07 July 2013

Tentang Rasa -part 21: Budi dan Janji-

  


Tentang Rasa -part 21: Budi dan Janji-

 
Selepas makan malam dari lauk majlis pengantin Adriana yang dibungkus oleh ibu Adriana pada petang tadi, Zharif dan Sufian berlalu masuk ke dalam bilik tidur. Amirah juga beransur pulang. Selepas mengunci pintu pagar, Fakhri berjalan ke arah kolam ikan. Makanan ikan diambil dan ditaburnya ke dalam kolam. Fakhri termenung seketika melihat ikan-ikan itu. Malam itu semakin dingin. Sesekali angin bertiup. Guruh berbunyi dilangit kelam. Tanda hujan bakal turun.

Sufian hanya melihat Zharif berjalan perlahan ke arahnya. Zharif baru selesai membantu Fakhri didapur. Zharif duduk disebelah Sufian. Buat seketika masing-masing tidak bercakap dan tidak bersuara. Sufian membuka bajunya. Zharif menoleh ke arah lain. Muka Zharif ditarik Sufian. Mulut Sufian menguncup mulut kekasihnya. Tangan Sufian mula memeluk erat badan Zharif. Sufian mencium dan menjilat leher Zharif. Baju Zharif cuba ditanggalkan Sufian.

“ermm”Zharif memegang tangan Sufian.
I letih”kata Zharif lalu menolak lembut bahu Sufian.
sorry sayang.”sambung Zharif sambil mengesat bibirnya.
Sufian mengangukkan kepala.
you dengan Fakhri bergaduh ke?”tanya Zharif.
Sufian sedikit tersentak. Sufian tidak menjawab. Sufian hanya mengelengkan kepala.
I nampak. Dari dalam kereta lagi you dan Fakhri tidak banyak berbual. Masa makan tadi pun you banyak mendiamkan diri. Apa yang tak kena? Cakaplah pada I” kata Zharif.
“tak ade apela. I letih je”kata Sufian lalu berbaring di atas tilam.
I cuma harap hubungan kita dan Fakhri baik-baik sahaja. Dia dah banyak bantu kita. Tak eloklah kita nak bermasam muka dengan dia. Budi dia pada kita banyak. Tak tahu macam mana nak balas”kata Zharif.
“ye, budi dia pada kita memang banyak dan I tahu macam mana nak balas budi dia”kata Sufian
“macam mana?”tanya Zharif kehairanan.
“dengan cara I bercouple dengan dia”jawab Sufian slumber
“hah?”Zharif pelik
“sebenarnya Fakhri tu gay.dia suka pada I. Fakhri suka pada I sebenarnya. Benda ini sudah lama. Sejak kita mula tinggal di rumah dia lagi. Dia pernah suarakan perasaan dia pada I. I sudah tegaskan banyak kali pada dia yang I hanya milik you shaja. Namun dia masih tidak faham. Pagi tadi masa you jumpa dengan I dengan dia di belakang rumah Ana, kami baru sahaja lepas bertengkar mengenai ini. Dia yakinkan I untuk bercouple dengan dia dan tinggalkan you. Entah mengapa dia yakin sangat yang you akan tinggalkan I nanti.”cerita Sufian.
Zharif benar-benar terkejut dengan apa yang disampaikan oleh kekasihnya itu.
“dia cakap I tinggalkan you nanti?”tanya Zharif
Sufian mengangukkan kepala.
“sebab apa?”tanya Zharif
“dia tak beritahu pula. Dia hanya kata yang you juga akan tinggalkan I.”kata Sufian lalu bersila di hadapan Zharif.
Zharif hanya memandang Sufian.
look sayang. I know, someday you will get married and have a family like Ana.”
Zharif terdiam dan menundukkan mukanya.
“bila tiba waktu itu, I memang sedia melepaskan you. I tau yang I dan you bukan kekal untuk selama-lamanya. I tak de hak untuk melarang you untuk teruskan hidup you, walaupun I adalah kekasih you tapi I dan you harus ingat yang cinta kita ni tak boleh bawa ke mati. Sama seperti Ana dan Amy, akhirnya mereka berpisah dengan cara baik dan hubungan mereka terus hidup walaupun bukan sebagai pasangan kekasih. Macam you, I juga akan bina keluarga I sendiri. Tapi untuk saat ini, I belum bersedia untuk melepaskan you. Waktunya belum tiba lagi.”terang Sufian sambil mengengam erat tangan Zharif.
Zharif terus senyap tertunduk.
“Zhaf, I berjanji dengan you untuk menjadi kekasih yang terbaik dalam hidup you hingga sampai saat kita terpisah kelak”kata Sufian.
Zharif menitiskan air matanya dalam sedu-sedan.
“dan I harap you dapat janji dengan I, jangan khianati janji yang I buat pada you. Segalanya begitu sempurna dalam hubungan kita. I jujur dengan apa yang menimpa I, kehadiran Fakhri nampak seakan melengkapkan kebahagian kita tapi sebenarnya Fakhri hadir untuk mengoyahkan hubungan kita. I tak larang untuk you percaya pada Fakhri cuma I harap you lebih berhati-hati setelah apa yang dia buat pada I.”kata Sufian.
“jangan bencikan dia. Walaupun dia mempunyai hasrat buruk pada kita tapi dengan bantuan dia,kita selesa untuk berada disini”kata Zharif
I tak bencikan dia Zhaf. Cuma I tak suka cara dia yang nak merampas I dari you”kata Sufian
“sudahlah tu. Jangan difikirkan sangat hal itu.”kata Zharif
Sufian memeluk Zharif erat-erat.
“buat masa sekarang tidak ada sesiapa yang boleh merampas I dari you atau you dari I. Hanya bila tiba waktunya, barulah kita akan terpisah walaupun hakikatnya rasa kita masih kekal bersama”kata Sufian.

