08 March 2013

Tentang Rasa - part 2 : Cetusan Hati -




-part 2 : Cetusan Hati -

Bunyi bingit enjin dan ekzos motor pada petang itu bukanlah fenomena baru bagi penghuni-penghuni rumah teres di Taman Delima Jaya. Para penghuni disitu sudah lali dengan bunyi-bunyi bising dari rumah-rumah kejiranan mereka yang rata-ratanya merupakan pelajar bagi IPTS-IPTS yang yang terdapat di kawasan berhampiran. Kebanyakkan rumah di kawasan kediaman itu disewa oleh pelajar-pelajar.

“Sentuhan kau memang masih power lagi lah Keli”puji Leman lalu memakai topi keledar.
“biasa bro. Kalau ada problem lagi,kau bawak motor kau jumpa aku lagi.”kata Fakhri yang mencangkung sambil mengisap rokok.
“ok bro.tak de hal. Ni untuk kau”kata leman sambil bersalaman dengan Fakhri.
“wei ape ni?”Fakhri pelik bila Leman meninggalkan beberapa keping kertas bewarna hijau.
“ambil jela.malam tadi aku menang game.kau banyak bantu aku tiap kali aku race.ok aku gerak dulu”motor 125zr warna hitam merah itu melungsur keluar dengan laju.

Fakhri membelek-belek 2 keping wang kertas yang tertulis rm50 itu. Fakhri kemudiannya menyimpan perkakasan yang digunakan untuk membaiki motor Leman tadi di dalam sebuah kotak besi besar. Kotak tersebut di letakkan di dalam stor. Setelah mengunci bilik stor dan pintu belakang rumahnya, fakhri mencuci tangannya yang terkena minyak hitam itu di sinki.

Fakhri membuka pintu peti sejuk. Sekotak air susu rendah lemak di tungangnya. Fakhri menyimpan semula kotak susu itu ke dalam peti sejuk lalu menutup pintu peti sejuk itu. Zip seluar Fakhri dibuka.kancing seluar ditanggalkannya. Seluar jeans lusuh berwarna biru tua yang bersaiz 32 itu terlondeh dengan sendirinya. Fakhri menyepak seluar jeans yang dibelinya 2 tahun lepas itu ke belakang. Fakhri berjalan ke ruang tamu. Fakhri menyiarap. Setelah menarik dalam-dalam nafasnya, Fakhri memulakan senaman tekan tubi dalam keadaan berbogel.

*         *         *

Sufian melihat jam dinding yang terlekat di dinding biliknya. Sudah pukul 2 petang. Mata Sufian masih lagi kuyu. Sufian mengaru-garu kepalanya. Rambut Sufian makin serabai. Sufian mengeliat. Ketiak sebelah kanan di hidunya.

'fuhh harum sial bau ketiak aku' Sufian menyerigai bangga.

Sufian melemparkan selimut yang masih membaluti tubuhnya. Sufian berdiri dan bangkit dari katilnya. Sufian bergerak ke cermin meja solek. Wajahnya yang putih mulus itu ditatapnya bangga. Sufian tersenyum sendirian sebentar. Sufian kembali menguap lalu bergerak keluar dari biliknya.

“ni lagi seorang lagi, matahari dah condong ke barat baru nak bangkit dari tidur”bebel ibu Sufian sejurus melihat anak bongsunya itu melangkah longlai ke dapur.
morning mom”ucap Sufian lalu duduk di kerusi meja makan
morning la sangat kan”kata ibu Sufian sambil mencuci pingan mangkuk
breakfast apa pagi ni ma?”Sufian langsung tidak menyedari waktu apa sekarang
my dear son,its already noon my love and since You missed the breakfast and lunch. This is what you will having”ejek ibu Sufian sambil meletakkan sebungkus mee segera di hadapan Sufian.
“Aaah mom, come on..”Sufian mengeluh melihat reaksi ibunya.
“mama dah buat breaksfast, dah buat lunch and ask Along untuk kejutkan Paan tadi tapi Paan masih lagi nyenyak tidur,so itulah balasannya ok”kata ibu sufian lalu berjalan ke ruang tamu.

