28 April 2013

Tentang Rasa -part 15 : Coklat, Lilin dan Surat -



Tentang Rasa : part 15 : Coklat, Lilin dan Surat


Tengahari itu hanya Sufian duduk berseorangan menikmati hidangan tengahari. Kelas Zharif belum tamat lagi. Kelas Zharif bakal tamat pada pukul 5 petang. Dalam minggu ini Zharif betul-betul sibuk dengan kelas. Sufian dan Zharif hanya dapat meluangkan masa bersama pada sebelah malamnya. Sms dari Fakhri di padamnya. Sufian masih belum memberitahu Zharif mengenai Fakhri yang sebenarnya dalam diam memendam rasa terhadapnya.

Seorang lelaki yang tidak dikenali berjalan rapat ke arah Sufian. Lelaki itu tersenyum manis lalu berhenti di sisi meja makan Sufian.

“Assalamuallaikum”tegur lelaki itu.
“Waalaikumsalam”jawab Sufian
“saya mengangu ke?”tanya lelaki itu dengan sopan
“tidak”jawab Sufian
“boleh saya duduk?”
“silakan”
“baik, saya dari falkulti Engineering, kami nak jalankan kajian kepada pelajar di Universiti ini, harap abang ada masa lah untuk berikan kerjasama”nyata lelaki itu
“ini adalah borang kaji selidik, kalau boleh abang isikan,kalau ada sebarang pertanyaan saya akan bantu”kata lelaki itu.

Faizul melihat Sufian dari jauh duduk di meja di kafetaria ditemani oleh seorang budak lelaki. Faizul menghampiri Sufian.

“ok bahagian itu abang tak perlu isi tapi hanya tandakan pangkah di kotak kecil tu”arah lelaki tadi.
“macam ni?”
“ye macam tu. Ok semuanya selesai. Terima kasih bang. Ini ada Coki-coki untuk abang.terima kasih”kata lelaki itu lalu menghulurkan sebatang coklat kapada Sufian yang terpinga-pinga
 'Coki-coki? Melawak ke apa budak ni'tawa hati kecil Sufian

“Assalamuallaikum bro, seorang je ke?”tegur Faizul
“Waallaikumsalam. Kenapa? Nak suruh isi form survey lagi ke?”tanya Sufian
“hahahaha bukanlah aku tak ada pun coklat coki coki nak bagi. Saja tegur bro, sukalah tengok rambut bro tu. Stylo habis”puji Faizul lalu duduk dihadapan Sufian.
“terima kasih. Biasa-biasa je, ini pun warna perang ni dah nak luntur dah”kata Sufian ketika menarik ke bawah jambulnya
“tapi mmg cun la”Faizul terus memuji.
“aku Ijoi, budak Business
“Paan. Budak Multimedia”Sufian berjabat tangan dengan Faizul
“kau stay hostel ke sewa rumah?”tanya Faizul
“hostel”
“samalah, aku pun stay hostel juga”Faizul tersenyum.

