21 June 2013

Tentang Rasa -part 20:Lagu Sebuah Hakikat-



Tentang Rasa -part 20:Lagu Sebuah Hakikat-


“Hi selamat pengantin baru,

moga kekal ke anak cucu,

harapan kami semua,

moga kekal ke hujung nyawa,



direnjis-renjis alahai untuk mempelai,

berseri-seri dihari persandingan,

duduk bersanding dihiasi bunga manggar,

kasih mengharum bagaikan sibunga rampai,

semoga berkekalan ke akhir zaman”



Lagu “Selamat Pengantin Baru” nyanyian Waheeda mula berkumandang kuat. seawal pukul 10 pagi hadirin dan hadirat mula mengerumuni rumah pengantin perempuan. Susasana sedikit kecoh apabila khemah khas untuk tetamu menjamu selera tidak dapat menampung jumlah tetamu yang hadir. Ramai juga tetamu yang terpaksa menanti tempat kosong untuk duduk makan.

Zharif begitu kacak memakai baju kameja kotak berwarna biru cerah dan dikenakan seluar jeans biru pekat. Manakala Sufian pula kelihatan tampan memakai baju t-shirt Calvin Klien berwarna kelabu yang sedikit ketat hingga menampakkan otot-otot lengan dan dadanya yang sedikit pejal itu. Kaca mata hitam turut dikenakannya. Fakhri pula hanya berpakaian ringkas t-shirt hitam lengan panjang yang ketat juga. Tubuh Fakhri yang sedia ada tegap itu kelihatan jelas apabila mengenakan baju tersebut.

Zharif hanya leka mengambil gambar tetamu yang hadir. Pengantin perempuan belum lagi muncul. Lagi sibuk bersiap. Amirah pula hanya membantu pengantin perempuan untuk sesi bergambar. Wajah Amirah kelihatan lebih ceria berbanding semalam. Zharif sempat menjeling ke arah Amirah ketika mengambil gambar Adriana, Zharif sedikit lega bila melihat reaksi Amirah yang benar-benar ceria disamping bekas kekasihnya itu.

“kamu ni kawan Ana kan?”tegur ayah pengantin perempuan.
“ye pakcik”jawab Sufian
“dah makan ke belum?”
“belum, kejap lagilah kami makan”kata Sufian
“eh makanlah. Nak makan banyak kali pun tak pe. Dah jemput-jemput”kata ayah Adriana yang kelihatan teruja dengan perkahwinan anak sulungnya itu.
“kami tunggu kawan kami pakcik, jangan risau nanti kami makan”kata Sufian
“yela kalau macam tu. Tapi jangan lupa makan ye”kata ayah Adriana lalu berjalan ke arah para hadirin yang hadir.
Sufian mengeluarkan kotak rokoknya.
bro, lapar ke?”tanya Sufian
Fakhri mengeleng-gelengkan kepalanya.
“tapi aku sebenarnya lapar ni bro. hehe”kata Sufian lalu merokok.
“kalau lapar pergilah makan”kata Fakhri
“malulah bro. Ramai orang, lagipun Zhaf tak de”kata Sufian
“kau tunggu dia ke?”
“yelah. Nanti makan sama-sama dengan Zhaf ar”kata Sufian.
“hahaha lantak kau lah. Tapi kalau kau nak makan, aku boleh temankan”kata Fakhri
Sufian merenung wajah Fakhri dalam-dalam.

Fakhri hanya melihat Sufian makan dengan penuh selera. Fakhri tersenyum melihat gelagat Sufian yang sedang menikmati nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, dalca dan acar nenas serta ikan kering. Fakhri meneguk minumannya. Fakhri membantu Sufian menuangkan air minuman ke kegelasnya yang kosong itu.

