10 May 2013

Tentang Rasa -part 16 : Pasangan -



 Tentang Rasa - part 16 : Pasangan -

Waktu kini sudah lewat senja. Jam di komputer riba menunjukkan angka 7.04pm. Zharif selesai mandi dan terus mengenakan pakaian. Sufian yang sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarahnya ketika kelas pada pagi tadi. Sufian menoleh memandang Zharif. Skrin komputer riba itu diabaikan sebentar oleh Sufian.

you nak pergi mana?”tanya Sufian
“nak jumpa abang. Ada hal keluarga”jawab Zharif sambil membutangkan baju kemejanya.
“pukul berapa you balik rumah?”Sufian berdiri
before 10. sorry I tak dapat dinner dengan you.”kata Zharif serba salah.
its ok”Sufian tersenyum
“betul ke ni? Or maybe you nak ikut I sekali ke?”
“tak perlu. I ok.”jawab Sufian
Zharif menyarung sandalnya lalu memulas tombol pintu bilik.
“Zhaf..”Sufian menarik bahu Zharif
kuncupan mesra dari Sufian kepada Zharif. Zharif membalas kuncupan itu.
take care. Send my regard to your brother”pesan Sufian.
i will. Assalammuallaikum”Zharif melangkah keluar dari bilik.
“Waalaikumsalam”jawab Sufian


Pintu bilik diketuk beberapa kali. Sufian melihat waktu diskrin telefon bimbitnya. Baru pukul 8.30malam. Sedikit pelik dirasakannya. Adakah Zharif sudah pulang. Tapi Sufian merasakan sedikit awal. Sufian meninggalkan kerja menaipnya lalu membuka pintu bilik. Muka Sufian sedikit berubah.

“Assalammuallaikum bro”Faizul memberi salam.
“Waalaikumsalam.”jawab Sufian.
Sufian terkaku melihat kehadiran Faizul diluar biliknya.
“errmm can I come in?”tanya Faizul yang pelik melihat Sufian termenung.
“eh.eh sorry, jemputlah masuk”perlawa Sufian.
“kau tengah buat apa?”soal Faizul
“buat assignment sikit”kata Sufian
Faizul menghentikan langkahnya.
“eh aku tak mengangu ke?”tanya Faizul.
“tak lah. Aku dah nak siap dah cuma nak coppy paste gambar je”kata Sufian.
“cun gak bilik kau ek”puji Faizul.
“haha bilik bujang bro.”kata
sufian lalu duduk dikerusinya.
“jemputlah duduk.”perlawa Sufian
“ini budak bilik kau ke?”tanya Faizul ketika melihat beberapa gambar Zharif dan Sufian yang terlekat dicermin solek didinding bilik itu.
“ye”jawab Sufian sedikit gusar.
“kawan baik?”
“ye.”
“nampak mesra”
“Dah duduk sebilik kan. Jadi kawan baiklah”kata Sufian
Faizul tidak meneruskan pertanyaan. Hanya menatap satu persatu gambar-gambar Sufian dan Zharif.

“mana kawan kau?”tanya Faizul
“dia keluar”jawab Sufian lalu mematikan komputer ribanya.
“kau tak keluar sekali dengan dia?”
“tak.. wei kau buat apa malam ni?”
“kenapa tanya?”Faizul memandang Sufian
“jom kita pergi makan, aku lapar lah”kata Sufian
Faizul tersenyum melihat Sufian.

Suasana di cafeteria itu agak riuh dengan gelagat beberapa kumpulan pelajar yang duduk berbual dan gelak ketawa di situ. Akhirnya meja di sebelah tiang berdekatan dengan tandas menjadi tempat Sufian dan Faizul duduk. Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka. Setelah pesanan di ambil Sufian mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeansnya. Faizul hanya melihat Sufian tekun membelek telefon bimbitnya.