Petang itu hujan turun dengan lebat. Pancaran kilat sabung-menyabung. Zharif menyalakan api lilin yang ke-4. Sufian hanya melihat kekasihnya begitu khusyuk melihat api lilin tersebut. Muka Zharif kelihatan begitu tenang setenang nyalaan api lilin dihadapannya. Sufian hanya mendiamkan diri. Mata Zharif seperti cermin memantulkan cahaya lilin. Hujan masih lagi lebat di luar bilik asrama mereka. Hampir sejam bekalan elektrik di asrama tersebut terputus, mungkin berlaku ganguan akibat cuaca buruk ini.
“lihat api lilin ini. Begitu tenang sekali. Sesekali dia meliuk-liukkan badannya namun masih teguh berdiri dan menyala membakar dirinya. Apinya tenang, sesiapa yang melihatnya pasti tenang. Tapi tiada siapa yang tahu betapa seksanya dia membakar dirinya untuk menenangkan orang yang melihatnya”Zharif berkata-kata.
“dia sangup berkorban demi ketenangan orang lain. Walaupun dia tahu tiada siapa yang pernah ambil peduli tentang kesengsaraannya. Tentang penderitaannya.”sampuk Sufian.
“dan dia juga tidak pernah merunggut bila dia hanya diperlukan pada waktu-waktu terdesak sahaja. dia tidak pernah mencemburui mentol yang lebih kerap digunakan berbanding dia” Zharif tidak jemu melihat api lilin itu.
Sufian berfikir sejenak. Mengapa lain dirasakannya terhadap kekasihnya pada malam ini. Sikap kekasihnya begitu aneh. Tidak pernah Sufian melihat dan mendengar Zharif bermadah begini.
“Zhaf.. are you okay?”
“yeah”pertanyaan Sufian masih tidak berjaya membuatkan Zharif berpaling dari menatap lilin tersebut.
“tidak kekal dan tidak lama dia bernyawa. Akan tiba juga penamatnya. Dan bila tiba waktu itu, tentu dia akan merasa kecewa kerana tidak lagi mampu untuk berkhidmat”Zharif hanyut melayan perasaannya.
“bukan. Tapi sebaliknya dia akan merasa bangga kerana dapat berkhidmat. Dia merasa bahagia dapat menenangkan kekasih Paan. Dia bertambah bahagia kerana dapat membahagiakan pasangan kekasih yang setia berada disisinya hingga kehujung nyawanya.”Sufian tersenyum, akhirnya kata-katanya itu berjaya membuatkan Zharif menoleh menatap wajahnya dalam kesamaran cahaya lilin itu.
“kadang kala, kehadiran seseorang sebenarnya membantu membahagiakan hubungan cinta pasangan kekasih. Lilin ini menjadi contoh”
“namun bukan semuanya begitu. Selalunya kehadiran seseorang mampu mengugat kebahagian pasangan kekasih.”Sufian tidak bersetuju.
“masing-masing ada pandangan tersendiri”
“Zhaf..”
Zharif menghadiahkan senyuman kepada kekasihnya yang memandangnya serius.
“jika cinta kita umpama lilin ini..”
“Zhaf!”
“sesungguhnya tiada apa yang akan kekal didunia ini..”
“Zhaf apa ni?”
“sedangkan satu hari nanti nyawa akan terpisah dari jasadnya dan seperti lilin ini juga.. api akan terpisah dari sumbunya..”
“jauh sangat Zhaf berbicara!”
“cuma yang untungnya, kita dapat menjangka bila tiba saat api lilin ini akan berpisah dari sumbunya. Tapi untuk nyawa, tiada siapa yang dapat menjangkakannya..”
you better stop it now!”
“cinta mungkin begitu, kadang kala kita dapat menjangkakannya pergi namun kadang kala ia pergi dengan sendirinya...”
hey! What's wrong with you?!”Sufian tiba-tiba menarik muka Zharif dari menatap api lilin yang makin mengecil. Mata Sufian mula berair. Sufian merenung tajam anak mata Zharif.
Api lilin pun terpadam. Masih tinggal tiga lilin yang bernyala.
“tiada apa yang mampu merubah cinta kita. Jangan samakan cinta kita dengan lilin bodoh ini!!”tegas Sufian. Air jernih mengalir perlahan dari mata kiri Sufian. Zharif hanya tersenyum melihat kekasihnya.
“tapi hakikatnya..”
“hakikatnya kita tetap bersama walau apa pun terjadi.”Sufian menguncup dahi Zharif.
Zharif menarik satu lagi cawan lut sinar yang berisi lilin kehadapannya.
“mengapa nak nafikan sesuatu yang sudah tertulis..”Zharif menongkat dagunya dengan tangan kanan. Bauan lavender dari lilin itu dihidunya perlahan-lahan.
“bukan nak nafikan, tapi nak perjuangkan apa yang sudah tertulis”Sufian kelihatan bengang
“Pann bercakap seolah-olah sudah mengetahui segala yang ditulisNya”
“begitu juga dengan Zhaf kan..”
“bila andaian menyelubungi pemikiran, segala yang nampak akan dikatakan benar”
“walaupun kita tahu, bahawa ia bukannya benar”
Zharif mengeluh panjang. Sufian menantikan kata-kata yang bakal bebas dari tautan antara bibir Zharif itu.
“susah nak menyemai sesuatu benih bila tanah itu sudah sedia tercemar..”
“bagaimana nak menyemai jika benih yang nak disemai pun sudah tercemar”
Zharif memandang Sufian tajam.
“Paan memang seorang yang keras kepala! Keras seperti batu!”
“akhirnya!! kemenangan berpihak kepada Nik Sufian!! yeaahh!!”Sufian bersorak bangga.

'aku tahu Paan, jauh disudut hatimu,kau masih tidak mampu untuk menerima hakikat sebenar tentang percintaan kita ini. Aku harap aku tidak terlambat untuk membuatkan kau sedar akan hakikat tersebut'

*                    *                     *

Zharif menghidupkan enjin keretanya. Sebatang rokok yang sedang berasap terkepit kemas di bibirnya. Zharif masih menantikan kekasihnya turun dari bangunan asrama. Enjin kereta sesekali mengaum kuat bila Zharif menekan-nekan pedal minyak. Sufian akhirnya turun ke kawasan parkir kereta.

