26 March 2013

Tentang Rasa -part 9 : Konflik Rasa -




Tentang Rasa -part 9 : Konflik Rasa -

Adriana duduk berseorangan di pangkin di bawah pokok rambutan itu. Halaman rumah milik neneknya itu berterbangan debu yang ditiup angin pada pagi itu. Adriana menutup komputer ribanya. Segala tugasan berkaitan kerjanya selesai. Adriana berdebar-debar menantikan ketibaan rombongan meminang dari kawan ibunya.

Skrin Samsung S2 itu ditatapnya. Masih terlekat gambar Amirah sebagai penghias latar telefon bimbitnya. Adriana terkejut apabila telefon bimbinya itu bergetar. Nama sahabatnya Munirah terpampang di skrin.

Kereta Suzuki Swift milik Adriana berhenti di luar pintu pagar sekolah. Rakan Adriana yang bernama Munirah masuk ke dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya bergerak meninggalkan kawasan sekolah menengah itu.

“Jadi awak dah bersedia untuk ini?”pertanyaan Munirah merubah air muka Adriana.

Adriana tidak menjawab pertanyaan dari Munirah. Munirah hanya tersenyum. Munirah mengerti pergolakan yang berlaku dalam jiwa Adriana. Adriana kemudiannya memberhentikan keretanya di bawah sebatang pokok tidak jauh dari lokasi rumah neneknya. Adriana mengeluarkan telefon bimbitnya.

“ini dia, inilah buah hati saya”kata Adriana lalu menghulurkan telefon bimbit itu kepada Munirah.
“cantik orangnya.”kata munirah
“Ustazah, saya tak tahu apa yang patut saya buat sekarang”kata Adriana
“tak perlulah nak formal dengan saya. Awak kan kawan saya.”kata Munirah tersenyum manis
“Ana, setiap orang ada sisi gelap masing-masing. Termasuk saya juga. Tapi saya boleh lupakannya dan teruskan hidup. Awak janganlah rasa naluri awak ini mengawal awak sepenuhnya. Naluri awak sebenarnya dikawal oleh nafsu. Nafsu yang sememangnya sukar untuk kita mengawalnya. Namun ia tidak bermakna awak tidak boleh mengawalnya.”terang Munirah selaku guru agama yang bergelar ustazah di sekolah menengah di kampung itu.
“mudah bagi awak berkata-kata”sinis Adriana
“kembali kepada fitrah manusia. Cuba awak lihat kehidupan awak sekarang. Semuanya seakan sempurna bukan, awak ada keluarga yang sayang dengan awak. Kehidupan awak juga agak senang. Segalanya begitu stabil. Semuanya ini adalah nikmat Allah. Nikmat dariNya untuk awak rasai dimuka bumi ini. Tapi untuk mengelakkan awak menjadi lalai kepadaNya. Dia datangkan kepada awak sedikit ujian. Dugaan untuk menguji awak supaya ingat dan bersyukur dengan kurniaanNya. Ana, saya bukan nak memaksa awak meninggalkan gadis ini. Tapi jika ini yang terbaik, awak terpaksa melakukannya. Ana, ini adalah petunjuk dariNya untuk awak sedar dari lena diulit kesenangan dan kebahagian awak. Dia tidak mahu awak berterusan kufur dengan nikmat yang diberiNya. Sedarlah Ana, anggap ini sebagai petanda. Anggap semua ini sebagai 'jentikan' dariNya untuk menyedarkan awak dari lena.”ulas Munirah.
Adriana termenung mendengar percakapan Munirah.
“jika saya mampu untuk melakukannya, sudah lama saya melakukannya. Saya tidak mampu untuk mengecewakannya dan rasa kecewa jika saya meninggalkan gadis ini, saya tak sangup nak memusnahkan kebahagian dia dan saya”kata Adriana sayu.
“sebab itu saya katakan ini mungkin merupakan dugaan terbesar buat awak. Awak kena yakinkan dia, awak ingin berubah dan awak juga perlu yakinkan dia untuk terima perubahan awak dan mungkin memujuk dia untuk berubah sekali. Tapi... adakah awak sudah bersedia untuk berubah?”pertanyaan Munirah bagaikan merentap jantung Adriana. Air mata Adriana mula mencurah laju.

