01 April 2013

Tentang Rasa - part 11 : Hati terluka -



Tentang Rasa - part 11 : Hati Terluka -


Segalanya berjalan dengan lancar sekali. Fakhri menyediakan daging satay sambil dibantu Sufian dan Zharif. Kecekapan Fakhri dalam melakukan segala kerja menjadikan segala tugas berjalan dengan lancar. Kuah kacang di kacau-kacau Fakhri dengan mengunakan senduk. Sufian mengangkat beberapa bungkusan nasi impit dari rebusan ke sebuah dulang. Tiga anak bujang itu bekerja dengan baik sekali.

“lepas ni isi nasi impit ni dalam bekas plastik besar, ambil bekas tu kat dalam stor sebelah bilik air tu”arah Fakhri kepada Sufian.
“ok bro”jawab Sufian lalu berjalan ke stor tersebut
“perghh!!”jerit Sufian dari dalam stor.
“kenapa?”tanya Fakhri lalu pergi ke stor.
bro guna motor Lagenda ni, fuh cantik ar. Baiknye solek. Ni boleh pergi berapa ni bro?”tanya Sufian ketika menyentuh tempat duduk motor tersebut.
“140”Fakhri bangga
“ni mesti bro setting sporcket 14/40 kan?”tanya Sufian
“ye, mana kau tau?”Fakhri hairan
“dia ni bekas mat rempit bro”sampuk Zharif dari belakang
“kau dulu pun main motor juga ke?”tanya Fakhri
“dulu lah, sejak motor hilang. Dah berhenti dah”kata Sufian
“kau budak mana dulu?”tanya Fakhri
“Kerabat Kering”kata Sufian
“oh budak Pejol rupanya”kata Fakhri
bro kenal Pejol ke?”tanya Sufian
“apa tak kenal pula, dia kawan aku tu. Dulu dia guna motor EX5 je sekarang dengar cerita dia angkat RXZ dah”kata Fakhri
“tak tahu pula pasal tu”kata Sufian

Zharif meninggalkan mereka. Zharif meneruskan kerjanya. Telefon bimbit Zharif bergetar. Panggilan dari abangnya yang bekerja di hospital.

kamu kat mana?”tanya abang Zharif sejurus panggilan dijawab
“kat rumah kawan bang”kata Zharif
lusa kamu kene jumpa abang. Ada hal nak dibincangkan.”kata abang Zharif.
“minggu depan boleh tak?”tanya Zharif
tak boleh, dah lewat sangat nanti. Ingat jumpa abang lusa.”kata abang Zharif lalu memutuskan panggilan.

“Zhaf, boleh pinjam kereta tak?”tanya Sufian
“nak buat apa?”tanya Zharif
“nak pergi ke pekan, nak beli arang”kata Sufian.
“ok”Zharif menghulurkan kunci keretanya kepada Sufian.
You call siapa?”tanya Sufian
“abang I call tadi”kata Zharif
“oh”kata Sufian lalu berlalu ke pintu rumah.

Zharif hanya memandang Sufian sayu. Hatinya tidak tenteram sebentar. Telefon bergetar lagi. Panggilan dari Faizul menambahkan rasa tidak senang di hati Zharif.

hello Zhaf, ada kat mana?”tanya Faizul sejurus panggilan dijawab
“awak tak perlu tahu”kata Zharif.
Zhaf, saya rindukan awak”kata Faizul
“wei kau tak faham-faham lagi ke? Aku dah berpunya. Jangan gangu aku lagi boleh tak?”marah Zharif
Zhaf jangan macam ni, saya cintakan awak. Saya perlukan awak Zhaf”kata Faizul.
“kau tak faham-faham bahasa lagi ke? Aku cakap aku tak suka kan kau, jauh sekali untuk mencintai kau. Tolonglah Ijoi”Zharif rungsing
saya tahu, awak dan couple awak tu ada masalah. Awak gaduh dengan dia. Saya tahu yang sekarang ni awak dah tak duduk sebilik dengan dia di hostel. Awak tinggalkan dia sahaja. Awak ada saya. Awak boleh duduk sebilik dengan saya. Saya mencintai awak sepenuh hati saya”kata Faizul
“saya dengan dia sudah berbaik semula. Malah sekarang ni saya ada di rumah keluarga dia! Tolong jangan gangu saya lagi!”kata Zharif lalu memutuskan panggilan.
'sampai hati awak lukakan hati saya' Faizul kecewa lalu melemparkan telefon bimbitnya ke bucu katil.