“jom gerak”cakap Sufian

kereta Satria Neo itu mula bergerak ke kampus induk.
“lunch nanti sama-sama nak?”cadang Sufian
“ok. Tunggu I kat cafeteria nanti pukul 12pm”kata Zharif.

Fakhri mencapai tuala lalu melilitkan tuala itu dipinggangnya. Fakhri berjalan ke arh tingkat bawah untuk ke dapur. Langkah Fakhri terhenti. Fakhri menolak daun pintu bilik yang menjadi tumpangan sementara Sufian dan Zharif dahulu. Fakhri melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Segenap ruang bilik ditatap perlahan-lahan. Rindu benar Fakhri terhadap Sufian. Langsir di tingkap bilik itu diselaknya. Cahaya mentari menyelinap masuk ke dalam bilik itu.

'bahagia hingga kau terlupa yang aku sudah berpunya'

'aku dan Zhaf dah lama bercinta bro. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku rasa kau boleh nampak itu semua. Kenapa kau rasa kau boleh dapatkan aku disaat aku mencintai orang lain? Tidakkah kau tahu bahawa aku sebenarnya hanya setia pada Zharif?'

'woo bro.cukuplah bro. Kau dah tahukan jawapan aku apa. Ia tetap sama. Sama seperti sebelum ini. Kalau kau betul sayangkan aku, tolong hormat keputusan aku.'

antara kata-kata penegasan Sufian yang masih segar dalam ingatan Fakhri. Bukan mudah untuk Fakhri telan kata-kata itu. Bukan mudah baginya untuk berhenti dari mencintai Sufian. Ketika benih cinta sudah tersemai, ia begitu pantas bercambah dan mula berputiknya bunga cinta. Fakhri tidak mampu mengawalnya. Fakhri telah cuba mencantas bunga cinta itu,tapi ia adalah usaha yang gagal.

'Pahitnya rasa ketika madu cinta yang diharap dibalas dengan racun penafian.'

Fakhri melihat isi bilik buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari bilik. Pandangan Fakhri tertangkap kepada sekeping kertas yang terlipat kemas di meja solek. Fakhri berjalan mendapatkan kertas tersebut. Lipatan kertas itu dibukanya.

Sufian bergerak ke cafeteria. Putung rokok yang melekat dibibir dibuangnya. Setelah membuat pesanan minuman di kaunter, Sufian beredar ke sebuah meja yang terletak dihujung bucu banggunan cafeteria. Kelas pada pagi itu berakhir sejam awal dari jadual. Telefon bimbit Sufian bergetar. Panggilan dari Fakhri tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Assalammuallaikum bro, ape cer?”sapa Sufian sejurus menjawab panggilan tersebut.
dear bro Fakhri, terima kasihku ucapkan kepadamu yang sudi membenarkan kami tinggal dirumah bro. Terima kasih juga kerana menerima kami bekerja dengan bro. Bro dah banyak membantu kami. Aku tak tahu bagaimana nak membalas budi bro. Bro, walau apa pun yang terjadi di antara kita aku harap kau janganlah ambil hati. Maafkan aku jika aku berkasar bahasa kepada kau sebelum ini..
Sufian hanya tergamam mendengar kata-kata Fakhri dihujung talian.
.. aku sedar dan aku nampak segala keihklasan kau dalam menyampaikan dan meluahkan perasaan kau kepadaku. Aku sedar yang kau betul-betul inginkan diriku menjadi sebahagian dalam hidup kau. Namuan kau harus faham, yang cinta yang kau bina ini tidak bermakna jika aku tidak membalasnya. Kau juga harus sedar bro. Aku sememangnya mencintai Zharif seorang sahaja...
bro..”sampuk Sufian
Zharif yang sudah lama mendiami hati aku ini. Sebenarnya aku betul-betul berasa bersalah kerana aku sudah menguris perasaanku. Tapi aku terpaksa. Aku terpaksa menolak cinta kau untuk pertahankan cinta aku. Cinta aku hanya buat Zharif. Aku mohon berjuta kemaafan jika warkah ini tidak menyenangkan kau. Tapi cubalah kau faham dan berhentilah berharap kepada cintaku lagi..
“sudahlah tu bro..”Sufian mencelah
aku harap kita kembali seperti dulu. Seperti sebelum ini. Bila segalannya nampak begitu sempurna. Sesungguhnya persahabatan kita lebih bernilai dari perhubungan cinta..
“kau dah baca surat aku?”tanya Sufian
aku bacakan semula apa yang kau tulis kepadaku. Terima kasih Paan. Kau banyak menyokong aku. Dan aku akan lupa dan buangkan jauh-jauh perasaan aku ini.”kata Fakhri
“betul ke ni?”Sufian ragu-ragu
yela. Nak buat macam mana. Tapi aku dah ok dah sekarang. Jangan risaulah. study kau macam mana?”tanya Fakhri
“hmm.. ok je. Aku baru habis kelas ni. Ni lepak kat cafe. minum”kata Sufian
seorang je ke?”tanya Fakhri
“Zhaf ada kelas. Pukul 12.30 nanti baru habis”cakap Sufian
ok nanti kau sampaikan salam aku pada dia”pesan Fakhri
“ok tak de hal. Nanti aku sampaikan”kata Sufian sambil melihat Faizul dari jauh melambai-lambaikan tangan kepadanya.
ok lah tu. Aku nak mandi dulu. Assalammuallaikum
“Waalaikumsalam”

