17 March 2013

Tentang Rasa -part 6 : Demi Dia -



Tentang Rasa - part 6 : Demi Dia -


Sarapan pada pagi itu benar-benar ringkas. Ibu Sufian hanya menyediakan air teh dan roti bakar sahaja. Sufian membaca memo yang tertampal di pintu peti ais 'mama keluar. Malam baru balik. Pergi cari kerja!!' . Sufian membuka pintu peti ais dan mengambil susu rendah lemak lalu meneguk sus tersebut. Sufian mengesat bibir dan dagunya yang basah dengan lelehan air susu itu.

Sunyi benar dirasakan Sufian apabila rumah itu sepi tanpa ahli keluarganya. Sufian bergerak ke ruang tamu rumah. Telefon bimbitnya di tatap. Gambar Zharif masih menjadi penghias skrin telefon bimbitnya. Sufian mula berasa rindu pada kekasihnya itu. Tapi sikap keras kepalanya masih menghalangnya dari menghubungi Zharif. Sufian masih berharap agar segalanya kembali pulih seperti sedia kala. Sufian tetap menerima Zharif jika Zharif jujur kepadanya.

'segala rasa cinta aku hanya untuk dia..segala yang aku lakukan ini adalah demi dia'ucap hati Sufian.

sorry sayang sebab menyusahkan You. Tapi hanya You sahaja yang dapat membantu I”kata Amirah
its ok. I tak pernah rasa You membebankan pun”kta Adriana lalu memberhentikan kereta di hadapan kilang tempat Amirah bekerja.
thanks”kata Amirah
“tapi I harap You dapat berbaik semula dengan kakak You”Amirah sedikit terkejut mendengar kata-kata Adriana.
I faham yang You sukar nak menerima perbuatan dia. Tapi demi I please..berbaiklah dengan dia semula”kata Adriana
“bagi I masa untuk itu”kata Amirah lalu keluar dari kereta selepas menguncup pipi Adriana.

Adriana meneruskan perjalanannya menuju ke tempat kerja. Amirah menghubunginya semalam untuk menumpang tinggal di rumahnya buat beberapa hari. Amirah mengadu kepada Adriana bahawa Amirah dan Azirah bergaduh besar. Adirana membenarkan kekasihnya itu tinggal bersamanya buat sementara waktu ini. Adriana berasa bersalah sebab merasakan dirinya menjadi punca Amirah dan Azirah bergaduh besar.

tolonglah faham mengapa I lakukan semua ini sayang. Kenapa You tak nampak sayangnya I kepada You. Demi dia aku sanggup! Demi kekasihku Adriana”bisik hati Amirah ketika melihat kereta Adriana bergerak jauh meninggalkannya.

Setibanya di pejabat, Adriana menghidupkan komputernya. Banyak fail yang tersusun rapi di atas mejanya di selak satu persatu. Telefon bimbit milik Adriana berdering. Panggilan dari orang yang tiada dalam senarai buku telefon di telefon bimbitnya.

hello”Adriana menjawab panggilan tersebut
“Zharif?!”terpacul nama rakan lelakinya dari mulut Adriana kerana terkejut.


*                          *                                  *


Fakhri tersedar dari tidur. Fakhri mengeliat. Rambutnya dikemaskan. Fakhri membuka matanya. Fakhri mencapai telefon bimbitnya sambil melangkah ke dapur. Terdapat satu SMS. Fakhri membaca SMS tersebut sambil membuka pintu peti ais. Susu rendah lemak di togaknya sambil membaca isu kandungan SMS tersebut yang datangnya dari Firdaus.

'Slmt Pgi syg, moga pg ini mnambahkn lg rasa cintamu kpd ku'

Fakhri tersenyum membaca SMS tersebut. Setelah menyimpan susu tersebut pintu peti ais ditutup Fakhri. Fakhri menanggalkan seluar pendek yang di pakainya. Seperti pagi-pagi sebelum ini, Fakhri akan bersenam dalam keadaan bogel.

