30 March 2013

Tentang Rasa -part 10 : Bisikan Hati -




Tentang Rasa -part 10 : Bisikan Hati -


Pagi itu Zharif terjaga dari tidur. Matanya masih lagi kuyu dan sedikit pedih kerana tidak cukup tidur dan rehat. Sufian masih lagi lena di balik selimut itu. Zharif mencapai boxer dan menyarungnya sebelum bangkit dari katil. Zharif perlahan-lahan membuka pintu bilik. Cuping telinga Zharif bergerak-gerak sedikit. Sunyi suasana di luar bilik.

Zharif berjalan ke tingkat bawah perlahan-lahan. Dari ruang tamu hinggalah ke dapur. Sunyi dan sepi. Tiada siapa yang berada di lantai bawah rumah itu. Zharif menyelak langsir. Zharif mengintai ke luar rumah. Kereta milik ayah Sufian tiada. Namun kereta milik abang Sufian masih kaku di kawasan parkir itu. 'dia belum pergi kerja'detik hati Zharif.

“Kau intai apa?”teguran Sofi yang berdiri di belakang Zharif mengejutkan Zharif.
“tak..tak de apa”jawab Zharif.
Sofi diam melihat muka dan tubuh badan Zharif itu sebentar. Sofi sempat menjeling benci ke arah Zharif lalu bergerak ke dapur. Zharif mengikuti Sofi.
“abang nak pergi kerja ke?”tanya Zharif cuba untuk berbual dengan Sofi.
“ye”jawab Sofi sepatah ketika membuka pintu peti sejuk.
Zharif hanya melihat lelaki kacak itu meneguk susu rendah lemak yang diambilnya dari peti sejuk itu.

Sofi menutup peti sejuk setelah menyimpan susu yang diminumnya. Sofi memandang wajah Zharif yang kelihatan malu dan takut. Sofi berlalu meninggalkan Zharif tanpa mengucapkan apa-apa. Zharif hanya melihat Sofi.

“abang”panggil Zharif
Sofi menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Zharif.
“saya minta maaf”kata Zharif
Sofi hanya mendiamkan diri.
“Paan tidur lagi?”akhirnya sofi bertanya
“ye”jawab Zharif gugup.
Sofi meneruskan langkahnya ke luar rumah.

Adriana memasukkan beg pakaiannya ke bonet belakang keretanya. Setelah bersalaman dengan ahli keluarganya. Adriana masuk ke dalam kereta dan memandu keluar kereta ke jalan besar. Setibanya di sekolah menengah, Adriana berhenti lalu memandu masuk ke dalam kawasan sekolah itu.

Suasana di kantin sekolah menegah itu agak lengang. Belum tiba waktu rehat bagi pelajar-peljar di situ. Namuan pekerja-pekerja di kantin itu kelihatan sibuk menyediakan makanan.

“ini kad kawan saya, dia tinggal di bangsar. Dia seorang pensyarah di Universiti Malaya(UM). Awak ambil kad nama ini dan hubungi dia jika perlukan sebarang bantuan.”kata Munirah.
“terima kasih. Awak banyak bantu saya”kata Adriana
“sama-sama. Awak kawan saya Ana, sudah tentu saya akan bantu awak”kata Munirah.
“dia hubungi saya malam tadi. Bukan sekadar sms sahaja, malah turut menelefon saya. Berat hati saya untuk menjawab dan susah hati saya untuk membiarkan sahaja.”kata Adriana
“sampai masanya nanti awak harus beritahu dia perkara yang sebenarnya”kata Munirah.
Adriana memejamkan matanya. Berat sungguh dirasakannya untuk memberitahu Amirah mengenai ini.

Zharif menyemburkan pewangi di badannya. Kemeja hitam dipakainya. Zharif menoleh ke arah Sufian yang masih lagi lena tidur. Jam di dinding menunjukkan waktu 2 petang. Zharif berjalan ke arah pintu bilik. Zharif menoleh lagi ke arah kekasihnya yang sedang nyenyak tidur itu.

Fakhri khusyuk memerhatikan pergerakan ikan di dalam kolam itu. Api rokok di matikan Fakhri. Fakhri berjalan ke arah pintu pagar rumah dan membaling putung rokok itu ke jalan. Mata Fakhri menangkap pergerakan seorang lelaki berjalan ke arah rumahnya.