Pada pagi Isnin itu Sufian terjaga dari tidur seawal pukul 10 pagi. Zharif masih lagi lena. Sufian berjalan ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. 'mama keluar.malam baru pulang' memo ringkas dari ibu Sufian tertampal di peti sejuk. Sofi berjalan ke arah peti sejuk.

“cepatlah!! aku nak cepat pergi kerja ni!”marah Sofi
“kau boleh sabar tak”tegas Sufian yang masih lagi membongkok mengambil buah epal merah itu.
“ambil epal je kot! Yang kau nak tonggeng lama-lama tu kenapa?!”Sofi semakin bengis
“wei kau kenapa pagi ni? Nak cari fasal pula dengan aku?”marah Sufian.
“tepilah kau”Sofi menolak badan Sufian kebelakang lalu mengambil kotak susu rendah lemak di dalam peti sejuk itu.
Sufian kaget dengan tindakan kasar abangnya itu. Setelah selesai menuang susu tersebut ke dalam cawan. Sofi menutup pintu peti ais dengan kuat. Lalu menjeling ke arah Sufian.
“kalau kau tak puas hati cakap sial!”jerit Sufian ke arah Sofi yang berjalan ke pintu rumah.
F*ck you gay!!”jerit Sofi sambil menunjukkan isyarat lucah kepada adiknya.

'bangang punya abang! Tiba-tiba je jadi bangang pagi ni!' hati Sufian bengis terhadap perlakuan Sofi tadi.

Zharif hanya mendiamkan diri memasang telinga mendegar pertengkaran antara Sufian dan Sofi. Zharif kembali ke bilik Sufian lalu berbaring semula ke katil.

Akhirnya majlis merisik dan meminang selesai. Rombongan dari pihak lelaki meninggalkan rumah nenek Adriana itu. Ibu dan bapa Adriana kelihatan gembira bersembang dengan sanak saudara yang turut sama di majlis itu tadi. Adriana membelek-belek cincin emas putih yang tersarung di jari manisnya itu. Munirah berjalan menghampiri katil tempat duduk Adriana.

“ini adalah masa depan awak”kata Munirah sambil menunjuk cincin yang dibelek-belek oleh Adriana itu.
“terima kasih Munirah. Terima kasih banyak-banyak”kata Adriana lalu memeluk Munirah.
“apalah sangat jasa yang saya dah buat pada awak. Awak harus berusaha untuk kekal begini. Tapi jangan terus drastik menjadi begini. Jangan paksa diri awak. Biarkan ia berubah dengan semula jadi dan tanamkan perasaan tenang awak ketika melakukannya.”pesan Munirah.

*                            *                               *

Malam itu, hanya Sufian dan Zharif melepak di gerai burger Fakhri. Amirah tidak dapat menyertai mereka kerana pulang ke kampung untuk mengadakan majlis Tahlil untuk arwah ibunya. Sufian menunggu Fakhri menyiapkan pesanannya.

“apa lah brother tu, dah tau ramai yang datang ke gerai burgernya carilah pekerja bagi membantu dia. Ini tidak, segala kerja dia buat seorang. Tidak ke lama pelangan nak menunggunya.”runggut Zharif
“hari tu ada kawan dia tolong dia. Tapi semalam dengan hari ni I tengok dia seorang sahaja yang ada”kata Sufian.
“menyesal lak tak ikut Amirah balik ke kampung tadi.”Zharif mencebek kan bibirnya.
You nak ikut dia? Eh ramai lah saudara mara dia, You belum tengok lagi waktu kebumikan arwah ibu dia, lebih 10 kereta tau datang”kata Sufian.
“tapi peliklah minah ni, bukan dia kata esok dia kerja ke? Boleh pula dia balik kampung”kata Zharif
“ala Kuala Selangor je kot. Tak jauh mana pun, lebih kurang 1 jam je kot. Lagipun I sure dia mesti pontenglah kerja esok.”kata Sufian.
Zharif hanya mendiamkan diri lalu menoleh ke arah Fakhri yang agak kelam kabut membuat kerja.
“Paan, dahagalah”adu Zharif
“sekejap ye”Sufian berdiri lalu berjalan ke gerai burger Fakhri.

