15 September 2013

Tentang Rasa -part 24 : Hard Time-

 



Tentang Rasa -part 24 : Hard Time-
 
Fakhri menutup pintu pagar. Amran membuka pintu rumah Fakhri lalu mambawa masuk peralatan dan barangan berniaga. Sufian hanya berdiam diri melihat kerja yang dilakukan Amran. Fakhri membantu Amran dan membawa masuk barang-barang ke dalam rumah dan meninggalkan Sufian berseorangan diluar rumah. Sufian berjalan ke arah kolam yang terdapat di bucu rumah Fakhri.

Air muka amran sedikit mencuka. Amran langsung tidak senyum setelah Fakhri memperkenalkan Sufian kepadanya semasa di gerai burger tadi. Amran hanya melakukan kerja dengan senyap dan pantas.

“Am, kenapa ni? Abang tengok Am lain macam je dari tadi”tegur Fakhri
“tak de ape”jawab Amran
“apa yang tak kena ni? Cakap dengan abang, dari tadi abang tengok Am lebih senyap je”kata Fakhri
“Am penatlah bang.”runggut Amran.
“kalau penat pun janganlah sampai masam je muka tu dengan tetamu kita”Fakhri menegur sikap Amran
“itu tetamu abang. Bukan tetamu Am”jawab Amran
“kenapa Am cakap macam ni?!”Fakhri hairan
“jangan sampai tetamu abang tu lukai abang sekali lagi”kata Amran lalu berlalu meninggalkan Fakhri yang terpinga-pinga di dapur.

Fakhri berjalan ke luar rumah sambil membawa dua cawan air teh panas, kelihatan Sufian sedang termenung melihat ikan-ikan di dalam kolamnya. Fakhri menghampiri Sufian lalu mencangkung di sebelahnya.

“Terima kasih”kata Sufian ketika mengambil cawan yang dihulurkan Fakhri.
“sama-sama.”jawab Fakhri.
“mana perginya ikan betuk(puyu)? Dulu ada ikan betuk dalam kolam ni”tanya Sufian
“dah mati. Ikan betuk tu mati waktu aku cuci kolam ini”kata Fakhri
“oh ok”Sufian menghirup teh panas.
“jadi budak Amran tu adalah kekasih kau?”tanya Sufian.
Fakhri tidak menjawab soalan Sufian.
“baguslah kalau kau dah ada kekasih. Tidaklah kau keseorangan lagi”sambung Sufian.
“dah lewat ni. Kau tentu letih, lepas habis minum kau pergilah masuk tidur.”kata Fakhri lalu berdiri dan berjalan ke pintu rumah.
“Zhaf tinggalkan aku”beritahu Sufian
langkah Fakhri terhenti. Fakhri menoleh kebelakang dan melihat wajah Sufian. Mata Sufian kelihatan bersinar dan berkaca.
“dah lewat ni. Pergilah tidur”kata Fakhri lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
Sufian menganguk faham sambil mengetap bibirnya.
Fakhri sempat menoleh ke belakang lagi selepas beberapa langkah melangkah, Sufian mengesat air matanya.


*                     *                       *

pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Bunyi dentuman guruh mengejutkan Sufian. Sufian tersedar dari lenanya. Sufian melangkah ke jendela. Pandangannya sedikit kabur. Angin bertiup kuat. Air hujan lebat mencurah. Tubuh Sufian sedikit mengigil kesejukan.
Tiba-tiba tubuh Sufian dibaluti selimut dan pelukan seseorang dari belakang. Sufian menoleh.
“Zhaf??!!” sufian terkejut melihat Zharif memeluknya sambil tersenyum.
you sejuk ke sayang?”tanya Zharif sambil tersenyum.

“Zhaf!”Sufian tersentak lalu terjaga dari lena.
Hujan turun dengan lebatnya pada pagi itu. Sufian bangkit dari tilam dan berjalan ke jendela. Hujan serta tiupan angin kuat di luar jendela rumah. Sufian menekup mukanya sambil menahan sebak.
'Zhaf.. I sangat merindui you!!..' luah hati Sufian.

Amran mencuci kuali yang digunakannya tadi untuk memasak nasi goreng sebagai sarapan pagi. Fakhri berjalan ke dapur lalu menghidu nasi goreng yang dimasak oleh Amran. Fakhri memeluk Amran dari belakang.