“ramai gila budak-budak lepak dekat sini”kata Faizul cuba mencuri perhatian Sufian.
“yup”Sufian mengangukkan kepala tanpa melihat Faizul.
Faizul tidak menyambung kata-katanya lagi. Faizul beralih memandang ke arah pelajar-pelajar yang berada disitu. Faizul tersenyum melihat seorang perempuan berjalan menghampiri ke arahnya.

“hi Ijoi”tegur perempuan yang berambut ikal itu.
“hi.ada apa?”tanya Faizul sambil tersenyum
“tak ada ape,cuma nak bagi ini je kat you”kata perempuan itu lalu meletakkan sekeping kad ke meja itu lalu berjalan pergi.
“eh apa ni?”pertanyaan Faizul cuma dibalas senyuman oleh perempuan itu.
“wah masyuk ar. Ada awek syok kat kau”Sufian tersenyum
its just a card bro.”kata Faizul sambil menunjukkan kad tersebut.
“kad cinta la tu”
“nah”Faizul menghulurkan kad tersebut kepada Sufian
“untuk apa?”
“bacalah”pinta Faizul
“kad kau,aku yang kena baca?”
Faizul mengangukkan kepala.
“ok”Sufian membuka sampul tersebut dan membaca isi kandungan kad itu. Setelah selesai membaca, Sufian memandang Faizul. Faizul hanya tersenyum
“aku tak tahu. maaf”kata Sufian
its just a card,nothing special about it
happy birthday bro. Tak mengapa, aku belanja kau makan malam ni k, kau order je la makanan yang kau nak, dan berapa banyak yang kau nak”kata Sufian
“hahaha apela kau ni. Kita baru kenal lah. Kau tak perlu rasa bersalah fasal ni. Banyak lagi benda yang kau belum tahu.”kata Faizul.
“kau tak lepak dengan kawan kau ke?”tanya Sufian
“dah. Semalam dia orang sambut birthday aku.”kata Faizul
“cantik kad ini. Sama cantik macam awek tadi”puji Sufian ketika membelek-belek kad tersebut.
“hahaha kalau kau nak aku boleh kenal kan pada kau”kata Faizul
“tak perlulah. Aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku”
“maksud kau?”Faizul pelik
“buat masa ini, aku tak perlukan perempuan. Aku banyak lagi komitmen lain yang perlu aku fokuskan”kata Sufian.
Faizul hanya terdiam mendengar kata-kata Sufian. Semakin lama semakin banyak sifat Sufian yang mula diketahuinya. Tapi itu tidak berjaya menghalang apa yang sudah dirancangnya.
“bayangkan jika ada seorang gadis yang suka pada kau, apa reaksi kau?”tanya Faizul
“maksud kau?”Sufian aneh.
“kalau ada awek meluahkan rasa hatinya pada kau. Apa yang kau akan balas pada awek tu? Apa yang akan kau cakap tanpa menguris hati awek tu?”
“cakap perkara yang sebenarnya lah. Cakap yang aku belum bersedia untuk bercouple.”jawab Sufian
“kalau awek tu tak dapat terima jawapan kau?”tanya Faizul
“itu bukan masalah aku. Aku dah bagi jawapan yang sepatutnya pada awek itu. Jadi masalah dia terima atau tak boleh terima bergantung pada dia”kata Sufian
“kau handsome, lelaki macam kau ni patut sudah ada couple sekarang”
“kau pula, kau pun handsome juga, tak akanlah tak de awek yang suka pada kau”
pertanyaan Sufian berjaya membuatkan Faizul tersentak. Memorinya tentang bekas kekasih lamanya kembali bermain difikirannya.
“tak. Terus terang aku cakap. Aku ni jenis yang memilih. Aku memang memilih yang terbaik sebagai pasangan aku”kata Faizul
Sufian tersenyum mendengar kata-kata Faizul. Faizul seorang yang berterus-terang dalam hal ini. Dalam mencari sesuatu yang boleh dikatakan sebagai teman hidup.

Zharif melambai-lambai ke arah kereta abangnya, Dr. Zahid yang bergerak keluar dari perkarangan masjid. Zharif memetik pemetik api. Asap rokok keluar berkepul-kepul di udara. Seorang wanita yang bertudung litup berjalan menghampirinya.