Sufian memandu kereta perlahan-lahan lalu berhenti dihadpaan rumahnya. Sufian ingin mengambil dompetnya yang tertinggal di dalam bilik. Kereta ayah dan abangnya masih ada di kawasan parkir rumah. Sufian melangkah masuk kedalam rumah. Kelihatan Sofi sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“kau dari mana?”tanya Sofi
Sufian tidak menjawab pertanyaan Sofi lalu mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas rumahnya.
“aku tanya kenapa kau tak jawab?”soal Sofi yang berdiri di luar bilik Sufian.
“aku nak keluar lah”kata Sufian
“mana pakwe kau?”tanya Sofi lagi
“yang kau sibuk sangat ni kenapa?”Sufian menyimpan dompetnya di kocek belakang seluar jeans.
“aku benci sial ade adik gay macam kau ni!”marah Sofi
“aku jadi gay pun bukan susah kan kau la wei”kata Sufian lalu berjalan keluar dari bilik tapi dihalang Sofi.
“aku nak kau berubah!”sofi menolak kuat badan Sufian sampai terlentang ke lantai.
Sofi memijak dada Sufian.
“aku malu ada adik gay macam kau!”jerkah Sofi lalu memijak-mijak dada Sufian.
“sakitlah babi!”raung Sufian.
“lebih baik kau mati lahanat!”Sofi betul-betul hilang kawalan diri. Muka Sufian disepaknya. Perut Sufian di tendangnya sekuat hati. Mata Sufian berpinar. Mukanya sakit akibat disepak abang kandungnya itu. Perut Sufian senak akibat di tendang Sofi bertalu-talu.
“Ya Allah!! apa ni! Sudah ! Jangan bergaduh”jerit ibu kepada dua beradik itu yang muncul di muka pintu.
“Abang!! Along bergaduh dengan Paan ni bang. Tolong!”jerit ibu itu.
“Along sudah! Jangan pukul Paan lagi. Mengucap long bawa mengucap nak”ibu Sofi menarik tangan Sofi kebelakang.
“mama jangan masuk campur! Biar Along ajar budak ni!”kata Sofi yang betul-betul naik minyak
“Along! Sudah!”Nik Safri menarik tangan anak sulungnya lalu menolaknya kebelakang.
“kenapa Along pukul Paan teruk begini?”tanya Nik Safri.
“ma..mama”suara Sufian lemah. Bibirnya pecah sedikit dan berdarah.
“Ya Allah along, kesian Paan ni”kata ibu Sufian ketika memeluk bahu anak bongsunya itu.
“Along benci dia! Dia patut mati!”kata Sofi mula menganas
Nik Safri menahan Sofi.
“bawa mengucap Along. Kamu ni kenapa macam orang gila!”Nik Safri menolak badan anaknya itu kebelakang.
“anak ayah ni anak songsang! Anak ayah ni gay! Anak ayah ni kaum Luth! Budak lelaki yang dia bawa balik rumah ni adalah kekasih dia! Kekasih tidur sekatil!”tempik Sofi
Nik Safri tergamam.
“Along apa yang kamu cakap ni?!”ibu Sofi seakan tidak mengerti
“mama, Paan ni gay mama. Paan ni suka pada lelaki. Suka pada kaum sejenisnya!. Budak lelaki yang dia kata kawan tu adalah kekasih dia mama!”Sofi meyakinkan ibunya.
Nik Safri menarik baju Sufian. Sufian berdiri lemah. Mulutnya berdarah. Matanya lebam.
“betul kau ni gay? Betul apa yang Along katakan tu?”tanya Nik Safri kasar sambil mencekak leher anaknya.
“Ayah..Paan boleh jelaskan”kata Sufian perlahan dan terketar-ketar.
“betul ke kau ni gay?! Kau jawab pertanyaan aku!”Nik Safri mula berang
Sufian tidak bermaya. Kepalanya dirasakan pitam. Kesan sepakan Sofi masih dirasakannya.
“jadi memang betul lah kau ni gay! Anak sial!”Nik Safri melempang muka Sufian berkali-kali.
“abang sudahlah tu. Kesian budak tu. Anak kita tu abang”ibu Sufian menangis melihat anak bongsunya ditampar suaminya.
“aku tak sangka darah daging aku berketurunan kaum Luth! Berambus kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi”kata Nik Safri lalu menolak Sufian ke lantai. Nik Safri berlalu keluar dari bilik Sufian dalam ke adaan bengis. Sofi mengikut langkah ayahnya.

