10 March 2013

Tentang Rasa -part 3 : Perpisahan -




~ part 3 : Perpisahan ~

Hampir 2 jam Adriana, Amirah dan Sufian menghabiskan masa bersama. Apabila bayu laut mula bertiup kuat dan dingin dan begitu juga pukulan ombak yang sedikit menganas itu menghempas ke pasir, tiga sahabat itu mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu. Setelah enjin kereta di hidupkan, Adriana menurunkan brek tangan lalu memandu ke jalan besar menuju ke lebuhraya untuk pulang ke destinasinya.

what a good place, maybe we should lepak kat sini lagi lah”kata Amirah lalu menghidupkan radio kereta Suzuki Swift itu.
yeah, why not. Speaking of good place,Ana mana You tahu fasal tempat ini?”tanya Sufian
Google Maps”jawab Adriana ringkas sambil disambut senyuman dari Amirah dan tawa kecil dari Sufian.

*         *           *

Fakhri kelihatan sibuk memasak daging burger, membungkus daging burger dan membuat pertukaran wang kepada pengunjung yang membeli burger masakannya. Sempat juga fakhri memerhati keadaan sekeliling tempat Fakhri berniaga buger. Masih ramai lagi yang menanti pesanan burger disiapkan Fakhri.

“Keli,lambat lagi ke kau nak masak burger aku tu?”tanya salah seorang pelangan Fakhri yang merupakan kawannya sejak dibangku sekolah lagi
“kejap je lagi siaplah,burger ayam special kan?”Fakhri cuba mengingati pesanan dari rakannya itu
“ye ayam special dua, mayonis lebih tau”rakannya itu cuba mengingatkan Fakhri
“ok 2 minit ye”kata fakhri yang langsung dari tadi tidak menoleh ke arah rakannnya yang sedang duduk mencangkung di pembahagi jalan tidak jauh dari gerai burger Fakhri.

Sesekali fakhri menyumpah seranah kepada bekas pekerjanya yang juga rakannya yang kini berada di johor bharu bila Fakhri mengingati kiriman SMS yang dihantar Azwan kepadanya semalam. Fakhri kembali tekun menyiapkan kesemua pesanan dari pelangannya. Masih ada 2 meja pelangan yang masih belum menerima pesanan mereka. Masih ada 2 orang pelangan yang masih menanti pesanan mereka disiapkan Fakhri. Jumlah kesemuanya adalah 8 jenis burger yang perlu Fakhri siapkan dengan segera.

Hati fakhri sedikit tersentuh bila mendegar bisikan-bisikan rungutan dari pelangan-pelangannya yang menanti lama fakhri menyiapkan pesanan mereka. Fakhri cuba sedaya upaya dengan pantas bagi memenuhi permintaan para pelangannya.

Bro, air ni berapa?”tanya seorang lelaki yang tiba-tiba terpacul di meja sebelahnya yang terletak sebuah bekas biru berisi pelbagai minuman tin dan botol yang terbenam dengan ketulan-ketulan ais.
“err rm1.50”jawab fakhri ambil cuba mengingati harga air minuman tin berkarbonat berperisa strawberry.
“lama lagi ke bro?”soalan dari lelaki itu menambahkan lagi sakit hatinya Fakhri kepada Azwan.
“sikit je lagi,nanti dah siap saya hantarkan ke meja abang ye”lelaki tadi mengerling ke arah Fakhri sebelum kembali ke tempat duduknya.

*         *       *

guys, tomorrow maybe I bussy. So, rasanya tak dapat nak lepak dengan kau orang”kata Adriana mematikan mood Sufian yang sedang melayan lagu “Pokok” nyanyian Hazam dan Meet Uncle Husein.
Its ok honey. I faham. Sorrylah sebab selalu menyusahkan You”ujar Amirah sambil menyentuh lembut pipi gebu Adriana itu.
“yeah betul kata Amirah tu. Aku rasa dah banyak kali menyusahkan kau” sampuk Sufian
“tak ade pun. Aku lagi happy dapat lepak dengan kau orang, release tension sikit”kata Adriana

Amirah mengeluarkan telefon bimbitnya yang bergetar dari tadi. Kiriman SMS dari Azirah. Setelah membaca SMS tersebut, amirah memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg.

