05 April 2013

Tentang Rasa - part 12 : Barbeku -



Tentang Rasa - part 12 : Barbeku


Hampir seminggu berlalu. Fakhri meneruskan kehidupannya tanpa Firdaus disisi dan dihatinya. Luka lamanya itu masih berdarah. Luka kegagalan sebuah percintaan. Walaupun Firdaus ada menghubunginya namun Fakhri tidak langsung menjawab atau membalas sms dari Firdaus. Kehadiran pasangan kekasih yang juga pekerjanya sedikit sebanyak membantu melupakan Firdaus.

Fakhri sudah mengangap pekerjanya itu sebahagian dari keluarganya. Kemesraan antara Fakhri dan mereka membuatkan Fakhri tidak kesunyian seperti sebelum ini. Pukul 2.40 pagi. Gerai burger milik Fakhri akhirnya tutup. Fakhri memandu keretanya. Deruan angin dari penghawa dingin benar-benar melayukan mata. Fakhri membetulkan cermin padang belakang keretanya. Sufian dan Zharif sedang lena berpelukan.

“Bangun adik-adik ku sayang. Kita dah sampai rumah”kejut Fakhri
Sufian dan Zharif terjaga dari tidur. Selepas itu membantu Fakhri menyimpan barangan berniaga ke dalam rumah.

Sufian membuka bajunya lalu berbaring disebelah Zharif. Badan Zharif dipeluk erat oleh Sufian. Suasana didalam sedikit hangat berbanding ketika mereka berada di dalam kereta Fakhri. Namun semua itu tidak menghalang mereka memejamkan mata. Kepenatan bekerja tadi benar-benar terasa kini.

Setelah selesai mengisap rokok, Fakhri berlalu ke dapur. Fakhri membuka kabinet dapur lalu mengeluarkan sebungkus mee segera. Sementara menunggu air di dalam periuk mendidih, Fakhri berdiri di sinki dapur sambil termenung. Fakhri benar-benar hanyut dalam angannya. Fakhri tidak menyedari air didalam periuk sudah mula mendidih. Sufian berjalan ke arah dapur. Pelik Sufian melihat dapur rumah masih terang.

'apa yang dia buat kat dapur ni?' Sufian pelik lalu perlahan-lahan menghampiri Fakhri.

“Tak tidur lagi ke bro?”tegur Sufian sambil menepuk bahu Fakhri.
“hah?”Fakhri terkejut dan tidak semena-mena menyiku muka Sufian.
“Aduh!”jerit Sufian menahan sakit akibat disiku Fakhri.
Sorry sorry sorry aku tak sengaja.”kata Fakhri
“berlubang pipi aku ni. Bukan main tajam lagi kau taji aku, bro”Sufian menekup pipinya.
“kau buat aku terkejutlah. Sorry aku tak sengaja”kata Fakhri lalu mengusap-usap pipi kanan Sufian.
Sufian hanya membiarkan Fakhri mengusap lembut pipinya. Fakhri menatap mata Sufian. Mukanya mula di dekatkan ke muka Sufian sambil tangan kanan Fakhri menarik lembut rahang Sufian ke bibirnya. Bibir Fakhri mula menerkam lembut dan hangat ke bibir Sufian buat seketika.
Sufian memalingkan mukanya bila Sufian sedar perbuatan ini sudah melebihi batas.
“aku dahaga nak minum air”kata Sufian lalu membuka pintu peti sejuk.
“aku ada masak maggie ni, kau nak ke?”tanya Fakhri dalam nada serba-salah.
Sufian mengelengkan kepala. Setelah selesai minum Sufian terus berlalu masuk ke dalam biliknya meninggalkan Fakhri yang dalam keadaan serba salah.
'arghhh bodohnya aku!! kenapa aku buat perkara bodoh kat budak tu!' Fakhri menyalahkan dirinya atas perbuatannya tadi.

Tengahari itu Adriana menghabiskan masa bersama Fatimah,pensyarah di UM. Adriana kerap berjumpa dengan Fatimah bagi mendalami ilmu agama Islam dan untuk berubah ke arah kebaikan. Adriana tidak mahu kembali ke dunia sebelum ini lagi. Adriana betul-betul ingin berubah.