bro, dah habis makan ke? Sedap ni. Tambah lah lagi”suruh Sufian lalu menyuap nasi ke mulutnya.
Fakhri mengelengkan kepalanya sambil membasuh tanganya dengan air dari bekas pencuci tangan.
“sudah. Cukup bagi aku. Kau makanlah puas-puas”kata Fakhri.
“rugi bro, bukan selalu dapat makan macam ni. Nasi minyak ni wei”kata Sufian.
Fakhri tertawa kecil.
“kau tak rasa bersalah ke tak tunggu pakwe kau makan sama?”tanya Fakhri
“lantak dia lah. Sibuk sangat nak jadi photographer. Lagipun, aku boleh repeat lagi ni”kata Sufian
“hahaha sweetlah kau ni. Untung Zhaf dapat pakwe macam kau ni kan”kata Fakhri lalu mengunyah buah oren sebagai pencuci mulut.
Sufian mendiamkan diri. Sufian dapat menjangka perasaan Fakhri disebalik kata-katanya itu.
“mestilah. Dah nama pun boyfriend kan,sangup buat apa je janji tak akan terpisah”kata Sufian lalu menyambung makan.
“betul tu. Tapi seingat aku dulu kau orang pernah juga terputuskan?”
pertanyaan Fakhri itu merentap jantung Sufian. Darahnya berderau laju.
“tu dulu. Benda dah berubah dan tak akan berlaku lagi.”kata Sufian
“mana kau tahu? Benda macam ni tak boleh diramal bro. Kau kena ingat tu”kata Fakhri.
Sufian mencuci tangannya.
“eh dah habis makan ke? Ade lagi nasi tu”kata Fakhri.
Sufian tidak menghiraukan kata Fakhri. Sufian berdiri.
“Paan? Wei kau nak kemana ni?”tanya Fakhri melihat Sufian bergerak keluar dari khemah.

Zharif bersandar di dinding bersebelahan dengan meja telefon. Zharif melihat gambar-gambar diskrin kamera digitalnya yang diambil sementara Adriana menukar pakaian yang lain pula. Amirah menghampiri Zharif.

“hey pakwe, seorang je ke? Mana Paan?”tanya Amirah
“kat bawah dengan Fakhri”jawab Zharif.
“kau dah makan?”tanya Amirah
“belum. Kejap lagilah kot”kata Zharif.
“habis Paan dah makan?”soal Amirah lagi.
“dia tunggu aku kot”kata Zharif.
Amirah kemudiannya bersandar disebelah Zharif.
so, macam mana? Ok tak?”tanya Zharif.
“apa yang ok?”
“ini,semua ini. Kau dengan Ana dah betul-betul ok?”tanya Zharif
much better. Aku dah boleh lepaskan dia secara total. Hati aku dah makin tenang. Aku melihat kebahagian sebenar dia bukanlah bersama aku, jadi aku lepaskan dia. Jika dulu aku memang tak dapat terima hakikat ini, tapi bila aku lihat senyuman dia, dia sebenarnya sedang berbahagia kini dan aku akan jadi bersalah sangat bila aku rampas kebahagiannya itu. Aku tak de hak ke atas dia, untuk selamanya. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kau”
“sebab apa?”
“sebab berjaya bukakan mata ini dan paling penting hati ini. Kau berjaya membuatkan pintu hati aku terbuka untuk melepaskan dia dari simpanan hati aku ini. Ana sebenarnya sengsara bila berada didalam hati aku. Jadi aku lepaskan dia untuk kebebasan dia. Dan aku rasa sungguh bahagia melihat orang yang aku cintai kini sedang berbahagia walaupun bukan bersama dengan aku.”kata Amirah.
Zharif tersenyum gembira melihat Amirah sekarang yang berubah. Perbualan mereka terhenti bila pengantin perempuan keluar dari bilik dan ke pelamin untuk sesi bergambar semula.