“siapa tu?”jeling Adriana
My sis, she ask me untuk belikan dia burger.”kata Amirah
“bukan kakak kau keluar dinner dengan balak dia ke?kenapa pula suruh beli burger lagi?”Sufian keliru
maybe dia tak kenyang makan kot. Faham-faham jelah perempuan ni, kalau depan pakwe bukan main control. Makan pun sikit-sikit je kata dah kenyang, tapi kalau kat rumah tu kalau tak sampai 2 pingan tak cukup bagi memenuhi kepuasan perutnya”kongsi Amirah
“mengata I la tu”Adriana tiba-tiba terasa akan kata-kata Amirah
“oh no no no no baby, I tak cakap fasal You honey”muncung Amirah lalu menguncup pipi kekasihnya
“urghh not again!”sindir Sufian yang sedikit meluat melihat aksi terlebih mesra antara Amirah dan Adriana.

Fakhri hanya sempat menarik nafas lega sebentar sahaja bila melihat rezekinya kembli menjengah. Sepasang kekasih sedang berjalan berpimpin tangan ke arah gerai buger Fakhri itu.Fakhri menyambut kedatangan pelanganya itu dengan senyuman.

'Alhamudulillah..Rezeki dariNya' suara hati kecil Fakhri.

Fakhri melihat waktu di skrin telefon bimbitnya, hampir ke pukul 2 pagi. Belum sempat Fakhri menyimpan telefon bimbitnya di laci meja, Fakhri di kejutkan dengan teguran dan pesanan dari 2 orang pelangan yang tiba-tiba muncul di arah barat dayanya. Sekali lagi Fakhri sambut dengan senyuman. Fakhri kembali sibuk membuat burger dan melayan kehadiran pelangannya di kedai burger.

Sebuah kereta Suzuki Siwft biru berhenti di bahu jalan kira-kira 50meter dari kedai burger Fakhri. Fakhri sempat menoleh ke arah kereta itu. Kelihatan seorang lelaki dan 2 orang perempuan keluar dari kereta itu dan berjalan menghampiri gerainya.

“betul ke nak beli kat sini?”tanya Adriana
“beli jelah disini,lagipun dekat dengan rumah Paan. Senang sikit nanti You nak pulang,lepas je hantar Paan,hantar I dan kemudian You terus je pulang ke rumah. Tak perlu nak patah-patah balikkan”ujar Amirah.
Sufian hanya terdiam mendengar dan memerhatikan keadaan sekeliling gerai burger tersebut.

Bro,burger ayam special tiga bungkus. Paan kau nak apa?”tanya Amirah
“tak nak lah”Sufian mengelengkan kepala
“cepatlah,aku payung ni”kata Amirah
“aku tak nakla”kata Sufian sedikit tinggi
Fakhri hanya memerhatikan perbualan mereka yang sedang berdiri tidak jauh dari meja tempat Fakhri memasak daging burger.
“ok bro, ayam special tiga, daging special satu”Amirah membuat pesanan. Sufian mengeluh dan bebola matanya berputar.
“ok 3 minit lagi siap k”kata Fakhri

Sufian dan pasangan kekasih itu bergerak ke sebuah meja yang kosong dan duduk di situ. Sufian memandang keadaan persekitaran gerai burger yang menjadi persingahan mereka. Ramai juga orang yang datang membeli burger disini. Malangnya, hanya ada seorang sahaja yang melakukan semua kerja di gerai burger tersebut.

“aku rasa lama lagilah nak siap pesanan kita tu”runggut Sufian
“sabar lah”pujuk Adriana
“tapi memang betul kata Paan ni sayang, yang buat buger,yang bungkus burger,yang jadi cashier pun hanya brother tu je”Amirah bersetuju dengan runggutan Sufian.
“aahh I’m thirsty.”Sufian membaringkan kepalanya di meja makan tersebut.
let me get you something to drink”Adriana berdiri
I pun nak gak”kata Amirah
“ok”Adriana berjalan kembali ke gerai burger itu.

“so sampai sekarang Zharif tak contack kau?”tanya Amirah
Sufian mencebekkan bibirnya tanda tiada.
relax bro, kalau boleh aku tak nak hubungan kau dan Zharif berakhir dengan perpisahan, kau bagilah masa kat dia maybe he will..”
“esok kau kerja ke?”Sufian memotong percakapan Amirah.Amirah terkedu sebentar lalu mengangukkan kepalanya.Sufian mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sedang sibuk memasak burger.