“jadi, apa yang awak rasa sekarang?”tanya Fatimah
“saya rasa lebih selesa dan tenang”kata Adriana sambil mengusap lembut tudung litup berwarna jingga yang kini menutupi seluruh bahagian rambutnya.
Suasana di Coffee beans itu tidaklah begitu sibuk. Suasana agak lengang walaupun sudah waktu makan tengahari.
“baguslah. Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab awak dah dapat hidayahNya untuk kembali.”kata Fatimah sambil mengengam tangan Adriana.
“itulah, saya betul-betul bersyukur. Saya tak dapat lakukan ini tanpa bantuan dari Ustazah juga”kata Adriana.
“sebelum ini awak ada cakap mengenai seorang perempuan bernama Amy, bagaimana dengan dia sekarang?”tanya Fatimah
Adriana menundukkan wajahnya.
“saya masih belum beritahu mengenai ini, mengenai Hijrah diri yang saya lakukan”
“jadi awak biarkan dia begitu sahaja. Gantung tidak bertali?”
“bukan begitu. Saya cuma tidak berupaya untuk melihat matanya ketika saya memberitahu dia mengenai ini”
“awak harus beritahu dia perkara ini. Biar dia meredhai perkara yang awak lakukan ini”
“saya akan cuba”kata Adriana lalu menghirup white coffee yang terhidang di hadapannya.

Zharif masih lagi lena. Sufian mengosok-gosok matanya sambil mengeliat. Sufian membasuh mukanya lalu berjalan ke tingkat bawah. Sufian sedikit terkejut melihat Fakhri sedang melakukan aktiviti senaman tekan tubi. Sufian meneruskan langkahnya.

“baru bangun tidur ke?”tanya Fakhri lalu berhenti bersenam
“ha'ah”jawab Sufian ringkas.
“hari ni tak buka kedai burger, nak keluar tak?”tanya Fakhri
“tak tahula bro, nak keluar kemana je?”tanya Sufian
“kau tanya lah pakwe kau, mungkin dia ada plan ke”kata Fakhri lalu berjalan ke dapur.
“nanti aku try tanya”kata Sufian
“Zharif tidur lagi? Aku ada masak kueh teow goreng ni, boleh breakfast sama-sama”kata Fakhri
“dia tidur. Malas nak kejut. Penat sangat kot”kata Sufian lalu duduk dimeja makan.
“kalau macam tu, jomlah kita makan sama.”ajak Fakhri

Fakhri berasa lapang melihat Sufian berselera menikmati hidangan ringkas yang disediakan. Buat sejenak fikiran Fakhri teringat pada bekas kekasihnya, Firdaus yang ketika dulu juga suka menikmati masakan yang disediakannya. Fakhri menuangkan air kopi di cawan Sufian.

bro patut buka restoranlah bro. Serius sedap ni”kata Sufian
“kalau aku buka restoran nanti kau nak ke bekerja dengan aku?”tanya Fakhri
“nak la. Tapi pastikan aku jadi manager
“haha kau jadi supervisor jelah”
supervisor tu bagi kat Zhaf je hahaha”

Zharif, Sufian benar-benar ingin bersama dengan Zharif. Sebab itu nama Zharif tidak pernah lekang dari bibirnya.

“patutlah body bro sekarang ni makin tegap. Rupanya selalu bersenam ye”
“badan aku ni biasa-biasa jelah. Aku bersenam pun sebab jaga kesihatan”kata Fakhri
“ke nak buat awek tergoda?hehe”
“aku nak buat semua orang tergoda. Kau tak tergoda ke?”pertanyaan Fakhri merentap jantung Sufian. Sufian terdiam buat sementara.
“aku minta maaf”kata Fakhri
“sebab apa?”
“sebab malam tadi”
“oh”
“aku minta maaf. Aku tak de niat pun. Aku cuma ..”
“cuma apa?”Sufian merenung ke mata Fakhri
“wei..kau orang makan apa tu?”tiba-tiba Zharif masuk ke dapur lalu mencuci muka disinki.
“kueh teow goreng sayang. Sedap. Cubalah rasa”kata Sufian. Fakhri hanya terdiam membisu.

