24 March 2013

Tentang Rasa -part 8 : Kerisauan -



Tentang Rasa -part 8 : Kerisauan -

Suasana malam kian dingin. Embun jantan mula berguguran. Dinginnya malam itu sseperti dinginnya sikap Sufian terhadap Zharif. Wajah kekasih Sufian itu ditatapnya buat seketika. Zharif masih menundukkan mukanya ke jalan yang berturap itu. Sufian mula menyalakan api pemetik api membakar hujung putung rokok.

“sejak bila You merokok?”pertanyaan Zharif itu memecahkan kesunyian
“sejak You tinggalkan I!”Sufian menghembuskan asap rokok
Zharif memerhatikan gelagat Sufian.
“esok You buat apa?”tanya Zharif
I tak akan jawab pertanyaan You sehingga You berlaku jujur dengan I!”Sufian tegas
Zharif memutarkan bebola matanya.
I .. I minta maaf”kata Zharif
“bukan itu yang I mahukan. Tapi penjelasan dari You”kata Sufian lalu merenung tajam bebola mata Zharif.
Zharif mengalihkan pandangannya.
“baiklah. Sufian, I rasa tak perlu lah I sembunyikan daripada You lagi perkara yang sebenarnya. I menjauhkan diri dari You selama ini ada lah kerana.. kerana I mencari pengertian cinta yang sebenarnya. Hubungan kita memang bermakna. Bermula dari perkenalan kita sehingga kita bersama, segalanya begitu sempurna. I terfikir jika sampai masa untuk kita berjauhan, bagaimana rasanya nanti. Bagaimana I nak hadapinya. Bagaimana I nak teruskan hidup tanpa You disisi. Akhirnya I ambil keputusan untuk mengujinya. I jauhkan diri dari You. Selama ini tidak pernah I titiskan airmata, tapi bila berjauhan dengan You, ia terjadi. Jujur I katakan itulah saat bahagia dalam hidup I . seorang teman dalam hidup I rupanya bukan hanya sekadar teman disisi malah rupanya sebagai teman dihati. Teman yang melengkapkan hidup I.”jelas Zharif
Sufian terdiam mendengar kata-kata kekasihnya itu.
“rupanya I ni jadi bahan uji kaji You la.”sinis Sufian
“bukan itu maksud I..”
“tapi itu yang telah You buat”
Zharif mengerling dari melihat Sufian.
I dah agak...”
“apa yang You agak ?”tanya Sufian
“yang You tak akan faham”kata Zharif

Sementara di meja makan, Fakhri hanya memerhatikan gelagat Zharif dan Sufian yang berbual di simpang masuk ke kawasan perumahan itu yang tidak jauh dari gerai burgernya. Amirah menghabiskan burgernya. Sambil mengunyah Amirah memerhatikan Fakhri yang dari tadi hanya diam melihat ke arah pasangan kekasih itu.

bro tengok apa?”Amirah menarik perhatian Fakhri
“huh? Oh tu, tengok dia orang”jawab Fakhri
“tengok dia orang? Kenapa?”
“pelik je saya tengok. Macam ada krisis je”kata Fakhri
“dia orang tu ada salah faham.”Amirah melirikkan matanya ke arah Sufian dan Zharif
“dah macam couple pula”kata Fakhri
“hahaha biarlah dia orang tu”kata Amirah.

Sufian berdiri. Sufian mengeliat bagi merengangkan badannya. Putung rokok yang terlekat di bibirnya di lemparkan ke dalam longkang. Zharif memerhatikan kekasihnya itu.

You sendiri tahu yang cinta antara kita ini adalah ikhlas. Cinta yang sama-sama kita ukir dan pahatkan dalam hati masing-masing. Ye memang betul I tak faham, I tak faham kenapa You perlu lakukan ini semua? Nak menguji cinta kita? Untuk apa? You juga yang inginkan kepercayaan dari I dan I berikannya. Tak cukup ke sampai perlu untuk You lakukan ini semua?”Sufian menoleh ke arah Zharif.
“maafkan I . I mengaku I salah. I tak patut buat begini pada You. Jawapannya I dah dapat. You dah buktikan yang You betul-betul serius dalam mencintai I . I hargainya”kata Zharif lalu berdiri dan mengengam tangan Sufian.
You, orang nampaklah apa yang You buat ni”kata Sufian khuatir
“biarkanlah. Ini buktinya I cintakan You”kata Zharif lalu memeluk Sufian.
Sufian terkejut. Rasa malunya memaksa tangannya untuk menolak Zharif tapi rasa rindunya memberatkan tanganya untuk berbuat demikian. Leher Zharif di kuncupnya.