“abang,air ni berapa?”tanya adriana sambil menunjukkan tin minuman karbonat berperisa oren itu
“semuanya RM1.50”kata Fakhri yang masih murah melemparkan senyuman.
“ok, saya ambil tiga air ni tau, nanti abang kira sekali k”kata Adriana
“ok”kata Fakhri

*      *      *

Adriana sempat menekan hon kereta ketika memandu laju meninggalkan kawasan rumah Sufian. Sufian sempat melambai ke arah kereta Suzuki Swift biru itu. Amirah meletakkan kepalanya di bahu Adriana. Adriana sempat menghadiahkan satu ciuman ke dahi Amirah. Lengan Adriana di peluk Amirah.

Baby,You rasa Paan dengan Zharif akan ok ke?”tanya Adriana
I pun tak tahu sayang. I harap segalanya akan ok la”kata Amirah
“rindu kan saat-saat kita berempat bersama. You ingat tak lagi ketika kita berempat pergi holiday ke Langkawi, rindu lah sangat-sangat waktu itu”kata Adriana
“ye sayang,waktu tu semuanya nampak sempurnakan”Amirah mula mengelamun

Hubungan cinta Amirah dan Adriana bermula selepas dua bulan Zharif dan Sufian berpacaran. Masing-masing kelihatan begitu bahagia berjalan beriringan bersama ketika berjalan di pantai menghabiskan masa percutian mereka di Langkawi.

Amirah dan Adriana mudah mesra walaupun hubungan mereka baru terjalin. Selepas berkenalan dan berkawan hampir 4 bulan,akhirnya mereka bersetuju untuk meletakan hubungan mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu sebagai pasangan kekasih. Hubungan mereka mendapat restu dari Sufian dan Zharif yang ketika itu gembira melihat rakan karib Sufian itu mempunyai pacar. Segalanya itu berlaku pada 2 tahun lepas.

Amirah menutup buku memori indah itu. Fikirannya sedikit tergangu apabila rakan yang berlainan jantina itu mempunyai masalah dalam hubungan cintanya dengan kekasihnya. Amirah memandang wajah Adriana,dalam suasana malap timbul suatu perasaan yang mengusarkan hati Amirah.

“Sayang, I harap hubungan kita tak menjadi seperti Sufian dan Zharif”luah Amirah
“jadi macam mana?”tanya Adriana
I tak nak hubungan kita berakhir dengan perpisahan, I tak ..”
“Ape ni..janganlah fikir begitu,I tak sukalah.”kata Adriana lalu menguncup bibir Amirah.

Sufian melangkah masuk ke dalam rumah. Beg plastik yang berisi burger daging special pemberian Adriana tadi di pegangnya di tangan kiri. Tangan kanannya menutup pintu rumah teres dua tingkat itu. Perasaan Sufian sedikit bengis melihat seorang lelaki yang sedang berbaring di lantai ruang tamu itu tanpa berbaju. Lelaki itu kelihatan khusyuk memandang skrin telefon bimbitnya. Siaran di televisyen dibiarkan begitu oleh lelaki itu.

“kau baru balik?kau pergi mana?”tanya lelaki itu
“bukan masalah kau”kata Sufian lalu duduk di sofa berdekatan dengan tempat pembaringan lelaki itu.
Alat kawalan jauh dicapai Sufian. Siaran TV di tukarnya. Siaran langsung bola sepak liga english itu menarik perhatian Sufian.
“kau belikan aku burger ek?terima kasih ye”kata lelaki itu lalu mengambil bungkusan plastik itu.
“ewah-ewah,suka hati lutut kau je ambil burger aku ye”Sufian semakin bengang
“ala kongsi lah”kata lelaki itu lalu membuka bekas polystyrene yang berisi burger daging special itu.
“marilah biar aku potong dua burger tu”pinta Sufian. Lagipun Sufian bukannya berselera sangat nak menjamah makanan.hatinya masih lagi merindui Zharif.
“macam nilah baru adik aku hehehe”Sofi kelihatan gembira

Sufian merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Sufian mempunyai seorang abang bernama Nik Sofi Azizi Bin Nik Safri atau lebih manja dengan panggilan Sofi atau Along dikalangan keluarganya. Manakala nama penuh Sufian adalah Nik Sufian Hafizi Bin Nik Safri yang lebih gemar dipanggil Sufian atau Paan sahaja. Sufian kembali dengan membawa piring yang berisi sebelah burger dan sebelah kanan tanganya berisi sebelah lagi burger.