Jam di dinding rumah menunjukkan waktu 12.20 petang. Sufian yang selesai mandi tadi memakai pakaian. Setelah menyembur minyak wangi ke badannya, Sufian melangkah keluar rumah. Kedai runcit yang terletak selang 2 baris dari rumahnya dituju. Sufian masuk ke dalam kedai runcit tersebut untuk membeli mee segera. Ketika membelek-belek mee segera tersebut, Sufian terpandang seorang lelaki yang tidak sangat dikenalinya.

“beli apa bro?”tegur Sufian ke arah lelaki itu.
“beli barang dapur sikit”kata lelaki itu
“malam tadi tak jual burger ke?”tanya Sufian
“tak, malam tadi memang aku tutup kedai. Tiap-tiap malam jumaat memang aku tutup kedai”kata Fakhri
“oh patutlah malam tadi tutup. Tak dapat nak makan burger malam tadi. Rupanya penjualnya tak buka kedai, mesti penatkan malam tadi hehehe”Sufian tertawa kecil.
“banyaklah kau,aku belum kahwin lagi lah. Malam tadi aku sibuk baca Yasin kat rumahlah, malam ni kalau nak burger, datanglah beli. Aku buka gerai pukul 8 malam nanti”kata Fakhri
“oh belum kahwin,patutlah berniaga seorang je”kata Fakhri
“yela, aku berniaga burger seorang je. Kenapa tanya? Kau nak kerja ke dengan aku?”tanya Fakhri sambil tersenyum kearah Sufian.

Setelah selesai menyiapkan kerja. Adriana tersandar di kerusi empuknya yang menjadi alas punggungnya selama 4 tahun Adriana bekerja di syarikat swasta tersebut. Adriana keluar dari mejanya lalu bergerak ke bilik mencetak.

“Ana, maafkan saya. Awak sibuk ke?”tanya seorang wanita yang kerja di bahagian Customer Service.
“tak sangatlah,kenapa?”tanya Adriana.
“ada orang nak jumpa awak di lobi?”kata wanita itu yang manis bertudung litup.
“baiklah, awak bagi saya masa 10 minit lagi saya kan ke sana ye”
“baik”
“baik terima kasih”balas Adriana sambil mengukirkan senyuman. Adriana sedikit pelik, siapa yang ingin berjumpanya tiba-tiba. Mungkinkah Zharif? Ana meneka.

Hampir 10 minit berlalu. Muncul seorang wanita cantik berpakaian formal muncul dikaunter pertanyaan. Wanita itu berbual dengan wanita yang bekerja disitu.

“Siapa yang nak jumpa saya?”tanya Adriana
“itu dia”tunjuk wanita itu.
“Assalamualaikum Ana, awak ada masa?”tanya Azirah
“Waalaikumsalam, ye saya. Kenapa?”tanya Adriana sambil bersalaman dengan Azirah.

Suasana di dalam wad perempuan bagi pesakit barah itu sedikit sunyi dan tenang. Ramai pelawat mula beransur keluar dari wad tersebut bila tamat waktu melawat. Adriana dan Azirah berjalan keluar bersama-sama dengan beberapa pelawat lain.