“pergilah makan nasi goreng yang Am buat tu. Hujan-hujan macam ni sedap makan nasi goreng panas-panas”kata Amran.
“jomlah makan sekali”ajak Fakhri
“cedukkanlah nasi untuk Am”kata Amran.
Sesudah membasuh kuali, Amran duduk di kerusi meja makan disebelah Fakhri.
“nah untuk Am”kata Fakhri lalu menghulurkan pingan yang berisi nasi goreng.
“terima kasih”kata Amran sambil tersenyum.
“eh Paan, baru bangun ke? Jomlah sarapan sama kita orang”ajak Fakhri ketika melihat Sufian melangkah ke dapur. Air muka Amran sedikit berubah.
“ok gak”kata Sufian lalu duduk dimeja makan.
“urm kau orang makan dulu, Am nak pergi basuh baju dulu”kata Amran lalu berdiri.
“basuh baju? Tapi kan hujan sekarang ni, makanlah dulu”kata Fakhri
“tak pe, basuh dulu. Kejap lagi hujan berhenti Am sidailah baju”kata Amran lalu meninggalkan meja makan.
Fakhri sedikit terkilan dan serba-salah melihat air muka Sufian yang sedikit tidak senang.
sorry, Am sibuk sikit uruskan hal rumah ni. Dah jom makan”ajak Fakhri.
“ok”Sufian cuba untuk senyum.

Hujan masih lagi lebat. Belum ada tanda-tanda untuk berhenti. Waktu tepat pukul 11pagi. Sufian tidak keluar dari bilik selepas bersarapan tadi. Sufian tahu bahawa kehadirannya di rumah ini tidak diundang. Amran nyata tidak senang dengan kehadiran Sufian.

Sementara itu dibilik Fakhri, Amran masih dingin dengan Fakhri. Fakhri faham bahawa Amran tidak menyukai kehadiran lelaki yang pernah menjadi pujaannya dahulu. Fakhri menghampiri Amran yang sedang berdiri di jendela.

“Dia perlukan tempat tinggal. Paan perlukan bantuan, Paan tiada tempat untuk tinggal melainkan dirumah ini.”kata Fakhri
Amran hanya membatukan diri.
“abang tahu Am tak suka dengan dia, tapi tolonglah layan dia baik. Demi abang”kata Fakhri lalu memeluk Amran.
Amran tidak memberikan respon.

Hujan turun renyai-renyai. Hujan tidak lagi lebat seperti pagi tadi. Sufian leka membelek telefon bimbitnya. Gambar-gambar Zharif ditatapnya satu persatu. Fakhri dan Amran juga tidak banyak bercakap. Kereta dipandu perlahan.

Setelah selesai membeli barangan keperluan, tiga lelaki itu menuju ke medan selera di pasaraya tersebut. Walaupun cuaca tidak begitu elok, namun tidak menghalang pengunjung dari datang ke pasar raya tersebut, keadaan di medan selera khususnya agak sesak dengan pengunjung.

“Am ingat nak makan sizzling la bang”kata Amran
“oh ok, Paan nak makan apa?”tanya Fakhri
“tak kisah”jawab Sufian sambil tersenyum.
“nak try Thai food tak? Kat sana masakan Thai dia orang sedap”cadang Fakhri
“yeke? Tapi macam pedas je”kata Sufian
“oh kalau macam tu, Paan try la makan Yong Tau Fu”
“tapi tak kenyang pula kalau makan tu je”jawab Sufian
“tadi cakap tak kisah, ni banyak bunyi pula.. Am nak pergi cari tempat duduk,sibuk memilih makan je nanti sampai dah tak de tempat kosong nanti”kata Amran dengan sinis lalu berjalan mencari tempat kosong. Fakhri agak tergamam.
“aku rasa aku makan nasi berlauk kat sana jela”kata Sufian lalu berjalan ke kaunter yang menjual nasi campur.

Tidak banyak yang dibualkan semasa waktu makan tadi. Wajah Amran sedikit mencuka ketika menikmati hidangan. Sufian lebih berdiam diri dan Fakhri lebih banyak bercakap seolah-olah ingin menceriakan suasana.