Amirah masih menanti Azirah selesai membeli baju di sebuah kedai butik di hadapannya. Keadaan sekeliling kompleks membeli-belah tidak begitu sesak dengan kehadiran orang ramai. Terdapat juga beberapa pelajar sekolah yang berpakaian seragam sekolah yang ponteng dari sekolah berpeleseran disitu.

Amirah melihat jam tanganya. Hampir ke waktu 2 petang. Amirah benar-benar bosan melihat kakaknya masih memilih-milih busana yang ada di butik tersebut. Amirah memandang lagi ke adaan sekeliling. Mata amirah mula tertangkap imej dua wanita yang sedang berjalan keluar dari kompleks membeli-belah itu. Amirah kenal salah seorang darinya. Amirah menatap tajam seorang perempuan yang bertudung jingga itu. 'Adriana??'

Zharif menghubungi Adriana. Zharif keluar dari kereta dan berjalan ke sebuah perhentian bas lalu duduk disitu. Adriana masih belum menjawab panggilan Zharif. Panggilan Zharif gagal. Zharif mendail kembali nombor Adriana.

hello Ana”ucap Zharif apabila panggilannya dijawab
“Zharif, kenapa you call I?”
“tak boleh ke I nak call kawan I?”tanya Zharif
“boleh jela”
“Ana, I dah lama tak jumpa you, sejak you pergi ke seminar di JB. You ok ke?”tanya Zharif
“i ok, sorry I cuma busy je sekarang.”
busy ke menjauhkan diri dari kita orang?”
“eh tak la Zhaf. I busy dengan kerja. Mana ada I jauhkan diri dari you guys”
Amy told me that, lately you never contact her. Ada benda yang tak kene ke antara you dan dia?”
“hurmm”
“Ana, kalau ada apa-apa yang tidak kene, just tell us ok. Jangan diamkan diri. You buat semua orang risau”
“ok”
“malam ni kami plan nak buat barbeque kat pantai. I hope you can join us”kata Zharif

Sementara itu di rumah Fakhri kelihatan Amirah dan Sufian sibuk membantu Fakhri menyediakan bahan-bahan makanan untuk barbeku. Fakhri pula sibuk menyediakan sos manakala Sufian dan Amirah menyediakan kepak dan peha ayam untuk diperam.

“Zharif pergi beli arang dan kelengkapan lain”kata Sufian
“kita nak pergi barbeque kat mana ni?”tanya Amirah
“kat pantai lah”jawab Sufian
“pantai mana?”
“tempat yang kita lepak dulu. Tempat yang Ana bawa kita dulu”kata Sufian
“oh”Amirah mula terbayang kembali saat-saat romantis ketika dia bersama dengan Adriana.

Petang itu setelah segalanya sempurna,mereka mula bergerak ke destinasi dengan menaiki kereta Fakhri. Sepanjang perjalanan Zhafri,Amirah dan Sufian serta Fakhri sebagai pemandu kereta kelihatan gembira.

Setelah berjaya membuat ungun api, Sufian membantu Fakhri menyediakan tempat pemanggang. Aktiviti berbeku itu bermula pada lewat senja. Fakhri membiarkan tiga sahabat itu memangang hidangan sementara Fakhri pula sibuk memancing.

Segalanya berjalan dengan baik sekali. Masing-masing kelihatan begitu gembira. Suasana bertambah meriah bila Fakhri berjaya menaikkan sesekor ikan. Fakhri duduk berseorangan memancing ikan di tepi pantai. Sufian meletakkan beberapa batang kayu untuk membuat api bertambah marak. Suasana disekeliling ungun api begitu hangat.

