09 April 2013

Tentang Rasa -part 14 : Milik Aku -



 Tentang Rasa -part 14 : Milik Aku -

Malam itu merupakan malam terakhir bagi Zharif dan Sufian bekerja di gerai burger Fakhri. Minggu depan semester baru bakal bermula. Mereka harus pulang ke Universiti untuk mendaftarkan diri. Sepanjang bekerja disitu pelbagai perkara telah terjadi kepada mereka. Semuanya mereka harungi bersama.

“jadi malam ni kira last day kau orang kerja kat sini lah?”Tanya amirah sambil membuka penutup botol minuman.
“ye.”kata Zharif lalu menghembuskan asap rokok.
“kesian brother tu. Lepas ni buat kerja berseorangan je”kata Amirah.
“apa kata kau tolong dia. Kau buat part time kerja dengan dia”cadang Sufian
“betul kata Paan. Kau kerja je dengan dia. Lepas tu kau try ayat dia. Mana tau dia buat kau jadi couple dia ke? hahaha”gelak Zharif. Sufian juga turut tergelak.
“ewah-ewah, bukan main lagi bahan aku ye. Brother tu pasti dah ada aweklah”kata Amirah
“eh tak de lah. Dia single lagi la”kata Sufian
“kalau single pun mesti dia ada minat kat sesiapa kan”kata-kata amirah bagaikan merentap jantung Sufian. 'ye benar amy, dia minat pada orang lain. Dia minat pada aku' kata hati Sufian lalu menoleh ke arah Fakhri yang sedang tekun memasak burger.
“kau ni kan. Belum tanya belum tau.”kata Zharif.
“kau ni apelah. Dah tentulah dia tau aku macam mana, kan tempoh hari dia ada kat pantai.”kata Amirah
“sebab itu rambut kau makin pendek?”Amirah tergamam sebentar mendengar pertanyaan dari Zharif. Sufian memandang wajah Zharif. Lalu menoleh ke arah Amirah.
“aku rimas. Rambut aku dah panjang. Aku potonglah. Lagipun aku potong pendek ni bukan apa, nak jimat duit. Kau ingat gunting kat salun tu murah ke?”ngomel Amirah.
Sufian hanya melihat rupa Amirah. Rambut amirah benar-benar semakin pendek. Adakah Amirah turut berubah seperti Adriana. Tapi mengapa perubahan Amirah jauh berbeza dari perubahan Adriana.

Akhrinya setelah selesai menjual burger yang terakhir pada pukul 1.45 pagi, gerai burger Fakhri mula tutup. Hari ini kehadiran pelangan tidak begitu ramai. Walaupun semua daging burger habis dijual, Fakhri tidak merasakan malam ini benar-benar sibuk baginya. Selain burger, satay juga habis dijual. Mungkin kerana Sufian dan Zharif membantunya, makan dirasakan malam ini tidak begitu sibuk.

Air mineral di minum Zharif setelah menelan dua biji pil yang berwarna hijau dan hitam itu. Zharif membantu Sufian mengemas barangan niaga.

“kau makan apa tadi?”tanya Sufian
“ubat”jawab Zharif
“ubat? Kau sakit ke? Sakit apa?”Sufian risau
“bukanlah. Ni ubat vitamin. Untuk menjaga kulit supaya lebih tegang dan anjal serta gebu disamping cerah”jawab Zharif saling tak tumpah seperti juru jual di televisyen.
“oooo”Sufian melopong
“dah cepat. Aku penat ni”kata Zharif.

Zharif membaringkan dirinya di tilam empuk yang menjadi alas tidurnya selama hampir 2 minggu lebih tinggal disini. Sufian menanggalkan baju dan seluar jeans yang dipakainya. Sufian memandang dua beg pakaian yang terletak di bucu kiri almari. Sufian bergerak ke dapur.

Sufian melihat kelibat Fakhri yang sedang termenung di kolam ikan diluar rumah. Sufian berasa simpati kepada Fakhri. Fakhri akhirnya menyuarakan hasrat hatinya kepada Sufian. Walaupun Fakhri sedar bahawa sufian tidak akan menjadi miliknya. Sufian menegaskan bahawa hatinya kini sudah miliki Zharif. Sudah bertahun Zharif mendiami hati Sufian. Tidak mungkin Sufian dengan mudah menghalau Zharif keluar darinya dan menjemput Fakhri untuk mengantikan tempat Zharif.

