagi program itu, aku dengan kudin nanti kerja dengan hajar lah untuk buat katering nanti”jelas razak
“ooo program itu.berapa hari?”tanya khalid
“3 hari 2 malam. Mereka buat di sekolah.jadi budak-budak itu harus bermalam di sekolahlah,ahad baru balik rumah,jadi sepanjang program itu aku dengan kudin tolong si hajar sediakan makanan”terang razak
“wah bunyi macam seronok je,wei aku nak join sekali boleh?”tanya khalid
“nanti aku cakap dengan hajar”
“jadi budak-budak itu harus bermalam di sekolah ye?”tanya dukun pak wardi
“ye pak”jawab razak

'patutlah fitri tidak ketemu aku lagi,barangkali dia sibuk bersedia untuk acara itu. Terus,aku ni bagaimana,aku tidak puas bersama dengan anak brahim. Aku harus mendapatkan anak hashim,tapi anak hashim itu juga peserta bagi acara itu. G mana ni'

“ini kopinya”lamunan dukun pak wardi termati bila pak seman meletakkan secawan kopi di hadapanya.

“jadi memang betullah program ni nanti jadi?”tanya pak seman
“ye pak seman,memang jadi”kata razak
“aku ingat ni mesti rancangan si cikgu baru yang datang dari bandar tu”cebik pak seman
“bukanlah,program ini guru besar sekolah tu yang buat”kata razak
“aku harap macam tu lah,ramai orang kampung ini tidak suka kepadanya”kata pak seman
“kenapa pak seman cakap begitu?”tanya khalid
“bukan apa,cikgu tu aku tengok macam nak ambil alih sekolah tu,mentang-mentanglah dari bandar.bukan itu sahaja,malah bini orang pun dia nak”kata pak seman
“apa yang pak seman cakapkan ni?”tanya khalid
“orang kampung banyak bercakap yang cikgu tu pergi ke rumah rushdi,jumpa latifah tu malam-malam”kata pak seman
“oo yang itu ke?”razak menyampuk
“kau tahu ke cerita ni jak?”tanya pak seman
“apa yang tak tahunya,hari itu saya jumpa fitri anak rushdi tu. Saya tanyakan hal ni,dia cakap malam itu cikgu tu yang tolong dia hantar ke rumah.waktu tu kan hujan lebat.jadi cikgu tu hantarkan si fitri tu balik ke rumah,tapi pakaian cikgu tu basah,jadi cikgu tu salin baju kat rumah dia lah. Lagipun pak seman,waktu tu rushdi pun ada.”razak menerangkan keadaan sebenar
“ermm yela jak,aku cuma dengar cakap orang je,lagipun cikgu tu kan dari bandar,orangnya pun kacak,semua orang terpikat,tambah lagi si latifah tu pun tidak kurang cantiknya lagi.”kata pak seman

'jadi rupanya fitri itu sibuk dengan cikgu baru.padanlah dia tidak mahu ketemu aku lagi.rupanya cikgu itu juga ganteng dari aku.'detus hati dukun pak wardi yang sedang meluap-luap perasaan cemburu.

~               ~               ~

Zackruddin melangkah perlahan ke meja zaki.yunus yang sedar kehadiran zackruddin cuba mengejutkan zaki yang sedang lena dari tidur,naum zackruddin melarang. Zaki memerhatikan anak muridnya itu yang sedang lena.beberapa pelajar tertawa kecil memerhatikan gelagat zackruddin.

“lena sayang tidur!”kejut zackruddin lalu menepuk meja zaki
“hah saya tak nak pak!!”zaki terkejut dari igauannya
“bapak?saya ni bukan bapa awak,saya ni cikgu awak!”mara zackruddin
“err ermm”zaki tertunduk takut sambil mengosok-gosok matanya
“sudah,kamu ikut saya sekarang,yang lain pula habiskan latihan ini,saya nak tengok bila saya masuk nanti.faham!”zackruddin bernada tinggi

kerusi batu dikerusi itu ditepuk-tepuk zackruddin bagi menghilangkan debu.zaki hanya berdiri di sisi cikgunya yang kelihatan tenang. Hati zaki seakan takut melihat zackruddin.