Beg pakaian milik Sufian dan Zharif sudah siap disediakan Sufian. Setelah mengesat lebihan darah pada bibirnya Sufian mula mengangkat beg tersebut.

“Paan”ibu Sufian memegang bahunya.
“maafkan pa..”
ibu Sufian memeluk tubuh anaknya itu. Ibu Sufian menangis teresak-esak. Badan anak bongsunya itu dipeluknya kemas.
“jaga diri nak. Maafkan mama sebab tak didik kamu dengan betul..”
“tak ma. Bukan salah mama. Tapi salah Paan sendiri yang jadi begini. Maafkan paan ma. Paan minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tolong halalkan makan minum Paan mama. Halalkan susu mama yang mama beri pada Paan dulu. Ampun..”
“Paan..jangan macam ni nak. Mama sayang anak mama”kata ibu sufian lalu mencium dahi anaknya.
“Paan minta ampun”kata Sufian lalu sujud mencium kaki ibunya. Ibunya tidak dapat menahan sebak.
“sebenarnya Paan tak mahu jadi begini tapi..”Sufian berhenti dari meneruskan kata-katanya. Berat mulutnya untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Sufian tidak ingin perkara menjadi lebih keruh lagi. Walaupun dalam hatinya memberontak memaksa mulutnya meluahkan segala kebenaran, namun Sufian tidak mampu untuk meluahkannya.
“Sudahlah Paan, walau apa pun kamu sekarang, mama tetap sayangkan kamu”kata ibu Sufian

Sufian meletakkan beg-beg pakaian di luar rumah. Nik Safri hanya duduk diam disebuah kerusi di luar rumah. Muka Nik Safri bengis. Sufian melutu didepan Nik Safri.

“ampunkan Paan yah”Sufian mengambil tangan ayahnya namun ayahnya menarik tangan dari di cium anak bongsunya yang bernaluri songsang itu. Sufian mencium kaki Nik Safri.

“berambus kau sekarang!”marah Nik Safri lalu meyepak muka anaknya itu.
“abang!”ibu sufian terkejut

Sufian mengangkat beg-beg pakaian lalu berlalu keluar dari rumah tersebut. Hati Sufian terluka. Air mata Sufian berlinang semula ketika menoleh ke belakang melihat ayah dan ibunya.
'maafkan Paan sebab telah melukakan hati mama dan ayah' Hati Sufian dirundum kecewa dan pilu.

*                                  *                            *

Setelah puas cuba menghubungi Adriana tapi gagal, Amirah nekad ke pejabat tempat Adriana bekerja. Amirah ponteng kerja. Amirah menungang motorsikalnya menuju ke pejabat Adriana bekerja. Dalam fikirannya berselirat memikirkan sebab Adriana membuat begini.