Sufian hanya memerhatikan ibunya.matanya kembali kuyu. Tuala yang tersidai di ampaian diambilnya. Sufian menanggalkan boxer Edwin yang dipakainya sejak dari petang semalam. Sufian melangkah ke bilik mandi. Setelah pintu bilik mandi di selak kunci. Pili air pancuran itu di pulas Sufian. Sufian menghidupkan pemanas air. Sufian sempat membuat aksi seperti seorang model bina badan di hadapan cermin bilik air itu sambil rambutnya berbusar dengan buih dari Shampoo rambut yang digunakannya.

' I’m sexy and I know it yeahh!!oyeahh!! ' nyanyian Sufian sedikit kuat dan Sufian terus membuat pelbagai gaya seksi.

Sufian membilas busar buih di dagunya. Sufian tersenyum melihat refleksi imejnya dicermin bilik air itu. Setelah mencukur jangut dan misai, wajah Sufian kini lebih bersih dan bertambah kacak. Sufian menundukkan kepalanya ke bawah.

'hmm yang ini pun patut kene shave ni'kata Sufian sambil menyentuh daging dibahagian bawah pusat itu.

*         *          *

Jari-jemari Adriana seakan menari-nari di stereng kereta Suzuki Swift berwarna biru mengikut rentak lagu yang sedang bermain diceruk pembesar suara kereta itu. Sesekali kepala Adriana akan meninjau ke dalam kawasan rumah Sufian. Adriana mengukirkan senyuman bila melihat seorang lelaki berambut perang keluar dari pintu rumah tersebut.

“Assalamualaikum awek cun”ucap Sufian ketika membuka pintu kereta
“Waalaikumsalam pakwe hot”Adriana menjawab salam.
so where are we heading?”tanya Sufian lalu memakai tali pingang
heaven baby”kata Adriana lalu memandu laju kereta itu keluar dari kawasan rumah teres itu.

Fakhri membersihkan pasu-pasu bunga yang terdapat berhampiran dengan kolam ikan. Fakhri menjaga elok bunga-bunga yang pernah ditanamnya dulu ketika bersama dengan arwah ibunya. Hobi ibunya adalah menanam bunga. Walaupun Fakhri tidak langsung meminati akan hobi ibunya,namun setelah Fakhri kerap membantu ibunya,Fakhri akhirnya berjinak-jinak untuk menanam bunga. Hasilnya kini rumah tinggalan arwah ayahnya itu kini dihiasi dengan taman mini dengan keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam Fakhri dan arwah ibunya.

“Gila punya orang bawak kereta laju-laju dekat sini!”tempelak Fakhri ketika melihat kereta Suzuki Swift berwarna biru itu memecut laju melintasi jalan di hadapan rumahnya.

Setelah selesai berkebun kecil,Fakhri berjalan masuk ke dalam rumahnya. Jam di dinding ruang tamu menunjukkan waktu 4petang. Fakhri harus segera bersiap untuk ke pasaraya membeli barangan keperluan untuk berniaga burger pada malam nanti.

Amirah tersenyum bila melihat kereta milik teman wanitanya bergerak perlahan menghampirinya. Amirah membetulkan beg yang disandangnya. Akhirnya kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan Amirah. Sufian menjengah keluar tingkap.

