07 June 2013

Tentang Rasa -part 19 : Perkahwinan -



Tentang Rasa -part 19 : Perkahwinan -


Perjalanan pada malam itu lancar. Kehadiran Amirah menambahkan lagi keseronokan perjalanan ke Johor Bahru itu. Sufian duduk di sebelah tempat pemandu dimana Fakhri yang memandu kereta tersebut, manakala Zharif dan Amirah duduk di tempat penumpang.

Tidak sampai tiga jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah pengantin perempuan. Waktu sudah hampir ke pukul 12 tengah malam. Adriana menyambut kehadiran rakan-rakannya dengan senyuman di tangga rumah.

“kenapa lambat?”tanya Adriana sejurus menyambut mereka.
“sesat tadi tu yang lambat sikit”jawab Sufian sambil bersalaman dengan Adriana.
“biasalah, ada jalan yang dah berubah”kata Adriana
Zharif berjalan ke arah Adriana sambil di ikuti Amirah.
“akhirnya kami sampai juga bukan. Itu yang penting”kata Zharif
“ye, betul tu”kata Adriana sambil memandang Amirah.

Pintu bilik ditutup Adriana sejurus Amirah masuk.
I ingat you tak datang”Adriana memulakan perbualan.
Amirah hanya tersenyum sambil melihat katil Adriana yang dihiasi indah.
I datang pun sebabkan Zharif”kata Amirah
“oh ok”kata Adriana.
you rehat lah dulu. Kalau nak tidur, tidur jelah. Dah lewat ni. I nak ke dapur sebentar”kata Adriana lalu berjalan ke pintu biliknya.
Amirah hanya tersenyum. Adriana berjalan keluar dari bilik dan menuju terus ke dapur rumah.

Setelah siap berkemas tempat tidur, Zharif mencapai telefon bimbitnya. Terdapat 2 panggilan tidak dijawab dari abangnya, Dr. Zahid.
“Zhaf nak pergi mana?”tanya Sufian bila melihat Zharif menuju ke pintu bilik.
“nak call abang kejap. Ada hal sikit”
during this hour?”
“yeah. Kalau Paan nak tidur, Paan tidurlah dulu”kata Zharif lalu melangkah keluar.
“kenapa selalu sangat dia hubungi abang dia?”bisik Sufian
“apa?”tanya Fakhri
“tak ade ape”jawab Sufian lalu tersenyum
Fakhri hanya melihat Sufian dengan pandangan kosong.

Suasana sedikit dingin di luar rumah. Setelah berbual dengan abang Zahid, Zharif kemudiannya beranjak dan duduk di pangkin di bawah pokok rambutan. Zharif hanya merenung beberapa buah khemah yang berdiri megah dihadapannya. Kerusi dan meja makan tersusun rapi sekali.

“hey, tak tidur lagi?”tanya Adriana mengejutkan Zharif.
“kejap lagi lah.”jawab Zharif
Adriana duduk disebelah Zharif.
“mana Amy?”tanya Zharif
“dia dah tidur kot. Tadi dia kata dia letih.”kata Adriana.
Zharif mengangguk faham.
I tau dia datang sini bukan sebab I, tapi sebab you”kata Adriana
“sebab siapa tak penting. Yang penting dia datang.”kata Zharif
“tapi dia dah banyak berubah”kata Adriana
Zharif menoleh ke arah bakal pengantin itu.
I rasa bersalah pula melihat keadaan dia sekarang”kata Adriana perlahan
“mengapa?”tanya Zharif
I sentiasa berharap dia dapat berubah menjadi yang terbaik. Tapi I silap. Setakat berharap tanpa berusaha tak berguna juga. Namun I tak mampu untuk berusaha, sebab semakin I disamping dia semakin I hanyut.”cakap Adriana
“tapi you dah galakan dia untuk berubah. Itu sudah mencukupi dari tidak berbuat apa-apa Ana. Jika ini jalan yang dia pilih, biarkan dia. Allah sedang menguji dia. Allah mengaburi hidupnya dengan kebahagiaan nafsu dia, Amy terus lena dan hanyut. Dan Dia juga sesekali 'memercikkan air' untuk menyedarkan Amy dengan hal-hal seperti ini. Seperti you, yang dah berubah dan meninggalkan dia untuk kebaikan bersama. Malangnya 'percikan air' atau lebih kepada kesedaran itu, tidak mampu untuk menyedarkan Amy. Mungkin satu hari nanti Amy akan sedar tentang hal ini”terang Zharif
I harap dia tak terlambat untuk itu” Adriana berharap
“ye I pun harap benda yang sama untuk I”kata Zharif

bunyi cengkerik sahut-bersahutan. Sesekali terdengar juga bunyi salakan anjing. Angin malam berhembus perlahan. Dinginnya angin mencengkam tulang. Adriana membelek-belek cincin pertunangannya yang tersarung di jari kelengking kirinya.

I tak kuat macam you Ana. I lemah. I dah berusaha, tapi I tak berdaya. Cinta yang sudah lama terpahat dihati ini amat sukar di kikis dan ditanggalkan.”Zharif mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Zhaf..”Adriana sinpati
I sepatutnya berbangga memiliki kekasih sebaik Paan. Cinta dari dia begitu hebat hingga I tak mampu untuk melepaskannya”kata Zharif

Fakhri berjalan keluar dari bilik tidur itu. Sufian sudah lama lena. Beberapa orang anak muda kelihatan lena tidur di bahagian ruang tamu rumah itu. Fakhri menuju ke dapur untuk membuang air kecil. Masih terdapat beberapa orang perempuan sedang sibuk menyusun pingan mangkuk dan beberapa persiapan lain untuk majlis pernikahan esok.

“mak cik, bilik air kat mana?”tanya Fakhri
“kat belakang tu, sebelah mesin basuh. Suis lampu kat tiang tu”tunjuk seorang perempuan sambil tersenyum
“oh terima kasih”kata Fakhri lalu berjalan ke bilik air.

Bilik air tersebut agak sempit. Namun itu tidak menjadi masalah kepada Fakhri untuk menunaikan hajatnya. Zip seluar dibuka.. mata Fakhri tertangkap ke arah lembaga yang berada di pangkin dibawah pokok rambutan. 'ceh, melepak tak ajak'bisik hati Fakhri.

“habis tu, bagaimana sekarang? Sampai bila you nak biarkan hal ini?”tanya Adriana.
I tak tahu. I belum ada semangat dan kekuatan untuk menghancurkan hati orang yang I sayang”jawab Zharif.
“jangan terlambat sudahlah”kata Adriana
Zharif menundukkan mukanya.
“Zhaf.. benda ini harus berakhir”kata Adriana
“sampai ke satu tahap I rasa putus asa sangat untuk bertarung. Kenapa berat sangat dugaan yang Dia beri pada I? Kenapa tidak pada orang lain? I tak mampu untuk ini. Apa salah Paan untuk I tinggalkan dia. Apa salah Paan untuk I buat begini pada dia?”Zharif seakan memberontak
“Zhaf..”
you nak tahu, lama dah I dingin dengan dia. I selalu tolak bila dia ingin bersama dengan I. Tapi dia tak pernah merunggut. Jika dulu ciuman I pada dia I berikan dengan rasa cinta dan sekarang I mengelak dari bibir I bertaut dengan bibir dia dan tiap kali dia mendesak untuk menguncup I, I kuncup bibirnya dengan rasa kosong! Malah I didik dirinya untuk merasa jijik tiap kali berkuncup dengan Paan. I lakukan ini semata-mata untuk kembali ke jalanNya! Tapi mengapa hati I tak tenteram? Mengapa I rasa tak tenteram bila memikirkannya,seolah-olah I mempermainkan cinta Paan pada I!. Jika syurga yang dijanjikanNya pada I atas segala yang I buat sekarang hingga melukakan hati insan yang I sayang..buat I berfikir dua kali untuk ke sana”
“Astaghfirullah al-azim!Zhaf!! apa ni?! Apa yang you merepek ni??!”Adriana tegas dan lantang.
Adriana berdiri dihadapan Zharif. Air mata Zharif mula bergenangan.
“tolong jangan menindakkan takdirNya. Segalanya sudah tertulis Zhaf. Ingat Zhaf. I pun pernah berada dalam keadaan you sekarang ni. Sampaikan pernah I rasa putus asa untuk bertahan dan kembali ke sisi gelap I dan terus hanyut dengan cinta duniawi ini. Cinta yang bertunjangkan nafsu. Tapi bila I ingat kembali, Dia sebenarnya sedang menguji I lagi. Bukan mudah untuk masuk ke syurgaNya. Umpama syurga itu sebuah rumah yang berkunci, dan untuk kita masuk ke dalam rumah itu memerlukan kunci untuk membuka pintu rumah itu. Seperti tuan rumah juga, tidak akan sewenang-wenangnya memberi kunci rumah pada orang biasa. Allah sedang menguji kita untuk memberi kita kunci untuk membuka pintu rumah tersebut. Dan kini Dia ingin memberi kunci itu kepada you.”kata Adriana.
“tapi bagaimana dengan Paan?”tanya Zharif
“akan tiba juga giliran dia”kata Adriana
Zharif mengesat air matanya.
“tapi you kene beritahu perkara ini kepada Paan”kata Adriana
Zharif menganggukkan kepalanya.
“Fakhri..”Zharif menoleh ke arah Fakhri yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh tidak jauh dari pangkin tersebut. Adriana kelihatan terkejut. Fakhri hanya tersenyum sinis.

*                                    *                                       *

Pagi itu cuaca cukup indah sekali. Walaupun cahaya mentari memancar indah,namun tidak begitu hangat. Kawasan belakang rumah mula sibuk dengan beberapa orang lelaki dan perempuan sibuk menyiapkan hidangan tengah hari nanti. Mengikut aturcara, rombongan pengantin lelaki bakal tiba pada pukul 3 petang selepas solat Jumaat.

Zharif mengeluarkan kamera digitalnya. Sufian memandang Zharif dan berjalan mengahmpirinya. Zharif mencuba mengambil beberapa keping gambarnya sendiri di hadapan meja solek. Tiba-tiba badannya dipeluk oleh Sufian dari belakang. Sufian mencium leher dan bahu Zharif. Zharif hanya tersenyum lalu mengambil gambar mereka berdua.

“ehem-ehem..sudah-sudahlah tu, nanti nak ambil gambar pengantin nanti dah tak cukup memorinya”perli Fakhri ketika memakai baju.
“hehehe rileks la bro.”kata Sufian
“dah lah . Jom kita keluar. Tolong mana yang patut.”kata Zharif.

Tiga lelaki tersebut bergerak ke luar rumah. Amirah kelihatan agak sibuk membantu menyusun atur pingan dan cawan di meja. Sufian bergerak ke arah Amirah. Fakhri dan Zharif pula bergerak ke belakang rumah.

“lena tidur malam tadi?”tanya Sufian
“bolehlah”jawab Amirah sepatah.
so..”
what?”
Sufian mengelengkan kepala.
“mana Ana?”tanya Sufian
make up. Kejap lagi ada dia sibuk nak bergambar”kata Amirah
“kau dan dia ok kan?”
Amirah berhenti dari mengelap pingan.
“sangat ok”jawab Amirah dengan nada sinis
“hmm okla aku ke belakang dulu”kata Sufian lalu menepuk bahu Amirah.
Amirah terdiam. Sufian sempat menoleh ke arah tingkap bilik Adriana yang terbuka. Adriana yang sedang disolek mak andam itu hanya memandang ke arah Sufian kosong.