“hi. Tumpang tanya cik Adriana ada?”tanya Amirah sejurus tiba di kaunter penyambut tetamu.
“sebentar ye, saya cuba hubunginya”kata seorang wanita yang berada disitu.
“sebelum itu boleh saya tahu nama cik dan atas urusan apa cik ingin berjumpa dengan dia?”tanya wanita itu dengan mesra.
“hi saya Munirah, panggil je Amy, umur saya 22 tahun”kata Amirah mengusik wanita itu.
“aa errr ok atas sebab apa ye?”wanita itu mula tidak selesa
“urusan peribadi”jawab Amirah sambil tersenyum
“oh ok. Cik boleh tunggu disitu ye”arah wanita itu
“tak mengapa saya selesa tunggu disini hehe”Amirah memberi alasan.
Wanita itu mula mendail nombor sambungan ke meja Adriana.
“Selamat Pagi, cik Adriana..”Amirah dengan tiba-tiba menekan butang loudspeaker pada telefon itu. Wanita itu terkejut. Amirah hanya tersenyum.
ye saya ada apa?
“cik Adriana, saya dari kauter penyambut tetamu. Disini ada seorang wanita bernama Amy ingin berjumpa dengan cik sekarang, katanya ada urusan peribadi.”
oh ye ke..ermmm awak cakap dengan dia saya sibuklah. Saya tidak mahu digangu buat masa sekarang. Tolong cakap begitu pada dia ye. Awak cakaplah saya ada meeting. saya tak nak jumpa dia buat masa sekarang. Tolong ye
Air muka Amirah berbuah sama sekali apabila mendengar tutur kata Adriana yang keluar jelas dari pembesar suara pada telefon itu.
“ermm”wanita itumenjadi serba salah.
“tak pe terima kasih.”kata Amirah lalu berjalan laju meninggalkan perkarangan bangunan pejabat itu. Air matanya mula mengalir perlahan. Hati Amirah terluka dengan layanan dingin dari Adriana. Amirah betul-betul kecewa dengan sikap kekasihnya itu.
'apa makna ini semua Ana, kenapa you menjauhkan diri dari I, sampai hati you melukai hati I ' Setelah memakai topi keledar, enjin motor dihidupkan Amirah.


Sufian memberhentikan kereta di luar pintu pagar rumah Fakhri. Sufian melihat ke dalam halaman rumah Fakhri. Fakhri dan Zharif leka melihat ikan-ikan di kolam. Sufian mengesat air matanya. Sufian melihat mukanya melalui cermin pandang belakang kereta. Bibirnya pecah sedikit. Darah sudah berhenti mengalir. Mata disebelah kanannya mula membengkak.

Sufian melangkah perlahan-lahan ke arah rumah Fakhri. Zharif hairan melihat keadaan Sufian yang berjalan lemah.

“Paan, kenapa ni?”tanya Zharif
“wei muka kau ni kenapa? Kenapa bengkak macam ni?”Fakhri juga bertanya
Sufian terus memeluk Zharif lalu menagis teresak-esak.
“Paan?”Zharif hairan

Fakhri menekup mulutnya setelah mendengar perkara sebenar yang terjadi. Fakhri terdiam sejenak. Zharif menjadi hiba dan memeluk kekasihnya. Jadi memang tepatlah jangkaan Fakhri selama ini, ada yang tidak kena dengan kedua-dua pekerjanya. Sufian dan Zharif adalah lelaki yang bernaluri songsang sepertinya.

“jadi lepas ni mana kau orang nak pergi?”tanya Fakhri
“tak tahu la bro, rasanya balik U dulu lah. Duduk di sana, habiskan baki cuti yang tinggal ni”kata Sufian.
“habis tu, kau orang tak nak kerja lagi ke?”tanya Fakhri
“kami memang nak kerja, tapi kami dah tak de tempat tinggal. Terpaksalah kami balik ke U, kat situ kami boleh tinggal di hostel”kata Zharif.
“aku rasa, kau orang duduk dengan aku buat masa ni. Rumah aku pun besar. Kau orang duduk hingga tamat cuti semester. Lepas tu kau orang boleh balik ke U”cadang Fakhri.
“tak pe lah bro, kami tak nak susahkan bro”kata Sufian
“ye betul tu, aku pun rasa macam tu. Dah banyak kali kami susahkan bro”kata Zharif
“kau orang pun dah banyak bantu aku. Jadi sekarang biar aku bantu kau orang pula.”kata Fakhri.
“tapi bro
“dah jangan nak bertapi-tapi dengan aku”Fakhri memintas kata-kata Sufian.