Fakhri menarik bahu Sufian.
“kau kenapa?”tanya Fakhri
“kau tu yang kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?!”bentak Sufian
“tak perlu kau nak tanya lagi. Kau sendiri tahu sebabnya”kata Fakhri
“aku cuma pelik kenapa kau masih tak boleh terima hakikat tentang ini? Kenapa kau nak terus jadi macam ni?”tanya Sufian.
Bunyi lagu yang dipasang di majlis perkahwinan Adriana sayup-sayup kedengaran. Suasana dibelakang rumah nenek Adriana sedikit sunyi. Tidak ramai yang berada di kawasan ini. Orang ramai lebih tertumpu pada kawasan halaman rumah.
“susah. Susah untuk aku terima hakikatnya”jawab Fakhri perlahan.
“itu bukan masalah aku. Itu masalah kau. Segalanya berpunca dari kau. Bukan dari aku. Aku hadir dalam hidup kau sebagai sahabat dan tidak lebih dari itu. Tolonglah faham Fakhri! Itu hakikatnya. Kau kena belajar untuk menerima hakikat ini”kata Sufian
“kau fikir mudah untuk aku buang hati aku? Dalam hati ini bukan untuk aku seorang sahaja. Tapi nama kau sebenarnya dah lama terpahat kat dalam hati ni Paan. Samada kau suka atau tidak, tapi itu adalah hakikatnya.”
“dan hakikat yang sama adalah aku bukan milik kau. Kau sendiri yang memahat nama aku dalam hati kau. Bukannya aku. Bukan aku seorang sahaja yang hadir dalam hidup kau. Tapi aku hadir bersama dengan kekasihku, iaitu Zhaf dan samada kau suka atau tidak, kau kena terima hakikat yang sebenarnya tentang itu.”
“kenapa kau tak nampak baiknya aku ni Paan? Kenapa kau selalu menidakkan rasa aku kepada kau?” Fakhri bertanya.
“kau dah jauh bro..terlalu jauh. Aku tak tahu macam mana lagi nak explain benda ni kat kau. Sama ada kau terima atau tidak keputusannya tetap sama. Kau dan aku mungkin tidak akan bersama. Bukan hanya sekarang, tapi mungkin sampai bila-bila!”Sufian merenung tepat ke mata Fakhri.
Fakhri terkedu. Bibir Fakhri terkaku. Nada suaranya tidak bernyawa seketika. Hati dan mindanya hilang segala kata-kata.
“kau kena belajar redha. Redha dengan takdir ini. Kau dan aku tak akan bersama bro. Maaf kata-kata ini benar-benar melukakan hati kau. Tapi ini hakikatnya bro. Kau kena belajar redha dan melepaskan rasa yang tak mungkin kau perolehi. Jangan hanya pandai berkata-kata pada orang tapi kau kene ikut kata-kata kau tu, sepertimana Amy menuruti kata-kata kau!”
“Amy?..”Fakhri berasa hairan.
“ye Amy. Amy yang beritahu aku malam tadi. Amy redha melihat kekasihnya duduk atas pelamin itu setelah tenang mendengar kata-kata dari kau. Tapi kenapa kau sendiri tak boleh buat apa yang kau cakapkan pada dia. Redha dan melepaskan!”
cukup padat dan tepat kata-kata Sufian umpama tamparan hebat buat Fakhri.
“kau pun kena ingat Paan. Sampai masa nanti kau juga akan jadi seperti Amy!”
“aku tahu masa itu akan tiba. Tapi jika itu yang terbaik untuk Zhaf. Aku tak akan halang dia. Zhaf juga perlu untuk membina keluarga sendiri, sama seperti Ana.”
“kau redha atas sebab itu? Bagaimana pula kalau sebab hal lain?”
“sebab apa?!”Sufian tegas bertanya. Lain benar bunyi pertanyaan Fakhri tadi.
Fakhri tersenyum sinis.
“woi kau orang! Buat apa tu?!”panggil Zharif lalu berlari anak ke arah Sufian dan Fakhri.
“wei pengantin lelaki dah sampai tu, jomlah.! Nanti tak sempat nak renjis-renjis pengantin nanti”kata Zharif.
Sufian dan Fakhri tidak bersuara.
“hey, what's wrong?”tanya Zharif
nothing, kita orang baru lepas merokok”kata Fakhri lalu berlalu pergi meninggalkan Zharif dan Sufian.
“Paan?”
“Zhaf. You cintakan I bukan?”pertanyaan Sufian kedengaran pelik buat Zharif.
“kenapa tiba-tiba tanya?”tanya Zharif pula.
“sebab I cintakan you. I harap benda yang sama dari you dan I harap you tak sembunyikan apa-apa dari I ”kata Sufian.
Zharif tersentap. Kepalanya digelengkan. Sufian sempat tersenyum lalu melangkah pergi. Zharif masih terkedu.


*                                  *                                      *



“Kompang di palu pengantin baru,

duduk bersanding tersipu malu,

kompang dipalu pengantin malu,

moga bahagia ke anak cucu,

kami doakan moga berkekalan,

selamat sejahtera hingga ke akhir zaman”

Bunyi paluan kompang mula bergema kuat. Pengantin lelaki yang memakai baju melayu kelabu kelihatan segak dan mukanya sedikit serius. Bunga manggar dijulang tinggi. Selangkah demi selangkah rombongan yang dikepalai pengantin lelaki itu merapati pengantin perempuan yang hanya diapit oleh pengapitnya yang berpayung putih itu.