Bancuhan sirap dimasukkan Fakhri kedalam bekas plastik besar yang berbentuk seperti tempayan besar. Zharif sempat mengambil beberapa keping gambar Fakhri sedang bekerja. Kadangkala Fakhri tersipu malu bila gambarnya diambil Zharif.

“senyumlah sikit bro. Kenapa muka tu kelat je”kata Zharif
“haha banyaklah kau. Dah lah janganlah ambil gambar aku”pinta Fakhri
“ala bro. Ok ni last snap.”kata Zharif lalu menekan picu kamera digitalnya itu.
“Paan, ambil ais dua beg”arah Fakhri bila melihat Sufian menghampiri mereka.
“serius bro, kau nak guna air paip ke?”dahi Zharif sedikit berkerut jijik.
“hahahaha kau nak tahu, semua majlis perkahwinan yang kau pergi, air yang dia orang buat adalah berasaskan gula,perwarna dan air paip tau haha”Fakhri tergelak.
“dan kau pun nak mempraktikkan benda yang sama?”tanya Zharif
“tak boleh ke?”tanya Fakhri sambil tersenyum
muka Zharif sedikit aneh
“nah ais”kata Sufian
“kau orang masukkan ais kat dalam ni”arah Fakhri
Sufian dibantu Zharif memasukkan dua beg ketulan ais ke dalam bekas plastik yang berisi bancuhan air sirap.
“nah bang”kata seorang budak lelaki dan rakannya yang sedang memegang alat tapisan air.
“letak kat bangku tu dik. Terima kasih ye”kata Fakhri.
Zharif memandang Fakhri tajam
“ye kita masih mengunakan air paip, tapi air paip itu ditapis terlebih dulu dengan penapis air ini”kata Fakhri lalu menyeringai
“lawaklah kau ni bro.”kata Zharif lalu mengambil gambar Fakhri
“Zhaf, semalam tidur pukul berapa? Paan tak sedar pun Zhaf tidur pukul berapa”Sufian memandang ke arah kekasihnya itu.
“ermm I jumpa Ana kejap. Lepas tu I masuk tidur. Tapi time tu you dah tidur dah ”Zharif mengerling ke arah Fakhri.
“oh ok”kata Sufian
“Paan, pergi ambil buah lemon dalam 4 biji. Bawa pisau sekali.”sampuk Fakhri
“untuk apa?”tanya Sufian
“nak buat air sirap lemon”jawab Fakhri
“ok, tunggu kejap”kata Sufian lalu berlari masuk ke dalam dapur.
Fakhri memandang Zharif tajam.
“aku nak ke depan ambil gambar”kata Zharif lalu berjalan meninggalkan Fakhri.
Fakhri hanya mendiamkan diri.

Amirah kelihatan khusyuk berbalas pesanan bersama kekasihnya melalui aplikasi Whatsapps. Zharif kemudiaannya mengambil beberapa keping gambar Amirah. Amirah kemudian sedar dan tersenyum lalu mengajak Zharif duduk disebelahnya.

Sufian membantu Fakhri membuat air minuman. Jam ditangan Fakhri menunjukkan angka 11.30am. Fakhri kelihatan tenang bila Sufian membantunya. Walaupun Fakhri pernah mengatakan bahawa dia akan melupakan perasaan dia pada Sufian, namun tidak. Fakhri sebenarnya masih menyimpan perasaan itu. Amat sukar untuk Fakhri membuang rasa cinta itu dalam hatinya.

