06 March 2013

Tentang Rasa ~part 1: Imbasan~




~part 1: Imbasan~

Deruan angin malam kembali bertiup. Perlahan-lahan dingin angin malam menusuk ke tulang. Angka 2.34 am jelas terpapar di skrin telefon bimbit. Jalan raya kelihatan lenggang. Sesekali bunyi enjin dan ekzos motor yang di ubahsuai oleh mat-mat rempit menghilangkan kesunyian malam. Fakhri mencapai telefon bimbitnya. SMS dari Azwan di bacanya semula walaupun hakikatnya pedih namun fakhri tetap mahu membacanya semula demi memastikan isi kandungan sms itu di fahaminya dan sesudah itu akan dipadamnya.

'sorry bro,malam ni aku last keje.esok aku pindah JB,aku dpt keje dgn pak cik aku.sorry.'

Agak ringkas kandungannya namun cukup membuatkan Fakhri hampa dan kecewa mengenai sikap sahabatnya yang bertindak begitu. Meninggalkan Fakhri dan berhenti kerja dengan hanya memberikan sms kepadanya. Setelah memadam sms itu. Fakhri bersiap sedia mengemas barangan dari kedai kecil yang menjual burger.

Ya,itu memang pekerjaan fakhri. Sebagai seorang peniaga makanan yang menjual burger secara kecil-kecilan. Sudah hampir 2 tahun fakhri bertahan bekerja sebagai penjual burger di kawasan perumahannya. Walaupun banyak persaingan namun perniagaan fakhri terus bertahan sehingga kini. Ramai yang mengemari burger yang di buat fakhri. Ramai yang berkata,daging burger yang di masak fakhri lebih lembut dan kenyal berbanding dari kedai lain yang lebih sedikit keras dan tidak enak untuk dimakan. Lagipun fakhri tidak menggunakan sos biasa. Fakhri menggunakan sos yang dibancuh sendiri. Bancuhan sos tersebut dipelajari dari arwah ibunya dahulu.

Setelah warung burger itu dikunci fakhri, enjin kereta proton saga milik arwah bapanya dihidupkan. Hari ini pelangan tidak begitu ramai. Pelangan terakhir adalah pada pukul 2 pagi. Fakhri menanti kunjugan pelangan sehingga setengah jam sebelum mengambil keputusan untuk menutup warung burgernya.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya,fakhri mengelamun memikirkan keadaannya nanti. Dimana dia harus mencari penganti azwan untuk membantunya berniaga burger nanti. Proton saga mula meluncur laju membelah kesepian jalan raya itu. Lagu “Seadanya Aku” nyanyian Nubhan menjadi halwa telinga fakhri.

Sejak kematian kedua ibubapanya, fakhri hanya tinggal sebatang kara tanpa tempat bergantung. Cabaran kehidupan oleh anak yatim itu ditempuh dengan tenang. Walaupun jauh disudut hatinya terkilan kerana derhaka terhadap arwah ibu dan bapanya. Fakhri begitu terkilan tidak dapat meminta ampun sebelum ibu dan bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Segala-galanya masih jelas di ingatan fakhri,kejadian dua tahun lepas masih segar dalam ingatannya. Ketika fakhri berumur 20 tahun, fakhri tidak pernah ambil pusing dengan segala nasihat ibunya yang melarang dia merempit. Seperti remaja-remaja lain, minat fakhri terhadap kenderaan bermotor yang bertayar dua ini disalah guna. Minat fakhri tidak disalurkan ke aktiviti yang berfaedah tapi lebih kepada aktiviti lumba haram.

Fakhri tidak menjangka permintaan ibunya yang menyuruh fakhri membantunya diwarung burger merupakan permintaan terakhir ibunya. Ketika ayah fakhri ketika itu sedang sibuk membuka warung burger di tapak warung yang selalu digunakan, ibu fakhri pula ketika itu sibuk menyiapkan sos istimewa untuk burger yang ingin dijualnya.