“hai makwe, nak tumpang ke?”usik Sufian
“ye pakwe,amboi bukan main selesa lagi ye duduk di tempat beta”balas Amirah
Sufian membuka pintu kereta. Amirah berundur ke belakang sedikit
“Silakan Tuanku”kata Sufian dengan penuh lagaknya,
“terima kasih kadam ku.sekarang nyah kau dari sini!”Amirah tertawa lalu masuk ke tempat duduk disebelah pemandu.Adriana hanya mampu tersenyum melihat telatah kekasihnya dan kawannya itu.
“muka ada handsome”puji Amirah
“biasalah beb. Muka aku memang handsome sejak dari dalam perut mak aku lagi”Sufian angkat bakul sendiri.
“kenapa kau shave? Bukan Zharif suruh kau simpan goatee kau tu ke?”tanya Amirah
Air muka Sufian berubah mendadak bila mendengar nama teman lelakinya itu disebut Amirah. Wajah riang dan ceria Sufian berubah masam mencuka.
“ermm baby,kita nak pergi mana?”tanya Adriana mengubah topik
“kita pergi KL,I nak shopping baju sikit”kata Amirah
“ok”jawab Adriana sepatah
“tapi You berhenti di stesen minyak boleh, I nak tukar pakaian”kata Amirah
“salin jelah dalam kereta ni”cadang Adriana,
You nak I tukar baju dalam kereta ni ke?euww”cebik Amirah
Why? Tukar jelah,cermin kereta I ni tinted la. Orang luar tak boleh nampak”kata Adriana lalu memutarkan stereng kereta ke kanan.
“tapi orang dalam boleh nampak”kata Amirah
baby, he's a gay ok”kata Adriana
Honey, I’m not a gay but bisexual ok”sampuk Sufian sambil mengangkat kening sebelah kanannya
“hahaha sebab itulah I tak nak tukar pakaian dalam kereta ni,nanti tak fasal-fasal basah je seluar jeans budak itu dan yang paling I khuatiri adalah I nanti jadi mangsa rogol haha”amirah ketawa kuat.
Sufian hanya tersenyum lalu mengalihkan pandangannya ke kiri dan menatap permandangan senja langit yang jingga dan berawan yang unggu kehitaman itu.

Amirah sedikit lega bila melihat sahabat lelakinya itu tersenyum. Amirah mengerti ada konflik yang sedang melanda antara Sufian dan Zharif. Melihat pada riak muka Sufian tadi Amirah dapat baca yang satu-satunya sahabat lelaki yang boleh dipercayainya itu masih belum bersedia untuk menceritakan masalah yang membelengu diri Sufian.

*       *       *

Fakhri mengikat rambutnya yang panjangnya mencecah bahu itu dengan tali getah. Rambut panjangnya diikat kemas dengan gaya pony tail. Beberapa helai rambut sahaja dibiarkan tidak diikat hingga menutupi bahagian kiri matanya. Setelah puas hati mengayakan rambutnya itu. Fakhri mematikan enjin kereta saga itu.

Fakhri melihat jam tangannya,hampir pukul 5 petang. Fakhri berjalan agak pantas masuk ke dalam pasaraya. Fakhri mengambil troli dan menolaknya di bahagian barangan basah. Mata fakhri melilau mencari barangan yang harus dibelinya untuk membuat persiapan berniaga burger nanti.

Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan Fakhri berjalan menghampiri Fakhri. Lelaki yang memakai baju t-shirt hitam dan tertulis 'I Love KL' berwarna merah itu berjalan agak laju mengejar fakhri. Fakhri masih tidak sedar bahawa langkahnya sedang di ekori oleh lelaki itu. Fakhri lagi sibuk mencari barangan yang ingin dibelinya.