Malam itu Fakhri memulakan perniagaan lewat sedikit. Hampir pukul 9 barulah gerai burgernya beroperasi. Walaupun sudah dihalang Zharif dan Fakhri, namun Sufian masih ingin bekerja juga. Malam itu ramai pelangan yang datang. Sufian membakar satay, Fakhri memasak burger. Zharif membantu mana yang patut. Walaupun keadaan Sufian tidak begitu baik, namun segala kerja pada malam itu berjalan dengan lancar.

Waktu hampir ke pukul 2 pagi. Pelangan di gerai burger Fakhri makin berkurangan. Amirah memandang muka Sufian. Bengkak di matanya mulai susut. Bengkak dibibir masih begitu.

“ini dia satay special yang dibakar khas untuk anda”seloroh Sufian ketika menghidang satay di atas meja Amirah.
“terima kasih. Mmm nampak sedap ni”kata Amirah
Amirah makan daging satay tersebut dengan khusyuknya.
so?”tanya Zharif
“memang terbaiklah. Dagingnya pejal dan manis. Kuah kacang pun sedap sangat, rasa manis dan sedikit pedas ni memang sesuai dimakan oleh semua orang”kata Amirah dengan penuh gaya
“amboi macam juri masakan pula hahaha”Fakhri ketawa
“serius bro, kuah kacang ni bro yang masak ke?”tanya Amirah
“yela”jawab Fakhri.
bro memang betul-betul pandai masaklah. Belajar kat mana ni?”tanya Amirah
“dari arwah ibu”kata Fakhri sambil tersenyum. Telefon bimbit Fakhri berdering.
“kau orang lepaklah dulu”kata Fakhri lalu berjalan meninggalkan mereka.
so kira sekarang kau orang stay kat rumah dialah?”tanya Amirah
Sufian dan Zharif menanggukkan kepala.
“dan dia pun tahu yang kau orang ni..”
“ye Amy. Dia tahu.”kata Zharif.
“kenapa kau tak beritahu je perkara sebenar Paan? Tentang apa yang abang kau buat pada kau selama ni”
“aku tak sangup lah Amy. Aku tak nak lukakan hati parents aku lagi. Aku tak nak sebabkan aku satu family porak-peranda. Biarlah aku keluar dari rumah itu. Dia orang dah buang aku.”kata Sufian perlahan.
“sudahlah tu Paan. Benda dah jadi. Nasib baik brother tu ada. Dapat juga tolong kau”kata Amirah lalu menoleh ke arah Fakhri yang sedang berbual di telefon.

“baguslah kalau kau sihat. Aku rindu pada kau”ucap Fakhri kepada Firdaus
terima kasih
“bila kau nak balik sini? Kau cakap hanya tiga hari je kau kat sana, ini dah lebih dari tiga hari ni?”
itu sebabnya aku call kau malam ni. Aku ada hal nak cakap pada kau.
“hal apa?”
sebenarnya aku dah dapat kerja baru disini. Aku kerja dengan pak cik aku. Dia perlukan orang untuk handle business dia disini, jadi dia lantik aku sebagai Branch Manager.”
“jadi kau tinggalkan aku sekali lagi”Fakhri mula bengang
maafkan aku. Tapi aku terpaksa. Aku tiada pilihan lain. Maafkan aku sayang
“jangan berani kau nak panggil aku sayang”
keli dengar dulu, aku mungkin tak lama disini. Nanti bila segalanya sudah stabil aku pulanglah ke sana. Aku janji benda ni tak lama
“tapi cukup lama untuk aku lupakan kau terus”
tolong faham aku. Aku tiada pilihan lain
“aku pun tiada pilihan lain bro, aku terpaksa lupakan kau. Terima kasih atas segalanya”kata Fakhri lalu menamatkan panggilan.

Hello! Keli! Hello!”Firdaus menjadi serba-salah
“kenapa jerit-jerit ni sayang? You cakap dengan siapa tadi?”lelaki itu memeluk badan Firdaus dari belakang.
“tak de sape. Kawan lama je”jawab Firdaus yang cuba untuk senyum.