Fakhri menghiris kobis dengan pantas, tomato di hirisnya cepat. Fakhri menyusun atur bun-bun burger di atas kertas-kertas pembungkus.

bro, air ni dua”kata Sufian
“k”jawab Fakhri tanpa melihat Sufian.
Dihadapan gerai Fakhri masih ada 4 orang sedang menunggu pesanan mereka dan masih ada dua meja pelangan lagi yang masih belum menerima pesanan mereka termasuk meja Sufian dan Zharif.

Sufian meletakan tin minuman di atas meja. Lalu kembali ke gerai burger Fakhri.

“Paan nak pergi mana?”tanya Zharif hairan
“kejap, nak siapkan burger kita”kata Sufian.

“tak pe bro, biar aku bungkuskan”kata Sufian ketika mencelah Fakhri yang sedang kelam kabut menyiapkan pesanan.
“eh tak pe tak pe, kau pergi duduk. Kejap lagi aku hantar burger kau”kata Fakhri
“tak pe, biarlah aku tolong. Dah-dah pergi masak daging burger tu”arah Sufian lalu merampas penyepit makanan dari tangan Fakhri. Fakhri hairan melihat Sufian.
“tengok apa lagi? cepatlah”arah Sufian.
“hmm yang ni burger ayam, tambah cheese dan ini pula burger daging special tak nak mayonis ”kata Fakhri ketika meletakan daging burger di atas bun roti itu.
Sufian membuat apa yang disuruh Fakhri. Tidak sampai 15 saat segalanya siap dibungkus dan dilabelkan.
“yang ini akak punya, label 'D' tu burger daging k”ingat Sufian
“ok terima kasih”kata perempuan itu.
Fakhri tersenyum melihat Sufian. Sufian memang mahir melakukan kerja-kerjanya. Sufian memandang Fakhri sambil tersenyum.

Zharif hanya melihat kekasihnya membantu Fakhri membuat kerja. Telefon bimbitnya bergetar. Sms yang masuk ke dalam peti pesanan itu dibacanya.

'u kt ne? Dh mkn ke blom? Jomlah lepak, teman I mkn'

Zharif memadamkan sms tersebut.

Tidak lama kemudian telefon Zharif berdering. Panggilan masuk dari seseorang yang tidak ingin di layannya. Zharif melihat Sufian begitu tekun membuat kerja membantu Fakhri. Panggilan tersebut dijawabnya.

“awak nak apa?”tanya Zharif sejurus menjawab panggilan.
“janganlah marah, kenapa tak balas sms dari saya?”tanya lelaki itu dihujung talian.
“saya sibuk”jawab Zharif
“sibuk dengan BF ke?”tanya lelaki itu.
Zharif terdiam sebentar lalu mengalihkan pandangannya dari Sufian.
“awak sibuk dengan BF awak ke?”lelaki itu mengulangi pertanyaannya.
“ye kenapa?”
“Zhaf, awak tetap di hati saya”
“eh awak ni tak faham bahasa ke? Saya dah cakap kat awak petang tadi kan. Yang sudah tu sudah lah. Saya tak pernah anggap awak special pun dalam hidup saya. Awak hanya sebagai kawan sahaja. Faham!”
“Zhaf, saya cuma cakap awak ada di hati saya walaupun saya tahu, jasad awak tidak bersama dengan saya tapi hati awak ada dengan saya sekarang”
“euww awak, sudahlah tu. Geli lah saya dengar!”Zharif jijik
“hahahaha Zharif awak tetap akan jadi milik saya hahaha”
panggilan terputus. Zharif menahan rasa marah. Rasa menyampah dan meluat berbaur menjadi rasa benci kepada lelaki itu.

You borak dengan siapa tadi?”tanya Sufian yang datang ke mejanya membawa burger.
“oh abang”tipu Zharif
Sufian tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan Zharif.