“kau orang nak tau, tengahari tadi aku pergi shopping dengan kakak aku. Aku nampak Ana”Amirah memulakan perbualan.
“nampak dia kat mana?”tanya Sufian sambil menjilat jarinya yang dibasahi kuah sos yang dibuat Fakhri
“kat mall , tapi dia jalan dengan seorang awek. Dan Ana nampak sangat lain sekarang”kata Amirah
“nampak lain?”tanya Zharif
“dia dah pakai tudung”kata Amirah
“apa? Tudung? Biar betul?”Sufian tidak percaya
“yelah, dia pakai tudung. Dia jalan dengan perempuan lain. Aku dah agak dah. Dia mesti curang dengan aku.”kata Amirah
“eh kau ni. Aku tak rasa Ana macam tu lah. Mungkin yang itu kawan dia.”kata Zharif
“lagipun kau cakap dia dah bertudung, aku rasa dia dah berubahlah: ujar Sufian
“kawan mende, aku tengok bukan main mesra lagi. Tak semestinya dia dah bertudung tu dia dah berubah. Aku pasti perempuan yang bertudung tu awek baru dia. Mesti awek tu nak Ana pun jadi macam dia, bertudung.”kata Amirah
“entahlah Amy. Aku rasa Ana tak mungkin macam tu. Kalau dia dah berubah atau dia dah ada penganti lain pasti dia akan cakap pada kau”kata Zharif
“kalau benar dia nak tinggalkan aku. Aku ok je. Aku tak kisahlah. Aku boleh cari penganti yang lain. Penganti yang lagi muda dan cantik dari dia”kata Amirah
Sufian dan Zharif hanya saling berpandangan.
“aku nak ambil air, kau orang nak air ke?”tanya Amirah
“aku nak”jawab Zharif
Amirah berjalan kembali ke tempat pemangang tidak jauh dari tempat ungun api itu.

i tak rasa Amy akan ok fasal ini. I percaya Amy betul-betul mencintai Ana. Cuma dia tak nak tunjuk je”kata Sufian.
“sebenarnya petang tadi I ada call Ana. I ajak Ana datang join barbeque kita ni”kata Zharif
so? Mana dia?”tanya Sufian
Zharif mengangkat kedua belah bahunya. Tanda tidak tahu.
“mungkin benar kata Amy. Ana sudah ada penganti. Ana sudah tinggalkan Amy”tambah Sufian.
“kalau benar pun, pasti ana ada sebab bagi semua ini”kata Zharif

“wei kau orang! Ais dah habislah!”jerit Amirah
“tak akan semua dah habis?!”tanya Zharif
“dah habis lah. Aku rasa baik kita pergi beli lagi. Lagipun masih awal ni. Kalau tak de ais nanti minuman tak sejuk. Tak best nanti”kata Amirah ketika berjalan menghampiri pasangan kekasih itu.
“betul juga tu. Jom kita pergi beli”ajak Zharif.

bro, boleh pinjam kereta tak? Nak pergi beli ais lah. Ais dah habis”sapa Sufian
“oh yeke? Ermm nah. Ada tak duit?”Fakhri menghulurkan kunci keretanya
“ada. Jangan risau lah”kata Sufian.

“nah”hulur sufian kunci kereta itu kepada kekasihnya
you tak ikut sekali ke?”tanya Zharif
“tak. Kesian brother tu nanti. Ditinggal berseorangan”kata Sufian.

Sufian melihat kereta Fakhri yang dipandu Zharif bergerak meninggalkannya buat beberapa ketika. Sufian pergi ke tempat pemanggang dan menerbalikkan beberapa keping daging burger dan kepak ayam. Setelah pasti ianya masak, Sufian mengangkatnya dari tempat pemanggang dan meletakkannya ke atas piring kertas. Sos dicurahkannya sedikit ke atas hidangan itu.

bro jemput makan”perlawa Sufian lalu duduk disebelah Fakhri
“aku tengah mancing. Kau makanlah”kata Fakhri
bro,dari tadi aku tengok kau ni lebih mancing dari makan”kata Sufian
“habis tu”
“kau prepare hampir semua benda untuk barbeque ni tapi kau pula sibuk mancing aku tengok”
“aku dah lama tak memancing der. Ini kira lepas gian la”kata Fakhri

Suasana di dalam kereta Fakhri sedikit sunyi. Amirah tidak berbual dengan Zharif.

