17 May 2013

Tentang Rasa -part 18: Nilai Sebuah Hubungan-



Tentang Rasa -part 18: Nilai Sebuah Hubungan-

Kurang dari 3 minggu lagi bakal bermula peperiksaan akhir semester. Walaupun Zharif dan Sufian berlainan jurusan, namun jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan menunjukkan waktu peperiksaan mereka berjalan serentak. Cuma untuk satu subjek dimana waktu peperiksaan mereka berlainan masa. Zharif disebelah petang manakala Sufian disebelah pagi.

“Zhaf dah siap salin jadual?”tanya Sufian
“dah. Waktu exam kita banyak yang sama kan”kata Zharif lalu menutup buku notanya.
“ye, betul tu. Jom kita balik, I dah mengantuk ni”Sufian mengeliat
you pergi lah dulu, I nak jumpa lecturer I, nak tanya fasal apa topik yang keluar masa exam nanti”kata Zharif.
“ok I tunggu you di bilik”kata Sufian lalu berjalan meninggalkan Zharif.

Zharif melangkah perlahan ke surau di kampus itu. Seluar jeans itu dilipat bahagian kakinya hingga ke pangkal lutut. Pili air dipulas Zharif. Zharif mencangkung dan mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk, Zharif melangkah perlahan-lahan ke dalam surau tersebut. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang sedang solat dan berbual-bual.

Selesai bersolat,Zharif duduk bersila dan mengeluarkan naskah Yasin kecil untuk dibaca. Zharif masih ingat lagi peristiwa dua bulan yang lepas, seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 10 tahun memulangkan jam tangannya yang tertinggal disurau sebuah pusat membeli-belah ketika Zharif menunaikan solat Zuhur disitu. Selain itu juga budak lelaki itu turut memberi naskah Yasin tersebut kepada Zharif.

Hampir seminggu setiap malamnya Zharif menangis sendirian setelah selesai solat Tahajjud bila mengenangkan peristiwa tersebut. Selesai membacakan surah Yasin tersebut. Zharif menguncup tiga kali naskah Yasin itu. Naskah Yasin itu disimpannya rapi.

Malam itu selesai menikmati makan malam di cafeteria, pasangan kekasih itu mula berjalan kembali ke bilik asrama mereka. Telefon bimbit Zharif berbunyi. Zharif terhenti membaca SMS tersebut. Sufian memandang Zharif.

“kenapa?”tanya Sufian
“abang Zahid, dia nak jumpa I . urgent katanya”jawab Zharif lalu menyimpan telefon bimbitnya
“oh ok”balas Sufian. Mereka meneruskan langkah ke bilik.
lately ni, abang you selalu jumpa dengan you kan. Ada apa yang tak kena ke?”tanya Sufian
“biasalah, masalah keluarga.”jawab Zharif mengikuti langkah Sufian
“selalu sangat masalah keluarga macam pelik je”Sufian mula meragui Zharif
“kenapa? you dah fikir yang bukan-bukan tentang I ke?”tanya Zharif
you rasa?”soal Sufian kembali
i rasa you tak patut rasa apa yang you rasa sebab I rasa apa yang you rasa adalah salah”jawab Zharif
“baiklah. I cuma risau kalau abang you tu jadi macam abang i
what??!! hey you jangan fikir abang I macam tu! Dia abang yang terbaik dalam hidup I ”marah Zharif
“maaflah. I tak maksudkan macam tu”
you tak akan cakap kalau perkara tu tak bagi maksud apa-apa bagi you!”
“Zhaf I minta maaf lah. I cuma..”
“cuma apa? Tolonglah Paan. Dia bukan macam tu. Apa you ingat I sangap sangat ke sampaikan nak makan darah daging I sendiri!”
“tak, you yang terbaik. Cuma I je yang buruk sampaikan buat benda tu dengan abang kandung I ”kata Sufian lalu berjalan laju meluru ke bilik.
Zharif mengeluh panjang.