Waktu sudah menunjukkan hampir ke pukul 2 pagi. Fakhri meliuk-liukkan kekiri dan kanan lehernya,bunyi derapan rengangan lehernya itu agak kuat dari biasa. Tanda Fakhri benar-benar letih. Angin bertiup perlahan-lahan. Dingin. Hujan mula turun renyai-renyai membasahi bumi.

bro”Zharif tiba-tiba berdiri dibelakang Fakhri.
“kau tak tidur lagi?”tanya Fakhri.
Zharif mengelengkan kepala lalu duduk disebelah Fakhri.
“esok pukul berapa kau balik?”tanya Fakhri
“entah,lepas Asar kot”jawab Zharif.
Fakhri mengangukkan kepala.
“esok kau buka gerai?”soal Zharif pula
“kalau kau orang balik sebelum maghrib,aku bukalah”jawab Fakhri.
Zharif mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya.
bro, kau sebenarnya gay juga kan.”pertanyaan Zharif jelas tanpa berkias.
“Paan dah beritahu kau”jawab Fakhri tenang
“aku dah lama dapat rasa yang kau ni gay dan bukan itu sahaja yang Paan beritahu aku”kata Zharif.
Hujan mulai lebat.angin dingin bertiup tanpa henti.
“jadi kau nak buat apa kat aku?”tanya Fakhri.
Zharif tidak bersuara. Hanya melihat ke kawasan luar rumah yang suram disirami hujan lebat.
“aku tak kisah kalau kau nak marah aku ke nak belasah aku ke atau apa sahaja. Sebagai kekasih Paan, kau ada hak untuk buat perkara itu”kata Fakhri
“tapi itu bukan cara yang terbaik nak selesaikan masalah. Dan bagi aku perkara tersebut tidak menjadi masalah buat aku. Lagipun niat aku tidak ada bezanya dengan niat kau kepada Paan”kata Zharif.
“aku harap apa yang kau sedang buat sekarang ni adalah perkara yang baik”kata Fakhri.
Zharif hanya mendiamkan diri.