Waktu hampir ke pukul 1 pagi. Sufian dan Zharif masih duduk di gerai burger Fakhri. Masing-masing kelihatan ceria. Rasa rindu sebab sudah lama tidak berjumpa membuatkan Sufian dan Zharif tidak bosan berborak panjang. Fakhri menghampiri mereka.

“Terima kasih sebab tolong aku tadi”kata Fakhri lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Sufian.
“tolong sikit je bro”kata Sufian.
“kalau kau tak de tadi bertambah kelam kabut lah aku”kata Fakhri sambil membetulkan ikatan rambutnya.
“kenapa bro tak cari je pekerja?”tanya Zharif. Sufian tersentap dengan pertanyaan kekasihnya itu.
“takde siapa yang nak bekerja dengan aku”kata Fakhri lalu menoleh ke arah Sufian yang sedang serba salah.
“apa kata kami je yang bekerja dengan bro? Ok tak?”tanya Zharif
“hahaha”Fakhri tertawa
Sufian memandang Zharif tajam
“kenapa gelak pula? Serius ni bro”kata Fakhri
“ni kawan kau dulu aku ada juga ajak dia kerja dengan aku, tapi dia tak nak. Biasalah kerja jual burger ni bukanlah popular sangat pun”sindir Fakhri
“eh bukan macam tu bro, aku tak pandai lah”kata Sufian serba-salah.
“tadi aku tengok kau macam expert je buat kerja”kata Fakhri menambahkan lagi rasa serba-salah Sufian.
“so esok bolehlah start ek?”Zharif beria-ia.

Amirah sememangnya sukar melelapkan matanya ketika berada dirumah orang. Amirah terasa asing. Kakaknya Azirah sudah lama lena. Jam di dinding rumah ibu saudaranya itu menunjukkan waktu 1 pagi. Amirah menyelak selimut. Amirah bangkit dan berjalan ke bilik air di rumah itu. Beberapa orang lelaki pangkat sepupu dan bapa saudara Amirah masih leka bersembang di beranda rumah. Amirah mengunci selak pintu bilik air. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

'isyhh kenapa dia tak jawab panggilan aku ni?' bentak Amirah ketika gagal menghubungi Adriana.

Amirah mencangkung di dalam tandas itu. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru beberapa kali. Sudah hampir 6 sms dihantar Amirah namun satu pun belum dibalas Adriana.

'tak akan sibuk dengan seminar sampai tak boleh nak balas sms dan jawab panggilan aku' Amirah merunggut sendirian.

Telefon bimbit milik Adriana itu dilemparkan ke sebelah kiri katil. Adriana menahan esak tangis. Air matanya dibiarkan mengalir membasah pipinya. Malam itu Adriana tidur dalam esak tangis.

Telinga Sufian menangkap bunyi televisyen yang terpasang di dalam rumahnya. Sudah lewat begini, masih ada yang menonton televisyen. Zharif hanya berdiam diri melihat aksi kekasihnya yang saling tidak tumpah seperti ingin mencuri. Mencuri dirumah sendiri. Tombol pintu rumah dipulas Sufian.

Sofi berbaring diruang tamu sendirian sambil menonton televisyen. Sofi tidak memperdulikan adiknya yang baru pulang itu. Sufian mengarahkan Zharif untuk naik ketingkat atas ke biliknya. Zharif melangkah dengan berhati-hati. Sufian melangkah ke dapur untuk mengambil air mineral yang ada di peti ais. Sofi hanya memandang Sufian dengan perasaan benci yang jelas kelihatan dari air mukanya.

Sufian membuka pintu peti sejuk. Sufian mengeluarkan sebotol besar air mineral yang sejuk dari peti ais. Sufian mengambil dua biji cawan yang tertangkup dirak pingan mangkuk.

“kau pergi mana?”tegur Sofi yang tiba-tiba muncul di belakang Sufian sambil membetulkan kain pelikat yang dipakainya.
“keluar. Mama dengan ayah dah tidur?”tanya Sufian
“mereka tidak pulang pada malam ini. Tidur dirumah pakcik”kata Sofi
“ok”sufian berjalan keluar dari dapur. Tangan Sofi menahan Sufian.