“dalam pukul 10 I balik. I tak lama jumpa abang I ”kata Zharif ketika memakai sweater biru.
Sufian hanya mengangukkan kepala sambil memandang skrin komputer ribanya.
“Paan. Maafkan I. I tak patut cakap macam tu tadi.”
“tak pe. Salah I juga yang memulakannya dulu. You pergilah. Nanti lambat pula. I ok”jawab Sufian.
“ok. Assalammualaikum”
“Waalaikumsalam”jawab Sufian melihat Zharif menutup pintu bilik tersebut.

“nah. Sorry lambat bagi, I lupa bussy sikit lately ni”kata Adriana menghulurkan kad perkahwinannya.
its ok. Kenapa cepat sangat you nak kahwin? Bukankah hujung tahun ni baru you akan kahwin? Ni mesti dah tak sabar ni kan hehe”Zharif tertawa kceil melihat kad tersebut.
“bukanlah. My parents dah tak sabar nak timang cucu”jawab Adriana
your parents ke atau you yang dah tak sabar nak buat anak? hahaha ”usik Zharif lagi
euww pelase lah.”
you jemput Amy tak?”
Adriana mengelengkan kepala.
“kenapa? Jemputlah dia”
Adriana menundukkan muka.
“Ana, benda dah lepas tu biarkan lepas. Tak elok kalau you terus senyap begini. Tak elok memutuskan silaturahim”kata Zharif.
I tak tahu sama ada dia nak jumpa I lagi ke tidak”
you cubalah. I akan bantu you nanti.”
thanks. Hurmm mana abang you?”
“entahlah. Kejap lagi sampai lah kot”jawab Zharif sambil melihat pintu masuk restoran tersebut.

Pintu bilik di ketuk. Sufian bergerak ke pintu dan membuka pintu tersebut. Faizul berdiri sambil tersenyum ke arah Sufian. Sufian membalas senyuman Faizul

“masuklah”perlawa Sufian lalu duduk di kerusi.
“tengah study ke. Rileks la, muka nampak tension je”kata Faizul lalu duduk di katil Sufian.
“dah nak dekat 2 jam aku study tapi satu apa pun tak masuk kepala lagi”runggut Sufian
“kau dah makan?”tanya Faizul
“dah tadi dengan housemate aku”kata Sufian sambil memicit kepalanya
“cukup-cukuplah study tu. Kalau kepala dah tak boleh masuk, jangan paksa bro. Nanti otak tambah jammed”kata Faizul lalu memicit kepala Sufian.
“mm sedaplah..mm”kata Sufian
“haha dah jom ikut aku”ajak Faizul
“pergi mana?”tanya Sufian
“pergi merilekskan kepala otak dikala sedang stress menghadapi peperiksaan”jawab Faizul
“fuyohh!! hahaha”Sufian tergelak lalu mengikut Faizul keluar dari bilik.

Asap rokok meliuk-liuk keluar dari puntung rokok. Faizul dan Sufian duduk bersila di bumbung bangunan asrama. Tempat yang sama mereka melepak sebelum ini. Hampir seminit mereka mendiamkan diri. Hanya melihat telatah beberapa orang pelajar lain yang sibuk bergurau senda dan bermain badminton di kawasan parkir kereta tersebut yang menjadi pemisah di antara bangunan asrama lelaki dan perempuan.

“macam mana? Dah ok dah sekarang?”tanya Faizul
“oklah sikit. Hilang tension aku bila tengok budak-budak tu bermain. Dah macam budak-budak kecil je.”kata Sufian.
“baguslah kalau macam tu. Kau duduk terperap dalam bilik tu pun tak eloklah. Kau kene hirup udara yang segar ni, baru otak kau menjadi lebih tenang”kata Faizul.
“selain aku, siapa lagi yang kau pernah ajak lepak disini?”tanya Sufian
“buat masa ni, kau seorang jela”kata Faizul lalu memandang ke bawah.
Sufian terdiam. Jauh didalam hatinya terdetik rasa terharu.
roomate kau belum balik lagi?”tanya Faizul ketika melihat kawasan parkir
“belum. Eh mana kau tau roomate aku keluar?”tanya Sufian
“err.. tadi masa aku masuk bilik kau, mana ada roomate kau kan, sebab tu la aku tanya”jawab Faizul sambil tersengih.
“dia keluar, pergi brainstorm dengan budak kelas dia kot”kata Sufian.
“kau ni monyok tetiba kenapa?”Faizul melihat muka Sufian seakan-akan lemah semangat
“tak ade apa lah.”kata Sufian menunduk muka.
“cakaplah Paan, kau ni kenapa?”tanya Faizul lagi.
“aku ok lah”tegas Sufian
“tak, kau tak ok”cakap Faizul lalu menarik muka Sufian memandangnya. Sufian menghalang Faizul
“Ijoi, aku ok lah!”Sufian meronta
“pandang aku! Biar aku tengok air muka kau ok ke tak!”Faizul menarik kuat kepala Sufian.
Sufian memandang wajah Faizul tepat ke matanya. Faizul dan Sufian bertentang mata. Faizul terus menguncup bibir Sufian. Pada mulanya Sufian terkejut namun Sufian tidak melawan. Sufian hanya membiarkan bibirnya diratah oleh bibir Faizul. Akhirnya Sufian membalas ciuman dari Faizul. Tangan Faizul mula merayap ke bahagian bawah pusat Sufian.

*                        *                         *

Setelah mendapat kebenaran masuk oleh pengawal bertugas di post pengawal keselamatan, Zharif memandu masuk keretanya ke dalam kawasan kolej. Waktu di papan pemuka kereta itu menunjukkan angka 12.15 am. Zharif benar-benar lewat. Tidak sangak perbualannya dengan abang Zahid dan Adriana memakan masa lebih dari 3 jam.

Zharif membuka pintu biliknya. Zharif terkejut melihat Sufian masih lagi berjaga di depan komputer ribanya. Sufian kelihatan tekun menelaah sambil mendengar lagu. Sudah menjadi kebiasaan Sufian menelaah sambil mendengar lagu melalui headsetnya.

“Paan belum tidur lagi?”tegur Zharif sambil memandang Sufian.
“apa?”tanya Sufian lalu menanggalkan headsetnya.
“belum habis study lagi ke?”tanya Zharif
“belum pun”jawab Sufian
“ini dia..tadi Zhaf jumpa Ana, dia bagi kad ini”Zharif menghulurkan kad perkahwinan tersebut.
“ok. Eh hujung minggu ni?”Sufian terkejut
“Zhaf pun terkejut tadi. Begitu cepat dia nak kahwin”kata Zharif
“baru sekarang dia nak bagi kad ini kepada kita?”tanya Sufian
“dia cakap pihak penganti lelaki terpaksa awal kan perkahwinan ini, sebab pengantin lelaki kene daftar diri untuk kerja di oversea pada awal bulan depan. Sebab itulah Ana bising tadi,cerita tentang persiapan yang perlu dibuat awal. Segalanya bertukar dalam tempoh sebulan. Sebab itu Ana terlupa nak beri kad ini.”terang Zharif
“dan Amy pula macam mana?”soal Sufian
Zharif hanya mampu mengangkat bahunya.

Selepas tamat kelas pada petang itu, Sufian berjalan keluar terus ke cafeteria. Zharif sudah menantinya disana. Ketika berjalan melalui bangunan fakulti Business and Finance, Sufian terpandang akan Faizul sedang berborak dengan beberapa orang rakannya disebuah kerusi di hadapan pintu masuk bangunan tersebut. Sufian sempat memberikan senyuman dan Faizul membalasnya dengan mengangkat tangan.

I dah siap packing dah,betul ke you tak de kelas sampai hujung minggu ni?”tanya Zharif
negative. Lepas je habis kuiz kat kelas tadi, dah tak de kelas lagi dah. Sekarang kan dah start revision week”kata Sufian.
“oklah kalau dah macam tu. Malam ni kita gerak pergi rumah Fakhri. Lepas tu leh ajak dia sekali pergi wedding Ana”kata Zharif.
i ok je”kata Sufian lalu menghirup the tariknya.
you dah contact Fakhri ke? Takut brother tu ada hal last minit nanti susah lak.”risau Zharif.
“jangan risaulah. Pagi tadi I dah beritahu dia yang kita akan balik ke sana”cakap Sufian.

Zharif sudah selesai mandi dan memakai pakiannya, manakala Sufian pula sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang. Sufian masih belum mandi lagi, Sufian sebenarnya terlena pada petang tadi. Jika Zharif tidak mengejutkannya, sudah pasti Sufian masih lagi lena.

“ermm Paan, Zhaf turun dulu, nak pergi jumpa kawan kelas kejap. Ada hal nak dibincangkan sikit”kata Zharif lalu mengangkat beg bagasinya keluar dari bilik. Sufian hanya menangukkan kepala.
Sufian masih melipat beberapa helai pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam begnya.

Laungan azan Maghrib mula bergema. Zharif menelan beberapa biji ubat yang selalunya dimakan. Zharif menatap wajahnya di cermin buat seketika sambil menekan-nekan pipi,dagu dan dahinya. Zharif segera melangkah ke surau.

Setelah selesai mengemaskan beg bagasinya. Sufian melangkah cepat ke bilik air. Suasana di bilik air sedikit sunyi. Ramai pelajar sudah pun meninggalkan asrama kerana kebanyakkan dari mereka sudah tidak mempunyai kelas dan dikesempatan itu ramai yang sudah pulang ke kampung. Sufian mandi dengan agak kelam-kabut kerana risau kekasihnya menantinya lama.

“fuhh harum sial kau ni”tegur Faizul di sinki ketika melihat Sufian keluar dari bilik mandi.
“haha kau tak balik kampung ke?”tanya Sufian.
“tak. Kenapa kau balik ke?”tanya Faizul
“yela, dah tak de kelas aku baliklah malam ni. Lagipun hujung minggu ni kawan aku berkahwinlah”kata Sufian.
“oh ok”jawab Faizul lalu terus mengosok giginya.
“aku gerak dulu k.”kata Sufian lalu mencubit manja punggung Faizul yang dibalut tuala itu.
Faizul hanya tersenyum melihat Sufian keluar dari bilik air.

*                     *                         *

Fakhri melihat ke arah jam didinding rumah, hampir ke pukul 10 malam. Namun bayang dan bunyi kereta pekerjanya itu masih belum ada. Sufian memberitahunya sepatutnya mereka sampai pada pukul 9 malam tadi,namun sudah sejam mereka lambat. Sufian tidak membalas pula kiriman sms yang dihantar Fakhri tadi. Fakhri bertambah risau.

“sayang, you berhenti kejap kat RnR tu. I nak beli air. dahagalah”kata Sufian
“oh ok.”kata Zharif lalu memberi isyarat ke kiri.

I nak call Fakhri kejap”kata Sufian lalu duduk di sebuah pondok rehat.
“oklah, I ke toilet sebentar”kata Zharif.

“Assalammualaikum bro
Waalaikumsalam, kau kat mana ni?”tanya Fakhri
“kat RnR bro. Kejap lagi kami sampai”
lama lagi ke? Dah lama aku tunggu ni. Risau aku kalau jadi apa-apa ke”kata Fakhri dalam resah dihujung talian.
“eh rileks lah bro. Sikit jam lagi kami sampailah. Bro, burger ada lebih?”kata Sufian
tak de. Aku tak berniaga hari ni
“kenapa lak? Hari ni hari rabu bro, bukan khamis”cakap Sufian
sebab aku tunggu kau oranglah aku tak buka kedai”kata Fakhri.
“oeyeke, ok jangan risau kami akan bergegas ke tempat nada hahaha”Sufian melawak
“bergegas mendenye, dah lebih sejam dah ni”
“kejap lagi kami sampailah bro. Ok”
yela-yela. Aku tunggu. K bye”kata Fakhri lalu memutuskan panggilan.

Sufian bergerak ke mesin ATM bersebelahan kedai serbaneka itu. Sufian terkejut bila baki didalam akuannya bertambah. Siapa pula yang memasukkan duit ke dalam akaunnya. Tak mungkin ahli keluarganya kerana mereka sudah lama membenci Sufian dan membuang Sufian dari keluarganya.

Sufian bergerak ke dalam tandas. Mukanya dicuci. Muka Sufian menjadi segar sedikit berbanding sebelumnya. Kelibat Zharif tiada di dalam tandas. Sufian memanggil nama Zharif berkali-kali. Senyap tiada jawapan. Sufian kembali ke tempat meletak kereta. Kereta Zharif dijenguknya. Zharif tiada didalam kereta. Sufian mulai risau, sufian mencari kekasihnya di sekitar kawasan RnR tersebut.

“kat sini you rupanya. Puas I cari you”kata Sufian
“maaflah, I baring sekejap. Letih pula rasanya badan ni”kata Zharif lalu menyarung sandalnya di muka pintu surau.
you ok tak ni? Kalau you letih, biarlah I pandu kereta you”kata Sufian
i ok, jangan risau”kata Zharif sambil tersenyum
“dah jom kita gerak, Fakhri dah lama tunggu dah”kata Sufian.

Pasangan kekasih itu meneruskan perjalanan mereka. Kurang dari sejam, mereka akan tiba ke destinasi mereka. Sufian mengambil alih tempat pemandu mengantikan Zharif. Entah mengapa Zharif kelihatan agak letih. Mungkin disebabkan aktiviti yang dilakukannya di kampus tadi dan ditambahkan lagi dengan memandu kereta sejauh ini menambahkan lagi keletihan Zharif. Pada mulanya mereka sama gembira menyanyikan lagu ST12 Putih-putih Melati,namun selepas itu hanya tinggal Sufian yang mengalunkan lagu tersebut, Zharif sudah lena.

Setibanya dirumah Fakhri, kereta Satria Neo milik Zharif itu diletakkan di luar kawasan rumah. Sufian melihat Zharif sedang khusyuk tidur. Dahi Zharif dikuncup Sufian lama. Entah mengapa tiba-tiba hati Sufian menjadi sebak ketika menguncup dahi kekasihnya itu.

“ermm Paan..”Zharif terjaga dari tidur.
“kita dah sampai dah sayang”kata Sufian dalam pandangannya yang berkaca itu.
“yeke..maaflah I tertidur tadi”kata Zharif lalu mengeliat.
“tak pe, yang penting kita dah selamat sampai.”kata Sufian.

Fakhri membuka pintu pagar rumahnya sambil tersenyum melihat Sufian dan Zharif akhirnya selamat tiba dirumahnya. Zharif dan Sufian terpinga-pinga melihat Fakhri. Fakhri mengambil bagasi dari tangan mereka lalu mengangkatnya masuk ke dalam rumah.

Selepas meletakkan bagasi ke dalam bilik, Fakhri turun ke ruang tamu dibawah rumah
“bila bro gunting rambut ni?”tanya Zharif
“minggu lepas.dah panjang sangat. Jadi aku guntinglah pendek”kata Fakhri lalu duduk di sofa berhadapan dengan pasangan kekasih itu.
“perghh makin handsome lah. Muka sudah licin, jangut dan misai pun tiada. Baru nampak muda dan jambu hehehe”puji Sufian.
“haha tapi tak jambu macam kau dan Zharif kan”sangkal Fakhri.
“haha mana ada bro”Zharif sedikit tertawa.
Telefon bimbit milik Sufian bergetar.
“Amy tanya kita dah sampai ke belum”kata Sufian ketika membaca sms tersebut.
so?”Zharif bersuara
“dia ajak kita jumpa”kata Sufian
“eh tak lewat ke? Kau orang baru je sampai, tak penat ke?”tanya Fakhri
Sufian memandang muka Zharif.
“tak, dah alang-alang ni kan, so jumpa jelah”kata Zharif
“betul ni?”
Zharif mengangukkan kepala.
“ok I drive. Jom lepak sekali bro”ajak Sufian
“aku ikut ke?”tanya Fakhri
“yelah, dah jom gerak”kata Sufian

Suasana di kedai makan itu sedikit riuh dengan peminat fanatik kelab bola sepak sedang menonton perlawanan bola sepak melalui layar putih di kedai itu. Tidak banyak topik yang dibincangkan mereka ketika sedang makan disitu.

best juga makan kat sini kan.”puji Zharif
“mestilah best, ini kedai keluarga awek aku la”kata Amirah slumber
Sufian dan Zharif saling berpandangan. Fakhri hanya mendiamkan diri. Patutlah pernampilan Amirah kini sudah jauh berbeza. Amirah sudah tidak seperti dahulu ketika dia berpacaran dengan Adriana. Pernampilan Amirah kini tidak ubah seperti lelaki.
so, berapa lama kau orang stay kat sini?”tanya Amirah
“tak lama sangat lah. Maybe dalam seminggu kot. Lepas tu dah gerak balik kampus. Ada exam.”kata Sufian.
“laa tak lama, puas hati kau orang tak payah balik”kata Amirah lalu menyedut minumannya melalui straw.
“kami balik ni pun ada hal penting sebenarnya”kata Sufian lalu memandang Zharif dan Fakhri.
“hal apa?”tanya Amirah
Sufian memandang Zharif. Zharif memandang Sufian buat seketika.
“hal ini”kata Zharif lalu menghulurkan sampul surat yang berisi kad jemputan.
Amirah membaca isi kandungan kad tersebut untuk beberapa ketika. Selepas itu Amirah memasukkan semula kad itu ke dalam sampul surat dan memulangkannya semula kepada Zharif.
“esok petang kami akan gerak ke johor untuk hadiri majlis itu nanti, kau boleh join kami. Kita naik kereta ramai-ramai. Brother Fakhri ni pun join sekali”kata Zharif
thanks tapi aku tak dapat join kau orang”kata Amirah tegas.
“Amy..”Sufian cuba berkata-kata
“sekali aku cakap aku tak nak, memang aku tak nak!. Aku tak nak pergi ke majlis dia!”Amirah bersuara lantang.
Fakhri dan Zharif mula segan dengan tindakan Amirah.
“Amy benda yang lepas tu lepas lah. Jangan buat macam ni, tak baik putuskan hubungan silaturahim dengan cara membenci”kata Zharif
“woo ok stop. Dah cukup? Ada nak tambah makan apa-apa ke? Kalau tak de aku pergi bayar”kata Amirah lalu berdiri dan berjalan. Zharif turut berdiri dan mengekori Amirah lalu menarik tangan Amirah ke suatu tempat yang jauh sedikit dari kedai itu.

“dia orang ok ke tu?”tanya Fakhri
“entah, harap-harap oklah”kata Sufian sambil melihat kekasihnya sedang berusaha memujuk Amirah.
Fakhri terus memandang Sufian. Akhirnya Sufian kembali ke hadapannya kini. Rindu benar Fakhri untuk menatap wajah lelaki idamannya.

please Amy, aku nak sangat tengok kawan-kawan aku dalam keadaan baik-baik sahaja”kata Zharif lalu menitiskan air matanya.
“Zhaf kenapa sampai jadi macam ni Zhaf..”Amirah tidak dapat menahan sebak.
“benda dah jadi Amy. Please Amy, kita kawan. Jangan sampai kita buat perkara yang boleh memutuskan persahabatan ini”kata Zharif
“tapi dia tahu ke..”
“syhhh sudahlah tu”kata Zharif lalu memeluk Amirah.
“tapi aku tak tahu aku mampu ke tidak nak tatap wajah Ana lagi”kata Amirah memeluk erat Zharif.