Sufian terus melangkah ke dapur. Air mineral di minumnya puas. Setelah itu Sufian berlalu semula ke biliknya. Sempat juga Sufian menoleh ke arah Fakhri ketika mendaki tangga. Setibanya di bilik, sufian disambut dengan dengkuran Zharif. Zharif memang mudah terlena. Telefon bimbit Sufian bergetar.

“kau nak apa lagi? Kau nak halau aku keluar dari negeri ni pula atau dari Malaysia ke?”Sufian memerli Sofi dihujung talian.
“aku nak jumpa kau. Kau kat mana?”

Sufian menguncup dahi Zharif sebelum mencapai T-shirt dan berjalan ke luar rumah. Fakhri terkejut melihat Sufian memakai selipar.

“kau nak pergi mana?”tanya Fakhri
“keluar kejap”jawab Sufian
“dengan macam ni?”tanya Fakhri sambil melihat Sufian yang hanya memakai t-shirt dan boxer sahaja.
“yelah. Ala bukan jumpa sesiapa pun. Jumpa abang aku je”kata Sufian sambil berlalu meninggalkan rumah Fakhri.

'abang? Eh budak ni. Tak takut ke kalau abang kau belasah kau lagi?!'Fakhri benar-benar risau.

Sufian melihat seorang lelaki sedang berdiri di sisi kereta proton Inspira dihujung blok rumah kedai tinggal itu. Keadaan jalan sedikit gelap. Sufian mengunakan cahaya telefon bimbit untuk membantunya mencari jalan yang selamat.

“kau nak apa?”tanya Sufian ketika melihat wajah Sofi masam mencuka.
“ini. Ambil ni”Sofi menghulurkan sampul surat.
“apa tu?”tanya Sufian yang masih memeluk tubuhnya.
“ambil jelah!”arah Sofi.
Sufian mengambil sampul surat itu lalu membukanya.
“dalam sampul tu ada RM2000. Duit dari mama dan papa. Mama dan ayah tak nak kau jejakkan kaki kau lagi ke rumah kami lagi. Kami benci ada keterunan macam kau. Kau gunalah duit tu untuk cari rumah baru dan habiskan study kau. Bila dah habis study, Pepandailah kau hidup. Ingat pesan aku, aku tak nak tengok batang hidung kau lagi! Kalau kau balik juga ke rumah, aku akan hantar kau terus ke rumah terakhir kau iaitu kubur!”ugut Sofi.
“hahaha nah ambil balik duit ni!”Sufian melemparkan sampul itu kepada Sofi.
“kau jangan risau, aku memang tak akan kembali lagi ke situ. Biarlah kau sahaja yang tanggung dosa yang kau buat kepada aku! Biarkan kau berterusan menipu mama dan ayah tentang perkara yang sebenarnya!”kata Sufian.
“pukimak!! kau memang nak mati!”kata Sofi lalu menolak badan Sufian. Sofi menumbuk muka Sufian. Sufian menolak dan menumbuk perut abang kandungnya.
“matilah kau sial!!”jerit Sofi lalu menendang perut Sufian. Sufian terjelopok ke belakang.

“WOOIII!!” suara orang menjerit memeranjatkan Sofi. Sofi kelam kabut masuk ke dalam kereta bila melihat orang yang menjerit tadi berlari ke arahnya. Kereta dipandu Sofi memecut laju meninggalkan Sufian. Sufian mengusap perutnya. Senak dan sakit dirasakan bila terkena tendangan padu dari abangnya.

“Paan! Kau tak apa-apa ke?”Fakhri datang menerpa membantu Sufian
“arghh sakit”Sufian mengerang
“kau sakit sangat ke? Aku bawa kau pergi hospital.”kata Fakhri sambil memangku kepala Sufian.
“tak.tak payah. Aku ..aku ok”kata Sufian yang masih menahan rasa sakit.
“babi punya abang, sangup buat adik sendiri macam ni! Macam perangai anjing!”marah Fakhri.

