06 March 2013

Tentang Rasa -Sinopsis-

cover bagi novel terbaru (Tentang Rasa)

Ahlaan Wahsalan..hehehe so skrg ni aku dalam keadaan sibuk untuk menaip panjang cite mengenai novel terbaru aku ni.. seperti mana yang korang tahu.. dalam blog aku ni ada 3 novel sudah disiarkan.. iaitu Sisi Gelapku, Sisi Gelapku 2 dan Urutan Cinta .. selepas itu aku siarkan cerpen dan cerpen berisi di blog aku hingga lah yang baru je tamat iaitu cerpen Dukun . sekrang ni sudah tiba masanya aku kembali menyiarkan pula novel panjang aku seperti 3 novel yang sudah.. cuma sekarang ni, aku akan siarkan novel ini secara bersiri juga iaitu part by part..sama seperti cerpen2 aku sebelum ini kecuali cerpen Janjiku Untukmu .. 
setelah kajian yang aku lakukan dan ramai diantara mereka setuju untuk aku siarkan secara part by part jadi cerita ini akan aku siarkan part by part la.. aku hrp korang leh nantikan kemunculan cerita terbaru aku ni tak lama lagi ye.. nanti akan aku siarkan part by part secara konsisten atau aku kan maklumkan setiap kali waktu yang aku akan siarkannya..


Sinopsis : Tentang Rasa
Mengenai cerita tentang tiga watak utama dalam novel ini yang masing-masing memendam rasa dan rahsia tentang sesuatu dalam menjalin hubungan. Fakhri yang merupakan anak tunggal dan anak yatim hidup berseorangan dengan menjual burger sebagai sumber pendapatannya dan mewarisi kemahiran dan warung burger tersebut daripada arwah ayahnya. walaupun fakhri merupakan anak tunggal,fakhri bukanlah seorang anak manja,sifat fakhri yang pandai berdikari menampakkan kematangannya. berbeza pula dengan seorang lagi watak lelaki yang keras kepala dan tidak ambil pusing dengan segala tindakannya merupakan perwatakan Sufian(Paan) yang benar-benar berbeza dengan fakhri. Paan seorang remaja yang masih menuntut di sebuah IPTS merupakan anak bongsu yang dimanjakan dalam keluarganya. Rasa yang dipendam Paan sukar untuk diluahkan kerana rasa yang dirasakan dan dirahsiakan itu sukar diterima akal. Paan juga seorang remaja yang mengemari aktiviti lasak dan aktiviti tersebut turut diminati oleh seorang gadis bernama Amira atau lebih disenangi dengan panggilan Amy. seorang gadis berpewatakan lasak dan keras serta lebih mengemari penampilan lelaki berbanding perempuan ayu yang tidak kisah jika ramai yang mengelarnya tomboy atau lelaki celup.namun arwah ibu dan kakak sulungnya lebih suka memanggilnya Mia,bagi Amira(Amy/Mia) yang tidak suka menyusahkan orang dalam hidupnya itu turut menyimpan rasa yang sukar baginya untuk dizahirkan. masing-masing mempunyai rasa tertentu dalam menjalinkan hubungan dan rasa itu hanya akan dapat dirasakan bila tiba waktunya nanti.cubalah untuk menhayati rasa unik diantara mereka dengan membaca lanjut novel bersiri pertama yang akan aku publish di blog ini

p/s: tadi jalan2 kat klcc..dpt byk idea bila melihat telatah pengunjung disana dan telatah security yang bajek2 bagus bila tiup wiselnya.. bayangkan jelah,nak duduk atas rumput tak boleh, nak ambil gambar pun tak boleh, nak main air dengan anak-anak pun tak boleh(bukan aku,tapi ada kuarga lain tadi)..WTF!!! kenapa bina taman klcc kalo kwsan tersebut bukan untk reakreasi!!! memalukan sangat2 bila terdgr rungutan dari pelancong asing tadi..

10 comments:

  1. mesti security itu orang asing...
    tp mungkin dia kerja terlalu ikut buku...
    last last kena buku lima hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mmg org asing pun..nak je aku sound dia tadi..tp segan lak nak kecoh2..aku kan cool..hehehe

      Delete
    2. hehehe..cool lah sangat...:)
      bila start novel baru? ..
      eh, amacam fail urutan cinta dapat recover x?

      Delete
    3. tak lama je lagi..
      psl novel urutan cinta tu mmg x dpt recover..
      aku mtk maap..tp aku akan taip semula demi abgjangut

      Delete
    4. tq..cayang khuzai hehehe...

      Delete
  2. dh xsabar nk baca ni..
    xnk baca sinopsis..
    bleh??

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak kisahlah..janji cite full nanti jangan x baca lak..sinopsis ni memudahkan org utk faham lg mengenai jalan cerita ini

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bro ... selamat kembali berkarya .... tak sabar tunggu citer2 yang terbaru ...

    ReplyDelete
  5. http://fallendreamer-story4u.blogspot.com/

    hi new PLU writter in town.. bru nk mula blajar menulis.. arap dpt support..

    ReplyDelete