Sufian hanya melihat Amirah dan Zharif berpelukan,tidak lama kemudian Amirah berjalan ke kaunter bayaran. Zharif pula kembali ke meja makan.

“dah jom balik”kata Zharif.
“tapi Zhaf..”Sufian naik hairan
“Amy yang bayar makan minum ni semua. Dia belanja kita”kata Zharif.
“habis tu dia pergi ke tak esok?”
I dah cakap kat dia yang kita akan gerak lepas maghrib. Kalau dia nak ikut kita, dia akan datang ke rumah Fakhri”terang Zharif
“habis tu ni dia balik macam mana?”tanya Sufian lagi
“dia kata awek baru dia tu akan hantarkan dia balik”kata Zharif lalu berjalan pergi.

Lampu jalan mula menyinari kawasan rumah Fakhri yang sudah gelap gelita itu. Hanya lampur dapur rumah sahaja dibiarkan terpasang.Pintu rumah dikunci Fakhri. Fakhri melilitkan ranati besi dipintu grill rumahnya lalu memasang mangga. Sufian dan Zharif memasukkan beg pakaian mereka kedalam bonet kereta Satria Neo.

“semua dah siap ke?”tanya Fakhri
“siap bro”jawab Sufian
“tak ade barang yang tertinggal ke? Aku nak solex pintu pagar ni?”tanya Fakhri
“tak ade yang teringgal bro, segalanya lengkap”kata Sufian.
 
'TINN TINN TINN'bunyi hon dari scooter memeranjatkan Fakhri,Sufian dan Zharif.

“Amy”kata Zharif lalu tersenyum kegembiraan melihat motor scooter itu menghampiri mereka.



-bersambung-

11 comments:

  1. assalamulaikum plot cerita semakin menarik apa terjadi seterus pembaca ingin tahu kenapa zharif makan ubat ,apa pula hal sufian dan faizul ,dan amirah dan pasangannya yang akan berkahwin ,pembaca akan tunggu bab seterus nya tidak sabarlagi he he .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..terima kasih kerana komen.. kalo melihat pd post2 sebelum ni, zharif makan ubat vitamin untuk kulit mukanya hehehee.. tentang sufian faizul tu akan lebih detail pd part2 akan dtg..tunggu jela utk part 19 mengenai penerimaan amirah tntng ana..hrp bersabar ye huhu

      Delete
  2. nak komen juga ...
    panjanggggggggggnyerrrrrrrr..
    puas baca :)

    ReplyDelete
  3. hahaha ingatkan bosan tadi bila baca panjang2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya cuti .... bila sambungan nya en khuzai? :)

      Delete
    2. cuti sekolah kan so cuti panjang ler hahahaha
      nanti akan disambung..sabar ye

      Delete
  4. tidak bosan pun bila bab inipanjang he helagi menarik adalah ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak lagi menarik?? tunggu jela part yg akan datang k

      Delete
  5. Best....teruskan

    ReplyDelete
  6. hi kuzai... Im still following yr novels (blog+fb) walaupun dah jarang komen... i really enjoyed reading the stories... just for u: apapun halangan dan dugaan, tolonglah jangan berhenti menulis ya... setiap post anda bermakna untuk kami peminatmu... hehehe

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tunggu next chapter.
    dari pagi sampai malam mengikuti cerita ni.
    harap zharif sehat..tak sanggup nak baca kalau penghujungnya sedih..
    btw,thanks bro.

    ReplyDelete