Selesai makan Sufian berjalan berseorangan, dihadapannya Fakhri dan Amran sedang berbual mesra. Sufian sedar, kehadirannya tidak dialukan Amran. Namun Sufian tidak mempunyai tempat tinggal lagi. Keluarganya sudah membuangnya sejak mengetahui dirinya menentang fitrah alam. Sesuatu yang tidak boleh diterima manusia normal yang berpegang pada prinsip agama yang kuat.

“Paan!”nama Paan di sebut.
Paan menoleh ke belakang.
“mama?”terpacul perkataan itu dari mulut Sufian.
“Ya Allah, anak mama..mama rindukan Paan”kata ibu Sufian lalu memeluk kuat badan Sufian.
Sufian terkaku.
“bila Paan balik?”tanya ibu Sufian.
“semalam. Syukurlah mama sihat. Paan minta diri dulu”kata Sufian lalu mencium tangan ibunya sebelum berlalu pergi.
“Paan? Kenapa ni nak? Mama rindukan Paan ni.! Paan!!”ibu Sufian hairan dengan sikap anak bongsunya yang dingin itu.
Sufian melangkah pergi dengan laju.

Fakhri hairan melihat sikap Sufian. Sufian berlalu pergi meninggalkan ibunya yang terpinga-pinga sambil mengesat airmatanya.

“tak sangka budak tu layan ibu dia macam tu.”cebik Amran sambil mengelengkan kepala.
Fakhri tidak berkata apa-apa.

Hujan akhirnya berhenti. Kereta yang dipandu Fakhri bergerak dalam kelajuan sederhana laju. Didalam kereta hanya kedengaran lagu dari radio yang terpasang. Tiada langsung perbualan. Sufian hanya termenung di tempat duduk belakang. Memandang ke luar tingkap. Setibanya dirumah, Sufian terus berlalu ke biliknya. Fakhri dan Amran hanya melihat Sufian maniki tangga ke tingkat atas. Fakhri meletakkan barangan yang dibeli didapur. Amran membantu.

“apalah perangai budak tu. Tak patut buat ibu dia macam tu”kata Amran.
Fakhri berdiam diri.
“belajar pandai-pandai tapi perangai tak senonoh langsung..layan ibu yang melahirkan dia macam tu. Dia ingat dia dah pandai sangat dah bagus sangat sampai abaikan perasaan orang tua macam tu”gomel Amran
Fakhri tidak memberi respon hanya sibuk menyusun barangan di almari.
“langsung tak hiraukan perasaan ibu dia tadi. Ibunya betul-betul seronok berjumpa dengan dia, tapi dia pula layan macam nak tak nak je. Tak kenang jasa langsung, ibu yang melahirkan dia,membesarkan dia, mendidik dia sampai ke menara gading. Tak cium bau syurga la dia tu. Dia tak tahu ke syurga tu di bawah telapak kaki ibu. Boleh pula layan ibu dia begitu.”Amran terus mengumpat
“balik-balik rumah je terus masuk bilik!. Bukan reti nak tolong orang kat dapur ni. Dah la kurang ajar dengan emak dia, duduk rumah ni pun menumpang juga”
“Sudah!! jangan nak sibuk fasal orang lain!. Jangan terus nak menghukum orang kalau tak tahu perkara yang sebenarnya!”herdik Fakhri.
“tak perlu nak tahu! Sebab semuanya dah berlaku depan mata! Tapi abang je yang buta, tak nampak siapa budak tu yang sebenarnya. Sebab apa, sebab abang dah suka kat dia, buruk macam mana pun perangai dia, abang tetap suka pada dia!”marah Amran lalu meninggalkan Fakhri. Langkah Amran terhenti bila bertentang dengan Sufian yang tiba-tiba berada di dapur. Amran terus melangkah maju selepas bertentang mata dengan Sufian sebentar.
“ermm dia tak maksudkan apa yang dia cakap”kata Fakhri melihat Sufian meneguk minuman di peti sejuk.
“nak aku bantu apa-apa ke?”tanya Sufian serius
“tak. Semua dah selesai”jawab Fakhri
Sufian melangkah keluar dari dapur.

*                     *                       *

Waktu menunjukkan 8 malam di jam yang terdapat di papan pemuka kereta Inspira. Sofi memandu perlahan keretanya pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja. Lewat malam nanti Sofi mempunyai temu janji dengan teman wanitanya. Kekasih Sofi mengajaknya untuk menonton wayang. Tiba-tiba mata Sofi terbeliak. Keretanya dipandu perlahan melepasi sebuah gerai burger yang agak ramai dengan kunjungan pelangan.

'rupanya dia ada disini..selama ni babun tu kerja kat gerai burger rupanya'getus hati Sofi ketika melihat adiknya sedang sibuk membungkus burger di gerai tersebut.

Setibanya dirumah, Sofi terus berjalan masuk ke dalam biliknya
“Along dah balik, mari makan sama”perlawa ayah Sofi di meja makan bersama isterinya.
“Along nak mandi dulu!”jerit Sofi lalu menutup pintu biliknya,
“asyik sibuk je along tu. Sampai makan pun dah tak bersama lagi”kata ayah Sofi kepada isterinya.
“ye,baguslah bang. Untuk kesenangan kita juga nanti”kata ibu Sufian.
“saya tahu. Sebab tu lah saya risaukan juga si along tu. Asyik sibuk kerja je sampai makan minum pun tak terjaga”kata Nik Safri.
“tadi waktu saya beli barang di pasar raya, saya ada jumpa seseorang”kata Safiah.
“siapa?”tanya Nik Safri.
“anak bongsu kita lah.”
Nik Safri terkedu sebentar.
“Paan nampak elok je tadi bang. Cuma badan Paan kurus sedikit. Kalau ikutkan masa,rasanya tempoh pengajian dia dah tamat. Saya ingat nak ajak dia datang, nak kemas sedikit bilik dia tu nanti dia masuk..”
“kenapa awak fikir nak bawa dia balik sini?!”tanya Nik Safri serius.
“abang, dia kan anak kita..”
“bukan, anak saya cuma seorang je. Yang tengah mandi kat atas tu. Itu anak saya!”tegas Nik Safri.
“apa abang cakap ni, Sufian tu anak”
“haram.!”
Safiah tergamam.
“Saya tak pernah ada anak macam dia! Anak saya semuanya elok! Sofi itu anak saya!keturunan Budak yang awak cakapkan ini bukan keturunan saya! Dia gay! Awak tahu apa itu gay? Gay tu manusia yang bernafsu pada kaum sejenis. Kaum yang paling jijik di atas muka bumi ni!”tegas Nik Safri.
“Astaghfirullah al-azim..bawa mengucap bang. Itu kan anak kita tu bang. Anak yang keluar dari rahim saya dan anak yang abang azankan sendiri!”
“cukup! Saya dah tak nak cakap fasal ni lagi. Apa yang saya katakan adalah muktamad! Saya haramkan dia jejak kaki dia kat rumah saya!”bengis Nik Safri lalu masuk ke dalam biliknya.
Safiah mengelap air matanya dalam esak tangisnya.

Semua pelangan ssedang menikmati burger yang Fakhri sediakan. Semua pesanan untuk bungkus juga sudah selesai. Fakhri memandang kearah Amran yang sedang berbual bersama beberapa pelangan yang merupakan rakan Amran. Fakhri mendekati Sufian yang sedang memungah ais kedalam kontena minuman.

“kau ok ke?”tanya Fakhri
“ok je, kenapa?”tanya Sufian semula.
“aku tengok kau diam je dari tadi. Kalau kau penat, beritahulah. Kau boleh stop kejap. Rehat.”kata Fakhri.
“tak lah. Aku ok je. Lepas ni nak buat apa pula?”tanya Sufian.
“hurmm err ni, kau topup timun,bawang,tomato dan salad. Salad ada kat dalam bonet kereta.”kata Fakhri.
“ok”balas Sufian dan berjalan ke bonet kereta.
Fakhri sedikit risau akan keadaan Sufian. Mungkin Sufian tidak bersemangat dan ceria disebabkan peristiwa tengahari tadi di pasaraya dan didapur rumahnya.

Sufian memasukkan beberapa helai Salad kedalam bekas dari bonet kereta Proton Saga itu. Sufian membelek-belek daun salad yang tidak kotor dan layu.