*                                   *                                      *


Usai menikmati hidangan tengahari di sebuah gerai makanan, ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya melangkah keluar dari pasar raya. Waktu semakin menghampiri pukul 2 petang. Fakhri menolak troli yang berisi penuh dengan barangan keperluan untuk berniaga burger pada malam ini. Sufian berjalan bersama Zharif di depan.

Langkah Sufian terhenti tiba-tiba. Zharif hairan. Zharif melihat muka Sufian kaku melihat kehadapan. Terlihat ahli keluarga Sufian benar-benar sedang berdiri bertentangannya. Ayah Sufian menarik tangan isterinya, ayah Sufian menukar haluan jalan. Wajah ibu Sufian sedikit sayu dan tersenyum melihat anak bongsunya itu. Abang sulung Sufian hanya tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Sufian. Sufian menundukkan mukanya.

Zharif berjalan ke arah Sufian yang termenung di tingkap bilik itu. Semua beg pakaian mereka telah dimasukkan kedalam kereta oleh Zharif. Badan Sufian dipeluk dari belakang. Waktu sudah melepasi Asar.

you fikirkan hal tadi ke?”tanya Zharif
Sufian tidak menjawab pertanyaan Zharif.
you rindukan family you?”tanya Zharif lagi.
I rindukan keluarga I yang dahulu”jawab Sufian.
“benda dah terjadi. Janganlah you nak ingat tragedi itu lagi.”kata Zharif
“ye. Walaupun I dah kehilangan keluarga I, tapi I bersyukur sebab I tak kehilangan you juga”kata Sufian.
Zharif cuba untuk tersenyum.

Fakhri hanya melihat pasangan kekasih itu berjalan ke arah luar rumah. Sufian berjabat tangan dengan Fakhri. Selepas itu Sufian terus berlalu ke arah kereta. Tiada kata-kata yang diucapkan kepada Fakhri. Begitu juga Fakhri, tiada sebarang nada yang keluar. Zharif berjalan ke arah Fakhri.

bro, kami balik dulu. Terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan kami.”kata Zharif
“baik”Fakhri menganguk faham.
“maafkan Paan. Dia tak macam tu selalu, cuma dia sekarang tak berapa ok sangat”kata Zharif
“tak pe, aku faham sangat dengan Paan tu”kata Fakhri lalu menoleh ke arah Sufian yang berada didalam kereta.
“oklah, kita orang gerak dulu”kata Zharif.

Perjalanan pulang pada petang itu sedikit suram. Sufian dan Zharif tidak banyak berbual. Lagu Rindu dendangan kumpulan Kerispatih mengalun lembut didalam kereta Satria neo milik Zharif. Sufian sudah pun lena. Jam di papan pemuka menunjukkan waktu hampir ke pukul 6 petang. Zharif memasuki selekoh ke kawasan RnR.

Zharif tidak mematikan enjin keretanya bagi terus menghidupkan penghawa dingin keretanya. Sufian benar-benar lena. Zharif segera berlalu ke surau berdekatan. Solat Asar belum lagi ditunaikannya. Pandangan Sufian dirasakan pelik bila matanya dibuka. Sufian menoleh ke kanannya. Zharif tiada. Kereta berhenti dikawasan RnR.

Sufian keluar dari kereta dan menuju ke tandas. Mukanya dicuci. Tiada kelibat Zharif di dalam tandas. Sufian kemudiannya meluru ke surau. Terdapat sandal Zharif di luar pintu masuk surau. Sufian menjengah ke dalam surau. Zharif sedang duduk diantara dua sujud. Sufian sedikit hairan melihat Zharif.

Usai bersolat, Zharif melangkah keluar dari surau terus ke keretanya. Sufian masih lagi lena tidur. Zharif menruskan perjalanan pulang ke kampus. Zharif tidak mengejutkan Sufian yang sedang lena. Kurang dari 20km lagi sampailah mereka ke destinasi.