“sudah tahap ke tiga cancer payudara ibu saya.”Azirah memulakan perbualan lalu berhenti di satu sudut bersebelahan dengan lift.
“ada peluang untuk sembuh?”tanya Adriana
“Insya Allah”jawab Azirah.
“saya bersimpati”kata Adriana
“bukan simpati yang saya inginkan dari awak”kata Azirah
“ermm kalau awak perlukan bantuan kewangan saya akan..”
“bukan! Bukan itu. Jauh sekali saya perlukan wang awak tapi bantuan awak untuk menyedarkan adik saya tentang ini. Tentang tenatnya ibu saya!”pandangan Azirah mula berkaca.
“maksud awak Amy?”
“ye, tentang Amirah. Mia tidak menyedari ini semua. Malah membiarkan ibunya menderita begini. Berkali-kali ibu saya meminta saya membawa Amirah berjumpa dengannya. Ibu saya sedang tenat setia menanti kunjungan dari anak bongsunya. Amirah merupakan anak kesayangan ibu saya. Saya akui jika dahulu saya mencemburui Amirah kerana ibu sentiasa melebihkan Mia dari saya. Walaupun mia banyak melakukan kesalahan tapi ibu tidak pernah menyalahkannya jauh sekali untuk menghukum. Namun bila saya fikir dan ingat bahawa syurga saya berada di bawah telapak kaki ibu, saya senyap. Saya diam. Saya tidak pernah membantah. Saya hanya menurut sahaja dan jauh sekali untuk melawan.”Azirah semakin sebak.
Hati Adriana semakin luluh mendengar kata-kata Azirah.
“dan kini Amirah berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah saya duga. Bukan kemahuan saya dan ibu untuk melihat Amirah menjadi begini. Amirah memilih haluan ini, tapi untuk apa?maafkan saya Ana, saya tahu awak adalah insan yang terapat dengan Amirah sekarang. Saya benar-benar memerlukan bantuan awak untuk membimbing Amirah kembali. Saya tidak mahu adik saya menjadi anak yang derhaka. Syurga saya dan dia terletak dibawah kaki ibu yang sedang tenat itu. Hari-hari nama Amirah sentiasa di sebut-sebutkannya. Tolonglah Ana. Bantu saya. Saya tahu awak boleh membantu Mia untuk berubah semula dan kembali ke jalan yang di redhaiNya. Saya juga tahu yang awak juga boleh berbuah, sama-sama berubah. Tolonglah Ana”air mata Azirah semakin deras mencurah membasahi pipinya. Azirah memegang kedua-dua belah tangan Adriana.
“hanya ini yang saya minta dari awak. Pertolongan ini yang saya minta Ana. Lakukannya demi ibu Amirah yang sedang tenat di dalam sana”rayu Azirah lagi dalam gema tangis yang syahdu itu.
Adriana menganguk-angukkan kepalanya lalu memeluk Azirah. Gema tangis Azirah berselang-seli dengan tangis Adriana.

“err Ana”tegur seorang lelaki yang menghampiri Azirah dan Adriana
“ye”Adriana merungkaikan pelukan daripada Azirah sambil mengesat tangisnya
“Eh Zharif, awak buat apa kat sini?”tanya Adriana
“Saya nak jumpa abang saya. Tak sangka jumpa awak disini.”kata Zharif sambil memandang Adriana dan Azirah.
“saya temankan kakak kepada kawan saya melawat ibunya disini”kata Adriana yang cuba untuk senyum.


*                  *                         *


telefon bimbit yang di pegang Sufian menunjukkan waktu 9 malam. Sufian masih menanti kedatangan Amirah dan Adriana. Sufian memandang Fakhri yang sedang memasak daging burger sambil dibantu seorang lelaki yang sebelum ini tidak pernah dilihatnya.

“terima kasih sebab sudi tolong aku malam ni”kata Fakhri sambil memasak daging burger.
“apalah sangat. Aku kan pakwe kau, mesti lah kene tolong kekasihkan”kata Firdaus sambil membungkus daging burger dengan kertas pembungkus.
“wei..agak-agaklah cakap tu. Dengar orang nanti, jatuh lak reputasi aku tau”kata Fakhri lalu tertawa kecil.
'jika semua orang tanya mengapa aku jadi begini Fakhri, akan ku jerit pada mereka. Aku lakukan demi dia yang bergelar cinta buat aku'ungkap hati Firdaus sambil melihat kekasihnya tekun memasak burger.

Tidak lama kemudian muncul kelibat Adriana dan Amirah berjalan menghampiri meja Sufian. Amirah tersenyum riang melihat sahabat lelakinya itu. Adriana duduk di hadapan Sufian. Amirah pergi ke gerai burger Fakhri untuk membuat pesanan.