“Assalamualaikum bro”tegur Zharif.
“Waalaikumsalam. Jemput masuk”kata Fakhri lalu membuka pintu pagarnya.

Zharif duduk di bangku kecil berdekatan dengan kolam ikan itu. Zharif hanya melihat ikan-ikan di dalam kolam itu berenang perlahan. Tenang dirasakannya. Peristiwa malam tadi bermain di ingatannya. Dingin reaksi Sofi sebentar tadi. Memang ternyata Sofi tidak suka pada Zharif.

“menung apa tu?”tegur Fakhri
“tengok ikan je”kata Zharif
“kau ada masalah ke?”tanya Fakhri lalu menghulurkan secawan air kopi
Zharif mengelengkan kepala. Zharif meneguk air kopi. Fakhri hanya melihat Zharif. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Fakhri.
“walaupun kita belum kenal rapat. Tapi jika kau ada masalah, beritahu sahaja kepada aku. Mungkin aku boleh tolong. Jika tidak pun sedikit sebanyak boleh melegakan kau”kata Fakhri.
Zharif memandang ke arah mata Fakhri. Mata Fakhri kelihatan bersinar. Sifat penyanyang dan ambil berat pada Fakhri jelas terpancar dari sinar matanya.

hello...dah bangun ke? I ada kat rumah brother tu..ok.. ok..”Zharif menyimpan telefon bimbitnya.
“siapa tu?”tanya Fakhri
“Paan, kawan saya yang tolong bro semalam”kata Zharif
“dah habis minum? Aku nak bawa cawan tu ke dapur”tanya Fakhri
“dah. Terima kasih”
Fakhri membalas senyuman Zharif.

'kenapa dia bahasakan diri dia 'I' kat budak tu?' Fakhri binggung memikirkannya

Zharif hanya memerhatikan Fakhri masuk ke dalam rumah. Zharif memandang ikan-ikan di dalam kolam itu semula. Seekor demi seekor ikan ditenungnya. Semakin lama semakin dalam. Bayangan wajah Zharif kelihatan di permukaan air. Zharif menatap bayangan wajahnya.

So Zharif kan, tak sangka saya dapat jumpa awak disini.”tegur seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya.
“awak siapa?”tanya Zharif kehairanan

Suasana kafeteria itu tidak sesak seperti waktu tengahari tadi. Kelas Zharif sudah tamat pada pukul 2 petang. Selepas kelas, Zharif duduk melepak di kafeteria bersama dengan kawan-kawan sekelasnya. Tapi hanya 30 minit melepak, kawan-kawan sekelas dengan Zharif meninggalkan Zharif untuk pulang ke asrama dan ada yang masuk ke kelas seterusnya. Kini tinggal Zharif berseorangan di kafeteria tanpa teman. Tidak lama kemudian, muncul pula lelaki yang tidak dikenalinya duduk di hadapannya.

“saya Faizul. Panggil je Ijoi”perkenal lelaki itu kepada Zharif.
“ok ada apa?”tanya Zharif selepas bersalaman dengan lelaki itu.
“mana BF awak?”pertanyaan Faizul mengejutkan Zharif
“apa awak cakap ni?”Zharif pura-pura tidak faham.
“tak perlu lah nak berselindung lagi. Saya seorang yang berterus-terang. Saya tahu awak sedang berpacaran dengan Sufian, budak Multimedia tu kan”kata Faizul
“kalau awak dah tahu baguslah”kata Zharif lalu berdiri dan menyusun fail-failnya
“awak jangan salah faham.”kata Faizul turut sama berdiri.
“apa yang awak nak dari saya?”tanya Zharif
“saya nak berkenalan dengan awak. Harap-harap dapat jadi kawan awak”kata Faizul.
“ok. Saya sibuk ni. Saya minta diri dulu”kata Zharif lalu meninggalkan Faizul.
Faizul mengejar Zharif.
“janganlah sombong sangat”kata Faizul
“Zharif..tunggulah!”
Zharif tidak mengendahkan Faizul lalu terus berjalan masuk ke dalam tandas.
“Zharif. Awak ni kenapa? Kenapa sombong sangat?”tanya Faizul
“waoo please dude. Stop following me ok”kata Zharif lalu menahan badan Faizul dari menghampirinya.
“kenapa awak sombong sangat?saya nak berkawan dengan awak sahaja”kata Faizul.
“ok kita boleh berkawan. Tapi jangan buat saya macam ni. rimaslah”kata Zharif
“saya cuma nak berkawan rapat dengan awak”jelas Faizul
“rapat sampai ikut saya ke dalam toilet?”
Faizul mengarukan kepalanya
“ok Faizul..”
just call me Ijoi
“oh ok Ijoi. Saya nak buang air ni,boleh tak awak biarkan saya berseorangan”kata Faizul
“ok, maafkan saya. Saya tunggu awak ye. Saya tunggu di luar tandas ok”kata Faizul lalu berundur ke belakang dan keluar dari tandas.