“betul ke kau tak kisah jika Ana dah ada awek lain?”tanya Zharif
“ye”jawab Amirah tanpa memandang Zharif. Zharif mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Adriana.
“Amy, aku rasa kau kena pujuk Ana”Zharif meletakkan telefon bimbitnya dalam keadaan terbalik di atas pehanya.
“untuk apa? Kenapa pula aku nak pujuk dia? Dia yang senyap dari aku. Dia yang menjauhkan diri dia dari aku. Dia yang buang aku!”Amirah bengis
but Amy I don't think she..”
what? Please lah Zhaf! Aku dah lama sabar dengan dia. Sejak dia pergi seminar di JB dulu, dia tak pernah menghubungi aku, apatah lagi untuk berjumpa dengan aku! Kenapa tiba-tiba dia menjauhkan diri dia dari aku? Jika benar dia sudah ada penganti aku, kenapa tidak dia berjumpa dan beritahu sahaja kepada aku??!”
“mungkin dia”
“takut? Ye memang aku rasa dia takut pun untuk berhadapan dengan aku! Aku dah mati akal dah Zhaf untuk cuba pulihkan hubungan ini! Dulu aku pernah pergi ke tempat kerja dia untuk minta penjelasan dari dia. Tapi dia tak mahu berjumpa dengan aku langsung! Dan sekarang aku nampak dia bermesra dengan perempuan lain didepan mata kepala aku sendiri!”Amirah mengawal sebak
Zharif terdiam. Kereta diberhentikan Zharif dibahu jalan.
“sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa kurangnya aku ni sampai dia cari yang lain. Dia sendiri pernah melarang aku bercakap mengenai perpisahan tapi kini, dia yang memisahkan diri dia dari aku!”bentak Amirah.
“Amy, mungkin benar, dia sebenarnya dah berubah. Maaf aku cakap begini, mungkin dia dah berubah untuk kembali ke naluri yang sebenar. Mungkin dia mahu meninggalkan dunia songsang ini.”kata Zharif
“kalau betul pun dia nak berubah,kenapa dia tak beritahu sahaja kepada aku. Kenapa perlu rahsiakannya dari aku. Kenapa dia ..”Amirah menekup mukanya.
“sudahlah tu. Bersabarlah Amy. Aku pasti dia ada jawapannya”
“entahlah Zhaf. Dah lah jomlah kita pergi beli ais”Amirah.

Desiran ombak pantai mula menghempas kuat. Tanda air pasang. Fakhri dan Sufian masih tindak beranjak dari tempat mereka duduk menunggu umpan pancing Fakhri dimakan ikan.

“berapa lama kau dah bercouple dengan Zhaf?”tanya Fakhri
“setahun lebih juga lah”kata Sufian
“baguslah. Aku harap kau orang bahagia lah”
bro lak tak akan takde awek?”
“haha budak jual burger macam aku ni, mana lah awek nak pandang”gelak Fakhri
“yelah tu, ke brother ni pun macam kita orang gak?”
“tak faham?”Fakhri pelik
“malam semalam bro kiss aku kan. So kau pun gay juga lah?”
Fakhri menelan air liurnya.
“aik cepat dah nak habis. Sedap ke?”tanya Fakhri mengubah tajuk
“sudah tentulah. Bro je yang rugi tak rasa.”kata Sufian
“aku sibuk memancing ni. Mana ada masa nak makan.”kata Fakhri
“tinggal lah kejap joran tu.”
“mana boleh tinggal. Buat time tinggal tu ada ikan makan. Nanti melepas pula”kata Fakhri
“ni ada tinggal seketul kepak ayam ni. Nak ke?”tanya Sufian
“nak ar”
“buka mulut tu”
Sufian menyuapkan ketulan kecil daging kepak ayam itu ke mulut Fakhri.
“sedap ar”kata Fakhri
“tengoklah siapa yang masak. Tu kesat sos kat celah bibir tu. Comot dah nampak”kata Sufian.
“mana? Sini ek?”Fakhri bertanya
“bukan. Tapi disini”kata Sufian lalu mengesat lelehan sos tersebut.
Fakhri menangkap pantas tangan Sufian. Cuitan sos di jari telunjuk Sufian diamatinya. Fakhri lantas menjilat jari itu. Sufian terkesima sebentar.
“tak elok membazir”kata Fakhri lalu merapatkan bibirnya ke bibir Sufian. Bibir Fakhri bertaut dengan bibir Sufian. Kali ini Fakhri berani menguncup bibir Sufian. Sufian terkaku sebentar. Tapi seolah-olah merelakan Fakhri berbuat begitu terhadapnya. Sufian membalas ciuman dari Fakhri.