“Esok kau tak keje ke?”tanya Sufian
“tak”jawab Sofi sambil menyuap masuk burger itu ke dalam mulutnya
“aku nak pinjam kereta kau boleh?”pinta Sufian
“nak buat apa?”tanya Sofi selepas menelan burger tersebut
“nak buat jadi mesin bancuh simen”loyar buruk Sufian
Sofi memandang adik bongsunya dengan pandangan tajam.
“mesti kau beli burger ni kat kedai simpang masuk kat taman ni kan?”tanya sofi
“kenapa?”tanya Sufian
“sedap burger yang brother tu jual. Sos dia memang sedap,tak puas sey makan”puji Sofi lalu memakan bahagian terakhir burger yang ada di piring itu. Sufian hanya memerhatikan wajah Along yang begitu teruja dapat makan burger tersebut. Sufian mencuba untuk merasa burger tersebut. Tatkala lidahnya menyentuh cairan sos yang mengalir keluar dari burger yang di gigit Sufian itu,Sufian dapat merasakan kelainan dalam merasai sos tersebut.

Asap rokok Dunhill melayang bertali di udara. Fakhri terduduk di bangku menghilangkan kepenatannya. Fakhri melihat ke arah jalan yang lengang itu. Kepalanya di gerak ke kiri dan kanan. Bunyi dari regangan itu memberi keselesaan Fakhri pada lehernya. Fakhri melihat ke arah bekas-bekas plastik yang berisi bawang,timun,salad,kobis,tomato dan keju,semuanya habis. Fakhri tersenyum kepuasan. Gerai burger milik arwah ayahnya yang diwarisi Fakhri di tatapnya dalam-dalam.

Hati Fakhri di selubungi rasa bersalah. Hatinya tiba-tiba tidak tenteram seperti penonton-penonton yang ramai membanjiri jalan yang agak lengang itu. Perlumbaan haram yang dianjurkan mat-mat rempit disitu begitu meriah sekali. Enjin motor Lagenda 115ZR pemberian ayahnya itu dihidupkan. Fakhri mencapai topi kaledar dan menyarungkannya di kepala. Motorsikalnya di undur ke belakang.

“Keli,kau nak pergi mana ni?”tanya Aizat yang menepuk belakang badan Fakhri.
“hati aku rasa tak sedaplah.”kata fakhri
“kau jangan main gila, lepas ni turn kau lak wei. Tak kan kau goyang lak, motor budak tu macam cikai je aku tengok. Lebih 4 tiang nanti kau tinggalkan dia. Makan asap la budak tu nanti. Confirm la!”kata-kata aizat tidak mampu menenangkan Fakhri.
“Ejat,bukan itu yang aku takutkan. Tapi serius wei hati aku rasa tak kena je ar. Aku rasa pelik ni”luah Fakhri
“apa ni Keli. Sudahlah tak de apelah. rileks jela”pujuk Aizat.
“aku nak balik kejap”Fakhri memasukkan gear motor
“wei wei..kejap. Aku ikut sekali. Kang buat kau bla macam tu kan aku lak yang rugi nanti”kata Aizat lalu memboncang motorsikal Fakhri.

Motorsikal fakhri di tunggang dalam kelajuan yang sederhana. Fikiran fakhri jauh melayang memikirkan punca kerisauan dan kegelisahan hatinya ini. Fakhri ingin pulang ke gerai burger ayahnya untuk mengambil kunci rumah. Fakhri ingin pulang ke rumah sebentar untuk melihat ikan-ikan di kolam. Mungkin idea itu merupakan idea yang merapu tapi hanya itu sahaj yang boleh difikirkan untuk menenangkan hati dan jiwanya. Hanya ikan-ikan dikolam itu sahaj yang mampu menenangkan hatinya.

Jalan masuk ke gerai burger itu sedikit sesak. Fakhri hairan, waktu-waktu sekrang sepatutnya jalan itu tidak sesak kerana bukan waktu puncak iaitu waktu orang pulang dari kerja. Fakhri menyusup lalu motosikalnya di celah-celah kenderaan. Motorsikal Fakhri dibrek mengejut.