“fakhri, tolong ayah berniaga kat kedai malam ni?ibu nak ke masjid ni,nak”pinta ibu fakhri ketika sedang membungkus bekas plastik yang berisi nasi lemak. Selain kemahiran membuat sos yang enak,ibu fakhri juga mahir membuat nasi lemak. Ramai yang suka pada nasi lemak yang dibuat ibu fakhri. Sambalnya enak dan nasinya begitu enak sekali berbanding dengan masakan orang lain.
“tapi bu,fakhri kena jumpa kawan ni,ada hal untuk dibincangkan”tipu fakhri
“hal apa tu?tak boleh ke kalau dibincang pada hari lain?ibu nak bantu orang-orang masjid edarkan nasi lemak ni kepada anak-anak yatim dan orang-orang masjid yang datang mendengar syarahan pada malam ini”ibu fakhri bersuara lembut.
“tapi bu, ni hal penting. Kawan fakhri nak bincang tentang nak buat permohonan masuk ke Politeknik. Kalau fakhri tidak berjumpa dan berbincang dengan mereka pada malam ini,segalanya pasti terlambat. Esok adalah hari untuk menghantar borang pemohonan bu.”pandai betul fakhri menyusun ayat menipu ibunya.
“tak pe lah kalau begitu,tapi bantu ibu hantarkan ibu ke kedai ayah dan hantarkan ke masjid nasi-nasi lemak ini ye”kata ibu fakhri. Fakhri mengetap bibir.walaupun jauh dibenak hatinya meronta-ronta supaya fakhri segera keluar dari rumah itu dan berjumpa dengan kawan-kawannya untuk merempit,tapi nalurinya sebagai seorang anak tidak sanggup menolak permintaan ibunya itu.
“cepat sikit ye bu,fakhri tunggu di luar”kata fakhri lalu berjalan ke pintu pagar rumah.

Setelah mematikan enjin motorsikalnya,fakhri membantu ibunya mengalihkan beberapa bungkusan besar plastik yang berisi sos burger dan roti-roti burger ke warung burger. Fakhri segera menghidupkan enjin motorsikalnya kembali. Tali topi keledar jenama MS 88 itu diikat kemas.

“fakhri,tak boleh ke tolong hantarkan ibu ke masjid?”tanya ayah fakhri
fakhri mengeluh panjang.
“tak pela bang,biarkanlah dia. Dia sibuk untuk uruskan borang pemohonan dia ke Politeknik. Dulu abang juga yang suruh dia mohon bukan”ibu fakhri berkata
“betul ke ni?”tanya ayah fakhri
“ye yah,fakhri kene pergi sekarang. Nanti selepas selesai berbincang dengan kawan, fakhri akan kembali membantu ayah”janji fakhri kepada ayahnya.

*             *              *

Kereta saga itu dipandu fakhri ke perkarangan rumahnya. Sunyi. Lampu rumah jiran-jiran sebelah semuanya gelap. Fakhri mengunci pintu pagar rumahnya. Fakhri bergerak perlahan ke kolam ikan yang terdapat di sisi kiri rumah itu. Botol merah pudar yang berisi makanan ikan diambil fakhri. Beberapa butir makanan ikan ditaburkan ke atas permukaan air di dalam kolam itu. Fakhri menatap lama ikan-ikan Guppi dan beberapa ekor ikan emas dan ikan sepat. Terdapat juga beberapa ekor udang kecil di dalam kolam itu.