Lampu kereta Fakhri menerangi sekitar pantai. Sufian terkejut lalu berhenti dari mencium bibir Fakhri. Kereta Fakhri berhenti. Zharif dan Amirah keluar dari kereta.

“aku rasa kau dah tahu dah jawapan bagi soalan kau tadi”kata Fakhri

Sufian menatap wajah Fakhri buat seketika. Sufian berlalu pergi membantu Zharif dan Amirah memungah ais dari bonet kereta.

“banyak beli ais”tegur Sufian
“I rasa ais ni dah cukup”kata Zharif
Amirah membuka peti kekabu yang berwarna putih itu yang dijadikan tempat menyimpan ais.
“macam ni baru best.”kata Amirah
“lepas ni masukkan ais ni ke dalam bekas air tu”arah Zharif.

Lampu kereta menerangi kawasan pantai itu sekali lagi. Lampu terang dari sebuah kereta Suzuki Swift berwarna biru itu berhenti di sebelah kereta Proton Saga milik Fakhri.mereka terhenti dari melakukan kerja mereka.

“Akhirnya!”sinis Amirah


-Bersambung-


13 comments:

  1. kan..gay pasti curang hehehehe...
    sikit jer kena goda..habis 3 bantal...
    80% adalah nafsu selebihnya 20% cinta..100% dosa besar hehehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha curang dan percintaan mmg x dpt dipisahkan.. baik hubungan str8 ataupun plu sekalipun..

      Delete
  2. Khuzai bila budak duit nak kluar ...aku dah sediakan duit ni heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak duit akan kuar mlm ni nnt kat facebook..ye hehehe sediakan token untuk baca nnt hahahaha

      Delete
    2. dah pagi dah ni...
      x kuar kuar pon? ( dengan nada marah ) hehhehe marah la sangat ....
      alangkah manisnya kalo khuzai tepek jer kat blog ni kan sonang...
      goreng pun sodap...:)

      Delete
    3. DAH BARU JE PUBLISH TADI..MAAFLAH, TADI AKU KUAR DGN KWN..SAMPAI LUPA LAK NAK UPLOAD CITE ITU..JADI PERGILAH BACA DAN JADILAH ORG PERTAMA YANG KOMEN CITE TU ABG JANGUT HEHEHE

      Delete
    4. HEHEH TQ ..KHUZAI..DAH BACA TP XPAT KOMEN...XDA FB :) KALO CAMTU AKU PUN NAK JADI ABANG DUIT HAHAHHA...
      BANYAK BAJU DANI BAGI..7 KEPING DUIT BIRU FUYOOO ... :)

      Delete
    5. kann sebab aku ada kwn moneyboy sorg ni..aku tgk lifestyle dia mmg mewah giler ar.. blackberry ada 2, ada tab ada samsung s3 lagi.. perghh dia ckp dgn aku, sekali dia main dgn org..ada yg sanggup byr dia rm700..fuhhh giler x giler mcm tu

      Delete
    6. mau lobos lobang nya khuzai ..hahahahahaha

      Delete
  3. dari awal lagi aku harap fakri dengan sufian tapi.... mcm something wrong jer... hahahah terus kan cerita anda. tak sabar nak tunggu budak duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KADANG2 TAK SEMESTINYA CINTA YANG KITA DPT ADALAH DARI CARA YG ELOK..HEHEHE CERITA BUDAK DUITAN BARU SAHAJA TERSEIAR..HARAP SUKALAH..SUSAH GAK NAK TULIS CITE NI SEBAB AKU TAKDE PENGALAMAN JADI MONEY BOY DAN SUMBER YG BAIK UTK KU TULIS..TAPI AKU JANJIKAN YG TERBAIK JUGA UNTUK ANDA SEMUA

      Delete