“Keli!”panggil lelaki itu lalu menepuk bahu Fakhri
“eh ejat,kau buat apa kat sini?”Fakhri yang agak terkejut itu sempat mengukirkan senyuman lalu bersalaman dengan Aizat,kawan sekolah ketika Fakhri bersekolah dulu dengannya.
“teman isteri aku beli barang dapur,dia tengah pilih-pilih ikan kat belakang sana”kata Aizat
“Oh ye ke,ok. Wei dengar cerita isteri kau dah mengandung sekarang,betul ke?”tanya Fakhri
“ye dah masuk 2 bulan dah”kata aizat sambil mengukirkan senyuman
“tahniah aku ucapkan, kau dah buktikan yang kau betul-betul 'anak jantan' hehehe”ujar Fakhri lalu tertawa kecil.
“mestilah bro,haha kau pula,bila lagi?”soal Aizat lalu menepuk lengan Fakhri
“haha aku lambat lagi lah. Awek pun tak de lagi inikan nak kahwin pula”Fakhri tersipu-sipu.
“aku tahu kau ni memilih sangat sebab itulah kau tak kahwin-khawin lagi.”kata suami kepada isteri yang sedang hamil 2 bulan itu.
“aku muda lagilah. Belum puas enjoy hahaha”kata fakhri
“kalau nak enjoy sampai ke mati pun belum tentu lagi puas bro, Lydia tu betul-betul minat kat kau cuma kau je yang tak nak layan dia. Body cantik,solid aku tengok. Muka pun boleh tahan juga cun”kata-kata Aizat itu memetik kembali memori Fakhri terhadap gadis itu. Jika dahulu memang benar Fakhri betul-betul menyukai Lydia. Namun segalanya berubah bila melihat sendiri gadis cantik itu menjadi 'lauk' buat 'santapan' rakan-rakannya ketika salah seorang rakannya memenangi perlumbaan haram itu dan menerima Lydia sebagai ganjarannya.
“hehe dia bukan jodoh aku bro”kata Fakhri cuba melenyapkan imej-imej Lydia yang bermain di mindanya.
“sebab itu aku cakap tadi yang engkau ni memilih hehehe”Aizat ketawa

'jikalau kau kenal siapa Lydia yang sebenarnya Aizat..'cetus hati Fakhri

Fakhri hanya tersenyum tawar.telefon milik Aizat tiba-tiba berdering.panggilan dari isterinya.Aizat bersalaman dengan Fakhri lalu berjalan laju meninggalkan Fakhri. Fakhri hanya memerhatikan gelagat kawannya yang pernah menjadi rakan rempitnya dahulu. Fakhri masih ingat lagi Aizat merupakan salah seorang rakannya yang menjadi saksi peristiwa hitam yang pahit dan mengerikan.

“ye aku on the way ni.tunggu kejap”kata Fakhri sejurus panggilan dijawabnya.
“ayah,bu Fakhri pergi dahulu ye, kawan Fakhri panggil cepat ni”kata Fakhri
“yela Fakhri,pergilah cepat.kami faham”kata ayah Fakhri
“Fakhri pergi dulu!”jerit Fakhri lalu menunggang laju motor Yamaha Lagenda 115ZR
“Sejak abang belikan motor pada Fakhri tu,saya tengok budak tu dah berubah sikit”kata ibu fakhri sambil melihat jauh anak tunggalnya itu menunggang motor.
“awak ni,biasa je saya tengok budak tu. Saya kan dah berjanji pada dia untuk hadiahkan dia motor jika dia dapat keputusan cemerlang SPM”kata ayah Fakhri sambil bersiap sedia untuk berniaga.
“tunaikan janji tu memang betul abang. Tapi saya ni bukan apa,sejak budak itu dapat motor,perangai dia sedikit berubahlah bang”resah ibu Fakhri
“awak ni janganlah nak bersangka buruk pula. Biarlah budak tu,lagipun budak itu sibuk dengan perancangan dia nak lanjutkan pelajaran kan,sudah lah mari saya hantarkan awak ke masjid sekarang nanti lambat pula saya nak buka gerai burger ni”kata ayah fakhri.

*        *       *

Suasana di tepi pantai itu sedikit sunyi. Kawasan sekitarnya agak suram.tiada cahaya yang menerangi kawasan tempat lepak tiga sekawan itu. Hanya pancaran malap dari cahaya lampu jalan yang terletak hampir 200 meter dari tempat mereka. Adriana dan teman wanitanya Amirah berbaring di bonet kereta,manakala Sufian pula duduk menyandar di tempat duduk sebelah pemandu di dalam kereta itu.pintu kereta di biar terbuka luas.

Bunyi ombak amat menenangkan. Bayu laut menghempas tubuh mereka. Sedikit sejuk dirasakan Adriana dan Amirah. Amirah segera memeluk kekasih hatinya itu bagi menghangatkan badan. Sesekali dahi Adriana dikuncup lembut oleh Amirah.

'alangkah indahnya jika cinta ini dapat dizahirkan kepada umum'cetus hati kecil Amirah ketika melihat wajah Adriana dalam dakapannya.