Fakhri mengesat air matanya. Hancur luluh hatinya lagi. Tapi Fakhri akhirnya nekad untuk menguburkan rasa cintanya kepada Sufian. Fakhri melemparkan surat tersebut ke atas meja. Fakhri berjalan menuju ke bilik air.

Faizul berjalan ke arah Sufian sambil tersenyum. Sufian menyimpan telefon bimbitnya ke dalam seluar. Tangan Faizul disambutnya. Selepas berjabat tangan, Faizul duduk dihadapan Sufian. Seorang pelayan datang membawa segelas air horlick ais dan dihidangkan kepada Sufian.

“kau nak minum apa? Order jelah”suruh Sufian
“bang bagi air kopi O ais satu”pesan Faizul
“makan?”
“kejap lagi order makan.”jawab Faizul.
“kau tak de kelas ke?”tanya Sufian sejurus pelayan lelaki itu meninggalkan meja mereka.
cancel. Aku free sampai pukul 2 petang. Lepas tu aku ada kelas sampai pukul 6 petang. Kau?”kata Faizul
“kelas aku habis awal tadi. Ni aku free sampai pukul 2 petang juga, lepas tu aku ada kelas sampai pukul 5”beritahu Sufian.
Faizul mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
“ini untuk kau”kata Faizul lalu menghulurkan beberapa batang coklat Coki Coki kepada Sufian.
“aku dah agak dah, mana form survey?”tanya Sufian
“hahaha tak perlu isi sebarang form. Ini aku bagi free je”senyum Faizul sambil memperlihatkan lesung pipitnya.
“hahaha kau ni buat lawak lah bro haha”Sufian tertawa.
Airmuka Faizul tiba-tiba berubah.
“aduhh lupa pula, bro aku ada hal dengan kawan aku ni. Aku kena gerak dulu lah”Faizul terus bangkit
“wei, lepak lah dulu. Air kau pun belum sampai lagi la”kata Sufian
“tak boleh bro, aku kena pergi sekarang ni. Sorry banyak. Nah ini kau bayarkan nanti. Aku blah dulu. Adios Amigo”kata Faizul lalu berjabat tangan dengan Sufian. wang kertas RM5 diletakkan di atas meja lalu Faizul tergesa-gesa meninggalkan Sufian yang terpinga-pinga.

Mujur bagi Faizul bila Zharif tidak menyedarinya. Faizul segera berlalu meninggalkan cafeteria. Setelah selesai berbual dengan rakan-rakan kelasnya, Zharif berjalan masuk ke cafeteria dan menuju ke meja Sufian. Sempat juga Faizul menoleh kebelakang melihat Zharif dan Sufian yang duduk semeja di cafeteria itu. Faizul terus berjalan keluar.


-bersambung*-


*mungkin

8 comments:

  1. ada pun sambungannya... Thanx...

    ReplyDelete
  2. hey Mr Writer. sihat tak? lama tak menulis? you have such a great to write. salute you for that but what with the *mingkin in the end? are you going to stop from writing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat sikit..migrain dah nak datang semula ni..baru lepas telan aspirin.. mungkin??hmm entahlah bro.. sebab mood menulis ni belum 100% ada.. utk part ini je lebih tiga hari untuk aku siapkan..banyak rangka cerita diubah semula..

      Delete
  3. (Y) Love this. - Princess Riya. Sya perlukan abang untuk membaca blog abg . I need u to live..

    ReplyDelete
  4. teruskan khuzai jangan pernah berhenti, kau ada bakat menulis, mungkin kau boleh publish cerita kau jadi novel ker... by the way all the best in your life... and thanks

    ReplyDelete
  5. khuzai..apa2 pun yg trjadi, jgn jadikan ia satu penghalang utk kau terus mengasah bakat kau.. truskan menulis..

    cuma, bahagikn masa utk perkara2 lain yg perlu..

    dn jangan lupa jaga diri..

    ReplyDelete