“you tengok ni sayang, daun ni dah banyak yang layu lah”kata Sufian.
“ala bila cuci nanti segarlah”jawab Zharif.
“boleh pula macam tu”kata Sufian sambil tersenyum
“Paan!!”
“Paan! Ok tak?”teriakan Fakhri memangil namanya memusnahkan angan Sufian ketika bekerja dengan Zharif dahulu.
“ok”jawab Sufian tanpa menoleh kebelakang.

Amran berdiri disebelah Fakhri sambil berpeluk tubuh.
“tengoklah, waktu kerja pun boleh mengelamun.”jengkel Amran
look, he's having a hard time, tolong fahami dia”kata Fakhri
what ever”Amran berlalu pergi.
Fakhri hanya memerhati Sufian dengan pandangan sayu.

Pintu bilik dikunci Sofi. Sofi menuruni tangga dengan laju lalu berjalan ke dapur rumah. Kelihatan ibunya sedang mencuci pingan mangkuk. Sofi membuka pintu peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral lalu meneguknya.

“amboi bukan main wanginya kamu”tegur ibu Sofi.
“nak keluar ni mama”jawab Sofi lalu meneguk semula air.
“tak nak makan ke dulu?”tanya Safiah
“makan kat luar jela. Papa mana?”tanya Sofi.
“dah masuk dalam bilik”kata Safiah.
“awalnya, selalu papa mesti tengok tv dulu”kata Sofi.
“ayah kamu mengamuk tadi bila mama cerita fasal Paan”
“Paan?”Sofi terkejut
“ye, sebenarnya mama ada jumpa dia tadi kat pasaraya waktu mama beli barang. Mama ingat mama nak ajak Paan balik. Paan pun dah habis belajar. Biarlah Paan duduk dirumah ini sementara tunggu konvo dia nanti. Tapi papa kamu tu terus marah bila dengar mama cakap fasal ni”kata Ibu Sufian.
“mama tahu ke dia duduk mana sekarang?”tanya Sofi
“tak tahu pula. Dia tak cakap pun pada mama tadi. Mungkin dia tinggal dengan kawan dia yang pernah datang rumah ni dulu”
“kawan gay dia tu? Budak tu tetap tak berubah! Tetap menyongsang je hidup dia!”
“along! Jangan cakap macam tu! Buruk-buruk dia tu, dia tetap adik kamu!”marah Safiah
“kalau papa sendiri dah tak mengaku budak tu anak dia, kenapa pula saya?!”kata Sofi berlalu pergi meninggalkan ibunya yang sedang sedih.

Malam kian larut. Hampir setengah jam berlalu dan tiada pelangan lagi yang berkunjung di gerai Fakhri. Fakhri mengambil keputusan untuk menutup gerainya. Fakhri duduk sebentar sambil merokok melihat dua pekerjanya sedang sibuk berkemas. Sufian dan Amran tidak bertegur sapa. Sufian hanyut dalam dunianya sendiri, manakala Amran pula bersikap dingin sejak kehadiran Sufian.

Sebuah kereta Proton Inspira berhenti tidak jauh dari gerai tersebut. Fakhri berdiri. Amran tidak memperdulikan kehadiran kereta itu. Amran lagi sibuk berkemas. Sufian hanya memandang tajam ke arah lelaki yang keluar dari kereta itu.

“kat sini kau sembunyi rupanya ye”sinis Sofi sambil tersenyum
“kau nak apa?”tanya Sufian ketika menghampiri abangnya.
“nak burger la, tak akan jub* kau pula hahaha”
“kau lambat, kedai dah tutup!”tegas Sufian.
Fakhri hanya memerhati perbualan adik beradik itu.
“siapa tu bang?”tanya Amran
“entah”jawab Fakhri