“ramai dah orang yang mula datangkan”kata Zharif memulakan perbualan
“yup. Ana kat mana?”tanya Amirah
“entah. Kat dalam kot, tengah berdebar-debar lah tu hehe”
Amirah tersenyum sinis mendengar kata-kata Zharif
“Amy, kau belum redha kan”
“apa?”
“redha dengan semua ini. Aku tahu Amy, jauh disudut hati kau tu, masih belum menerima lagi hakikat tentang semua ini. Tentang rasa. Tentang Ana.kau belum bersedia untuk kehilangan dia.”
“Zhaf, kau jangan merepek boleh tak?”
“aku tak merepek, aku cakap tentang apa yang aku nampak. Aku percaya, bukan hanya aku seorang je. Tapi semua orang”
“kau nak harapkan apa? Kau ingat senang ke nak buang orang yang selama ni ada dalam hati kau? Kau ingat semudah dengan petik jari ke? Bukalah mata kau Zhaf. Orang gila yang tak de perasaan je suka tengok kekasih dia berkahwin dengan orang lain depan mata dia! Kau cakap senanglah. Lupakan dia. Biarkan dia. Tinggalkan dia. Tapi cuba kau buat! Cuba kau tinggalkan kekasih kau macam mana kau suruh aku tinggalkan kekasih aku!”
Zharif tersentap hebat. Panahan kata-kata Amirah tepat mengenai jantung dan hatinya.
“benda ini akan ambil masa Zhaf. Semakin lama kau cintakan seseorang itu, semakin lama masa yang diambil untuk kau lupakan orang itu. Tambahan lagi cinta aku kepada Ana, bukan cinta biasa. Bukan hangat-hangat tahi ayam, bukan cinta monyet. Ana dah lama sebati dalam diri ini. Mana mungkin mudah untuk aku buang orang yang dah sebati dengan aku. Ibarat aku kehilangan separuh dari diri ini.”kata Amirah lalu mengesat air matanya.
“maafkan aku. Tapi sebenarnya aku juga berada di dalam situasi yang sama macam kau. Dan ye, aku sedang melalui apa yang kau rasa sekarang.”kata Zharif.
“kau nekad nak tinggalkan Sufian?”tanya Amirah
“aku nak jadi seperti Ana.”
“dan Sufian akan jadi seperti aku”
“itu yang aku tidak sangup”
“Zhaf ada cara lain untuk mendapat syurgaNya tanpa perlu mematahkan hati sesiapa”
“tapi aku tak tahu caranya. Paan dua kali lebih keras kepala dari kau. Dia tak akan faham tentang ini”
“kau tak pernah beri peluang kepadanya. Tentulah sukar untuk dia faham.”kata Amirah
“nak beri dia faham tentang peritnya kehilangan aku? Itu kerja gila. Jika dulu aku pernah berpisah sebentar dengan dia..”
“aku tengok dia cool je”
cool? Jika dia cool, tak akan dia akan kembali kepadaku. Dan sebenarnya aku yang tak cool bila dia tak de. Aku bagaikan orang gila bila berpisah dengan dia. Dan untuk ini pula, aku sebenarnya belum bersedia.”
“jadi, tiada bezanya untuk kau menjadi seperti Ana jika kau sebenarnya belum bersedia lagi”kata Amirah. Zharif hilang kata-kata.

Petang itu cuaca mendung. Namun tiada tanda-tanda hujan bakal turun. Redup berpanjangan dari selepas solat jumaat hingga sekarang. Kawasan rumah pengantin perempuan mula dibanjiri dengan rombongan pengantin lelaki.

Amirah tidak berada di dalam rumah. Amirah duduk berseorangan di belakang rumah. Lebih tepat lagi di sebatang pokok langsat. Disitu. Amirah merokok sambil mencangkung. Di dalam rumah keadaan agak sesak sedikit. Kelipan cahaya putih dari beberapa buah kamera menerangi kawasan duduk imam dan pengantin lelaki.

handsome juga lelaki tu kan”bisik Sufian ke telinga kekasihnya
“gatal!”Zharif mencubit pingang Sufian.
“hehehe muka dia macam PLU pun ada”Sufian tersengeh
“banyaklah you ni”kata Zharif lalu mengambil beberapa gambar.