Fakhri memberikan Sufian sampul surat tersebut. Fakhri duduk disebelah Sufian yang masih meraba-raba pipinya.

“kau ok tak ni?”tanya Fakhri
“aku ok je”.kata Sufian
“tak sangka abang kau macam tu”kata Fakhri

Suasana di tempat itu sungguh sunyi. Hanya lampu jalan yang berwarna jingga menerangi kawasan rumah kedai tinggal itu. Bunyi cengkerik memecah ksunyian malam. Fakhri melihat orang kesayangannya dibelasah oleh abangnya.

“kenapa dia buat begitu lagi pada kau? Apa yang dia beri tu?”tanya Fakhri
“ini. Kau tengoklah sendiri”Sufian menghulurkan sampul itu.
“banyak duit ni, tapi untuk apa?”tanya Fakhri.
“supaya aku tak akan kembali lagi ke rumah itu. Mama dan ayah aku dah buang aku. Seluruh Keluarga aku dah buang aku.”Sufian mula sebak.
“hey, sudahlah. Sabar k. aku ada. Kau jangan bimbang. Kau boleh mulakan hidup baru”pujuk Fakhri
Sufian menekup mukanya.
“lambat laun sejuk juga hati keluarga kau tu nanti. Kau sabarlah. Kau kene faham. Tak de ibu bapa yang nak anak mereka jadi begini. Susah mereka nak menerimanya, tapi tak bermakna mereka akan terus membenci kau. Bila tiba harinya nanti, segalanya akan pulih. Aku percaya, yang ibu dan ayah kau akan mengampuni kau”kata Fakhri cuba menenangkan jiwa Sufian.
“sekarang aku betul-betul dah tak de tempat nak mengadu lagi”kata Sufian
“aku kan ada..”kata Fakhri lalu memeluk bahu sufian.
“terima kasih bro. Aku banyak susahkan kau”kata Sufian
“jangan cakap macam tu. Aku tak suka.”kata Fakhri lalu mencium dahi Sufian dan memeluk Sufian erat. Sufian hanya mendiamkan diri.

Pintu rumah terkuak, Sufian dan Fakhri masuk ke dalam rumah. Fakhri mengunci pintu rumah.

“aku masuk tidur dulu bro”kata Sufian
“ok.”jawab Fakhri.
“oh ye, kalau Zharif tanya kenapa badan dan muka aku ni lebam, kau cakap aku jatuh masa aku tolong kau kemas barang”pinta Sufian
“ok, kau jangan risaulah.”kata Fakhri

Pintu rumah dikunci Sofi. Sofi bergerak naik ke tingkat atas. Sofi terkejut memandang seorang perempuan sedang duduk di sofa diruang tamu sambil memandang ke arahnya.

“Along dah buat apa yang mama pesan?”tanya ibu Sofi
“dah tadi”jawab Sofi
“Paan terima? Paan ok ke? Dia macam mana?” Ibu sofi ingin tahu
“dia ambil je. Lepas tu terus pergi. Dia tak ucap terima kasih pun kat mama bila dapat duit itu dan tak sampaikan salam pun. Mama, lepas ni mama janganlah ambil berat pasal budak tu lagi. Dia tak reti bersyukur! Orang macam itu pun mama nak bantu lagi?!”tegas Sofi yang begitu membenci adiknya.
“dia anak mama. Mama sayang dia. Walau apa pun dia sekarang, mama tetap sayang dia. Along jangan pernah nak beritahu ayah fasal ini! Kalau kamu tak sudi nak bantu mama, biar mama sahaja yang bagi dia terus duit belanja nanti! Tapi jangan sesekali kamu beritahu ayah fasal ini!”tegas ibu Sofi
“baiklah mama. Maafkan Along. Along cuma..”
“tak pe. Tapi ingat hal ini antara kita je. Jangan sampai ayah kamu dapat tahu yang mama beri Paan duit belanja.”
Sofi mengangguk faham sambil tersenyum sinis.


*                        *                         *


Seawal pukul 11 pagi lagi Fakhri sudah sibuk di dapur. Fakhri sibuk memasak makanan tengahari. Banyak lauk yang disediakannya pada tengahari itu.