“bang nak order burger boleh?”tanya Amirah ke arah Fakhri.
“duduk kat meja dengan mamat tu ke?”tanya Fakhri
“ye”jawab Amirah
“mamat tu dah order kan tadi. Dah nak siap dah pun burger ni”kata Fakhri
“oh yeke? Kalau macam tu, saya ambil air ni lepas tu kira sekali lah nanti”kata Amirah sambil menunjukkan tin minuman yang dipilihnya.
“ok”kata Fakhri

“Amy gaduh dengan kakak dia lagi. Dia stay dengan I sekarang”kata Adriana sedikit berbisik
“bila dia gaduh?”tanya Sufian
“Semalam, and guess what, kakak dia jumpa I pagi tadi. Kakak dia bawa I pergi ke hospital. Rupa-rupanya ibu Amy selama ni sedang tenat. Ibu Amy hidapi barah paudara”kata Adriana
“Amy tak pernah pun..”
“hah! Mengumpat aku ek?”sergah Amirah sambil berjalan menghampiri meja mereka.
“eh kau ni, mana adelah. Air Soya ade tak?”tanya Sufian
“ada, ni untuk kau dan yang ini untuk my baby”hulur Amirah tin minuman itu ke arah Sufian dan Adriana.
“thanks”ucap Adriana perlahan
brother tu cakap kau dah order tadi, kau order apa je?”tanya Amirah
“burger ayam special dua dan untuk aku burger daging special”kata Sufian lalu meneguk tin minuman.
nice, tak lama lagi siaplah burger kita. Nampaknya brother tu pun dah ada pembantu”jawab Amirah lalu menarik picu tin minumannya.
“tengahari tadi aku jumpa brother tu kat kedai, dia cakap memang tiap hari khamis gerai burger dia akan tutup.”kata Sufian
“patutlah semalam kita pergi kedai dia tutup”kata Amirah
“bukan itu sahaja, dia juga ada minta aku jadi pembantu dia. Kerja dengan dia kat gerai burger ni”cakap Sufian
“baguslah tu,kau terima ke tak? Lagipun kau kan sekarang tengah cuti, so why not kerja dengan dia buat sementara waktu ni kan”cadang Amirah
“aku tak biasa kerja jual burger ni. Aku tolak lah, lagipun aku tengok dia dah dapat pembantu yang lain tu”kata Sufian.
Adriana memberikan isyarat mata kepada Sufian. Sufian membuat reaksi tidak faham. Adriana membuat isyarat mata kepada Sufian supaya bercakap dengan Amirah.
“ermm Amy, betul ke kau gaduh dengan kakak kau?”pertanyaan Sufian berjaya menukar mood ceria Amirah.
Next story please!”jawab Amirah dalam nada tegas
nope until You tell us the truth”kata Sufian
Amirah mambatukan diri.
guys please! Cukup-cukuplah! Jangan sibuk hal aku boleh tak?!”marah Amirah
“ini untuk kebaikan kau juga”kata Sufian
“kebaikan aku adalah kau jangan masuk campur urusan aku!!”tengking Amirah lalu berjalan meninggalkan Sufian dan Adriana. Beberapa pelangan di situ terpinga-pinga. Fakhri meletakkan semula burger yang siap untuk dihidangkan ke meja Sufian.
Adriana mengejar Amirah yang berjalan ke arah keretanya.