Mata Fakhri sedikit terbeliak melihat perlakuan kedua orang lelaki itu. Amirah tergamam melihat aksi spontan pasangan kekasih itu. Amirah mengelabah apabila melihat reaksi kaget dari Fakhri.

bro, ada orang nak beli burger!”kata Amirah bagi mengalihkan perhatian Fakhri
“apa?”tanya Fakhri
“ada orang nak beli burger”kata Amirah lalu menuding jari ke arah budak lelaki yang berdiri di hadapan gerai Fakhri.
“oh ok”jawab Fakhri lalu berdiri lalu berjalan ke arah gerainya. Fakhri sempat menoleh ke arah pasangan kekasih itu.
“adik nak beli burger ke?”tanya Fakhri ke arah budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 10 ke 12 tahun itu.
“ye bang, nak burger ayam 3 tiga bungkus”kata budak lelaki itu.
“ok tunggu kejap ye abang siapkan”kata Fakhri lalu menoleh ke arah pasangan lelaki itu lagi.

'tak mungkin dia pun sama seperti aku'detik hati Fakhri ketika menyusun bun-bun burger.

Pelukan hangat dari Zharif berjaya melembutkan hati Sufian yang keras sekeras kepalanya juga. Sufian membalas pelukan Zharif.

“kau orang memang gila! Memang gila!”kata Amirah ketika Sufian dan Zharif berjalan ke arahnya.
“kau kenapa?”tanya Sufian pelik
“kau gila ke apa? Kau fikir orang tak nampak ke kau orang berpelukan di situ tadi. Wei Sufian, brother tu nampaklah apa yang kau buat tadi!”bisik Amirah dengan tegas.
“oh yeke hehehe”Sufian ketawa lalu menoleh ke arah Fakhri. Sufian melemparkan senyuman ke arah Fakhri yang sedang memasak burger. Fakhri juga melemparkan senyumannya.
“siapa brother tu?”tanya Zharif
“kenal-kenal macam tu je. Kami pun tak berapa kenal sangat dengan brother tu. Kami selalu lepak sini, makan burger yang brother tu buat. Serius sedap”kata Amirah
“kenapa tanya? Jealous?”tanya Sufian
why should I ?”balas Zharif lalu menoleh ke arah lelaki yang sedang membuat burger itu. Lelaki itu juga menoleh ke arah Zharif lalu tersenyum.

*                             *                                     *

Fakhri melihat jam dinding, pukul 10 pagi. Masih terlalu awal dirasakan Fakhri untuk bangkit dari tidur. Pintu rumahnya diketuk berulang kali. Sedikit pelik bagi Fakhri bila pintu rumahnya diketuk. Tambahan pula pada waktu awal pagi ini. Fakhri berjalan lemah ke pintu rumahnya. Pintu rumahnya dibuka.

“Assalamualaikum”sapa Firdaus
“Waalaikumsalam.”jawab fakhri dalam keadaan matanya yang sepet.
“sorry gangu kau awal pagi ni. Boleh aku masuk?”tanya Firdaus.
“masuklah”Fakhri mengundurkan badannya memberi laluan kepada kekasihnya itu.
“maaflah sayang, aku gangu kau tidur”kata Firdaus lalu duduk di sofa.
“tak pe, tapi ada apa datang awal pagi ni? Kenapa tak call atau sms?”soal Fakhri lalu melentokkan kepalanya di bahu Firdaus.
“aku dah call dan sms kau. Tapi kau tak jawab dan balas”kata Firdaus lalu menguncup dahi Fakhri.
“aku tidur mati. Aku tak dengar kot”kata Fakhri sambil matanya terpejam
“aku nak cakap sesuatu. Penting juga bagi aku dan kau”kata Firdaus.
“apa dia?”
“aku nak ke Johor petang ni, ada urusan keluarga. Emak aku minta aku hantarkan dia ke sana pada hari ini juga”kata-kata Firdaus berjaya menghilangkan rasa mengantuk Fakhri. Fakhri menagkat kepalanya lalu memandang muka Firdaus.
“berapa lama kau disana?”tanya Fakhri
“mungkin 2 atau 3 hari”jawab Firdaus
Fakhri terdiam. Fakhri tidak tahu apa lagi pertanyaan yang ingin di ajukan kepada Firdaus.
“aku tak lama disana”kata Firdaus lalu cuba menguncup bibir Fakhri
Fakhri mengelak
“aku belum berus gigi”kata Fakhri
“kau ok tak?”tanya Firdaus memeluk bahu Fakhri
Fakhri mengangukkan kepalanya sambil menyisir rambutnya kebelakang.
“tak lama lah aku pergi, aku janji aku akan kembali nanti.”
“aku risau perkara lama berulang kembali”
“tak. Hanya 3 hari bukan 3 tahun. Aku janji kali ini bukan seperti kes Pulau Pinang.”Firdaus membuat janji. Fakhri mencapai kotak rokok.