“Kau orang jangan nak beromen pula. Tak fasal-fasal nanti tsunami melanda pula”tegur Sufian yang dari tadi senyap memerhatikan tingkah sahabat perempuannya itu.
“biarlah,sibuk jela mamat tu kan sayang kan”muncung Adriana lalu memeluk lagi erat tubuh Amirah.
“untunglah dapat berkasih sayang dengan kekasihkan”perli Sufian lalu meletakkan kedua-dua lengannya di atas kepalanya.
bro,aku tanya ni kau jangan sentap lak. Tapi aku tau ada yang tak kene between You and Zharif. Ceritalah hal sebenarnya pada kami”kata Amirah sambil menoleh ke dalam kereta.
Mata Sufian terkebil-kebil. Sufian mengeluh sedikit. Sufian agak berat untuk menceritakan krisis hubungannya dengan Zharif. Bila dikenang kembali. Segala yang berlaku adalah berpunca dari Sufian sendiri. Tapi tanpa peranan Zharif tidak mungkin segalanya akan tercetus.

“ok aku story kat kau orang..”Sufian menyelak buku ingatannya mengenai krisis yang terjadi.

Seperti biasa selepas mandi Sufian akan segera bersiap kerana dalam minggu ini setiap hari kelasnya akan bermula seawal pukul 8 pagi. Ketika Sufian selesai berpakaian, Zahrif masih lagi lena. Sufian mengejutkan Zharif selepas melihat jadual waktu kelas Zharif yang seharusnya bermula pada pukul 8 pagi sama seperti kelas Sufian.

“Zharif,bangun..bangun Zharif..”Sufian mengegarkan badan Zharif.
“aa ermm”bunyi yang keluar dari mulut Zharif yang matanya masih lagi terpejam
“Sayang,bangunlah. You ada kelas pagi ni kan”Sufian masih mengoyang-goyangkan badan Zharif.
“aahh You go fisrt..”arah Zharif lalu menekup mukanya dengan bantal.
Dahi Sufian berkedut sedikit. Sufian mengigit bibir bawahnya. Rasa kecewa dan marah dipendamnya. Sufian berdiri lalu berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan Zharif yang kembali tidur.

Tengahari itu kelihatan Sufian berjalan laju menuju ke arah Zharif yang sedang merokok di belakang bangunan blok D. Zharif yang leka merokok dan memandang skrin telefon bimbitnya tidak perasan kehadiran Sufian yang sedang berjalan laju ke arahnya.

“puas I cari You,kat sini rupanya”kata Sufian yang berdiri di belakang Zharif
“hey sayang. I tak perasan pun You datang”kata Zharif lalu menyembunyikan telefon bimbitnya ke dalam seluar slack licin berwarna biru kehitaman.
Are you hiding something from me?”pertanyaan Sufian bagaikan merentap jantung Zharif.
No and what's make you think like that?”Zharif membalas pertanyaan Sufian.
“dalam beberapa hari ni, You seems different”kata Sufian menatap tajam mata kekasihnya itu.
“oh nothing. Its just ermm”Zharif kehilangan kata-kata
“apa dia?”soal Sufian
I banyak kerja kena buat. Banyak discussion dengan budak-budak kelas I, kami diberi pelbagai tugasan dan projek. Terlalu banyak hingga I tiada masa untuk diri I dan untuk You. I tahu You fikir yang bukan-bukan mengenai ini. Tapi You kena faham. Walaupun I busy dengan tugasan I,itu tak bermakna I pinggirkan You. I harap You faham dengan keadaan I dan jangan buat sebarang asumption yang negatif about it”jelas Zharif
“tapi I risau..”
Zharif tiba-tiba memeluk sufian. Tubuh tegap Zharif menindih tubuh Sufian. Lengan Zharif memeluk erat tubuh Sufian. Zharif tahu bahwa kelemahan Sufian adalah perlukan darinya. Melalui perlukan itu segala rasa negatif Sufian terhadap Zharif lupus sama sekali.