“Amy! Stop!”arah Adriana
listen amy, janganlah You nak burukkan lagi hubungan You dan kakak You.”cakap Adriana
“hubungan yang selama ini sememangnya dah buruk bukan. Untuk apa lagi I berbaik dengan orang yang membenci I? Untuk apa I bermuka-muka dengan orang yang bermuka-muka dengan I? She can't accept me, dia tak boleh terima I sayang, terima siapa sebenarnya I ”kata Amirah.
Sufian berjalan menghampiri Adriana.
“tapi itu tak bermakna You harus menjauhi dia. Tambah-tambah lagi dia sekarang betul-betul perlukan You. Bukan hanya dia sahaja tapi ibu You yang sedang tenat di hospital juga!”Adriana berkata tegas kepada Amirah. Amirah terkejut.
yes I know about it! Itu tak penting, sekarang yang penting adalah untuk You berjumpa dengan ibu You sementara You masih sempat ini. Ingat syurga You kini dibawah telapak kaki ibu You!”kata Adriana
Amirah mengeleng-gelengkan kepala sambil menahan sebak. Sebuah kereta Produa Viva berhenti tidak jauh dari belakang kereta Adriana. Azirah keluar dari kereta itu. Amirah memandang pelik Azirah. Adriana tersenyum sayu melihat Azirah.

“Ibu sedang nazak Mia”ucap Azirah lembut sambil titisan air jernih gugur dari matanya.

Setelah doktor membuat rawatan chemotherapy kepada ibu Azirah dan Amirah. Keadaannya bertambah tenat. Kesan daripada rawatan tersebut mula dirasakan ibu kepada dua beradik itu. Ibu kepada dua beradik itu semakin lemah dan tenat. Nafasnya turun naik dengan perlahan. Doktor tidak menjanjikan apa-apa kepada dua beradik itu. Keadaan ibu Amirah dan Azirah itu sememangnya lemah untuk terus bertahan.