“dah lama saya perasan kamu ni tidak tumpu perhatian dalam kelas ketika saya mengajar.malah ketika ujian percubaan pun markah kamu jatuh mendadak,selalunya kamu dapat gred A,tapi sekrang kamu dapat C.kamu ada masalah ke?”tanya zackruddin ketika menatap wajah muram zaki
“tak cikgu”
“kamu tak suka cikgu?kamu tak suka dengan cara cikgu mengajar?”
“bukan,saya suka.”
“habis tu,kenapa kamu jadi begini?”

loceng sekolah berbunyi,tandanya tamat sesi pertama pelajaran. Zackruddin masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibir zaki. Zaki serba salah,takut untuk memberitahu delima yang ditanggungnya.

“selagi kamu tidak beritahu perkara yang sebenar saya tak benarkan kamu balik ke kelas.”kata zackruddin
“kamu tidak begini dulu,kamu merupakan salah seorang calon cemerlang UPSR untuk sekolah.tapi kenapa prestasi kamu jatuh menjunam ni?”tanya zackruddin lagi.zaki masih membisu
“dengar cerita kamu pernah dirasuk betul ke?”pertanyaan zackruddin memeranjatkan zaki. Imej-imej seram yang dilalui zaki dulu bermain di dalam fikirannya
“ye! Saya dirasuk! Tolong saya cikgu! Saya takut!”kata zaki dengan nada tinggi sambil menitiskan butir-butir jernih dari matanya ke bumi.
“zaki,kenapa ni?cakap dengan saya?”tanya zackruddin ketika mengusap lembut rambut dan bahu zaki.
“huk huk saya sakit cikgu,saya tak nak lagi berubat”kata zaki dalam esak tangis yang tidak berirama.
“tapi bukankah kamu sudah pulih?sebenarnya zaki,betul ke kamu ni dirasuk?”tanya zackruddin
“ye cikgu,saya di rasuk,saya takut sangat.saya belum pulih sepenuhnya.dukun cakap saya kene berubat lagi”kata zaki
“dukun?kamu berubat dengan bomoh ke?”tanya zackruddin
“ye cikgu”jawab zaki lalu mengelap air matanya.
“kenapa tak berubat dengan tok imam je?”tanya zackruddin
“sudah cikgu,tapi tak boleh,hanya dukun je yang boleh pulihkan saya dari dirasuk lagi”kata zaki
“jadi,kenapa kamu tak nak berubat dengan dukun?”pertanyaan zackruddin mengundang rasa takut zaki,serentak itu zaki mula menangis ketakutan.
“zaki,sudah berhenti menangis. Jangan sedih”pujuk zackruddin
“bukan..ta..tapi.ta..takut cikgu”zaki tergagap-gagap menahan esak tangisnya
“takut kenapa?ceritakan kat saya,apa sebenarnya kamu takutkan?”tanya zackruddin
“dukun tu..sakit cikgu..saya tak nak berubat lagi”kata zaki
“sakit? Dia buat apa sampai kamu sakit?”tanya zackruddin lalu berdiri dan mencangkung di hadapan zaki.
Zaki melihat wajah zackruddin.zaki takut untuk meluahkannya. Namun zaki tidak tahan jika dukun itu berbuat begitu lagi kepadanya. Zaki tiada tempat mengadu,mungkin jika zaki mengadu pada cikgunya dia dapat rasakan ketenangan dan sokongan dari cikgunya itu. Zaki menarik nafas panjang.

~            ~            ~

Zackruddin melangkah perlahan ke dalam kelas. Zaki kembali ke tempat duduknya. Zaki hanya memandang wajah muram cikgu matematik itu. Zaki sedikit hairan melihat reaksi cikgu itu. Namun zaki lega setelah apa yang terbuku di hatinya itu dapat di luahkannya.

“baiklah,memandangkan masa saya pun dah tamat. Saya nak kamu semua hantar latihan yang saya berikan tadi.”kata zackruddin dengan nada tenang. Tapi zackruddin tidak memandang langsung wajah zaki. Zackruddin berjalan ke luar kelas.telefon bimbitnya di keluarkan. Nama sahabat lamanya di cari didalam buku telefon di telefon bimbitnya.

“Assalammualaikum Asri,awak ada masa tak petang nanti? Saya perlukan bantuan awak”kata zackruddin dengan nada perlahan setelah panggilannya di jawab.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment