16 March 2013

Tentang Rasa -part 5 : Perubahan-



Tentang Rasa -part 5 : Perubahan-



Setelah mencuci kereta Sofi di car wash, Sufian memandu kereta tersebut ke sebuah restoran makanan segera. Hidangan set tengahari itu dibawa Sufian ke satu sudut. Sambil mengunyah kentang goreng. Sufian mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Tergerak hati Sufian untuk mengetahui berita mengenai Zharif.

Sufian menjejaki lokasi Zharif dengan mengunakan sistem Friend's Finder. Zharif masih di Kuala Lumpur. Lokasinya berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur. Sufian tertanya-tanya, apa yang di lakukan Zharif disana. Sufian membuka akaun laman sosial Facebook. Di ruangan News Feed terlihat status terkini Zharif.

'waiting for my bro at the most hated place in the world -at bilik mayat HKL' bunyi status Zharif.

Baru Sufian teringat, Zharif pernah memberitahunya salah seorang abang Zharif adalah seorang doktor khusus bagi merawat barah hati. Antara ramai-ramai adik-beradik hanya Doktor Zahid sahaja abang yang rapat dengan Zharif.

“Paan!! perghh long time no see.”tegur seorang lelaki yang sebaya dengan Sufian.
“yeah kau makin kurus ek?”tanya Sufian lalu berjabat tangan dengan rakan sekolahnya itu.
“biasalah bro, aku kerja kasar. Tak pandai macam kau, belajar sampai menara gading.”kata rakannya itu.
“haha apelah kau ni, aku biasa-biasa jelah. Kau ni macam tak kenal pula aku kan”kata Sufian merendah diri.
babe, dengar cerita sejak kau belajar kat U kau dah tak ngam dengan budak-budak Kerabat Kering. Kenapa? Kau ada krisis ke dengan dia orang?”
“tak de la Mir, aku ok je dengan dia orang. Aku cuma malas lah nak join group-group ni lagi ar. Aku pun dah tak de motor dah. Macam mana aku nak join budak Kerabat Kering. Sebab tu sekarang ni aku buat hal aku je. Dah setahun dah aku tak join group tu lagi”cerita Sufian
“patutlah aku dah tak nampak muka kau time lepak dengan dia orang”kata Amir
“kau pula, apa cer? Dah kahwin ke belum?hehehe”tanya sufian
“tu isteri aku. Aku dah kahwinlah 4 bulan lepas. Tulah aku jemput kau tak datang sekarang isteri aku dah mengandung 2 bulan dah”kata Amir sambil melambai ke arah isterinya yang sedang beratur di kaunter pesanan.
Sorry bro. Aku busy study sampai lupa nak dapat ke majlis perkahwinan kau”kata Sufian

hampir 10 minit Sufian berbual dengan rakan sekolah menengahnya dulu. Sudah lama Sufian tidak bergaul dengan rakan-rakan sekolahnya. Sejak masuk ke Ipt, Sufian lebih rapat dengan seorang gadis yang juga sebaya dengannya yang bekerja di sebuah kilang. Amirah nama gadis itu. Sufian merupakan bekas ahli kumpulan Kerabat Kering yang ditubuhkan oleh rakan-rakannya satu ketika dahulu ketika mereka semua mempunyai motorsikal sendiri.

Sufian juga bekas mat rempit. Sufian menyertai kumpulan Kerabat Kering untuk menjadi mat rempit sejati. Namun segalanya terkubur apabila motorsikal kesayangannya, Yamaha 125z hilang akibat dicuri. Selepas kehilangan motorsikalnya itu, Sufian kini tidak aktif lagi dalam dunia rempit. Ibu bapa Sufian juga berkeras untuk tidak membelikan sebarang pengangkutan untuk kegunaan Sufian.


*                  *                   *

Fakhri berjalan ke luar rumahnya membuka pintu pagar rumah. Enjin kereta Saga itu mengaum perlahan. Fakhri memakai tali pinggang lalu memandu keluar kereta itu dari kawasan parkir di rumahnya. Fakhri menerima SMS dari Aizat mengajaknya untuk melepak di tepi pantai menikmati Cendol dan Rojak.