Pagi itu merupakan pertama kalinya Sufian sedar dari tidur dengan senyuman. Zharif masih lagi lena dalam dakapan Sufian. Sufian memandang wajah Zharif yang sedang nyenyak tidur itu. Sufian mengusap-usap lembut wajah kekasihnya itu.

Zharif membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Sufian menerpa pada pandangannya. Pandangan pertamanya ketika membuka mata pada pagi itu. Sufian tersenyum. Zharif mengukirkan senyuman. Mata Zharif terkebil-kebil kuyu menatap senyuman manis dari Sufian.

“mama ni kawan Paan, Zharif”Sufian memperkenalkan Zharif
“oh bila sampai?”kata Ibu Sufian ketika menyambut tangan dari Zharif untuk bersalaman.
“malam tadi”kata Zharif
“ok, jemputlah makan. Mak cik masak ni je untuk breakfast”kata Ibu Sufian lalu beredar ke ruang tamu.

Zharif duduk dikerusi bersebelahan dengan Sufian. Zharif hanya memerhatikan kekasihnya melayannya makan. Zharif hanya tersenyum melihat Sufian menceduk nasi goreng ke dalam pingan. Sofi berjalan masuk kedapur lalu membuka pintu peti sejuk. Cawan di atas rak pingan mangkuk dicapainya. Susu rendah lemak itu dituang Sofi kedalam cawan yang dipegangnya.

“dan ini adalah abang sulung I, Sofi”kata Sufian
“saya Zharif”kata Zharif ketika bersalaman dengan Sofi.
“kawan Paan ke?”tanya Sofi serius.
“ye”
“kawan yang macam mana?”pertanyaan Sofi mengundang rasa hairan kepada Sufian dan Zharif
“kawan lah. Kami sama-sama study lah. Dah pukul berapa ni?kau bila nak masuk kerja?”tanya Sufian.
“aku manager, aku boleh masuk sesuka hati aku lah.”kata Sofi lalu meninggalkan dapur.
“jangan risau, abaikan je dia. Dah jom makan”kata Sufian ketika melihat riak muka risau Zharif.

Surah Yasin disimpan Zharif kedalam kocek baju kemeja yang dipakinya. Zharif menyiram air mineral yang dicampurkan dengan beberapa kuntum bunga kertas dan bunga seri pagi ke atas pusara ibu Amirah. Amirah dan Sufian hanya melihat tanpa bersuara.

“Takziah dari aku”ucap Zharif ketika mereka meninggalkan tanah perkuburan itu
thanks”jawab Amirah ringkas.

Sufian dan Amirah berjalan ke arah kereta Zharif. Zharif terhenti sebentar. Zharif memandang ke arah batu-batu nesan yang terpacak kaku di tanah itu. Hati Zharif menjadi sayu. Kemudian Zharif melangkah ke arah keretanya. Kereta Proton Satria Neo yang dihadiahkan ayah Zharif kepadanya ketika menyambut ulang tahun ke-21.

“aku laparlah. Jom kita pergi makan”ajak Amirah
“betul juga tu. Kita pergi makan k”kata Sufian lalu mengusap pipi kekasihnya.
Zharif hanya menganggukkan kepalanya.

Setibanya mereka disebuah restoran. Tiga sahabat itu berjalan masuk ke dalam restoran. Setelah menjumpai meja makan yang sesuai, mereka memanggil pelayan yang untuk membuat pesanan.