“ibu..ibu..”panggil Azirah mengejutkan ibunya.
“Mia..Mi..Miaa”suara ibu kedengaran perlahan.
Amirah terkaku melihat keadaan ibunya yang sedang nazak itu. Entah mengapa rasa sedih mula menjalar dalam dirinya. Selama ini rasa benci dan marah berleluasa di dalam jiwannya. Namun setelah melihat keadaan ibunya yang sudah hampir 3 bulan tidak dijenguknya dihospital ini membuatkan dirinya pilu.
“Mia. Sini Mia, ibu panggil”Azirah mengamit Amirah
“sayang pergilah”bisik Adriana dibelakang Amirah.
Perlahan-lahan Amirah mendekati katil ibunya. Azirah berundur ke belakang dan berdiri tidak jauh dari Adriana.
“Mia..Mia”panggil ibu Amirah yang seolah-olah teruja melihat kehadiran anak bongsunya. Penantian selama ini untuk menatap wajah anak bongsunya berakhir kini.
Amirah mendekati ibunya yang sedang terlantar tenat di katil itu.
“Mia..ibu sayang Mia..Maafkan ibu Mia. Maafkan ibu Mia.. tolong ampunkan dosa ibu kepada Mia selama ini”cakap ibu Amirah terketar-ketar.
Amirah mengeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya mula bercucuran lebat.
“Mia..ibu rayu pada kamu Mia..maafkan ibu Mia. Ibu tak mampu nak melawan dia..”ujar ibu Amirah.
“ibu dah dapat balasannya Mia.. tolong ampunkan ibu Mia. Ibu menderita Mia. Kasihanilah ibu”
“oh, ibu nak aku kasihankan ibu sekarang?tapi untuk apa?!”Amirah bersuara agak lantang
Azirah dan Adriana melopong terkejut dengan kata-kata Amirah, begitu juga Sufian.
“Mia..ampunkan ibu Mia. Tolong ibu..ibu tak tahan lagi ni Mia..”
“ibu fikir aku boleh tahan ke? Ibu fikir aku boleh tahan dengan ini semua? Dari dulu lagi bu. Dulu lagi. Ibu tak pernah fikir ke aku boleh tahan dengan layanan ibu dengan 'binatang' tu?!”
“maafkanlah ibu..ibu tau ibu salah..ibu tak mampu nak halang dia..”
“ibu bukan tak mampu..tapi ibu tak cuba! Ibu biarkan sahaja 'syaitan' tu buat begitu terhadap aku..ibu tak pernah nak melawan, malah ibu boleh jadi penonton pula!”
Azirah, Sufian dan Adriana hairan. Mereka tidak faham dengan apa yang berlaku.mereka tidak mengerti tentang apa yang dibicarakan oleh Amirah dan ibunya.
“hampir setengah tahun aku menderita ibu. Hampir setengah tahun aku menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu suami ibu yang bersikap binatang itu! Kenapa dengan kakak dia tak buat begitu? Kenapa dengan aku? Kenapa aku yang harus jadi mangsa nafsu serakah dia? Ibu jawab kenapa??”herdik Amirah. Perasaan amarahnya yang dipendamnya mula melimpah keluar seperti lava gunung berapi.
“Mia...jangan begitu nak..ibu mengaku ibu sayang sangat kepada kakak kamu. Kakak kamu adalah harapan ibu..Mia..ibu sakit Mia. Ibu tak mampu nak melawan ayah Mia..”
“dia bukan ayah aku! Aku tak ada dan tak pernah ada ayah binatang macam dia! Aku tak mengaku dia ayah aku, ayah yang tergamak merogol darah dagingnya sendiri. Sampai aku mati pun aku tak akan mengaku dia adalah ayah aku!”Amirah menoleh ke arah lain dari menatap wajah ibunya dan Azirah yang dibencinya.
“Mia, ibu berdosa. Ampunkan ibu Mia. Ampunkanlah ibu.”kata ibu Amirah dalam esak tangis.
“tiap kali aku pandang wajah ibu, aku tak dapat lupakan ibu yang membiarkan suaminya merogol anak yang keluar dari rahimnya sendiri. Aku tak boleh lupakan bagimana ibu menyuruh aku senyap tatkala aku menjerit kesakitan akibat ditindih 'binatang' itu! Sudah banyak kali aku meminta tolong dari ibu..tapi pernahkah ibu mendengarnya? Yang ibu kisahkan hanyalah suami ibu itu dan kakak yang menjadi kesayangan ibu selama ini! Segalanya ibu lebihkan dia, dia dapat belajar sampai ke Universiti, aku pula ibu kurung di rumah sebagai objek suami ibu melempiaskn nafsu!”luah Amirah
“ibu pentingkan diri..ibu malu Mia, ibu tak dapat penuhi tanggungjawab ibu sebagai isteri. Ibu sayangkan ayah, Mia. Ibu takut kehilangan dia..”
“sampaikan aku menjadi mangsa.. baguslah, tak lama pun 'binatang' tu hidup. Akhirnya mati juga dilanggar orang. Akhirnya suami yang ibu simpan selama ni pergi juga!”
“maafkan ibu..miiiaa tolong maafkan ibu..”Amirah berjalan meninggalkan ibunya.
“Amy. Please don't go. Ampunkanlah ibu You,supaya dia senang untuk pergi. Dia sedang nazak tu.”Adriana menahan Amirah
I do this because of you
“tak. Bukan demi I, tapi ikhlas demi dia yang pernah melahirkan You, yang pernah membesarkan You hingga You berada disini”kata Adriana memujuk Amirah. Amirah berjalan kembali ke katil ibunya.
“Mi..mia.. ampunkan ibu..”ibu Amirah bersuara perlahan. Nafasnya semakin perlahan.dadanya berombak perlahan. Amirah semakin sebak melihat keadaan ibunya yang menderita itu.
“ampunkan Mia bu..ampunkan Mia.. mia banyak silap dengan ibu juga”Amirah mencium tangan ibunya.
“ibu ampun..kan..Mia ampunkanlah ibu..”
“ye bu..ye”kata Amirah. Tangan Amirah dan ibunya digengam erat. Ibunya mencium tangan Amirah. Azirah berjalan menghampiri ibu dan adiknya. Tangan ibu dan adiknya digengam. Dalam esak tangis itu juga Amirah dan Azirah memeluk ibunya. Adriana tidak dapat menahan sebak melihat kejadian itu. Sufian mengesat pipinya yang dibasahi air jernih dari matanya.
“ibu tidur dulu..”kata ibu lalu menutup matanya.