“kat sini awak rupanya”kata Fakhri mengejutkan Amirah
“eh bro..”
“haha boleh join tak?”
“boleh je”kata Amirah
“kenapa tak masuk dalam?”tanya Fakhri
“buat apa?”Amirah jengkel
“takde apa”kata Fakhri lalu mengeluarkan kotak rokoknya
bro, esok petang kita balik boleh?”tanya Amirah
“hmm tu kene tanya Zhaf dengan Paan la”kata Fakhri
“ala..lecehlah. Hari ahad nak dating ni bro”kata Amirah
“hahaha tengoklah nanti macam mana k”kata Fakhri sambil tersenyum melihat Amirah.

Selepas selesai upacara pernikahan dan batal air sembahyang, para hadirin mula bergerak ke bawah khemah untuk menikmati hidangan. Secara rasminya Adriana dan tunangannya sah menjadi suami isteri sekarang dengan sekali lafaz sahaja.Adriana membawa suaminya ke meja makan tempat Zharif, Sufian, Fakhri dan bekas kekasihnya makan.

“Selamat pengantin baru”ucap Sufian lalu bersalaman dengan pengantin lelaki
Zharif dan Fakhri juga berbuat begitu.
“terima kasih, kau orang ni kawan Ana ke?”tanya pengantin lelaki itu.
“ye”jawab Zharif
“nama aku Khairul”kata pengantin lelaki itu.
Tiba-tiba Amirah berdiri
“nak kemana?”tanya Fakhri
“nak ke tandas”jawab Amirah lalu berjalan
“Ana pun nak ke toilet”kata Adriana lalu berjalan mengikuti Amirah.

Amirah berjalan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dan mengemaskan beg pakaiannya. Adriana hairan melihat tingkah laku Amirah.

“kenapa pack barang?”tanya Adriana
“nak balik”jawab Amirah lalu mengezip beg pakaiannya
“tapi esok kan majlis perkahwinan I ”kata Adriana
“habis tu, tak kan you nak I join sekali malam pertama you?”tanya Amirah
“oh lupa pula. Ermm you tidur dibilik tetamu yang lain k. tapi kena kongsilah dengan sepupu I .”kata Adriana
I think better I balik KL jela kot”kata Amirah

so khai kerja apa?”tanya Sufian
“khai? Eh geli aku la haha janganlah panggil aku Khai. Panggil aku Erol je. Khai tu dah macam nama budak office aku pula. Budak tu dah la gay. Geli aku dengan benda-benda gay ni”kata Khairul
“oh ok”kata Sufian lalu mengerling ke arah kekasihnya. Sentap juga hati Sufian.
Zharif hanya tersenyum kambing.
“aku kerja sebagai Operation Manager”jawab Khairul lalu mengeluarkan kotak rokok dari poket baju melayunya.
“Ana cakap kau ada kursus hujung bulan ni”sampuk Zharif
“ye, aku dapat offer naik pangkat. Lepas tu aku stay kat Dubai”kata Khairul lalu menghembus asap rokok.
“sebab tu perkahwinan kau dipercepatkan”kata Zharif
“ye”jawab Khairul ringkas.