“nak buat kenduri ke bro?”
'Puukk' tangan Sufian menangkap siku Fakhri.
“hahaha kali ni aku berjaya tahan siku kau. Asyik nak menaji je kerjanya”Sufian tertawa
“kau ni kan. Selalu buat aku terkejutlah. Nasib baik sempat tahan, kalau tak dah berlekuk dahi kau tu”kata Fakhri.
“banyak masak bro, nak buat kenduri ke?”tanya Sufian
“kau kan dah nak balik U kejap lagi. So aku masaklah sedap-sedap untuk kau.”kata Fakhri.
“perghh bestnya. Beruntung siapa dapat bro ni kan”Sufian menghidu bau kari ayam masakan Fakhri.
“malangnya orang tersebut yang menolak untung”perli Fakhri
Sufian tersentak.
“yang sayur ni pula,bro nak masak apa?”tanya Sufian mengubah topik
“goreng jelah. Lepas mendidih je kari tu, aku nak buat telur dadar dan lepas tu siaplah.”kata Fakhri
“ok la tu. Tak sabar nak makan ni”kata Sufian
“cuba kau rasa kari tu, ok ke tak?”
Sufian menceduk kari ayam tersebut
“mmm lazat cukup rasanya”puji Sufian
“Zharif dah bangun?”tanya Fakhri
“belum lagi”jawab Sufian.
“hurmm lepas ni sunyilah aku. Kau dah takde lagi kat rumah ni”kata Fakhri.
Sufian terdiam. Memandang Fakhri dengan rasa bersalah.
“dah la tu bro. Janganlah macam ni dengan aku”kata Sufian
“aku dah cuba, tapi boleh Paan. Bila kau ada depan mata aku ni, aku betul-betul mengharapkan yang kau akan cakap 'aku juga mencintaimu' kat aku. Susah aku nak terima hakikat yang kau menolak cinta aku. Aku tak tahula Paan. Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Tapi yang aku tahu, hati aku sekarang betul-betul cinta pada kau”
“woo bro.cukuplah bro. Kau dah tahukan jawapan aku apa. Ia tetap sama. Sama seperti sebelum ini. Kalau kau betul sayangkan aku, tolong hormat keputusan aku. Tolong jadi Fakhri yang aku kenal sebelum ini,yang tidak pernah bercakap soal cinta, yang selalu sibuk memikirkan gerai burgernya. bukan Fakhri yang sedang berdiri di depan aku ni”
“aku berubah banyak sangat ke?”
“entahlah. Tapi itu yang aku nampak.”kata Sufian yang kemudiannya berjalan meninggalkan dapur dan Fakhri.

Setelah bersiap, Zharif dan Sufian berjalan ke dapur. Fakhri pula sedang membancuh air. Sufian dan zharif duduk di meja makan. Nasi di ceduk Sufian dan di isi ke pingan Zharif dan Fakhri. Tengahari itu tiga lelaki itu menjamu selera dengan mesra sekali.

“jadi lepas ni, siapa yang akan bantu bro?”tanya Zharif.
“aku belum fikir soal tu lagi”kata Fakhri.
“maaflah, kami kena pulang. Lusa dah kene daftar”kata Sufian
“tak pe aku faham. Nanti pandai-pandai lah aku cari pekerja. Kau orang pun dah banyak bantu aku”kata Fakhri tersenyum.

Setelah selesai menikmati hidangan tengahari. Zharif dan Sufian mengangkat beg pakaian dan memasukkannya ke dalam kereta. Zharif menghidupkan enjin kereta. Fakhri berjalan ke arah mereka yang berada di pintu rumah sambil membawa beberapa bekas plastik berisi makanan.

“ini aku ada bekalkan lauk ni, nanti sampai sana kau boleh makan.”kata Fakhri.
“terima kasih. Banyak ni”Sufian mengambil bekas makanan tersebut.
“ambillah.lagipun aku seorang je makan memang membazirlah nanti. Jadi aku bagi lah kat kau.”kata Fakhri. Zharif berjalan ke arah mereka.
bro, kami balik dulu ye, apa-apa salah silap yang kami buat,kami minta maaf. Halalkan makan minum kami ye”kata Zharif lalu bersalaman dengan Fakhri.
“tak de hal la.”kata Fakhri
“ini you bawa ni masuk dalam kereta”arah Sufian. Zharif mengambil makanan tersebut lalu berjalan ke arah kereta Satria Neo itu.
“aku balik dulu bro.”kata Sufian lalu bersalaman dengan Fakhri. Tangan Fakhri diciumnya.
“aku sayang kau juga bro. Tapi tak sama macam aku sayang Zharif. Assalammuallaikum”
“Waalaikumsalam”jawab Fakhri sayu melihat Sufian meninggalkannya.