Telefon bimbit jenama Samsung itu digengam kuat oleh Sufian. Buat kali ke-8 Sufian menatap skrin telefon itu semula. Nombor 2:46 AM terpampang jelas di skrin tersebut. Setelah puas melihat angka tersebut, pandangan Sufian di alihkan ke arah katil Zharif yang kelihatan kemas dan selepas 10 saat kemudian pandangan Sufian di alihkan pula ke arah pintu bilik yang tertutup rapat. Tiba-tiba tombol pintu itu terpulas.

You tak nak beritahu I mana You pergi ke?”soal Sufian ketika melihat Zharif menanggalkan sandalnya.
“Buat discussion pasal assignment”jawab Zharif
“sampai pukul 2 pagi? Bincang apa tu?bincang pasal curang ke?!”tempelak Sufian. Air muka Zharif berubah.
“ye I tau. Jangan nak buat muka terkejut sangatlah. Dah banyak kali I perhatikan gerak-geri You. Budak-budak kelas You ada cakap yang lately ni You jarang masuk kelas. You pergi mana? You jumpa siapa? Siapa yang ada di hati You sekarang?”pertanyaan yang bertalu-talu keluar dari mulut Sufian umpama tembakan tepat senapang M16 menusuk tepat ke hati Zharif
“patutlah You makin dingin dengan I, rupanya You dah ada orang lain. Muhammad Zharif Adlan Bin Ahmad Idrus..susah sangat ke You nak jujur dengan I?”pandangan Sufian mula berkaca-kaca.
“kenapa begitu teruk sekali You hentam I?”tanya Zharif dengan lembut
“Kenapa begitu susah sekali untuk You jujur dengan I dan beritahu I perkara yang sebenarnya?”Sufian membalas dengan pertanyaan mengikut nada lembut Zharif tadi.
I cuma inginkan kepercayaan dari You sekarang”ujar zharif lalu mengugurkan beberapa butir air jernih dari mata kuyunya itu.
“bagaimana I nak percaya jika apa yang You buat hanya mendatangkan kecurigaan I, kenapa tidak You jujur sahaja kepada I?”Sufian menatap wajah kekasihnya yang sedang dibelengu rasa bersalah.
I.. I just..”Zharif menyarungkan semula sandalnya lalu berlalu keluar dari bilik dan menghempaskan pintu bilik.Zharif tersandar sebentar didinding luar bilik asrama itu.

'susah sangat ke kau nak berikan kejujuran engkau kepada aku'cetusan rintihan hati Sufian sambil menitiskan laju titisan jernih air matanya itu.

'terlampau berat permintaan kau untuk ku tunaikan'ucap hati Zharif sebelum Zharif berjalan meninggalkan blok asrama lelaki itu.

so sebab itulah hanya aku seorang sahaja yang balik ke kampung pada kali ini”cakap Sufian yang sedang berdiri melihat ke arah laut yang terbentang luas dihadapannya sambil angin bayu laut yang semakin dingin berhembus ke arahnya.

Amirah dan Adriana hanya terdiam memerhatikan lelaki yang sedang berdiri membelangkangi mereka tidak jauh di hadapan mereka itu. Amirah dan Adriana perasan walaupun keadaan perserkitaran yang agak suram tanpa tumpuan cahaya yang terang, sesekali tangan kanan Sufian mengesat sesuatu di mukanya.


-bersambung-


8 comments:

  1. Aduhh, syahdunya saya baca bhgn sufian menceritakan saat2 zharif meninggalkan dia...huhu. Mcm saya pula yg berada dlm cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb baca dan mendalaminya hingga anda merasakan kesyaduhan hati Sufian

      Delete
  2. aduhh..pendeknyer...kenapa lah nama aku ada juga dalam cerpen ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ke??dah cukup panjang dah ni hehe
      nama abang jangut ade ke? sape?
      aizat?leman? atau mungkin lydia?? hehehe
      ini hanya kebetulan je

      Delete
    2. lydia hahahhahahahhaha
      hantam saja lah labu...
      abang jangut macho hohoho

      Delete
    3. macho ke??wah untunglah sape spt hehehe

      Delete