Walaupun mata Fakhri memandang tepat ke hadapan, namun fikirannya bercelaru. Fakhri berasa bersalah terhadap tindakannya pada pagi tadi. Badan Firdaus ditolaknya kasar lalu memarahi Firdaus sebelum menghalau Firdaus keluar dari rumahnya.

Enjin kereta dimatikan. Fakhri keluar dari perut kereta lalu berjalan ke arah Aizat selepas mengunci pintu keretanya. Aizat hanya duduk berseorangan di bawah pokok cermai. Di meja Aizat terdapat dua mangkuk cendol. Aizat tersenyum apabila melihat Fakhri berjalan menghampirinya.

Kereta yang dipandu Sufian berhenti betul-betul di sisi Amirah. Amirah tersenyum lalu masuk ke dalam kereta kepunyaan abang Sufian. Tidak lama kemudian kereta tersebut bergerak menjauhi kawasan kilang tersebut.

“betul ke kau dah beritahu kakak kau yang kau keluar dengan aku ni?”tanya Sufian
“ye betullah. Aku dah beritahu dia dah.”kata Amirah lalu menghirup sesudu air cendol.
“aku tak mahu kau tipu kakak kau”kata Sufian
“biarlah kalau aku tipu dia pun. Selama ni dia dah tipu aku pun”Amirah mengacau-gacau gula melaka di dalam air cendolnya. Sufian terdiam mendengar jawapan dari Amirah
“Paan, belum ada lagi ahli keluarga seseorang yang boleh terima naluri seseorang yang diluar fitrah manusia. Aku tak normal Paan, aku tahu tentang itu. Kau juga tahu tentang itu, kakak aku dan ibu aku juga tahu tentang itu. Tapi yang boleh terima sebetul-betulnya diri aku ni hanya kau sahaja. Kakak aku hanya berlakon sahaja Paan. Berlakon. Tiap-tiap malam aku dengar kakak aku berdoa dalam solatnya meminta aku berubah, berubah menjadi normal seperti dia. Jika dia boleh terima diri aku ini, sudah pasti dia tak akan berdoa untuk aku berubah. Jika dia hanya inginkan kebaikan dalam hidup aku, mengapa dia tak minta itu dari Tuhan? Mengapa perubahan yang diminta dia?”Amirah menoleh ke arah pantai selepas menghabiskan kata-katanya. Anak-anak kecil yang bermandi manda di laut itu menarik perhatian Amirah. Amirah sedikit sayu mengenangkan nasib dirinya.

at least kakak kau cuba bantu kau untuk berubah. Tapi abang aku pula makin mengheret aku ke dalam dunia ni.”kata Sufian lalu tertunduk
“Along kau? Dia buat apa lagi?”tanya Amirah
“pagi tadi,waktu aku nak pinjam kereta dia. Ketika aku minta kunci kereta kat dia, dia peluk aku. Dia paksa aku layan dia.”cerita Sufian
“habis tu? Kau layan dia?”tanya Amirah
“tak. Memang tak ar. Aku tak faham. Kenapa dia masih jadi begitu. Dia kan playboy. Awek dia ramai. Tapi bila aku ada je kat rumah tu, mulalah dia. Dia start peluklah, gesel-gesel lah. Aku ingat selepas aku sambung belajar di Ipt ni dia dah berubah. Tapi masih macam tu. Aku pun tak tau nak pastikan dia ni gay atau pun tidak. Budak-budak lelaki lain dia tak suka pula. Dia tak mencari lelaki lain bila nak kan benda itu. Dia hanya inginkan dengan aku.”luah Sufian.
Angin bertiup menyisirkan rambut Amirah yang panjang melepasi bahu itu.
“kalau lah kami tak mencuba dahulu, pasti dia tak akan menjadi begini. Mungkin aku juga tidak akan menjadi begini. Aku tak dapat nak melawan permintaan dia. Segalanya terjadi begitu pantas. Sedar-sedar sahaja aku dengan dia dah terlanjur. Dia tak merasakan benda itu salah begitu juga dengan aku. Kami angap perubahan dalam diri kami ini adalah normal. Perubahan menjadi abnormal. Kalau lah parents aku dapat tahu yang anak-anak mereka adalah abnormal...”Sufian tersenyum sinis lalu memandang Amirah yang terdiam mendengar ceritanya.