'Tin Tin!!'Zharif sempat hon pada Fakhri ketika keretanya mula bergerak meninggalkan rumah Fakhri. Fakhri melambai kepada mereka. Akhirnya Sufian meninggalkannya. Fakhri murung.

Perjalanan pulang itu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Sampai di Universiti, Zharif memarkir keretanya tidak jauh dari kawasan asramanya. Zharif dan sufian mengangkat beg masing-masing. Terdapat juga beberapa orang penuntut disitu yang turut sama pulang masuk ke asrama.

Dari jauh terdapat dua bebola mata sedang melihat pasangan kekasih itu dengan penuh kebencian. Lelaki kacak itu hanya memandang tajam ke arah susuk tubuh zharif dan Sufian yang sedang membuka pintu bilik asrama berhadapan dengan blok lelaki itu.

'akhirnya kau kembali juga sayang. Kau kembali bersama dengan dia. Tapi itu tidak bermakna aku akan biarkan sahaja. Apa yang patut menjadi milik aku akan kekal menjadi milik aku'bisik hati dendam Faizul dari anjung biliknya.

-bersambung-

14 comments:

  1. pendek tp best... like it. dapat bayangkan semua scene dalam cite ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sebab pendek.. sebab byk dah diringkaskan..nak buat jalan cite ni cepat dan x nak ada unsur meleret yg melebih-lebih

      Delete
  2. Benarkah hubungan abg-adik kandung blh seteruk itu dlm hal2 berkaitan 'diluar kebiasaan/normal'? Sbb aku x prnh jmpe hubungan adik-beradik yg blh bergaduh smpai tgn kaki sepak terajang naik ke muka.. Hanya setakat x bertegur sapa dlm tempoh yg lama ada lah. Itupun dlm hal2 pewarisan harta yg biasanya berlaku. Elok juga khuzai kupas & ketengahkan isu hubungan adik-beradik jika salah seorgnya bukan normal. Apa reaksi adik-beradik normal yg lain?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 leh berlaku.. ini antara yg jarang org nampak

      Delete
  3. sofi nak bolot harta sorang sorang lah tu.. sian maknya ditipu ..memang anak derhaka...hehehe
    Amirah akn couple ngan fakhri..
    Zharif ngan sufian akan terpeleot..pasal FAizul ..cehewah
    Sufian balik mencari Fakhri, tp Amirah dah ambil hati Fakhri, jadi Sufian akan merasa seperti mana Fakhri rasa bila tiada bilik lagi dihati Fakhri untuknya ...
    tol x Khuzai.?.hehehhehe...

    macam aku lak buat rangka citer ni..
    pendek tp best...
    buat lah meleret leret khuzai..kurang dialoglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..lepas ni biar abgjangut jela yg wat cite ni

      Delete
    2. opss sorry...ngak ada niat ..mintak mahaf tuan tanah ...:(
      saya gurau saja..

      Delete
    3. eh jangan salah faham..saya tak kisah pun kalau abgjangut nak komen mcm tu..hehehehe sbb dari komen tu aku nampak abgjangut tol2 follow cite ini dan mudah nak tau apa yg bakal terjadi.. jgn fikir sy marah lak komen mcm tu hahaha adehhh apela hehehe

      Delete
  4. sofi macam bangang je. haih. ada jugak abang jilaka macam tu

    ReplyDelete
  5. o khuzai..mana ko..xda update ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khuzai, o khuzai... Anda ada di mn skrg? Dh lama saya menantikan sambungan cerita anda ini..huhu. Betul tak abg Jangut?

      Delete
    2. betul...betul ..khuzai merajuk mungkin...
      ..aku jd silent reader jer ler...

      Delete