“Zhaf, kenapa you smoking lagi. Tak eloklah. Please berhenti ok”tegur Adriana
“ok I will miss Adriana.”kata Zharif lalu membuang putung rokok tersebut.
so, apa yang abang you cakap?”tanya Adriana
about what?”tanya Zharif kembali
you and your family lah”kata Adriana
“masuk dulu, kita cakap dalam kereta ok”arah Zharif

perjalan malam itu tidak begitu sesak. Segalanya lancar dan baik. Adriana memperlahankan bunyi lagu di radio kereta Satria Neo itu.

family I still tak dapat terima I. Kes ni macam kes Paan. So sekarang ni my mom sedang berusaha nak rampas bahagian hak I dari wasiat ayah I. I dah cakap pada mereka. If they want, just take it. But my abang told me jangan biarkan mereka berbuat begitu.”cerita Zharif
So, sekarang ni apa yang jadi?”tanya Adriana
I suruh abang I handlekan je”kata Zharif
“tentang Sufian?”
“ermm”
Zharif sedikit mengeluh
“bila tiba masanya nanti. Dia akan tahu juga”kata Zharif.
I harap you tak terlambat untuk masa itu”kata Adriana

Selesai menjamu hidangan makan malam, Faizul dan Sufian berjalan beriringan menuju ke asrama. Tangga di daki. Tiba-tiba Faizul berhenti melangkah.

“kenapa?”tanya Sufian
“jom ikut aku. Kita lepak di port baik punya”kata Faizul lalu menarik bahu Sufian

“selalu ke kau lepak kat sini?”tanya Sufian
“kadang-kadang”jawab Faizul lalu duduk bersila di lantai itu.
Suasana malam begitu mendamaikan jiwa, sesekali kedengaran sayup-sayup bunyi ketawa dan jeritan dari pelajar-pelajar yang melepak di kawasan sekitar. Sufian tidak menyangka Faizul jenis yang suka bersendirian disini. Di atas bumbung bangunan asrama ini.
“aku ingat budak popular macam kau, tak de masa nak lepak-lepak berseorangan disini.”kata Sufian
“aku tak popular mana pun bro. Aku cuma ada ramai kawan. Itu je”kata Faizul
“ramai kawan tapi awek tak ada pula”
“kan aku dah beritahu kau sebabnya. Aku ni memilih. Aku tak jumpa mana-mana awek lagi yang sesuai dengan aku. Kat sini pun sama. Semua awek tak ada ciri-ciri yang aku nak”kata Faizul
“ok”
“yang kau ni kenapa sibuk tanya fasal awek?”Faizul ingin tahu
“takde apa, cuma tanya je, aku tengok kau ni handsome gak. Tak akan lah tak de awek”
“hahahaha aku handsome? Hahaha terima kasih bro. Aku tak de choki-choki yang bagi kat kau sebagai upah haha”Faizul geli hati.
“siot..”
“habis, kau ingat semua budak handsome mesti ade awek? Bukan macam tu bro. Tak semestinya ada awek”
“habis tu ada pakwe?”
Faizul tersentak lalu tersenyum
“mungkin jugalah, sekarang ni ramai lelaki yang handsome sudah menjadi gay”kata Faizul
“jadi kau ni gay la ek?”
“hahahaha kau tu pun gay jugalah, sebab kau handsome”Faizul terus tertawa
“agak-agaklah bro”jawab Sufian

Tepat pukul 11 malam, Zharif pulang ke asramanya. Zharif membuka pintu bilik. Suasana suram. Hanya lampu meja yang bersinar suram. Zharif melihat Sufian sudah terbaring di katilnya kaku. Mungkin sudah tidur.

Zharif berjalan ke almarinya lalu menanggalkan satu persatu pakaiannya. Zharif bergerak masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya. Sufian masih lagi lena. Zharif mengenakan kain pelikat dan memakai t-shirt putih. Pintu bilik di kunci perlahan-lahan.