“ayah buatkan kolam ikan? Wah bertambah lawa lah rumah kita ni nantikan bu”kata fakhri ketika baru pulang dari sekolah.
“ye betul tu. Nanti fakhri bolehlah letak ikan yang cantik-cantik dalam kolam ni”kata ibu fakhri
“ye fakhri,nanti lepas siap je kolam ikan ni fakhri temankan ayah beli ikan ye,ayah nak fakhri pilih ikan-ikan yang fakhri suka”kata ayah fakhri sambil menyimen batu-bata sebagai dinding bagi kolam itu.
“ye betul kata ayah tu,dulu juga fakhri pernah cakap kat ibu yang fakhri suka sangat tengok ikan-ikan di kolam yang ada di sekolah itu. Fakhri cakap,ikan-ikan tu boleh bantu fakhri tenang dan tumpukan pada membaca. Jadi lepas ni bolehlah fakhri belajar pandai-pandai”kata ibu fakhri
“seronoknya!!”jerit fakhri

“Assalamualaikum”ucap fakhri ketika menolak daun pintu rumahnya.
Senyap dan sunyi. Walaupun fakhri tahu tiada yang akan menjawab salamnya itu,namun arwah ibunya sering berpesan kepada fakhri untuk memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah walaupun tiada siapa. Arwah ibu fakhri berkata, malaikat yang ada di dalam rumah akan menjawab salam itu.

Fakhri terbaring di lantai ruang tamu yang beralaskan karpet biru. Alat kawalan jauh dicarinya di bawah sofa. Monitor televisyen mula bercahaya. Setelah mengemas barangan jualan burger,memang menjadi rutin fakhri akan berbaring di ruang tamu dan menonton televisyen. Cerita yang dimainkan di skrin televisyen tidak menarik untuk ditonton. Kepala fakhri hanya beralaskan lengan. Kipas yang sedang berputar ligat itu di tenungnya.

*          *          *

Setelah puas ditenung kalendar didinding itu, tiket bas diambil sufian. Sufian menatap tajam waktu bertolak pada tiket itu. Pukul 4 petang. Tempat duduk ialah 4C. Sufian mengeluh panjang lalu melemparkan tiket itu ke meja belajarnya. Tangan kanannya meramas kuat rambutnya yang sedikit panjang berwarna merah keperangan. Dinding biliknya itu ditumbuk berkali-kali.

“Aarrghhh kenapa??!!”jerit sufian tiba-tiba

Sufian melabuhkan punggungnya di katil. Sufian memandang katil Zharif yang kemas. Berbanding dengan katil Sufian yang sedikit berselerak. Zharif tidak pulang malam tadi dan malam-malam sebelumnya. Sejak berlakunya pentengkaran kelmarin, hubungan Sufian dan Zharif makin rengang. Masing-masing keras kepala. Masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing saling menuduh. Akhirnya masing-masing terpisah.

Hello”nada suara Sufian sedikit garau
“Ye ada apa bro?”kendengaran suara seorang perempuan dihujung talian.
Pick up aku nanti dalam pukul 7malam. Aku confirm balik kampung”kata Sufian lalu merebahkan badannya ke katil yang berselerak dengan buku-buku komik dan baju-baju yang sudah dipakainya.
“ok. Dah nak sampai nanti kau hello aku semula”Sufian melemparkan telefon bimbitnya di meja belajar yang terletak bersebelahan kanan kepala katilnya.

Sufin terpandang poster lukisan wajahnya yang tertampal di dinding di kaki katilnya. Zharif yang melukis lukisan wajahnya itu. Pandangan Sufian beralih ke arah dinding di kaki katil Zharif. Masih tergantung megah lukisan seorang jejaka berbadan tegap hanya memakai seluar jeans iras wajah Zharif hasil dari sentuhan kreatif Sufian.

I masih risaulah. Are You sure bilik ni hanya You seorang sahaja yang tinggal?”tanya Zharif sambil duduk dikatil dan melihat segenap isi bilik tersebut
Nope. You kan dah ada sekarang”kata Sufian lalu duduk disebelah Zharif
wajah Zharif yang sedikit risau bertukar ceria. Kata-kata dari Sufian berjaya menghilangkan rasa gusar hatinya.