Motorsikal EX5 berwarna putih berhenti betul-betul di sebelah meja Fakhri dan Aizat. Firdaus mematikan enjin motor. Firdaus menghampiri sahabat lamanya ketika dibangku sekolah. Tangan mereka saling bersalaman.

“Daus, lama benar kau tak balik. Badan kau pun aku tengok dah nak jadi macam Fakhri dah”kata Aizat.
“badan kau pula dah makin memboyot je perut tu kan”Firdaus mengusik perut aizat.
“dah lama sampai ke?”tanya Firdaus
“dah nak balik dah.”kata Aizat.
“awalnya nak balik,aku baru je sampai ni”kata Firdaus
“aku risaukan isteri aku kat rumah tu”kata Aizat
“risau ke takut? Takut kene marah hahahaha”Firdaus tertawa.
“banyaklah kau. Ni Keli kan ada, boleh temankan kau. Aku gerak dulu lah wei”kata Aizat lalu berdiri dan bersalaman dengan mereka.
“Bang, Cendol satu, gula melaka kasi kurang”jerit Firdaus ke arah penjual cendol dan makanan bergoreng itu.
“kenapa kau senyap je ni?”tanya Firdaus
“tak de ape”cakap Fakhri yang membisu sejak dari mula Firdaus sampai tadi.
“kalau disebabkan perkara pada pagi tadi, aku minta maaf. Aku salah. Aku tak patut berbuat begitu. Aku cuma tak dapat kawal. Rasa rindu yang mengunung dalam hati ni”ujar Firdaus.
“aku maafkan kau. Aku cuma nak cakap, terima jelah hakikat bahawa segala yang terjadi dulu tinggal sejarah. Jangan biarkan diri kau terus hanyut, segalanya boleh diubah”kata Fakhri.
“memang aku nak berubah pun. Aku kembali untuk berubah. Berubah menjadi orang yang terbaik buat kau. Buat orang yang aku sayangi. Engkaulah orang itu”kata Firdaus
“kau dah terlalu jauh. Jauh sangat daus.”kata Fakhri sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“ye aku tau. Aku masih jauh. Jauh sangat untuk berada di dalam hati kau”
“dulu kau juga melangkah jauh dari aku”
“tapi kini aku berpatah balik, aku patah balik kepada engkau Keli.”kata Firdaus.
Dahi Fakhri berkerut. Fakhri aneh dengan sikap Firdaus sekarang.
“jika dulu aku melangkah pergi saat kau betul-betul mencintai aku kan? Aku buta Keli. Aku tak nampak cinta kau. Yang aku nampak hanya kepuasan nafsu bila bersama dengan kau. Sebab itu aku mudah untuk melangkah pergi meninggalkan engkau. Aku pergi jauh dan jauh tapi semakin aku jauh semakin aku kehilangan. Aku merasai kehilangannya cinta yang kau taburkan pada aku dulu”nada Firdaus penuh perlahan dan lembut. Nada sesalannya itu bergema lembut di gegendang telinga Fakhri selembut tiupan angin senja dari pantai itu. Tiupan angin ke arah pokok cermai yang tinggi melebihi 10meter itu mengugurkan beberapa helai daun.
“ini adalah cinta aku dan pokoknya adalah engkau”kias Fakhri sambil menunjukan Firdaus daun pokok cermai yang dipegangnya itu.
“jadi siapa pula anginnya?”tanya Firdaus
“angin?”Fakhri tidak mengerti pertanyaan Firdaus.
“angin yang membuatkan cinta kau gugur dari aku”jelas Firdaus.


*                               *                              *

kereta Proton Inspira milik Sofi bergerak perlahan. Amirah dan Sufian hanya membisukan diri. Masing-masing hanyut melayan perasaan. Hanyut mengenangkan nasib mereka. Hanyut memikirkan hari esok dan hari-hari mendatang. Amirah menoleh ke arah Sufian.

