22 March 2013

Tentang Rasa - part 7 : Kembali Kepadanya -




Tentang Rasa - part 7 : Kembali Kepadanya -

Pada pagi itu cahaya mentari menyinar suram. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suasana sayu dan muram menyelaputi kawasan perkuburan Islam itu. Tepat pada pukul 11 pagi, akhirnya jenazah ibu kepada Amirah dan Azirah selamat dikebumikan. Sanak-saudara yang datang sewaktu upacara pengebumian mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan perkuburan itu.

“Akhirnya aku lega. Beban yang ku pendam selama ini hilang. Aku mengaku yang aku merindui arwah ibu, aku merindui dia yang pernah melayan aku baik sewaktu hidupnya. Walaupun aku lebih menderita dari bahagia ketika arwah ibu masih hidup”ujar Amirah perlahan. Angin yang bertiup perlahan itu melucutkan selendang yang dipakai Amirah. Amirah segera menutup rambutnya semula dengan selendang itu.
“maafkan aku, selama ini aku tak tahu penderitaan kau. Penderitaan yang pendam selama ini. Aku bersimpati Amy”kata Sufian yang duduk berdiri bersama dengan Amirah dan Adriana di bawah pokok itu.
“benda dah berlaku. Aku tak nak buka pekung didada.”kata Amirah melihat Azirah yang berseorangan masih lagi bersedih di kubur ibunya.
I percaya yang arwah ibu You dah tenang bersemadi di sana. Akhrinya You buka juga pintu kemaafan buat ibu You.”sampuk Adriana.
Amirah hanya tersenyum kelat. Entah mengapa masih ada lagi rasa kecewa di hatinya kerana arwah ayahnya tidak dibawa ke muka pengadilan tentang apa yang dilakukan kepadanya.

Adriana dan Sufian meninggalkan Amirah berseorangan di bawah pokok itu. Adriana dan Sufian berjalan keluar dari kawasan perkuburan Islam itu menuju ke kereta Adriana. Akhirnya Azirah berdiri. Batu nesan yang terukir nama ibunya di usap-usapnya lembut. Azirah mengesat air matanya lalu melangkah pergi meninggalkan kubur ibunya.

“rupanya tanggapan akak selama ini adalah salah”kata Azirah yang berdiri di sebelah Amirah.
“benda dah berlalu kak”kata Amirah yang masih memandang jauh kubur ibunya.
“selama ini akak ingat arwah ibu sayangkan Mia. Tak sangka..”
“akak, segalanya dah berlalu. Kalau boleh janganlah kita nak ungkit kisah lalu lagi. Ibu pun sudah kembali kepadaNya. Biarlah ibu bersemadi dengan tenang di sana”kata Amirah yang tanpa disedari menitiskan beberapa butir air jernih dari matanya.
“baiklah, mari kita pulang”ajak Azirah.

Azirah berjalan ke arah kereta yang dihadiahkan oleh arwah ibunya setelah dia berjaya mendapat ijazah dalam jurusan perdagangan. Langkah Azirah terhenti bila menyedari adiknya tidak bergerak dari bawah pokok itu. Azirah memandang Amirah dengan pandangan sayu. Selama ini Azirah tidak sedar rupanya arwah ibunya amat menyanyanginya. Arwah ibunya sentiasa melebihkan dia dari Amirah.

Azirah tidak sangka bahawa selama ini Amirah menjadi mangsa kepada kesenangannya. Azirah tidak sedar bahawa adik bongsunya itu menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu arwah ayahnya. Amirah dijadikan objek bagi memenuhi kepuasan batin arwah ayahnya. Patutlah ketika arwah ayahnya maut dalam kemalangan langgar lari, Amirah kelihatan sedikit ceria. Amirah yang sebelum ini murung mula berubah apabila ketiadaan arwah ayahnya. Amirah semakin bebas hingga berubah personalitinya.

Amirah tidak menyangka bahawa segala beban dihatinya kini hilang bila arwah ibunya selamat disemadikan sebentar tadi. Amirah berasa lega kerana akhirnya rahsia tentang beban yang ditanggungnya selama ini terbongkar. Hati Amirah lapang. Walaupun sedih kerana arwah ibunya tidak pernah menegakkan keadilan bagi dirinya, namun setelah segalanya terbongkar barulah amirah tenang.