“tolong alihkan tangan kau”arah Sufian. Sofi tidak bergerak, hanya melihat wajah adik bongsunya.
“budak tu pakwe kau?”tanya Sofi. Sufian sedikit terkejut.
“bukan masalah kau”jawab Sufian.
“kau betul-betul berubah jadi gay sekarang kan!”tegas Sofi.
“aku ulang semula, itu bukan masalah kau!”kata Sufian lalu berundur dari Sofi.

Tiba-tiba Sofi mencekak leher Sufian. Sufian terkejut. Sufian meletakkan botol air mineral dan cawan ke atas meja lalu menarik kasar tangan abangnya yang mencekak lehernya.

“apa masalah kau sial?!”jerkah Sufian agak kuat.
“kau adalah masalah aku sekarang! Aku tak nak ada adik gay macam kau!”kata Sofi mencekik kuat leher Sufian. Sufian meronta-ronta.
“lepaskan aku!”Sufian sukar bernafas
“aku nak kau halau keluar pakwe kau dari rumah ni!”kata Sofi lalu menampar pipi kanan Sufian.
Sufian terkejut dengan tindakan kasar abangnya. Pipi kanannya digosok-gosoknya.
“jangan masuk campur hal aku babi!”marah sufian lalu menolak badan Sofi.
Sofi memeluk erat badan adiknya. Sufian meronta-ronta.
“sejak bila kau jadi macam ni? Sejak bila?!”tanya Sofi.
“lepaskan akulah barua!”Sufian meronta-ronta.
Sofi menghentak badan Sufian kedinding dapur. Badanya menindih badan adiknya itu. Baju singlet yang dipakainya ditanggalkannya lalu menindih semula badan Sufian. Sofi merapatkan mukanya ke kepala Sufian.
“kalau ini yang kau nak, aku boleh bagi! Tapi aku tak akan bagi kau berubah terus menjadi gay!”kata Sofi lalu menguncup leher Sufian
“kau buat apa ni?! Lepaskan aku lah sial!!”bentak Sufian sambil meronta-ronta. Tangan Sufian sudah terkunci. Sofi hebat dalam mengekang pergerakan adiknya itu.
Sofi menguncup bibir Sufian. Sofi mengomol adik kandungnya. Sofi menjilat dan mengisap bibir adiknya dengan rakus.
“arghhh”jerit Sufian lalu menolak kuat badan abangnya ke belakang. Sufian berjaya. Sofi tertolak ke belakang.
“Along! kau memang binatang! Abang jenis apa kau ni? Sangup mengunakan adiknya sendiri untuk kepuasan!”marah Sufian
“oh kalau dulu kau ok, kau suka. Kau tak melawan. Malah pandai main peranan. Tapi sejak kau dah menjadi gay ni, kau berubah!”tengking Sofi.
“aku berubah macam ni pun sebabkan kau! Kau yang paksa aku jadi begini. Kepuasan yang kau nak ini yang merubah aku! Kau patut bersyukur sebab aku tak mengadu pada mama dan ayah pasal kelakuan anjing kau ni!”Sufian menolak-nolak dada pejal Sofi.
“wei, apa yang aku buat pada kau adalah untuk kepuasan bersama. Tapi bukan untuk perubahan kau. Aku tak menjadi gay pun bila buat benda itu dengan kau. Kenapa kau pula boleh menjadi begini?! Sebabkan mamat yang kau bawa balik tu kan. Aku tak tahulah apa yang kau dengan dia buat sewaktu belajar disana. Wei fuck ar kalau kau boleh bercinta dengan dia. Dunia songsang ni tak de cinta lah bodoh. Cinta konon. Bukanya kau boleh kahwin pun dengan dia kalau kau bercinta dengan dia! Wei jangan sampai aku report kat mama fasal ini.”ugut Sofi. Sufian terkedu. Sufian mencapai cawan dan botol air mineral itu lalu berjlana meninggalkan Sofi.