“Paan”panggil Amirah.
“erm”kedua-dua kening Sufian terangkat
“aku tak nak campur hal kau dengan abang kau. Tapi kau jangan layan sangat abang kau tu. Kalau tidak makin menjadi-jadilah dia tu”kata Amirah
“sebab tu aku selalu lepak dengan kau dan Ana. Aku malas nak lepak rumah selalu. Cuma dia tu bukanlah selalu buat begitu kat aku. Ada masa dia akan jadi macam tu”kata Sufian
“ikut masa..hmm kalau kena pada masanya, kau juga yang nahas kan.”kata amirah
Sufian terdiam.
babe, kau singah kat kedai burger semalam. Aku nak beli burger lah. Sedap juga burger brother tu”
“ok”

*                   *                     *

Fakhri tidak menyangka Firdaus masih mencintainya. Setelah lebih 2 tahun Firdaus di Pulau Pinang, akhirnya kini Firdaus kembali kepadanya. Firdaus pergi meninggalkan Fakhri begitu sahaja disaat cinta Fakhri mekar mewangi terhadap Firdaus. Firdaus tidak pernah mengetahui tentang itu. Tapi bagaimana segalanya diketahui Firdaus

kalau dulu aku tak nampak cinta kau pada aku tapi bila aku berada jauh dari kau barulah aku menyedarinya. Selama ni apa yang kau buat pada aku adalah atas dasar cinta kau pada aku. Cinta yang selama ini kau pendam dan tidak pernah suarakannya kepada aku. Aku belum matang dalam bab-bab cinta pada waktu itu. Aku hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bila bersama dengan kau, kau lakukannya sebab kau cintakan aku tapi aku pula sebab untuk seronok. Maafkan aku sayang. Bila aku sedar akan semua itu, kau sudah pun jauh dari aku. Aku harap dengan kembalinya aku ini dapat menyemai rasa cinta dahulu, cinta yang telah lama kau semaikan untuk aku” kata-kata Firdaus masih tergiang-giang ditelinga Fakhri.

Fakhri merebahkan badannya di atas sebuah kerusi batu di tepi jalan yang tidak jauh dari pantai. Setelah puas mendengar rayuan kembali dari Firdaus, Fakhri memutuskan untuk meminta masa dari Firdaus untuk dia berfikir sejenak. Memang benar rasa cinta itu telah lama terhapus, namun masih ada sisa-sisanya jauh di dasar hati Fakhri.

aku sedar dan aku minta maaf. Tapi janganlah kau nak nafikannya lagi Keli. Aku tau masih ada nama aku di hati kau. Belum sampai 3 tahun aku pergi meninggalkan kau, nama aku masih terkesan di hati kau lagi. Jangan nak tipu aku keli. Aku tahu tentang itu keli!

Keli, gelaran yang diberikan Firdaus kepadanya kerana kemahirannya menyusup lalu di celah-celah kenderaan ketika merempit. Jika bab itu memang Fakhri adalah raja. Tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Selain kemhairan Fakhri dalam mengawal pergerakan motornya ketika melakukan aksi tersebut. Sama seperti ikan keli. Ikan keli berkulit licin sukar untuk di gengam seperti Fakhri yang selalu berjaya meloloskan diri dari sekatan polis ketika merempit. Ikan keli juga berbisa sama seperti Fakhri, kehebatannya memecut juga sukar ditandingi.

Fakhri menoleh ke arah kereta proton saga milik arwah ayahnya. Fakhri ingat lagi seminggu selepas Firdaus pergi meninggalkannya begitu sahaja, kemalangan yang meragut kedua ibubapanya berlaku. Selain membenci dirinya sebagai mat rempit yang derhaka terhadap ibubapanya, Fakhri juga turut membenci Firdaus yang meninggalkannya begitu sahaja. Kini segalanya sudah berlalu. Namun kesannya masih terbuku dihati Fakhri.

Fakhri hanya duduk termenung bersendirian memandang cahaya mentari yang terbenam di ufuk barat. Memang indah permandangan matahari yang terbenam itu. Setelah puas mendengar rayuan dari Firdaus, akhirnya Fakhri meminta diri untuk meninggalkan Firdaus dalam harapan. Harapan Firdaus yang cuba memenangi hati Fakhri kembali.