Kereta di parkir dikawasan yang tidak jauh dari bangunan asrama lelaki. Zharif mengejutkan Sufian. Sufian dan Zharif membimbit beg pakaian masing-masing berjalan ke bilik. Zharif menelan dua biji pil sebelum baring ke atas katilnya. Sufian pula keluar bilik dan menuju ke bilik air untuk mandi.

Zharif sudah lama lena. Sufian membawa beberapa buah buku dan nota-nota untuk menelaah bersama dengan rakan-rakan kelasnya yang lain untuk menghadapi peperiksaan esok. Waktu sudah menunjukkan awal maghrib.

Telefon bimbit Zharif berdering. Mata Zharif dibuka perlahan-lahan. Keadaan bilik sudah hampir gelap. Sufian tiada dalam bilik. Panggilan telefon oleh rakan kelas dijawab Zharif. Selepas isyak Zharif akan berjumpa dengan rakan-rakan kelasnya untuk mengulang kaji untuk peperiksaan semester esok.

'syg, paan dinner dgn dak2 kls.kitorg stdy utk exam esok.mybe balik dlm kul 10mlm' begitulah bunyi sms yang dihantar Sufian kepada Zharif.

Zharif berjalan menuju ke surau. Kepalanya sedikit pening dan dirasakannya berat. Mungkin sebab tidur petang dan juga letih semasa memandu belum hilang lagi. Beberapa orang lelaki menyapanya sebelum mereka berjalan menuju ke tempat wudhuk.

lately ni aku selalu nampak kau bersolat disurau”tegur seorang rakan kelas Zharif sesudah bersolat.
“aku rasa lebih khusyuk solat disurau”jawab Zharif sambil tersenyum
“lepas isyak kita pergi makan dan study ok?”
Zharif mengangukkan kepala.
“Adi, ramai ke yang join kita study nanti?”tanya Zharif kepada Hadi,rakan kelasnya.
“tak ramai lah. Cuma ada beberapa rakan perempuan pun akan turut serta. Kita study di pondok bacaan bersebelahan dengan pejabat marketing”kata Hadi
“ok”jawab Zharif
“ermm lama ke tak?”tanya Zharif lagi
“entah. Tengoklah nanti, kenapa? Kau ada hal lain ke?”tanya Hadi
“tak, tanya je”
“kalau lama sangat, nanti kita tapau makanan dan makan sambil study la”kata Hadi.
Zharif tersenyum.

Sufian membaca sms yang dihantar Zharif. Sufian menyimpan telefon bimbitnya selepas selesai membaca. Zharif mungkin akan balik lewat ke bilik. Sufian faham dan tidak bersangka buruk pada kekasihnya. Sufian percaya Zharif tidak akan selingkuh dengannya. Nota-nota itu disimpannya kedalam fail. Rakan-rakan Sufian yang lain sudah lama pulang ke bilik masing-masing.

Waktu menunjukkan pukul 10.30 malam. Sufian berjalan pulang ke asramanya. Malam itu agak hangat dirasakanya. Angin malam langsung tidak bertiup. Sufian meneguk minuman tin yang dibelinya di cafeteria tadi. Sufian mengeluarkan telefon bimbit. Telefon bimbit itu dibelek-beleknya sebelum menyimpannya semula ke dalam kocek seluar. Sufian tidak jadi untuk menghubungi Zharif risau dia akan mengangunya.

Setelah menyimpan buku dan nota didalam bilik. Sufian berjalan keluar menuju ke balkoni. Sufian merokok berseorangan. Kawasan balkoni dan koridor bangunan itu gelap tidak berlampu. Sufian sudah lali dengan keadaan begini. Lampu di koridor selalu sahaja rosak walaupun sudah dibaiki berkali-kali sebelum ini.