Zharif menelan air liurnya. Percintaannya dan Sufian diuji lagi. Tentangan hebat dari abang kandung Sufian. Zharif berhenti dari memasang telinga. Zharif melangkah masuk kedalam bilik Sufian. Zharif memakai earphone dan memainkan lagu dari senarai main ditelefon bimbitnya. Tidak lama kemudian Sufian melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa cawan dan air mineral. Zharif hanya mendiamkan diri, berpura-pura tidak sedar akan kehadiran Sufian.

“sayang. Dengar apa tu?”tanya Sufian lalu memeluk tubuh Zharif
“apa?”tanya Zharif ketika menanggalkan earphone dari telinga kirinya.
“dengar lagu apa?”tanya Sufian.
“oh lagu Nubhan”jawab Zharif sambil tersenyum.
“so You tak dengar ke tadi?”
“dengar apa?”tanya Zharif
“tadi di dapur..”
Zharif mengelengkan kepalanya.
“baguslah kalau begitu”
“kenapa? Ada yang tak kena ke?”tanya Zharif pura-pura tidak tahu.
nothing. Everything's ok”kata Sufian lalu memeluk Zharif.

Zharif memeluk tubuh Sufian rapat-rapat.

'aku dengar segalanya sayang. Ugutan dari abangmu supaya kita berhenti dari bercinta. Supaya kau meninggalkan aku. Aku dengar segalanya. Segalanya jelas dan amat menyakitkan hati' detus hati kecil Zharif yang cuba mengawal emosinya.


-Bersambung-


11 comments:

  1. ada salah taip ... :)hahaha
    tp tak kesah dah masuk dlm cite sgt....hehe
    good work... keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm apa yang saya salah taip??
      btw thanx sbb baca dan suka

      Delete
  2. dia yag buat orang jd gay..
    dia lak yang pangai...
    sofi jeles lah 2...
    pasti lelaki call zharif akan mendrem kan dia hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mcm2la abgjangut ni..tp mungkin juga jadi mcm tu nnt hahaha so nak tau kene tunggu part yg seterusnya huhuhu

      Delete
  3. ana & daus?? hahaha... ble smbungn cite nie? owh! cian kat paan n zhaf,, bg la die org bhgia.... hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kebahagian itu perlu diperoleh dgn menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran ..barulah btbh sweet kebahagian itu

      Delete
  4. asal aku terasa je bac cter ne? ADA PERENGGAN YANG MEMBUAT AKU TERSENTAK THAT CINTA PLU TAKDE CINTA..TAKBLEH KAHWIN..AH FRUSTNYA AKU - Princess Riya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takda cinta pun..ada lah cikitcikit kot.. tp jarang yang cinta sejati pun.. kecurangan tu mesti ada..tak boleh tidak..tak caya tanya diri sendiri... ( orang normal pun lebih kurang jer)
      nak kawin camna sorang sorang ada pedang , yang pompuan pulak sorang sorang ada tut... :)
      x kemana pun kan? janji ikhlas berkawan pun dah cukup kan..
      cinta x semestinya berkawen...
      cinta PLU ni selalunya ..kalo ko setia ..lawan ko lak yang curang begitulah sebaliknya.... my 2 cent komen..hehehe kalo salah tolong pertbetulkan ..

      Delete
  5. tetibe jari ni terdorong nak komen...bukan nak komen apa, cuma perkara diatas ada terjadi kat aku jugak....

    bf i kne abuse oleh pakciknya dari kecik smp menyebabkan dia turut terjebak dalam dunia ni...tapi pacik dia biseks yang suka ngan budak bawah umur...

    bila kami terkantoi ngan pakciknya, dia plak ugut nak repot polis bagai padahal dia la yang penyebab budak tu mcm tuh...apapun, ai masih jalinkan hubungan ngan budak ni secara diam sebab i care and love him...

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg byk kes jadi mcm tu.. penyebab utama sesorg itu jadi plu ketika berada di asrama..abuse by their relatives.. tu je antara faktor utama penyebab org jd plu ni

      Delete