“Ada kemalangan lah”kata Aizat lalu turun dari motosikal. Muka fakhri pucat. Fakhri menelan air liurnya. Langkahnya dilajukan menuju ke arah kenderaan yang mengalami kemalangan itu.
“Keli..kereta ayah kau tu!”kata Aizat. Fakhri menyusup laju langkahnya ke hadapan. Sesekali Fakhri menolak lembut beberapa orang ramai yang melihat kejadian itu.
“Adik tolong ke belakang adik, ini kawasan kemalangan”arah seorang anggota bomba. Fakhri tidak memperdulikan dan menolak keras lengan yang menghalang badannya itu.

Segalanya jelas. Jelas dihadapan Fakhri. Jelas dengan penglihatannya terpampang keadaan kereta milik ayah fakhri yang remuk teruk dibahagian bonet hadapan yang terperesuk di bawah lori pasir. Jelas kelihatan keadaan ayah dan ibu fakhri yang tersepit kaku didalam kereta itu. Beberapa anggota bomba sedang bertungkus lumus cuba mengeluarkan mayat ayah dan ibu Fakhri dari dalam kereta itu.

“AAAAYYAAHHH!!! IIIBUUUU!!”jeritan Fakhri amat kuat. Fakhri jatuh melutut melihat situasi tersebut. Hatinya remuk seremuk kereta ayahnya. Air matanya tidak henti-henti mengalir deras sederas darah yang mengalir dari kepala ibu Fakhri.

Putung rokok itu dibuang Fakhri ke dalam longkang. Fakhri juga cuba membuang imej tersebut dalam fikirannya,namun Fakhri gagal. Fakhri begitu terkilan kerana menipu arwah ayah dan ibunya kerana merempit. Fakhri tidak sempat untuk meminta ampun kepada arwah kedua orang tuanya. Fakhri dan ibubapanya terpisah dalam keadaan Fakhri berdosa kepada mereka.

'bukan begini perpisahan yang aku inginkan' kata Fakhri sambil mengesat air matanya lalu berdiri dan bersiap sedia untuk berkemas menutup gerai burger tersebut.


~bersambung~


17 comments:

  1. semalam ahad ada kat kl sentral ker?

    pakai baju biru kan?

    kalau silap harap maafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mcm ternampak tadi kat kl sentral. tapi x pastilah. are you wearing a glass?

      Delete
    2. eh jap..mcm ne awk leh tau rupa sy??
      sy x pakai cermin mata..

      Delete
  2. haaaa.... kat part 3 ni baru menarik sket jalan citernye... setiap episod release selang dua hari ker hairi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks... n tahniah yer sbb blog awk semakin ramai yg mengikutinya... sampai dlm tren pun org baca blog awk ea... hihi

      Delete
    2. hehehe thanx..hrp2 ramai la sudi baca blog sy ni

      Delete
  3. kenapa bila ada benda yang x berapa nak sedap terjadi kat kita, kita rasa x sedap hati...?
    seolah olah ada orang yang bagi tau...
    kesian nya fakhri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..misterinya..kadang2 pernah gak terjadi kat sy..kesin fakhri tak sempat nk mtk ampun kt ayah dan ibu dia

      Delete
    2. tu ler..kadang..eh bukan kadang sebenarnya mak bapak ni amat sayang pada anak anak nya ( ini tidak termasuk mak bapak yang buang anak dari tingkat 7 atau lempar anak dalam semak n sumbat anak dalam lubang tandas ..tu mak bapak setang mengalahkan penganas sulu hhehehe)..cuma kita yang rasa mereka sebaliknya ..
      moga Allah merahmati mereka berdua dunia akhirat ...amin

      Delete
    3. yw betul kata abgjangut ni..sy setujut dgn ceramah beliau hehehe
      itulah abgjangut..kita sbgai anak ni sptutnya bersyukur dpt dilahirkan di dunia ni..kita hendaklah berdoa pd ibubapa kita yg sudah tiada..moga ditempatkn di kalangan org yg beriman..amin

      Delete
  4. cerita yang menarik..saya suka gaya penulisan awak.
    setiap part yg awk siarkan mst ada kaitan dgn tajuk.
    cthnye pat ni, setiap watak mst ade rasa or mention psl tajuk cite.
    sy suka,nampk menarik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx awk..sbb sudi baca dan teliti dgn karya saya..x sangka awk mendalaminya hehe thanx a lot ..do reading and comment my other karya k

      Delete
  5. sedih siot part 3 ni.... teringat kat mak ngan ayah...

    ReplyDelete