“kau fikir mudah untuk aku buang hati aku? Dalam hati ini bukan untuk aku seorang sahaja. Tapi nama kau sebenarnya dah lama terpahat kat dalam hati ni Paan. Samada kau suka atau tidak, tapi itu adalah hakikatnya.”
“dan hakikat yang sama adalah aku bukan milik kau. Kau sendiri yang memahat nama aku dalam hati kau. Bukannya aku. Bukan aku seorang sahaja yang hadir dalam hidup kau. Tapi aku hadir bersama dengan kekasihku, iaitu Zhaf dan samada kau suka atau tidak, kau kena terima hakikat yang sebenarnya tentang itu.”
“kenapa kau tak nampak baiknya aku ni Paan? Kenapa kau selalu menidakkan rasa aku kepada kau?” Fakhri bertanya.

Sufian memikirkan peristiwa yang berlaku sebelum ini di majlis perkahwinan Adriana. Fakhri lantang bersuara. Fakhri tetap bertegas mengenai perasaannya terhadap Sufian. Memang aneh bila memikirkannya lagi. Fakhri tidak sepatutnya menyimpan perasaan terhadapnya yang sudah berpunya. Hati Sufian sudah dimiliki Zharif.

“kau pun kena ingat Paan. Sampai masa nanti kau juga akan jadi seperti Amy!”

“aku tahu masa itu akan tiba. Tapi jika itu yang terbaik untuk Zhaf. Aku tak akan halang dia. Zhaf juga perlu untuk membina keluarga sendiri, sama seperti Ana.”

“kau redha atas sebab itu? Bagaimana pula kalau sebab hal lain?”

“sebab apa?!”Sufian tegas bertanya. Lain benar bunyi pertanyaan Fakhri tadi.

Fakhri tersenyum sinis.

Sufian masih lagi buntu dengan kata-kata Fakhri. Tentu ada makna disebalik kata-kata lelaki itu. Seolah-olah Fakhri tahu mengenai sesuatu dari Zharif. Adakah Zharif sudah merancang sesuatu bersama dengan Fakhri.

“ I cuma harap hubungan kita dan Fakhri baik-baik sahaja. Dia dah banyak bantu kita. Tak eloklah kita nak bermasam muka dengan dia. Budi dia pada kita banyak. Tak tahu macam mana nak balas”kata Zharif.



“jangan bencikan dia. Walaupun dia mempunyai hasrat buruk pada kita tapi dengan bantuan dia,kita selesa untuk berada disini”kata Zharif

“ I tak bencikan dia Zhaf. Cuma I tak suka cara dia yang nak merampas I dari you”kata Sufian

“sudahlah tu. Jangan difikirkan sangat hal itu.”kata Zharif


Sufian merenung dalam-dalam kotak rokoknya.
'kenapa begitu penting Fakhri pada dia? Apa yang dia sembunyikan dari aku?' Sufian masih buntu mencari jawapan disebalik segala yang terjadi.

“wei..tengah termenung ke?”tanya Faizul lalu menepuk belakang badan Sufian.
“kau buat aku terkejutlah”kata sufian
“kau tak study ke?”tanya Faizul
“dah habis study dah. Kejap lagi aku tidurlah”kata Sufian.
“oh”
“yang kau ni dah study ke belum”tanya sufian
“dah la beb. Siap dengan toyol sekali hahaha”kata Faizul
“hahaha kalau kau sama paper dengan aku esok kan bangus. Boleh kongsi toyol hehe”kata Sufian lalu berjalan ke biliknya
“tula, aku ni memang tak kedekut nak kongsi ilmu, apatah lagi toyol hehe”
Faizul duduk dikerusi bersebelahan katil Sufian.
“macam mana dengan cuti kau? Tak akan tak de souvenir untuk aku?”tanya Faizul
“haha aku pergi majlis perkahwinan kawan aku la. Mana ada souvenir nak beli”kata Sufian lalu menghidupkan komputer ribanya.
“ala tak kan bunga telur pun tak de kot”kata Faizul.
“haha nanti aku kahwin aku bagi kau bunga telur satu bakul”
“mana roommate kau?”tanya Faizul sambil melihat kawasan sekeliling bilik
“dia belum balik lagi. Tengah study dengan budak-budak dia la”kata Sufian.