'Pehal mamat tu, paranoid lebih. Rimas aku lah' kata Zharif bersendirian sambil berjalan ke urinal lalu menarik turun zip seluarnya.

Fakhri menepuk bahu Zharif.
“kau kenapa? Asyik termenung je”teguran Fakhri menyedarkan Zharif dari lamunanya.
“eh aku tengok ikanlah bro”kata Zharif.
“kau nak bekerja dengan aku bukan. Kalau boleh, aku tak mahu ada pekerja yang moody je. Aku suka pekerja yang ceria, baru business boleh untung”kata Fakhri.
Zharif cuba untuk senyum
“Assalamualaikum”Sufian memberi salam di luar pintu pagar
“Waalaikumsalam,masuklah”jemput Fakhri.
“tu kawan kau dah sampai tu”kata Fakhri.
Wajah Zharif berubah sedikit monyok.
“Zhaf tak beritahu pun datang sini”kata Sufian.
“Paan tidur tadi. Zhaf tak nak kacau Paan tidur”kata Zharif melihat Sufian mencangkung disebelahnya.
“ala kejutkan je. Paan tak kisahlah”kata Sufian tersenyum.
Fakhri yang dari tadi memerhatikan riak wajah Zharif menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada Zharif.
'kenapalah dengan budak ni, mesti ada yang tidak kena ni'bisik Fakhri sendirian.

*                         *                           *

Seawal pukul 8 malam gerai burger milik Fakhri mula beroperasi. Zharif meletakkan ketulan-ketulan ais kedalam kotak putih yang berisi minuman tin. Sufian pula sibuk memotong kobis dan tomato. Fakhri kelihatan tekun menghidupkan api untuk memanaskan kuali rata besar bersegi empat untuk memasak daging burger.

Tugas Zharif mudah. Sebagai juruwang dan mengambil dan menghantar pesanan, Sufian pula ditugaskan untuk membungkus dan menyediakan bahan-bahan untuk burger. Fakhri pula sebagai tukang masak memasak daging burger.

Perniagaan Fakhri pada malam itu berjalan dengan lancar sekali. Tiada runggutan dari pelangan. Semuanya bekerja dengan ceria. Fakhri tersenyum melihat telatah mesra dari Sufian dan Zharif ketika melayan pelangan. Gabungan Sufian dan Zharif sedikit sebanyak memberi pembaharuan dalam perniagaan Fakhri.

“ye ini dia, burger istimewa dah sampai”kata Fakhri ketika menghidangkan burger kepada Amirah dan pekerjanya.
brother belanja ke ni?”tanya Amirah
“tentulah. Dah jemput makan”kata Fakhri
“Amy, bila motor kau keluar bengkel?”tanya Sufian
“dah 2 hari dah”kata Amirah
“kembali kepada dunia rempitlah minah ni nanti”sampuk Zharif
“banyaklah kau. Lepas ni keje brother pun jadi senanglah, sudah ada pekerja yang membantu sekarang”kata Amirah.
“hehehe harap-harap macam tu lah”kata Fakhri
“lepas ni boleh tambah cawangan baru”cadang Amirah
“hahaha lama lagi. Yang ada ni pun belum tentu tahan sampai bila lagi hehe”kata Fakhri
“nak lagi maju bro, apa kata bro tambah menu”cadang Zharif.
Sufian dan Fakhri berfikir sejenak
“betul juga kata Zhaf ni. Kita tambah menu nak bro”Sufian memberi pendapat
“hmm dulu arwah ayah aku ada buat satay, ramai juga yang beli. Aku tolong arwah bakar satay. Tapi lepas arwah tiada, satay tu pun stop. Aku seorang sahaja mana larat nak buat banyak kerja”kata Fakhri
“Zhaf kan ada, Zhaf boleh buat bro. Betul kan Zhaf?”Sufian memandang Zharif yang mengangukkan kepala.
“betul ke ni?”tanya Fakhri
“betul bro”kata Zharif.
“kalau macam tu, esok pagi aku pergi tempah daging satay”kata Fakhri.
“tak perlu tempah banyak-banyak bro, ayam dengan daging 100 cucuk. Mula-mula biar sikit dulu. Kita nak buat come back kene tengok respond dulu. Kalau ok, baru kita tambah. Tapi, kuah kacang tu siapa nak buat?”tanya Amirah
“yang itu tak perlu risau”kata Fakhri.
“perghh terbaiklah. Lepas ni mesti ramai lah yang berkunjung”kata Sufian.
“harap-harap macam tu lah”kata Fakhri
Sufian melihat Zharif khusyuk menekan-nekan telefon bimbit.
“buat apa tu zhaf?”tanya Sufian
“tak de ape”kata Zharif kemudian menyimpan telefon bimbitnya.
“eh dah la, jom kita berkemas dah pukul berapa ni nanti lambat pula”kata Fakhri.