*                          *                         *

Thanks hantar I.”kata Sufian lalu membuka pintu kereta.
“ermm Paan”panggil Adriana ketika Sufian keluar dari keretanya.
You lama ke lagi dekat sini?”tanya Adriana
“sampai habis cutilah. Kenapa?”Sufian menyoal
nothing. Kalau begitu, bolehlah You tengok-tengokkan Amy. I ada seminar 3 hari di JB ”pinta Adriana
sure”jawab Sufian lalu menutup pintu kereta.

Fakhri mencangkung di kolam ikan. Beberapa butir makanan ikan ditaburkan Fakhri di atas permukaan air kolam mini itu. Fakhri teringat kejadian malam tadi yang berlaku di gerai burgernya. Terdapat konflik dalam hubungan yang terjadi kepada pelangan burgernya. Dua wanita bergaduh mengenai isu yang tidak diketahui Fakhri. Namun Fakhri masih tertanya-tanya punca penyebab kejadian itu dan mengapa mereka meninggalkan gerai burger dalam keadaan tergesa-gesa bersama-sama dengan seorang wanita yang tiba-tiba muncul. Telefon bimbit Fakhri berdering.

“Assalamualaikum”ucap Fakhri ketika menjawab panggilan itu.
“Waalaikumsalam, sayang free tak tengahari nanti? Jom lunch dengan aku nak?”ajak Firdaus.
“ok, nak lunch di mana?”tanya Fakhri

Malam yang dingin,selepas hujan akhirnya berhenti pada pukul 9 malam tadi. Sufian yang mengenakan sweater merah berlambangkan pasukan Manchester United itu berjalan sendiri ke gerai burger. Sufian sebenarnya dalam kesunyian. Sejak berjauhan dengan Zharif dan tidak langsung berhubungan dengan Zharif, Sufian berasa sunyi dan dahagakan kasih sayang yang selalu dicurahkan Zharif kepadanya.

“bang, burger daging special tak nak bawang”pesan Sufian kepada Firdaus
“makan ke bungkus?”tanya Firdaus yang mengambil pesanan Sufian
“makan, kira dengan air ni sekali k”kata Sufian lalu mengambil tin minuman kacang soya.

Sufian duduk disebuah meja yang tidak jauh di belakang gerai burger itu. Sufian hanya memandang Firdaus dan Fakhri yang sedang sibuk melayan dan menyiapkan pesanan pelangan yang datang di situ. Amirah tidak menghubunginya sejak selesai majlis pengebumian ibunya. Adriana pula sedang sibuk untuk menguruskan seminarnya selama 3 hari di Johor Bahru. Sufian benar-benar sunyi tanpa teman disisi.

“nah burger yang kau pesan tadi”kata Fakhri ketika menghulurkan sepiring burger daging special kepada Sufian.
“terima kasih”kata Sufian sambil melihat Fakhri duduk di kerusi di mejanya.
“seorang je malam ni, mana awek-awek lain yang datang dengan kau semalam?”Fakhri bertanya
“masing-masing sibuk bro”kata Sufian
“semalam aku tengok macam ada krisis je”tanya Fakhri
Sufian menundukkan mukanya.
sorry lah aku tak patut masuk campur hal kau orang”kata Fakhri
“bukan macam tu bro. Semalam ibu kawan aku tu meninggal. Dia ada krisis sikit dengan arwah ibu dia, puas gak kami pujuk dia ssemalam. Akhirnya dia sempat juga berjumpa arwah ibu dia sebelum arwah ibu dia menutup mata”kata Sufian.
Fakhri terkaku buat seketika bila mendegar kata-kata Sufian. Buat sejenak, Fakhri mengimbau saat dia berdepan dengan kematian ibubapanya.
“baguslah. Akhirnya sempat juga dia meminta ampun dan maaf. Dapat juga dia hidu bau syurga. Jangan jadi macam aku sudahlah”kata Fakhri lalu meninggalkan Sufian dalam kebingungan.

Adriana meneguk Cafe Latte yang dipesannya tadi. Hampir sejuk. Adriana masih menantikan kehadiran Zharif di restoran itu. Jam tangan pemberian Amirah sempena hari lahirnya pada bulan November tahun lepas itu ditatapnya. Waktu hampir ke pukul 1 petang. Zharif lewat hampir satu jam. Adriana masih belum berkemas lagi beg pakaiannya untuk ke seminar di Johor Bharu pada petang ini.