Fakhri menghembuskan asap rokok. Hatinya remuk teruk bila diperlakukan begitu oleh Firdaus. Fakhri menyesal kerana memberi Firdaus peluang kedua. Kini segalanya sudah terlambat. Cinta Fakhri sebenarnya dipergunakan oleh Firdaus. Hati Fakhri benar-benar terluka.

'Tahniah Daus, kau baru sahaja buat luka lama dihatiku berdarah semula. Arghh bodohnya aku sebab jatuh cinta pada kau!'


-Bersambung-




12 comments:

  1. pusing... huhuhuhuh... y dunia kejam!!

    ReplyDelete
  2. cinabet punya sofi..ko yang mulakan ko yang mengakhirkan..ceh bunyi lirik lagulah pulak...
    tp hati gay ni kebanyakannya lembut lembut belaka..hahhaha..
    tulah orang kata kasihnya ibu membawa kesyurga....walau macamana sekalipun anaknya..kasih ibu takkan susut punya...

    Ibu ibu ko lah permata hati ku...:(

    Khuzai tahniah ..kerana cara penceritaan ( betulkah bahasa ku ni ? ) membuat aku lupa yang aku sedang membaca cerita...aku ingat aku sedang melihat drama..aku sampai dapat bayangkan muka sofi /ayahnya dan bagaimana perasaan ibunya yang tiada daya menahan pelakuan anak n suaminya ke atas anak bungsunya...
    aku jadi panas bila sofi mengeluarkan kata kata yang x patut pada emaknya..

    ops..terlebihlah sudah..sorry khuzai...banyak pula komen aku hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nk komen byk2 pun xpe..sy ok je..hahahaa
      nampaknye abgjangut ni ada bakat juga dlm menulis..buatla novel wahai abg jangut

      Delete
    2. kalo ku buat novel...
      tak tido malam ko nanti...
      aku banyak kenangan..leh jadi cerpen tp malas lah aku nak tulis..kang tak pasai pasai kantoi ..hehehe...
      aku terpelecot dalam dunia ni pun masa aku umo 12 tahun..hingga umo aku 15thn. masa tu x tau lagi pa benda yang aku buat. n sambung semula bila umo aku 27..tak ka giler ... ko bayangkan aku menahan rasa selama tu.. sekarang ni aku dah stop..seram ngan api neraka...:( maybe dah x laku lagi kot hahahaha... serius aku couple dah 10 tahun..dia carik laki baru hahaha..

      Delete
    3. hehehe begitu mencabarkan hidup sebagai plu ni hehehe
      aku respek kat ko bila ko dh berubah skrg ni

      Delete
  3. perkembangan yg bagus, jalan cerita pun lancar, tp rasa mcm pendek la. so far... so good :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm pendek ke?
      rasanya pendek sbb cite ni dikembang/berjalan dgn ringkas..sy xnak ada unsur meleret yg membosankan nnt tu sbb rasa mcm pendek je

      Delete
  4. seyes...aku nanges bila babak sufian ngan mak dia...aku pun kantoi ngan adik aku sendiri tp dia x bising2 kat mak bpk aku...aku x tau camne nak tgk muka dorang bila dorang tau aku mcm ni...huhuhu....

    kuatkan semangat Sufian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh serius kdg2 aku dulu selalu bwk balik kwn lelaki kat rumah..mcm razif badrol hairi..mak aku pun pnh gak tanya, tu kwn ke? mesra semacam je mak tgk .. mak aku pun dh bg warning kt aku dulu.. dia kata dia pun x sangup nk mengaku aku ni anak dia bila aku gay,,hmmm sentap..x tenteram idup bila kenangkan kata2 mak aku tu

      Delete
    2. fuh sampai camtu sekali mak ko khuzai...
      aku rasa kata kata basa basi saja tu...

      Delete
    3. yela..mak mana yg nak anaknya abnormal kan..

      Delete
  5. this part involved family ... klise .^_^.

    ReplyDelete