Zharif membaringkan badannya ke atas katil. Sufian menanggalkan pakaiannya. Sufian berbaring di sebelah Zharif. Dahi Zharif dikuncupnya. Zharif memeluk teman lelakinya itu.

“seronok juga bekerja dengan Fakhri tadi.”kata Sufian
“ye betul tu. Tapi letihlah”kata Zharif dalam nada manja.
“kalau letih tidurlah. I nak ke dapur sebentar”kata Sufian.
“ok. Jangan lama-lama tau”kata Zharif.
Sufian mencapai seluar pendek lalu berjalan keluar dari bilik tidurnya.

Zharif memadamkan sms yang dihantar Faizul. Sejak Zharif berkenalan dengan Faizul, lelaki itu selalu menghantuinya. Zharif acap kali memberitahu Faizul bahawa dirinya sudah dimiliki Sufian. Namun Faizul tidak memperdulikannya. Zharif tidak faham mengapa Faizul menjadi begitu.

“Sejak kebelakangan ni, saya tengok awak tidak bersama dengan Sufian, awak gaduh dengan dia?”soal Faizul ketika berjalan bersama dengan Zharif menuju ke Universiti.
“itu bukan masalah awak”jawab Zharif yang malas untuk melayan Faizul.
“saya cuma ambil berat”
“saya tak suruh pun”kata Zharif
“awak kawan saya, sudah tentu saya ambil berat.”kata Faizul
“Ijoi. Apa sebenarnya yang awak nak dari saya?”tanya Zharif lalu berhenti melangkah
“saya cuma berkawan”
“tak. Awak bukan nak itu”
“kenapa pula awak cakap begitu?”
“cara awak ni bukan seperti ingin berkawan. Tolonglah Ijoi. Jangan buat saya rimas. Saya tak sukalah. Kalau nak berkawan tu buatlah cara berkawan. Tolong jangan masuk campur hal peribadi saya. Saya dah ada pakwe. Awak tahu akan hal itu. Jadi tolong jangan gangu saya macam ni. Tolonglah!”tegas Zharif lalau berjalan meninggalkan Faizul yang terkedu itu.
Faizul menarik tubuh Zharif lalu di tolaknya ke dinding.
“wei! Sini kau! Aku suka kan kau! Aku sayangkan kau! Kau tak faham ke lagi? Aku nak kau jadi boyfriend aku! Aku betul-betul suka dekat kau!”tengking Faizul tiba-tiba.
“aku dah boyfriend!”ronta Zharif
“kau tinggalkan dia! Dan jadi milik aku!”
“tolonglah Ijoi. Kau carilah budak lain! Kau boleh dapat budak lelaki lain yang lebih baik dari aku. Kau handsome, badan tegap, budak popular kat U ni dan ramai awek suka kan kau. Aku pasti bukan hanya awek saahaja yang suka kat kau tapi ada juga lelaki yang suka kat kau!”jelas Zharif.
“Zhaf! Jangan cakap macam tu boleh! Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Hanya awak sahaja yang saya suka! I love You Zhaf”Faizul kemudiannya menguncup bibir Zharif.
Zharif menolak kuat badan Faizul.
stay away from me! I don't want to see you anymore!”kata Zharif

Sufian terkejut melihat Sofi di dapur sedang makan burger yang dibawa pulang Sufian ketika bekerja tadi. Sofi berhenti makan dan memandang Sufian.