“merahnya inai dijari,

tanda kasih dah termatri,

ikatan raja sehari ooo aaa,

hari yang dinanti-nanti,

sudahlah menjelma kini,

kekal dan abadi,

selamat pengantin baru moga kekal ke anak cucu,

selamat pengantin baru”


Zharif begitu leka mengambil gambar. Pengantin perempuan dan lelaki mula berjalan beriringan ke dalam rumah sambil paluan kompang masih rancak bergema. Sufian hanya diam berdiri melihat telatah beberapa tetamu yang sempat bergurau mesra dengan pasangan pengantin baru itu. Amirah juga tersenyum riang melihat pasangan mempelai duduk bersanding di atas pelamin. Fakhri hanya duduk di luar rumah sambil merokok.

Tetamu mula bergilir-gilir menepung tawar pasangan mempelai. Pelabagai aksi lucu mencuit hati pasangan mempelai. Amirah mengambil giliran untuk merenjis-renjis air mawar. Amirah dan Adriana berpelukan seketika “Tahniah sayang” bisik Amirah. Adriana sedikit terkejut namun membalas kembali senyuman dari Amirah.

“Paan jom”ajak Zharif sambil menarik lengan kekasihnya itu.
“tak naklah. seganlah”kata Sufian.
“pergilah Paan”suruh Amirah
“Amy kau ambil gambar kami ye”kata Zharif menghulurkan kamera yang tergantuing dilehernya.
Sufian kelihatan amat kekok untuk merenjis air mawar. Adriana ketawa kecil melihat aksi Sufian. Begitu juga dengan Zharif yang tidak kurang kekoknya.
“Fakhri mana?”tanya Amirah ketika menghulurkan kamera kepada Zharif.
“kat luar kot”kata Zharif.
“pergilah panggil dia”kata Amirah

“tak payahlah. Aku tak reti lah nak buat tu semua”kata Fakhri
bro, pergilah. Kau datang jauh-jauh tak kanlah tak buat. Ana tengah tunggu kau kat dalam tu”pujuk Zharif.
“aduh..”keluh Fakhri
akhirnya selesai sahaja Fakhri menepung tawar,pasangan mempelai bergerak ke meja makan untuk majlis makan beradab. Zharif dan Sufian duduk di meja makan diikuti Fakhri dan Amirah. Mereka makan tidak jauh dari meja pasangan mempelai. Mereka makan sambil berbual-bual kosong. Sufian tidak makan begitu banyak begitu juga dengan Fakhri.

“Zhaf nak pergi mana?”tanya Sufian melihat kekasihnya tiba-tiba berdiri apabila mereka selesai makan.
“nak pergi makan ubat kejap”jawab Zharif dengan slumber.
“ubat?”tanya Amirah
“vitamin muka dia la tu.”kata Sufian
“jaga mukalah. Muka dah mula berminyak ni” balas Zharif berlalu pergi.
“ingatkan Zhaf tu sakit”kata Amirah
“hahaha kalau dia sakit, akulah orang pertama yang tahu”kata Sufian
Amirah hanya tersenyum begitu juga dengan Fakhri, namun senyuman Fakhri sedikit kelat dan sinis.



*                                     *                                        *



“Akhirnya selamat sudah pasangan pengantin kita bersanding tadi dan kini sedang menikmati hidangan khas sebagai raja sehari. Baiklah bagi memeriahkan majlis,pihak kami membuka dan mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbangkan suara dengan berkaraoke pada petang ini. Bukan sumbangkan lagu ye hehe bagi sesiapa yang berminat bolehlah datang ke meja kami untuk memilih lagu-lagu yang ada”hebah Dj yang bertugas memainkan lagu sepanjang majlis tersebut.