Perkenalan Zharif dan Sufian menjadi bertambah erat dan rapat sejak dari hari pertama lagi minggu orentasi yang diadakan dulu di Universiti tempat mereka belajar. Walaupun berlainan bidang pelajaran, tapi itu tidak menghalang hubungan mereka. Akhirnya setelah lebih dari seminggu mereka mengenal hati budi masing-masing maka lahirlah perasaan cinta mereka. Ikatan cinta dibuat dan mereka mengambil keputusan untuk bersama. Setelah hampir 3 minggu bilik asrama yang didiami Sufian secara berseorangan jadi pada hari itu Sufian mengajak Zharif untuk tinggal bersama dengannya.

“woo since when..”kata-kata Zharif tidak berkesudahan apabila menatap lukisan sebuah kereta mewah yang tertampal di dinding bilik Sufian itu.
Since what?”aju Sufian ketika sibuk mengemas barangannya.
You.. melukis?”soal Zharif sambil meneliti lukisan tersebut
Since high school. One of my hobbies”jawab Sufian
Your dream car, huh?”Zharif menoleh ke arah sufian
yup. Audi R8 GT Spyder”Sufian bangga
“hmm let me show You something. Hope You will like it”kata zharif lalu mengeluarkan sehelai kertas lalu diberikan kepada Sufian.

Sufian menatap lukisan wajahnya buat kali terakhir. Setelah itu,beg Adidas yang berisi pakaiannya di sandang. Sling beg berwarna hitam itu dibuka zipnya. Telefon bimbit dan dompetnya di simpan di dalam beg tersebut. Sekeping nota dengan catatan ringkas 'aku terima jika ini yang engkau nak' di letakan di bantal tempat tidur Zharif. Setelah pintu bilik dikunci Sufian, Sufian bergerak perlahan menuruni tangga dari tingkat 2 ke tingkat bawah.

*          *          *

Amira masih menanti ketibaan kakaknya di bawah pokok mangga madu itu. Memang menjadi rutin Amira menanti kakaknya untuk pulang ke rumah sejak motorsikalnya rosak pada bulan lepas. Motorsikalnya masih dibaiki di sebuah bengkel yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Amira yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang serik menanti ketibaan kakaknya yang selalu lambat untuk mengambilnya. Kakak Amira yang bekerja sebagai kerani disebuah firma di kawasan bandar selalu keluar kerja lewat kerana tugasan kerjanya yang banyak.

“Malam ini teman akak ke pasaraya, akak nak beli barang dapur sikit”kata Azirah sambil memerhatikan adiknya memakai tali pingang keledar.
“malam ni tak bolehlah.aku bussy. Aku ada hal”Amirah memberi alasan
please malam ni je. Tak akan nak biarkan akak sorang-sorang beli barang”pinta Azirah
“akak pergilah dengan pakwe akak. Malam ni aku betul-betul bussy lah”Amirah hanya memandang ke arah luar tingkap
“hurmm akak tak masak tau malam ni, akak ingat akak nak makan di luar nanti. Makan di restoran kegemaran Mia”
“tak pe, tak hairan pun. Aku makan mee segera lagi sedap!”Amirah mengerling matanya ke arah Azirah.

Memang keras kepala Mia ni, runggut hati kecil Azirah. Azirah sudah masak dengan perangai adiknya ini. Jika putih kata Amirah,maka putihlah. Sikap keras kepala Amirah ini sebenarnya di warisi oleh arwah ayah mereka. Arwah ayah mereka benar-benar keras kepala orangnya. Tidak mudah makan pada pujuk rayu orang. Namun Amirah begitu marah jika ada orang yang samakan Amirah dengan perangai arwah ayahnya.

“Mia balik lewat ke?”Azirah bertanya sejurus kereta produa Viva itu berhenti di lampu isyarat yang berwarna merah itu.
“rasanya lah.kenapa?”soal Amirah dalam nada tidak puas hati.
“pergi mana?keluar dengan Adriana ke?”persoalan Azirah itu sedikit mengejutkan Amirah.
“adalah.akak tak perlu tahu lah”kata Amirah lalu memerhati kenderaan yang bergerak dari laluan yang lampu isyaratnya hijau.
Azirah sedikit kecewa dengan perangai adiknya. Adiknya,Amirah lebih gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Jika hubungan persahabatn tidaklah Azirah risau,tapi hubungan istimewa seperti hubungan sepasang kekasih.