“Along makan burger ni.”kata Sofi
“makanlah.”kata Sufian
Sofi memandang Sufian yang sedang membongkok di hadapan peti ais. Sofi berdiri lalu merapati Sufian. Punggung Sufian diramas Sofi lembut.
“wei apa ni!”marah Sufian ketika menoleh ke arah Sofi.
“syhhh diam, nanti mama dan ayah dengar”kata Sofi lalu memeluk badan Sufian.
“lepaskan aku lah!”marah Sufian lalu menolak badan Sofi ke belakang.
“kau memang sial ar! Dengan budak tu kau bagi, dengan abang sendiri pula bukan main berkira!”sinis Sofi.
“wei along, tolonglah jangan buat aku macam ni, aku penatlah sial”Sufian geram.
“aku tak faham apa bagusnya budak tu sampai kau bercouple dengan dia! Wei otak kau ada tak? Guna otak boleh tak? Dia tu lelaki, kau tu lelaki. Sampai Kiamat pun kau tak boleh berkahwinlah dengan dia!”kata Sofi.
“habis tu, biarlah. Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Sebab aku dah tak layan kau lagi!”jerkah Sufian
“apa bagus budak tu sampai kau nak bercouple dengan dia hah? Sebab konek dia besar? Sebab tu kau suka?”
“sebab aku cinta kan dia”
“hahahaha fuck ar cinta! Dunia gay macam kau ni, takde cinta. Dah banyak kali aku cakap. Dunia macam kau ni, nak kepuasan sex je bahlol!”kata Sofi lalu menolak kepala adiknya. Sofi berjalan ke ruang tamu. Sufian membatukan diri.

Tombol pintu bilik dipulas Sufian. Zharif tersedar dari lamunannya. Zharif memejamkan mata. Zharif membuang jauh ingatannya tentang Faizul. Sufian baring disebelah Zharif. Badan Zharif yang mengiring ke kanan itu dipeluknya. 'I love you sayang'bisik Sufian ke telinga Zharif lalu mencium dahi dan pipi Zharif. Zharif hanya mendiamkan diri.

'benarkah tiada cinta dalam dunia ini, benarkah segalanya hanya nafsu semata-mata. Aku cintakan dia. Aku tidak pernah merasakan cinta begini sebelum ini. Dia berikan cinta kepadaku'detik hati Sufian

'aku kena tabahkan diri dalam mencintainya. Aku tidak akan mudah tewas pada godaan lain dalam mencintainya.'bisik hati Zharif.


-bersambung-

 

8 comments:

  1. pendek nyew? x puas bace...

    ble smbungn nye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cukup banyak dah ni hehehe
      tunggu je part akan datang..tak lama pun..sok lusa tersiar juga

      Delete
  2. ala ... tak sabar nak tunggu next episode..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenela bersabar bro..nnt muncul juga part baru huhu

      Delete
  3. ..dahsatlah si sofi..adik sendiri pun nak bedal ...
    pasangan gay kalo gaduh ..fuhhh..mau nyer tendang terajang wakakaka..takda lagi mana laki mana bini hehehhe..

    adakah sofi akan merebut zharif?
    amirah ..mesti down giler kalo tau pasal andriana kan khuzai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak tau lebih lanjut..part akan datang k.. slow2 kita kupas hehe

      Delete
  4. bila baca tentang zharif dan ijoi ada sedikit persamaan dengan kisah saya .saya berkenalan seorang kawan di laman sosial dan hanya sebagai seorang kawan saja ,saya dah khabar kat dier saya ada bf dan sayangkan bf saya.tapi dier anggap saya lebih daripada tu dier nak saya juga. sehingga dier berbohong melalui sms yang mengatakan dier meninggal dunia dan mayat nya ada di hospital ,sedang kan dier masih hidup .saya terpaksa berbohong balik kepada nya dengan mengatakan saya hendak pergi keluar negara.kalau tidak dier nak datang jumpa saya .saya sayang kan bf saya dan ini berlaku dua tahun lalu semasa bf saya koma dua bulan ,bila membaca kisah zharif dan ijoi kenangan pahit itu datang kembali

    ReplyDelete