“apa lagi bro, pergilah nyanyi”kata Amirah
“eh tak naklah”Fakhri menolak
“pergi jelah bro”kata Amirah.
“kalau awak nak, awak lah yang pergi”kata Fakhri
Amirah hanya tersenyum sambil melihat seorang lelaki yang sudah pun mula bernyanyi. Berkumandanglah lagu “Patri” nyanyian asal dari kumpulan Jinbara. Suara lelaki itu tidak begitu cela. Nadanya lancar tidak begitu mendatar walaupun ada bahagian-bahagian tertentu dalam lagu yang agak lari tempo nyanyiannya.

Selesai lelaki itu bernyanyian seorang wanita pula mengambil giliran untuk bernyanyi. Lagu asal dari Ziana Zain dengan tajuk “Madah Berhelah” dipilih wanita itu. Zharif kembali ke tempat mereka sambil tersenyum. Amirah merapati Zharif.

“aku tengok muka kau ni ok je, tak de apa-apa yang tak kena.. cuma mata kau je yang nampak kekuningan sikit ni”kata Amirah.
Sufian memandang Zharif
“apa lah kau ni, ubat ni ada side effect sikit. Sebab tu mata aku jadi macam ni, lama-lama nanti oklah. Ni tanda ubat tu berkesan”kata Zharif.
“oh ok” Amirah faham.


“uuu oo huu

cinta sebati dalam jiwa,

cinta menghancur jiwa raga,

cinta mengindahkan semua,

apakah sebenar erti cinta..



cinta titiskan air mata,

cinta memutuskan saudara,

cinta senyum gelak ketawa,

tiada di ertikan cinta..”



Suara Adriana kedengaran jelas mendendangkan lagu “Cinta” nyanyian asal dari Waheeda. Bersesuaian dengan imej dirinya kini yang sudah bertudung. Amirah hanya melihat Adriana mendendangkan lagu tersebut dalam busana pengantin. Entah mengapa jiwa Amirah berasa sedikit sayu.


“Kurniaan Ya Rabh itu indah,
walaupun kadang mampu meluka,
pelengkap jasad yang bernyawa,
tak dapat dinafi hadirnya”


Ketika menyanyikan baris lagu tersebut, mata Adriana memandang tepat ke arah Amirah. Amirah hanya merenung kembali mata Adriana. Zharif seakan perasan akan situasi tersebut turut menoleh ke arah Sufian yang tersenyum melihat Adriana.

Suami Adriana berjalan menghampiri Adriana sambil tersenyum girang. Selesai Adriana menyampaikan lagu tersebut. Giliran Suaminya pula menyanyi. Lagu “Cinta Kristal” yang dinyanyikan oleh Rahim Maarof. Walaupun suara pengantin lelaki itu terlalu mendatar namun mendapat tepukan gemuruh dari kaum kerabatnya.

“hey kau orang, tak nak nyanyi ke?”tanya Adriana ketika berjalan menghampiri mereka.
“hehe seganlah ana. Kita orang ni orang luar”kata Zharif
“nak segan apa pula. Bukannya kena bayar pun menyanyi tu”kata Ana sambil sempat menoleh ke arah suaminya yang kini sedang merokok dan berbual dengan kawan pejabat.
“segan sebab suara sumbanglah”jawab Zharif
“segan sebab tu ke? Paan tu tak kisah pun”kata Ana menoleh ke arah Sufian


“aku tak ingin kau menangis bersedih,

sudahi airmata dari mu,

yang aku ingin erti hadir diriku,

kan menghapus dukamu sayang,

kerna bagiku kau kehormatanku,

dengarkan dengarkan aku..



hanya satu pinta ku untukmu dan hidupmu,

baik-baik sayang ada aku untuk mu,

hanya satu pintaku disiang dan malam mu,

baik-baik sayang kerna aku untukmu..”


Suara Sufian kedengaran cukup jelas sekali menyanyikan lagu itu. Zharif memalingkan mukanya memandang ke arah kekasihnya yang sedang berdiri memegang microphone mendendangkan lagu “Baik-baik Sayang” yang ditujukan khas untuk Zharif. Zharif mengukirkan senyuman manis bila mendengar kekasihnya menyanyi khas untuknya.



“semua keinginan akan aku lakukan,

sekuat semampuku sayang,

kerna bagiku kau kehormatanku,

dengarkan..dengarkan aku..



hanya satu pinta ku untukmu dan hidupmu,

baik-baik sayang ada aku untuk mu,

hanya satu pintaku disiang dan malam mu,

baik-baik sayang kerna aku untukmu..”