“Maaf Ana, I lambat. Jalan jammed”kata Zharif lalu duduk di kerusi dihadapan Adriana
well, what else is new”sindir Adriana
You dah makan?”tanya Zhrif lalu membuka buku menu.
I'm fulled”kata Adriana
“Zharif, apa sebenarnya yang terjadi between you and him?
Zahrif menutup buku menu tersebut. Matanya terpejam sebentar. Zharif menundukkan mukanya ke lantai.
“apa yang You buat ni, sangat-sangat tak elok. You tak patut biarkan dia begitu. Dia perlukan You.”kata Adriana memandang tajam muka Zharif.
Zharif membuka matanya lalu melihat ke arah mata Adriana.
I keliru. I tak tahu nak buat apa. Semuanya terjadi di luar jangkaan I ”kata Zharif
I tak faham?”tanya Adriana.
“hurmm so how is he?”tanya Zharif
“dia rindukan You. Walaupun dia tak cakap, tapi I boleh nampak dari mata dia. Dia perlukan You sangat-sangat. Zhaf, I kawan You, I juga kawan Paan. I tak nak menyebelahi sesiapa. Tapi perkara begini tidak patut terjadi.”
“dia tak akan faham Ana, dia tak akan faham dengan apa yang I buat sekarang”
“bukan dia seorang je”
Zharif hilang kata-kata. Wajah gadis kota yang cantik bersanggul dan berkacamata itu ditatap Zharif.
“kalau You ada masalah Zharif, cakap dengan I. Kalau susah sangat nak luahkan pada Paan, I ada.”kata Adriana lalu bersandar di kerusi. Adriana memeluk tubuhnya yang dibaluti dengan pakaian formal yang elegan itu.
“sebab itu, I nak jumpa You dan bercakap dengan You. Paan keras kepala. Dia tak faham.”kata Zharif
“jadi, beritahu I tentang apa yang tersirat dihati You yang menjadi beban dan penghalang hubungan You dan Paan?”tanya Adriana serius

Tengahari yang agak hangat itu tidak menghalang Amirah keluar dengan kawan lelakinya yang paling akrab dengannya. Sejak motorsikalnya sudah siap dibaiki, Amirah membawa Sufian berjalan-jalan dengan motorsikalnya itu.

“fuhh panasnya hari ni”kata Sufian
“tu la kan, kalau lama-lama boleh rentung la”kata Amirah
“aku dah tak tahu mana tempat lagi nak cari kerja sambilan. Semua pasaraya kita dah pergi tadi, aku harap ada lah yang akan call aku nanti”kata Sufian lalu menyedut minumannya menggunakan straw.
“jangan risaulah, nanti akan ada yang call panggil kau bekerja.”Amirah memandang wajah Sufian yang agak keletihan itu.
“sebabkan aku bosan aku cari kerja ni. Kalau tak, tak de masa la aku nak keluar ke sana ke sini mencari kerja”kata Sufian
“bosan ke rindu?”pertanyaan Amirah kedengaran pelik buat Sufian
“maksud kau?”tanya Sufian
“aku tahu kau rindukan dia.”kata Amirah
“buat apa aku nak rindu pada orang yang tak merindui aku”kata Sufian
“mana kau tahu Zhaf tak merindui kau?”soal Amirah
“kalau Zhaf rindukan aku mesti dia akan datang jumpa aku disini, at least dia akan call atau SMS aku”kata Sufian.
“kau tahu kan, yang semua itu tak bermakna dia merindui kau. Kadang-kadang bro, rindu ni tak perlu diungkap. Rindu yang sebenarnya bila kita betul-betul percaya yang dia merindui kita.”Amirah berkata perlahan.
“aku sebenarnya betul-betul mengharap dia akan kembali kepada aku. Walaupun hati aku benar-benar curiga kepadanya. Susah nak aku fahami dia. Aku cuma inginkan kejujuran dari dia. Susah sangat ke?”Sufian seolah-olah memberontak
bro..
“aku tak faham kenapa dia buat aku macam ni, dia cakap dia cintakan aku dan aku juga cintakan dia tapi bila sampai waktu begini dia larikan diri dari aku.”Sufian menatap wajah Amirah. Mata Sufian menusuk tajam ke mata Amirah.
“aku tak nak jadi diri aku yang dahulu. Aku tak nak. Aku dah dapat cinta yang aku inginkan sekarang. Tapi cinta aku tak bermakna kalau tiada kejujuran dari dia.”Sufian menoleh ke arah pintu masuk restoran. Dada Sufian turun naik dengan pantas, jelas Sufian tidak senang duduk.