“arghh esok aku kerja!”runggut Amirah selepas pelayan selesai mengambil pesanan mereka.
“hahaha”Zharif tertawa
“kau orang bestlah. Tak kerja. Holiday sekarang. Heaven ar”kata Amirah.
“sayang tunggu kejap, zhaf nak ke toilet”kata Zharif lalu berdiri.
“ok”jawab Sufian sambil tersenyum.
Zharif berlalu pergi.
“apa cer last night? Ok ke?”tanya Amirah
“ok lah. Aku pun malas nak burukkan lagi keadaan”kata Sufian
“dah hampir setahun kau orang bercouple. Rugi je kalau putus macam tu”kata Amirah
“mungkin juga lah.”
“aku nak ke toilet, nak kencing”Amirah berdiri
“tak senonoh, nak kencing pun beritahu orang”Sufian tertawa kecil melihat gelagat Amirah.

Memandangkan tandas di restoran itu menggunakan konsep unisex dimana tandas itu dikongsi dan tidak diasingkan mengikut jantina, Amirah terpaksa menggunakannya juga walaupun keadaan amat tidak selesa baginya. Amirah mengunci selak pintu tandas itu.

“awak kena faham saya tak boleh nak beri komitment sepenuhnya pada awak... awak jangan buat saya rimas dengan awak boleh tak?....ok saya faham.. ye... memang betul.. tapi.... bukan macam tu. Maksud saya hubungan kita ini biarlah begini sahaja... awak ugut saya ke?.. ok.. so awak kena faham. Saya tak nak ada apa-apa yang terikat dengan awak. Bye! ” Amirah mengamati perbualan dari bilik tandas disebelahnya. Suara yang begitu dikenalinya. Amirah tertanya-tanya dengan siapa Zharif berbual. Dari bunyi ayatnya seperti ada sesuatu dengan orang yang bercakap di telefon dengannya. Amirah mula risau.

Kereta Proton Satria Neo milik Zharif berhenti di tepi kiri pintu pagar rumah Sufian. Didalam kawasan parkir rumah Sufian sudah ada kereta ayah dan abangnya. Zharif berjalan mengikuti Sufian masuk ke dalam rumah. Suasana rumah sedikit sunyi. Ibubapa Sufian sudah nyenyak tidur. Waktu sekarang sudah mengahmpiri pukul 1 pagi. Sufian menjenguk ke dapur. Lampu dapur masih menyala. Mungkin ada ahli keluarganya yang sebenarnya masih berjaga.

Sufian menarik tangan Zharif dan memimpin Zharif ke kamar tidurnya. Sampai di dalam bilik, Sufian memeluk Zharif. Dan mereka berciuman semahu-mahunya. Bukti cinta di antara mereka masih mekar. 'I love You'bisik Sufian. 'I love You too' balas Zharif lalu menguncup bibir Sufian.

'aku dah agak dah! Tak guna punya budak. Kau hanyutkan adik aku jauh ke dalam dunia songsang engkau! Jaga lah kau. Aku tahu apa yang akan aku lakukan pada engkau!'bisik benci hati Sofi ketika melihat adiknya sedang berkuncupan mesra dengan lelaki yang bernama Zharif itu melalui celahan pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu.



-bersambung-

 

13 comments:

  1. dunia gay ni memang penuh kecurangan..tiada yang setia..
    pasti ada saja yang makan tapau...

    ReplyDelete
  2. khuzai ..celah kanlah sikit sikit sisi gelap ku 3 .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akan ku celahkan..sebab sekarang ni pun..dah ada kemunculan sidia kembali..heheh nantikanlah sahaja..

      Delete
    2. heheh si dia? badrol ? Razif? hahhaha bahgia la ko...

      Delete
    3. pic aku dan dia ada di fb aku..hehehe

      Delete
    4. xda pun ....maner? maner? hehehee

      Delete
  3. Hoho... Abisla sufian dh pecah lubang depan fakhri. Mcm ada rncgn buruk je Sofi ke atas Zharif. Zharif pula? Curang? Hurm...kena tggu part seterusnya bg merungkai semua persoalan tsbt. Thanks, khuzai sbb berjaya buat cerita ini bertambah suspen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb komen dan baca.. jangan lupa untuk teruskan membaca.. part baru akan disiarkan nanti

      Delete
  4. best sgt cite ni, mcm tgk drama bersiri pulak... apakah kesudahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sebab novel ini disiarkan secara bersiri, jadi saya buat konsep kejutan bagi setiap part ala2 mcm drama tv gak la..hehe so nak tau apa tindakan Sofi kepada adiknya dan juga tindakan zharif kepada sesorang yang berbual dgnnya ditelefon..tunggu jela part akan datang

      Delete
  5. adakah sofi yang zharif telefon? jeng jeng

    ReplyDelete
  6. hope AQ x jdi mcm nie! let continue..

    ReplyDelete