Zharif tiba-tiba tersentuh lalu memandang ke arah Adriana.
“pasti ada cara lain untuk I dapatkan kunci pintu syurgaNya tanpa perlu melukakan hati insan yang paling I sayang” bisik Zharif kepada Adriana.
“tapi akhirnya nanti you akan ketemu juga pilihan ini kembali. Kunci ataupun Paan”balas Adriana tegas.
Zharif terdiam.

Sufian kembali ketempat duduknya setelah selesai bernyanyi. Sufian memeluk bahu Zharif. Zharif hanya tersenyum. Fakhri yang duduk dibelakang pasangan kekasih itu hanya berdiam diri.
“lepas ni siapa pula, biar Zhaf yang pergi nyanyi lak”kata Adriana
“eh Amy la yang nyanyi”kata Zharif melihat Amirah sudah bersedia memegang microphone.




“walau hatiku pedih,

ku rasa sendiri kepedihan,

kesakitan hatiku menangis,

rintihan jiwa yang terus merana



walau ku sendirian,

ku renangi lautan yang dalam,

tiada siapa sudi perhatikan,

itu yang ku duga selama ini”



Adriana tahu bahawa Amirah memang meminati Stacy, namun lagu ini belum pernah didengari Adriana sebelum ini. Amirah pula tidak pernah bersiulan lagu ini kepada Adriana dahulu ketika berpacaran dengannya. Lagu rentak perlahan konsep balada ini benar-benar membuatkan suara Amirah kedengaran lunak. Lagu “Cinta yang Ku Duga” oleh stacy ini dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Amirah.



“kesakitan cinta yang melandaku,

menghentikan degupan rindu,

yang hampir bernyawa,

kecewa yang tiada terhingga,

bila mendengar berita kau tak cintai ku,

kini ku fahami erti cintamu,

kau hanya bernyawa tanpa ku dalam dirimu,

kecewa melanda dihati,

mengapa begini yang aku hadapi

kekasihku..uuu..huu..ooo”




jantung Adriana bagaikan direntap seketika mendengar bait-bait lirik lagu tersebut. Seolah-olah Amirah meluahkan rasa sebenar yang terbuku dalam hatinya. Mata Adriana mula bergenang. Adriana mula membayangkan betapa perit hidup Amirah bila ketiadaannya nanti. Selesai menyanyi, Amirah kembali duduk ditempatnya. Amirah hanya mendiamkan diri.

its your turn sayang. Pergilah nyanyi”suruh Sufian.
“ish tak mahu lah. Suara I tak sedap macam you”Zharif memberi alasan.
“mana adil, semua dah nyanyi, tinggal you dengan Fakhri je yang belum.”kata Sufian.Fakhri menjeling Sufian.
“entah Zhaf. Pergilah. Please Zhaf, for my weeding day”rayu Adriana.
“ok-ok.”kata Zharif lalu berdiri.
“jom bro. Kita sama-sama pergi nyanyi”Zharif menarik lengan Fakhri.
“eh tak naklah!”kata Fakhri
“cepatlah bro, pergi jelah”kata Amirah
“entah pergilah. Sportinglah sikit”sokong Sufian
akhirnya Fakhri mengalah. Zharif dan Fakhri melangkah ke meja Dj memilih lagu untuk dinyanyikan. Sufian duduk dikerusi yang dekat berhadapan mereka.



“telah jauh terpisah diriku dan dirimu,

dalam ruang dan waktu,

sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu,

resahku tanpa hadirmu,

sungguh berat hatiku,

untuk merasakannya..”



Suara Zharif mula berkumandang jelas di pembesar suara membawakan lagu “Tak Bisa Memilihmu” vokal asal dari kumpulan Sixth Sense. Sufian tersenyum bangga mendengar kekasihnya mendendangkan lagu tersebut. Sufian merakam video nyanyian mengunakan telefon bimbitnya.




“salahku mencinta dirinya,

saat jauhku terpisah,

darimu dan hadrinya,

menyentuh hatiku untuk mencintainya,

hatiku pun inginkannya,

hingga runtuh setiaku kepada dirimu..

kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku”



Amirah mendekatkan mukanya kemuka Adriana.
“nampaknya Zhaf masih belum boleh memilih lagi”kata Amirah
“bukan senang nak meninggalkan orang yang kita cintai”balas Adriana
“ye betul tu, I dapat rasa sebab I tengah alaminya”kata Amirah lalu menoleh semula ke arah Zharif.
Adriana tersentak. Wajah Amirah ditatapnya dalam-dalam.