Fakhri berdiri di sisi keretanya. Pintu kereta dibukanya. Fakhri menatap lagi permandangan indah itu. Ingatan memori indah ketika bersama dengan Firdaus mula menjengah. Fakhri membiarkan dirinya hanyut melayan imbasan memori indah itu. Akhirnya Fakhri menghela nafas panjang.

'kau berjaya Firdaus. Kau sebenarnya berjaya membuka semula pintu cinta aku terhadap kau yang aku kunci selama ini. Jika benar hatimu tulus mencintai aku, maka dirimu akan ku terima. Perubahan sikap dirimu terhadap aku. Perubahan perasaanmu membalas cintaku. Walaupun berat, tapi akan aku cuba untuk bangkit menyayangi semula' monolog indah dari hati tulus Fakhri.


*                    *                           *


Sufian memakir kereta Sofi di luar pintu pagar rumahnya. Sufian melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu bilik dibuka. Sufian merebahkan dirinya di atas katil. Matanya menatap siling rumah. Pintu bilik Sufian terbuka. Sofi berjalan masuk ke dalam bilik adiknya.

“kunci kereta aku mana?”tanya Sofi
“kat sebelah laptop tu”kata Sufian.

Sofi menutup pintu bilik Sufian setelah mengambil kunci keretanya. Sufian kembali berseorangan. Selesai mandi, Sufian melangkah ke dapur. Ibu Sufian sedang menyediakan makan malam. Sufian melangkah ke ruang tamu. Ayah Sufian sedang sibuk menyiapkan laporan kerjanya.

“kamu tak keluar ke?”tanya Nik Safri
“nak keluar kemana?”tanya Sufian lalu bersandar di sofa itu.
“selalunya awal subuh baru kamu pulang. Along pun dah keluar dah,kamu tak ikut Along keluar?”tanya Nik Safri.
“buat apa ikut dia. Malaslah nak keluar. Malam ni nak rileks kat rumah je”kata Sufian
“baguslah tu, tak membazir duit.”kata Nik Safri.
“Daripada kau duduk rumah, lebih baik kau cari kerja Paan”sampuk ibu sufian dari dapur
“kerja? Kerja apa?”Sufian bertanya
“kerja sambilanlah. Kau sedang cuti sekrang. Lebih sebulan cutinya. Dalam waktu tu, kalau kau kerja dapat juga kau duit belanja nak bila pulang ke U”cadang ibu Sufian.
“hurmm tapi nak kerja apa?”Sufian masih bertanya


*                              *                           *


Amirah melangkah membawa secawan besar air Milo panas dan keropok ikan ke ruang tamu. Azirah pula sedang sibuk memasak di dapur. Hidangan ringkas yang disediakan Azirah untuk dia dan adiknya. Nasi Goreng. Amirah membelek-belek telefon bimbitnya. Pelik, seharian suntuk Adriana tidak menghubunginya. Menghantar Sms dan menelefon Amirah.