*                                      *                                          *

Adriana menahan sebak. Tubuhnya sedikit mengigil mendengar luahan dari Zharif. Zharif seorang yang gagah. Zharif tidak mudah tertewas ketika melihat Adriana mengesat air matanya dengan tisu. Zharif lega menceritakan situasi sebenar yang dihadapinya dan mengapa Zharif tekad untuk meninggalkan Sufian.

“tapi Zharif I tak rasa tindakan You ni betul. You kene beritahu Paan hal yang sebenarnya.”kata Adriana
I tak rasa dia akan faham”kata Zharif
“tapi ini penting Zhaf”
“sebenarnya Ana I tak nak kecewakan dia. I sayang dia sangat-sangat Ana. Untuk apa I kembali jika I hanya akan kecewakan dia!”Zharif tegas
“tapi I rasa, kalau dia lambat tahu tentang perkara ini,dia pasti menyesal dan kecewa. Kembali kepadanya Zhaf. Please Zhaf. Go and tell him about this. You don't need to keep this as a secret ”Adriana menasihati Zharif.
Zharif hanya merenung ketulan ais di dalam gelas yang berisi minuman berkarbonat itu.
I love him but I can't”Zharif tetap merenung ketulan ais tersebut.
yes You can. Believe me”yakin Adriana.

Malam itu agak dingin. Hujan turun dengan lebat pada sebelah senja hingga ke awal waktu Isyak. Fakhri tetap nekad membuka gerai burgernya. Walaupun hujan tadi sudah berhenti tapi pelangan yang datang ke gerai masih kurang. Setakat jam 9 malam ini hanya 6 sahaja burger yang terjual. Firdaus tidak dapat menemaninya. Kekasihnya itu agak sibuk pada malam ini. Fakhri hanya berniaga berseorangan.

'I love u 2. As-salam'sms yang dihantar Fakhri kepada kekasihnya.

Fakhri melihat jam tangannya. Baru pukul 10 malam. Terlalu awal baginya untuk menutup gerai burger ini. Fakhri duduk di sebuah bangku berdekatan dengan tempat memasak burger. Firdaus tidak membalas SMS yang dihantarnya. Mungkin Firdaus benar-benar sibuk fikir Fakhri. Tidak lama kemudian Fakhri tersenyum bila melihat dua susuk tubuh berjalan menghampirinya.

“Assalamualaikum bang. Termenung nampak, ingat awek ke?”tegur Amirah
“Waalaikumsalam,mana ada. Ingat kat kamu la” usik Fakhri
“hehe bang burger ayam special satu dan burger daging special satu. Yang daging tu tak nak bawang k”pesan Amirah. Sufian hanya diamkan diri.
“ok,duduklah”kata Fakhri.

Sufian berjalan bersama dengan Amirah ke sebuah meja. Mereka duduk di situ.

bro, seorang je ke? Mana kawan bro lagi seorang tu, yang handsome tu?”tanya Amirah
“dia sibuk. Ada hal la. Kenapa tanya? Berminat ke?”tanya Fakhri sambil mengukirkan senyuman.
“tanya je. Kesian pula tengok abang jaga gerai seorang-seorang ni”Amirah mudah ramah kepada Fakhri
“nak buat macam mana, tiada siapa yang sudi bekerja dengan saya”kata Fakhri sambil menerbalikan bun burger itu.
“ada je, ni kawan saya ni”jerit Amirah lalu menepuk bahu Sufian yang dari tadi senyap
“eh minah ni”Sufian mengosok lengan yang dipukul Amirah
“hahaha budak jambu macam dia mana sesuai kerja macam ni”kata Fakhri memandang wajah Sufian.
“alah, abang pun jambu juga kan. Dia ni mengada-gada je lebih”kata Amirah. Muka Sufian masam mencuka.

Fakhri hanya membalas pujian Amirah itu dengan senyuman. Hampir dua jam Fakhri tidak berbual dengan sesiapa. Baru kini Fakhri dapat berbual sejurus kehadiran Amirah dan Sufian ke gerainya.