“Maafku tak bisa memilih dirimu,

kerna ku terhanyut mencintai dia,

inilah salahku yang memberi ruang,

didalam hatiku untuk mencintainya”



Selepas menyerahkan microphone kepada Fakhri, Zharif berjalan dan duduk kembali disebelah Sufian.
nice bro.. very nice”puji Sufian sambil menepuk-nepuk manja bahu Zharif



“itukah dia kekasih yang pernah berjanji,

memberi cinta untukmu sepenuh hati,

ia akan menyesal suatu hari nanti

apabila ia mengetahui,
kekasihmu ini ingin kembali..”



“tahukah engkau dia tak sepadan denganmu,

walau beribu bisik janji ia merayu,

kekasihmu ini terlalu ingin kembali,

semenjak ia mengetahui,

kekasih itu membuat kau bersedih...”


Sufian menoleh ke arah Fakhri yang memandangnya tajam ketika menyanyikan lagu “Akulah Kekasihmu” dari kumpulan “AXL” . Suara Fakhri begitu lunak dan saling tidak tumpah dengan suara penyanyi asal. Fakhri benar-benar cemerlang menyampaikan lagu tersebut.


“Oh kekasihmu ini akan merasa gembira,

andai dapat bersama untuk selama-lamanya,

hanya untuk menyanyangimu,

hanya untuk bercinta lagi...”



Entah mengapa Sufian dapat merasakan lagu yang dinyanyikan Fakhri itu dituju khas kepadanya. Sufian benar-benar dapat merasakan maksud Fakhri dalam sesetengah lirik lagu yang dinyanyikan Fakhri.


“aku akan kembali walau jalan berliku,

kernaku kekasihmu hingga ke akhir hanyat..”


*                                                 *                                                        *



Fakhri menutup bonet keretanya setelah memasukkan semua bagasi. Fakhri melihat jam tangannya. Sudah hampir pukul 7 malam. Fakhri mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya. Sufian dan Zharif berjalan ke arah Fakhri sambil membawa beberapa beg palstik berisi makanan.

“banyaknya makanan”kata Fakhri.
“mak Ana tapaukan untuk kita. Malam nanti kalau lapar boleh lah makan tak perlu nak masak lagi.”kata Zharif.
“Amy mana?”soal Fakhri

Adriana berjalan ke arah Amirah yang sedang berdiri di sebelah pangkin. Amirah menyimpan telefon bimbitnya apabila menyedari Adriana sedang berjalan menghampirinya.

“hey, dah siap packing ke?”tegur Adriana
“dah. Semua dah ada dalam kereta.”kata Amirah.
staylah untuk satu malam lagi, esok I bersanding dirumah pengantin lelaki pula”kata Adriana
“tak perlulah. Esok dah mula kerja semula.”kata Amirah.
“terima kasih sebab sudi datang ke majlis perkahwinan I ”kata Adriana
“terima kasih juga sebab sudi jemput I. I harap you berbahagialah dengan suami you”kata Amirah.
“terima kasih. Doa-doakanlah ye. I pun harap you juga akan bahagia dan berjaya dalam hidup you.”kata Adriana.
I sayangkan you. Sayangkan persahabatan kita.”
I tak akan hapuskan you dari ingatan I. Bercinta dengan you adalah pengalaman yang terindah buat I. I harap dalam hubungan kita dalam persahabatan juga I mampu miliki pengalaman dan kenangan indah sehebat waktu I bercinta dengan you”kata Amirah.
“oh..”muka Adriana tertunduk ke tanah.
“terima kasih Amy..terima kasih!”tiba-tiba Adriana memeluk Amirah.
Gugur jugalah airmata mereka. Hubungan percintaan mereka tidak terkubur tapi berganti dengan hubungan yang diredhaiNya. Hubungan persahabatan yang diharap kekal hingga ke akhir zaman.