Akhirnya tepat jam 10.26 malam, ibu kepada dua beradik itu menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan kedua-dua anak perempuannya. Dakapan kasih sayang dari ibu kepada anak dan dari anak buat ibunya. Penderitaan terhadap penyakit barah payu dara yang ditanggung wanita tua itu selama ini akhirnya lenyap, selenyap juga nyawa dari jasad wanita kepada dua beradik itu.



-bersambung-


p/s : tiada manusia yang sempurna di atas dunia ini. kesilapan tidak mengira pangkat atau darjat seseorang. hargailah ibu yang pernah meraung kesakitan ketika kepala kita menjengah keluar dari rahimnya, bersyukurlah dengan ibu kita. janganlah kita menyimpan sekelumit pun rasa benci dan sebesar zarah pun rasa marah kepada ibu jika kita ingin mencium nikmatnya Syurga buat kita. Wa'llahu alam


13 comments:

  1. aduh....
    x tau nak komen apa..
    aku membayangkan perasaan , malu, marah, benci, sayang, terpaksa,kasih, kesian ,tp manusia semua nya membuat kesilapan dan kesalahan ...dah namapun manusia bukan nya malaikat..
    sebanyak mana pun benci kita pada seseorang itu kalo dia insaf dan memohon maaf, maafkanlah...

    tak rugi sesen pun..
    tp kalo hati keras ..susah sikitlah...hehehehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. terus terang aku katakan, utk part ini aku aku gubah dan garap dari dari sebuah cerita benar yang pernah terjadi kepada ahli kuarga aku dahulu.. arwah makcik aku yang menghidap penyakit barah payu dara, anak-anak arwah aku begitu sayangkan arwah.. ketika aku pergi menjenguk arwah dahulu, arwah sempat menguncap "terima kasih" dan "maafkan makcik sebab kamu susah datang ke kL melawat mak cik" . dua ayat ringkas yang berjaya menitiskan air mataku.. beberapa hari selepas itu arwah pergi dijemputNya..

      aku betul-betul sayu ketika menulis part ini sebab terkenangkan arwah adalah yang terapat dengan aku dulu.. moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman..

      AL-FATIHAH

      Delete
  2. omg...
    x taw lak smpai mcm nie skli story nie..
    menyayat hati lak.. huhu... sebak un ade..
    gud idea bro.. hahah...
    cian kat amirah.. n terleset ka yg si paan kerja ng fikhri 2.??
    x sbr nk tnggu pew lagi cite lps nie,,,..

    pappew un.. Al - Fatihah at Arwah Mak cik lu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro..

      hehe pasal paan tu..jgn mudah utk meneka bro..hehe cerita ni memerlukan byk penghayatan..sekali dah termiss susah nak hayatinye hehehe pape pun just tunggu je next part ok..

      thanx sbb sudi jadi follower utk blog aku dan baca segala karya aku hehe..thanx bro..

      Delete
    2. x de hal la bro... keep the good work.. love it.. ok.. ku terus membaca,, hahaha,,,

      Delete
  3. Cerita ni menjadi semakin menarik...pasti suspen bila cerita ni smpai kemuncaknya (klimaks). Kemunculan zharif yg ditemui adriana memungkinkan beliau mahu merujuk semula pd sufian.. Jeng..jeng..jeng.. Adakah sufian mahu zharif kembali sekiranya fakhri sudi 'berkawan' dengannya? Apa pula reaksi firdaus? Tak sabar saya menanti hasil karya khuzai seterusnya dlm bhgn 7 (tentang rasa)nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau saudara rasa cite ini menarik..
      part2 akan datang akan lebih menghuraikan tentang kemunculan Zharif..
      part akan datang akan disiarkan tak lama lagi..

      Delete
  4. nice twist bro ... really touching ...

    ReplyDelete
  5. mlm ni ada sambong x zai?

    ReplyDelete