“Esok malam akak ingat nak tidur di rumah kawan. Mia nak ikut?”tanya Aziarah lalu duduk di kerusi bersebelahan Amirah
“tak”jawab Amirah sepatah.
“kakak dah masak, kalau nak makan nanti pergilah ambil nasi goreng dalam kuali tu ye”kata Azirah
“ok”respon dari amirah.
“Pagi esok akak nak melawat ibu di hospital, Mia ikut sekali ye”ajak Azirah
“aku kan kerja esok”kata Amirah
“lepas kerja kita pergi lawat ibu ye”Azirah memujuk
“tengoklah nanti”kata Amirah
“selagi ibu masih hidup rajin-rajinlah menjenguknya. Jangan menyesal di kemudian hari”Azirah berlalu ke dapur.
“menyesal? Aku nak menyesal apa?!”suara Amirah tinggi.
“akak cuma ingatkan Mia je”kata Azirah lalu menoleh ke arah Amirah yang sedang berdiri itu.
“tak usahlah kak. Tak usah nak berpura-pura lagi. Aku tau akak layan aku baik selama ni sebabkan ibu. Bukan sebab aku. Tapi sebab ibu. Sebab ibu yang sedang sakit. Kakak ikut pesan ibu supaya berbaik-baik dengan aku. Tapi jauh dalam hati kakak, kakak sebenarnya dah lama membenci aku!”tegas Amirah
“Mia! Kakak tak pernah membenci Mia..”
“tak pernah? Tapi dalam doa kakak tetap membenci aku, kakak masih tak boleh nak terima tentang siapa aku yang sebenarnya! Tentang diri dan naluri aku yang sebenarnya!”kata Amirah
“kakak tak pernah membenci Mia, kakak cuma minta Mia berubah je..”
“samalah dengan membenci. Kakak tak akan minta aku berubah jika akak tak membenci aku”
“Ye! Ye! Akak benci! Akak benci pada naluri songsang Mia! Tolonglah Mia. Tolonglah kembali kepada fitrah yang sebenarnya. Ibu sakit Mia. Ibu tenat di hopital Mia. Jika Mia benci pada akak, Mia bencilah tapi janganlah benci pada Ibu yang sedang tenat tu Mia.”
“akak jangan kaitkan ibu dalam hal ini!”
“akak terpaksa Mia. Ibulah yang benar-benar masih berharap agar Mia berubah kembali. Tolonglah tunaikan permintaan ibu sebelum ibu pergi buat selamanya. Akak tak nak Mia menjadi anak yang derhaka”
“kalau lah mudah untuk aku berubah, sudah lama aku berubah kak!”
“Mia boleh, Mia boleh berubah. Pujuk hati Mia supaya berubah”
“aku dah cuba. Aku dah lama mencuba. Tapi aku tak berdaya. Aku tak berdaya untuk melakukan perubahan yang kakak dan ibu inginkan!”kata Mia mengesat pipinya yang basah dek air matanya.
“akak akan bantu Mia”
amirah mengeleng-gelengkan kepalanya. Amirah mencapai telefon bimbitnya lalu berjalan keluar dari rumah.
“Mia!! Mia!!”jerit Azirah melihat adiknya melangkah keluar dari rumah.



-bersambung-



11 comments:

  1. just nice bro ... next please ... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx bro.. u have to wait ok hehehe

      Delete
  2. betapa baiknya kaka mia...
    si mia ni pula orang doa baik baik dia lak marah..ish ish labu...
    kalo lah ada orang yang doa kana aku berubah kan bagus...
    ni aku sendiri jer hari hari berdoa agar aku normal kembali..tak juga normal normal... mujurlah aku dapat control nafsu..
    kalo tak sampai ketualah terpelecot...

    ...khuzai ...bila ko nak kawen hehehehe wakakakaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ..kdg2 org menjadi buta sebabkan nafsu dan tak nampak pertolongan yg btul2 ikhlas utk merubah diri seseorg..
      kalo aku byk duit..dh lama aku kawen abgjangut..huhu

      Delete
    2. bukan pasal duit sebenarnya khuzai.. soal hati dan perasaan..
      aku lihat banyak lah kawan kwan aku nikah koboi...cuma mungkin soal jodoh sahaja...dan ketentuan Ilahi.
      Mungkin ada hikmah orang seperti kita tidak kahwin..

      aku pun kalo boleh nak saja kawen....tp ...hanya tuhan yang tau...
      dulu dulu punya cerita..bikin gua panesss..hehehehe..
      tp paleh buat sudah suratan takdir ...
      mayb kalo ada jodoh ...kawen jugalah satu hari nanti..hanya masa nya mungkin belum sampai...

      Delete
    3. aku juga pernah dikecewakan oleh wanita.. cinta aku pada awek aku dulu..dipermainkan begitu sahaja..sedih gak la.. sbb tu aku berjaya membuka pintu ati aku utk lelaki..kisahnya aku pasti kau tau..kisahnya ada dlm sisi gelapku..

      aku juga begitu..harap2 aku dpt bertemu jodoh yg benar2 sesuai utk aku .. amin

      Delete
  3. wow... x sbr nak tnggu abis...
    hAHAHA,.. bes cite nie... berpusng2 ku bace, wow..
    sekali bace terus tertarik... ermmm....
    let me guess??
    nti paan kje ng fakhri kn??

    nice work!! NEXT...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe berpusing2 tang mana tu?huhu
      next part will be publish soon

      Delete
    2. yew la... bnyk watak yg akn knl satu same lain... n banyak sjarah,,, hahahaha... ble 2... x sbar!! hahaha

      Delete