Faizul kemudiannya memeluk pinggang Sufian. Sufian hanya membiarkan sahaja seolah-olah membenarkan Faizul berbuat begitu. Faizul meletakkan kepalanya di bahu Sufian.

“kau tengok apa?”tanya Faizul
“tak ade ape, tengok nota-nota je sikit”kata Sufian.
“hmm k”Faizul mula mendekatkan kepalanya dengan kepala Sufian. Bibir Faizul mula mencium pipi Sufian.

Sufian terkaku. Hatinya memberontak menyuruhnya melawan dari membiarkan Faizul terus mengomolnya. Namun kerana nafsu, Sufian lemah dan membiarkan sahaja. Sudah lama Sufian tidak merasa begini, sejak kebelakangan ini Zharif tidak lagi intim dengannya malah untuk berkuncup pun jarang apatah lagi untuk melakukan hubungan terlarang, jauh sekali tidak.

Faizul kemudiannya mencium bibir Sufian. Lembut dan penuh dengan berahi. Faizul memeluk erat badan Sufian. Ciumannya diteruskan. Sufian benar-benar layu dalam perlukan dan ciuman Faizul. Tiba-tiba mata Sufian terbuka luas. Sufian tersentak melihat ke arah pintu bilik..

“wei, kau tak tutup pintu ke?”marah Sufian lalu berdiri dan berjalan ke pintu.
“aku..sorry lupa”kata Faizul.

Sebelum Sufian menutup pintu bilik Sufian terdengar derapan tapak kaki dan terlihat akan susuk lembaga dalam kegelapan berjalan ke hujung bangunan. Sufian mengamati susuk lembaga itu. Jantung Sufian berdegup kencang. Sufian melangkah pantas mengejar lembaga itu, khuatir jika lembaga itu perasan atau terlihat aksi ciumannya bersama dengan Faizul ketika melalui biliknya.

Langkah lembaga itu pantas. Menuju ke tangga. Sufian berhenti dari mengejarnya. Walaupun hatinya risau,Sufian cuba memikirkan kemungkinan lembaga tadi tidak perasan perbuatannya bersama Faizul. Dari tingkat atas bangunan itu Sufian masih memerhatikan lembaga tersebut. Makin lama makin jelas. Susuk tubuh seorang lelaki berjalan ke kawasan parkir kereta.

“oh..Zharif!!”terpacul dari mulut Sufian apabila melihat lembaga yang berupa seorang lelaki masuk ke dalam kereta Satria Neo milik kekasihnya. Kereta tersebut kemudiannya bergerak keluar dari kawasan kampus.




~bersambung~


6 comments:

  1. Fuhh..mkin menderbr...Sufian tk setia..jnji nk setia..Dunia gay..gitule..ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah dik.. dalam dunia plu ni mmg ramai yg mcm ni..curang secara sengaja atau tidak sengaja..

      Delete
  2. kan dah kantoi hahahaha

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum kita lihat zhaif dah berubah kejalan yang kebaikan dia sembayang bertemu ketenangan ,plot ini akan menjadi menarik lagi di cerpen -cerpen yang datang apabila zhaif dapat tahu sufian curang dengan nya ,sedangkan paan dah pun memberitahu zharif dia akan terima kenyataan yang suatu hari zhaif akan tinggalkan dier .

    ReplyDelete
  4. kalau boleh follow up blog saya...baru belajar nak menulis..klu ada yg salah sila tunjuk ajar :) http://kakiberangan.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. salamat hari raya khuzai..lama ko menyepi...
    miss u so much ..i mean your cerita hehehe

    .. ko dah ada awok ey? bz or tengah honey moon..:)
    sambunglah citer khuzai..
    abg janggut

    ReplyDelete