“janganlah macam ni..”pujuk Adriana
“tapi ini yang terbaik kan. I dah tak berguna lagi untuk berada disisi you. Buat apa I masih disini”
“Amy, walaupun I dah tak cintakan you, tapi I masih sayangkan you, bila melihat you I rasa tenang sedikit. Walaupun I tahu you dah bencikan I atas semua ini.”kata Adriana
“tak Ana. You silap. I tak bencikan ini semua. I sebenarnya tenang kini. You dah selamat dan sah menjadi isteri orang. Walaupun I akui I sedikit cemburu dan kecewa tapi entah mengapa, I semakin tenang kini. Betul kata dia, bukan you yang patut I benci, tapi diri I sendiri. Sebab terlalu hanyut dalam cinta mainan nafsu ini. I tak sedar, sikap kebudak-budakkan ini sebenarnya buatkan I lupa tentang kebaikan yang sepatutnya I rasa. I patut redha. Ini semua adalah pengalaman dalam bercinta. Walaupun I tahu yang I jauh lagi untuk menjadi seperti you, tapi bila I redha dengan melihat you bahagia sedikit sebanyak ketenangan itu datang dalam diri I.”kata Amirah. Mata Amirah kelihatan bersinar-sinar seolah-olah memaksudkan segala kata-katanya itu.
“Amy, I tak tahu nak cakap apa”kata Adriana lalu memeluk Amirah.
“dah jangan nak menangis lagi. Nanti cair make up you, dah tak cantik lagi”kata Amirah
Adriana terharu lalu mengesat air matanya.
“baguslah you sekarang sudah tenang”kata Adriana
“betul, I rasa lapang sangat kini”kata Amirah sambil tersenyum lebar
“kalau betul you dah tenang, jangan pergi ok, stayla sampai esok”kata Adriana
“baiklah, sebenarnya I nak balik KL bukan sebab apa, cuma I segan nak tidur kat luar dengan saudara-mara you tu”kata Amirah memberi alasan
“tak lah, you tak akan tidur disitu. Tapi dibilik dengan sepupu I.”kata Adriana
“baguslah kalau macam tu. Lega sikit hehe”
“ermm Amy, siapa yang cakap dengan you fasal tu?”tanya Adriana
“fasal apa?”
“tentang ketenangan dan keredhaan tu, Zharif ke?”tanya Adriana
“hehe adalah”kata Amirah lalu memandang keluar tingkap. Amirah tersenyum memandang Fakhri yang sedang leka berbual.

“benar kata-kata kau. Bukan mudah nak melepaskan sesuatu yang kita miliki walaupun hakikatnya sesuatu itu bukannya milik kita selamanya dan kita tidak berhak untuk memilikinya. Melepaskan sesuatu yang kita miliki adalah berat sekali, tapi lain pula rasanya pabila memulangkan sesuatu yang kita miliki yang bukannya hak kita kepada orang yang lebih berhak memilikinya”




-bersambung-

14 comments:

  1. Replies
    1. thanx mie.. sorryla lately ni bussy sikit.. lgpon feeling ni tak stabil..dgr cite anda sedang bahagia skrg ni..huhu untunglah

      Delete
  2. :)..memang susah dan perit bila yang kita sayang jadi milik orang , tapi demi kehidupan disana nanti kita kena redha ...

    ReplyDelete
  3. it worth the wait satu olahan penceritaan yang banyak unsur -unsur pengajaran .harap pembaca boleh ambil pengajaran -pengajaran itu ,kita lihat bagaimana pengobanan ana terhadap kekasih nya amriah ,dan ini telah menyedarkan amirah .nak lihat apa terjadi bila zahrif memberitahu pada kekasuihnya paan aka sufian ,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak lama pun kan tunggu huhu.. yup sy cuba sampaikan kepada semua yg baca tentang rasa terima dan memberi(lebih kpd memulangkan) sesuatu..bukan semua akan kekal menjadi milik kita.. dan rasa melepaskan sesuatu yg berharga pada kita adalah rasa yang begitu memedihkan untuk meredhakannya.. amy redha melepaskan ana kpd org lain, dan ana juga redha kehilanngan amy.. fakhri masih belum dpt menerima hakikat tentang rasanya ditolak paan..manakala zharif pula masih blum rela melepaskan paan..utk tau sbb sbnr zharif melepaskn paan..tunggu jela next part k

      Delete
  4. adakah fakhri akan jadi watak antagonis dalam siri ini... hurmmm.. i like him...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm x pasti..baca jela nnt ye hehe

      Delete
  5. ni yang malas ni.. bila nak kena tunggu untuk next episode. hahaha~

    apapon so far memang best citer ni. hopefully semuanya akan ok last2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara tunggu next episode.. bolehlah membaca karya yg lain huhu

      Delete
  6. apa maksud poyo? ..pasal guna abgjangut ?

    ReplyDelete