Azirah masih ingat lagi ketika melihat Amirah berjalan berpimpingan tangan dengan seorang gadis cantik di sebuah pasaraya ketika Azirah dan ibunya sedang membeli-belah di situ. Azirah memarahi Amirah.berlaku sedikit pertengkaran diantara mereka. Ibu mereka tidak masuk campur.hanya memerhatikan pertengkaran mereka dari jauh. Sejak dari pertengkaran itu,Amirah tidak pulang kerumah selama hampir 2 minggu. Ibu mereka meminta Azirah memujuk Amirah pulang kerana rindukan Amirah. Akhirnya Amirah pulang dan sejak itu Azirah tidak melarang Amirah untuk berhubungan sejenis lagi. Azirah khuatir akan menjejaskan kesihatan ibunya yang kini menghidap penyakit darah tinggi.

Bas ekspress Delima akhirnya berhenti di perkarangan stesen bas itu. Sufian berjalan keluar dari bas. Mata Sufian meliar mencari rakannya. Sudah pukul 7.15 malam. Namun kelibat rakannya tidak kelihatan. Sufian akhirnya duduk disebuah bangku. Sufian melihat gambar penghias latar di telefon bimbitnya. Gambar Sufian dengan Zharif yang saling berpelukan itu menjadi skrin latarnya.

“tunggu awek ke bro?leh ngorat tak?”usik Amirah
“Wei,hahaha kau ni saje je mahu buat aku risau kan”kata Sufian sambil melihat Amirah dan Adriana yang berdiri di belakang Amirah.
sorry lah buat kau tunggu lama. Ana keluar lambat tadi”Amirah memberi alasan.
“tak pelah.tak lama pun aku tunggu”kata Sufian lalu berdiri cuba memikul beg galasnya
“wei kejap. Kau seorang je ke? Mana Boyfriend kau?”soal Amirah sambil memandang bebola mata Sufian yang sedikit bersinar itu.
Sufian terkaku sebentar,kemudian mengalas beg pakaiannya.
“aa..ermm nanti aku cerita kat kau”Sufian mengetap bibirnya lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain


-bersambung-

p/s : bagi part akan datang terdapat penggunaan gaya bahasa yang mungkin tidak sesuai untuk pembaca bawah umur.

10 comments:

  1. Replies
    1. thanx bro..hehe igtkan xnak komen kat sini..sbb waktu chat tadi kan dah komen sikit hehehe

      Delete
  2. Part 1 pengenalan... semua watak masih tergantung lg karakternya... Fakhri vs Azwan, Suffian vs Zhariff, Azirah, Amirah n Adriana...
    Next episod bertambah cerahlah hendaknya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara nama watak2 yang adam senaraikan itu hanya tiga sahaja yang menjadi watak penting..nantikan sambungannya

      Delete
  3. wah selamba badak dia orang ni berkapel erk?..
    pasti kesal si Fakhri ni x tolong mak pak nyer di saat akhir kan. ...
    sian lah pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. abangjangut..biarlah durang berkapel bah..jangan kau cemburu pula..ramai lagi yang ada utk ko bah..hehehe banyak lagi isu peleraian yang belum disiarkan..teruskan membaca baru tau nanti

      Delete
    2. hahahaha... abang jangut ni ensem tau...cukup 2 mata 2 telinga satu hidung dua lubang ..and yang penting jangut sejemput hehehehe
      hohoho ..ko cakap sabah ngan aku ya hahaha

      Delete
    3. heheh abangjangut ni hensem rupanya..hehe untunglah siapa yg kapel dgn ko kan..jgn lupa ya tunggu part baru cerita ni nanti

      Delete