“Amy, janganlah macam ni. Aku serba salah lah. Sudah lah aku tolak lamaran dia kerja kat sini. Lepas tu kau ungkit pula hal tu. Malu lah aku”bisik Sufian.
“yela-yela. Kau dah sms Zhaf?”Amirah ingin tahu
“ni lagi satu. Please Amy, jangan cerita pasal dia. Spoil lah”runggut Sufian
look, I just ask ok. Don't get mad because of it”Amirah memeluk tubuhnya.
sorry tapi aku tak larat nak tanggung pedihnya hati ini disebabkan oleh dia”kata Sufian
“kau ni sama je degan dia. Dua-dua keras kepala. Aku lagakan kepala seekor-seekor baru tau”kata Amirah
“amboi. Kau tu macam lembut pula kepala tu. Kepala kau pun sama. hahaha”Sufian tertawa.
Amirah tersenyum bila melihat mood Sufian berubah.
“Ana dah pergi JB?”tanya Sufian
“sudah. Petang tadi dia SMS aku. Ana cakap dia dah sampai disana”kata Amirah perlahan.
“kenapa ni? Kau rindu kat dia?”tanya Sufian
Amirah menundukkan mukanya.
“bersyukur kau dapat Ana. Dia baik, dia betul-betul memahami kau. Kalau bukan sebabkan dia. Mungkin kau tak akan bahagia macam sekarang”kata Sufian
“ye betul. Kalau tanpa sokongan dari dia. Pasti aku tak akan jejakkan kaki ke hospital. Aku pasti akan menyesal. Menyesal sebab tak dapat minta ampun kat ibu aku dan memaafkan kesalahan dia kepada aku”kata Amirah
“baguslah. Akhirnya kau tenang sekarang”kata Sufian
“yup aku tenang. Aku lebih tenang”kata Amirah sambil mengangukkan kepalanya

Fakhri berjalan ke meja Sufian dan Amirah sambil membawa dua piring yang berisi burger.
“ok ini dia hidangan terlazat buat anda”kata Fakhri ketika menghidangkan burger-burger itu.
“lazat ke ni bro?”tanya Amirah
“eh mestilah. Tengoklah siapa yang masak”kata Fakhri bergurau.
“jemput makan bro”perlawa Sufian.
“tak pe, makanlah”kata Fakhri
brother ni kan taukey burger. Hari-hari dia makan burger. Kau tak perlu nak jemput-jemput”kata Amirah.
“betul tu.”kata Fakhri
Bro boleh bawakan air kacang soya tak?”tanya Sufian
“saya air iced lemon tea ye”sampuk Amirah
“ok itu je ke?”tanya Fakhri
“Paan”tegur seorang lelaki di belakang Fakhri
Sufian terkejut. Sufian berdiri. Fakhri menoleh ke belakang. Amirah tersenyum melihat lelaki itu.
“Zharif..”terpacul nama kekasih hatinya dari bibir Sufian itu.


-bersambung-


p/s : wei aku mintak maaf ek..aku lambat post cite ni.. sepatutnya cite ni kuar semalam tapi aku bussy sikitlah.. baru dapat post hari ni..sorry wei korang.. enjoy reading..enjoy commenting enjoy clicking the ad ok huhuhu

10 comments:

  1. walu panjang berjela ko tulis ..pasal aku rasa pendek jer hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab kau baca cepat sgt kot.. lagipun part kali ni tak banyak huraian watak..cuma peranan Zharif mula diketegahkan..

      Delete
    2. mana da cepat..:)
      siap aku leh majin duduk kat meja sebelah sambil makan burger ..dan melihat aksi mereka bertiga...wakakaka
      kat kubur pun aku leh majin duduk sambil membaca yassin lagi..ko bayangkan :)

      Delete
    3. perghhh terbaik sekali daya imaging anda itu..benar2 menghayatinya huhuuhu

      Delete
  2. Best! cepat2 update next part... makin suspen ni...

    ReplyDelete
  3. Best cite ni tak sabar nak tunggu next episode....

    ReplyDelete
    Replies
    1. next part dah disiarkan jemput baca

      Delete
  4. akhir nyew..
    Sminggu tunggu..
    dpt jgk tngk watak zhaf timbul.. jum! nk story....

    ReplyDelete