~bersambung~

15 comments:

  1. assalamulaikum khuzairi terima kasih kerana telah mengpostkan bab yang ke dua puluh ,begitu menarik lagi ceritanya ,seronok membacanya .dimana kita lihat pertembungan diantarasufian fan fakhri dimana sufian boleh terima hakikat kalaulah zharif dan tinggalkan dier pada satu hari ingin berubah ,dan akhirnya amirah terpaksa melepaskan kekasih itu .walaupun hatinya tidak rela demi persahabatan .jalan cerita ini penuh dengan lagu -lagu yang menarik yang mempunyai perhubungan kelima -lima watak he he so selamat pengantin baru adriana he he harap-harap pembaca lain dapat mengambil teledan dari bab ini ,di sudahi kalam dengan assalamulaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikan konflik antara zharif dan sufian dlm part akan dtg

      Delete
  2. eh ..khuzai blog Puteri dah ta wo alif tup tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog si Puteri kisas seorang les ..
      nape? dia tutup

      Delete
    2. entah dia..maybe dia dah kantoi kot

      Delete
    3. Hello, tk kntoi. Tpi I know someone perhtikan sy. Tkpe sy ada blog bru. Ehehehe

      Delete
    4. Blog Puteri masih ada lagi. Cuma setting pc cik abang kena tukar untuk masuk blog Puteri. Elok je org lain bole masuk.

      Delete
  3. aku still rasa plot antara fakhri dengan sufian x berkembang dengan baik. I mean, memang ada jatuh cinta pandang pertama, tapi kalau berdasarkan cerita kau ni, aku tak rasa si fakhri tu mudah jatuh cinta. and terasa pelik sangat tetiba si fakhri boleh jatuh angau terus dengan sufian. takde pun dalam citer kau scene2 yang aku dapat lihat mengapa si fakhri tetiba jatuh cinta kat sufian, selain ciuman kat campfire (mungkin tak perasan kot, ada yang lain)

    oklah, ni pendapat aku saja lah kan, lagipun aku seronok membaca cerita bersiri yang ko tulis. tapi, tak salah nak bagi pendapat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb komen dan sedar akan hal tersebut..perbanyakkan lagi komen anda pada masa akan datang..saya hargainya..utk menjawab soalan itu..

      cerita ini melibatkan banyak watak pada bahagian awal cerita..dan aku lebih huraikan penceritaan watak-watak sampingan dahulu dari watak utama..sbb itu cerita bg watak utama tidak banyak huraian.tp masih hidup walaupun tak byk scene..ni adalah novel bersiri,byk lg part yg akan dtg..jika mengikut rangka cite yg aku wat..cite ini cite panjang..sepanjang novel sisi gelapku 1 dan 2 yg ada byk part.mungkin lebih panjang dari sisi gelapku..dulu ada juga org komen sama mcm ko komen time aku publish part demi part cite sisi gelapku,sbb ada watak ni kurang perinciannya lps dia baca part2 seterusnya baru dia tau, sbb jln cite tu x sama mcm yg dia jangkakan..dan jangan harapkan jalan cite yg aku karang ni sama seperti penulis2 yg lain..sbb cara aku berbeza..

      Delete
  4. maksudnya ko pun tahula memang ada missing plot di sana?

    ok, teruskan berkarya. And dont worry, saya akan baca every episod and give komen mana yang saya rasa perlu diperbaiki.

    pada aku, memang semua penulis mengharapkan cerita yang dia karang tak sama dengan orang lain. kalau boleh idea yang digarap tu biarpun asasnya sama, tapi pengolahan cerita tidak lah sama.

    Lagi satu, I dont want you sama mcm orang lain, I've just expressed my opinion tentang kehairanan saya mengenai Ke'angau'an fakhrul kepada sufian (if you can put it that way. lol)..ala masa dulu kan ada belajar KOMSAS, so ni kira lebih kurang mcam tu la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot itu tidak missing cuma belum muncul lagi..susah nak gi jelaskan disini..cuma tunggu dan baca part2 akan datang.. ye aku mmg nantikan komen dari semua pembaca blog aku ni..respon dari korang menaikkan minat aku lg utk menulis..

      Delete
  5. khuzai...budat duit koxda sambong samonglagii ka?

    ReplyDelete
  6. salam..apek ko g mana? dah 13 hai dah ni? khuzai... ko mana? 23 hai lagi posa... selamat hari raya...

    ReplyDelete