Bunyi putaran kipas yang berputar ligat di surau itu mententeramkan jiwa Zharif. Selesai bersolat sunat Tahajjud. Zharif melangkah ke suis kipas dan lampu di dinding surau itu. Pintu surau dikunci Zharif. Jam ditangan Zharif menunjukkan angka 12.30 malam. Zharif berjalan perlahan melangkah pulang ke bilik asramanya. Lampu di koridor bangunan sudah padam. Dalam jarak kurang dari 100meter dari bilik asramanya, tangan Zharif di rentap dan di tarik kebelakang.

“hey sayang, rindu kat aku tak?”kata lelaki yang merentap tangan Zharif itu.
“kau..hmm mm”mulut Zharif ditekup dengan kasar.
“aku angap itu sebagai ye!”kata lelaki itu lalu menarik badan Zharif ke sebuah bilik asrama kosong.
Badan Zharif ditolak ke dinding.
lelaki itu mula memeluk badan Zharif dan mencium leher Zharif.
Zharif meronta-ronta lalu menolak kuat badan lelaki itu ke belakang.
“apa kau buat ni Ijoi?! Kau jangan nak melebih dengan aku!”tengking Zharif
“syhh diam lah sayang.”kata Faizul lalu menguncup bibir Zharif.
Zharif menumbuk padu perut Faizul.
“Argh ahhkk”Faizul berundur kebelakang sambil menekup perutnya yang senak akibat tumbukan dari Zharif.
“kalau kau nak mati, kau buatlah lagi!”marah Zharif lalu berlalu keluar dari bilik kosong itu.
“Zhaf!!”jerit Faizul menarik bahu Zharif.
“jangan kacau aku lagi. Susah sangat ke?”tanya Zharif
“baik. Lepas ni aku tak akan kacau kau lagi. Aku minta maaf. Aku tahu aku tak sesuai dengan kau. Aku tak setaraf dengan kau.”
“bukan macam tu bro. Ni bukan hal taraf ke sepadan ke pape ke, hati aku dah dimiliki. Kalau hati aku kosong, aku mungkin akan terima kau.”
“jadi sebenarnya kau pun suka kat aku kan”
“aku tak kenal kau lagi. Kau pun belum kenal aku lagi macam mana. Tak akan terus nak declare pula. Maaf bro, tapi aku rasa kau cari lah budak lain”kata Zharif lalu berjalan menuju ke bilik asramanya.

'cari budak lain?? kau gila ke apa? Hati aku hanya pada kau. Aku dah jatuh hati pada kau. Tentulah aku tak pandang budak lain. Jangan risau Zhaf, lambat laun juga kau akan menjadi milik aku. Kau tengok jelah nanti' dendam hati Faizul ketika melihat Zharif berjalan pergi dalam kegelapan malam itu.

-bersambung-

p/s : part 2 cerpen Budak Duitan sudah disiarkan di Facebook Page

15 comments:

  1. perghhh. cool cool. hahaha. ingatkan ijoi suka pian. kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. terima kasih abang jangut..jangut makin lebat ke??

      Delete
    2. wahh makin handsome la ni atau..... hahahaha

      Delete
    3. atau apa ..ko jangan hehehheee

      Delete
  3. satu jalan cerita yang menarik kita sebagai pembaca ingin tahu apa yangterjadi pada watak -watak dalam cerita ini ,pada zharif ,sufian ,fakhri,firdaus ,amirah dam kekasihnya danjuga watak jahat abang sufian -sofi dan ijoi .kita tertunggu cerita seterusnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..teruskan menanti part yang mendatang k

      Delete
  4. Teruskan cite you ni.jangan give up..kalo rasa macam blank, stop sekejap utk rehatkan minda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb support i.. jgn lupa terus membaca k

      Delete
  5. Kini saya terasa sangat baca novel abg coz sya ada kapel dkat skang..ehehehe

    ReplyDelete