“jadi, dah berapa lama kau ada kat sini?”tanya Sofi
“tak perlu kau tau. Tak penting bagi kau!”kata Sufian
“mana kekasih kau? Kekasih gay kau tu?hehe”Sofi memandang ke arah Fakhri dan Amran
“macam aku cakap tadi, tak penting bagi kau!”kata Sufian
“oh ok, ke pakwe kau tu dah tinggalkan kau. Dah ada belacan lain”
Sufian terdiam dan memandang ke arah lain.
“hahaha jadi betullah aku cakap? Memang pakwe kau dah ada pakwe lain hahaha, mesti dia cari jub* yang ketat sebab kau punya dah longgar hahahaha”Sofi ketawa terbahak-bahak
“aku rasa baik kau berambus sekarang!”marah Sufian.
“kalau aku tak nak?haha kau nak belasah aku? Eh jap ke kau nak liwat aku hahahaha”
'DUSHH' tumbukan padu Sufian membuatkan Sofi terjatuh kebelakang.
“Paan! Dah! Biarkan dia”kata Fakhri ketika menarik badan Sufian kebelakang.
bro aku rasa baik kau blah dari sini!”tengking Fakhri ke arah Sofi yang cuba berdiri.
“yang kau nak back up budak ni kenapa?! Kau tau tak budak ni macam mana? Budak ni gay! Kau nak ambil budak ni bekerja dengan kau lagi? Budak ni gay!”tengking Sofi
“aku cakap blah!”herdik Fakhri
“kau dengar sini Paan, kau ingat kau merayu pada mama kau boleh balik kerumah tu! Jangan harap aku nak benarkan! Papa pun dah haramkan kau jejak kaki ke rumah! Kau dengar tak!”
“aku tak pernah merayu pada mama pun nak balik ke rumah tu!”bentak Sufian
“oh tak nak.. habis tu mama cakap kau bukan main lagi merayu melutut pada dia supaya mama terima kau balik, supaya mama bagi kau duduk kat rumah tu semula apa?!! kau memang tak malu ye, kau dah calarkan nama keluarga. Kau dah malukan keluarga dengan jadi gay ni! Kau boleh lagi nak kembali pada kami! Wei sedar diri tu!”
“kau pula boleh lupa sebab apa aku jadi macam ni, semuanya sebab kau! Kau dulu yang ajar benda songsang ni kat aku! Kau yang buat aku jadi gay! Kau tak sedar ke?!”
“hahaha kau je yang bodoh! Itu semua untuk seronok! Yang kau anggap benda tu serius kenapa?! Bukan kau dulu juga yang enjoy benda tu kan? Kenapa kau nak salahkan aku pula. Kau tu yang bodoh!”
“kau memang nak mati sial!!”Sufian terus menerpa ke arah abangnya namun dihalang oleh Fakhri.
“Paan! Sabar!”Fakhri menolak badan Sufian.
“aku dah suruh kau blah kan!”tengking Fakhri kepada Sofi.
“hahaha kau layanlah budak gay bodoh ni bro..lama-lama nanti kau pun boleh jadi gay macam dia!!”kata Sofi lalu berundur ke keretanya.
“wei kau ingat ni Paan! Jangan pernah kau nak merayu pada mama lagi! Aku rasa baik kau berambus dari sini! Dan kau bro, baik kau buang budak tu dari jadi pekerja kau. Kalau tak semua pelangan kau yang makan burger kau nanti berubah jadi gay macam lahanat tu!”kata Sofi lalu menutup pintu keretanya dan memecut laju.

Sufian berjalan perlahan dan menyepak kerusi melepaskan amarahnya. Sufian berlalu pergi.
“Paan,.. Paan! Nak kemana tu?!”jerit Fakhri melihat Sufian berjalan ke jalan gelap.
“Am, tolong abang clossing. Pastu gerak balik rumah.”kata Fakhri menghulurkan kunci kereta dan rumah ke arah Amran.
“ta..tapi abang nak pergi mana?”tanya Amran binggung
“abang nak tengok Paan”jawab Fakhri lalu mengejar Sufian.


~bersambung~

5 comments:

  1. assalamulaikum kitalihat konflik diantara amran dan fakhri setelah paan tinggal bersama fakhri sedang kan amran tidak tahu hal sebenarnya .apa yang berlaku diantara paan dan family paan ,kita lihat bertapa ribdunya paan dengan zharif sampai kan berangan -angan teringatkan kisah dier dan zharif .dan sedang kan mak paan ingin dan dier balik duduk dengan family dier ,ayah paan tidak memberinya .dan kita lihat pergaduhan diantara paan dan sofi sedang kan sofi yang membawa paan ke dunia gay ,barulah amran tahu apa yang berlaku kepada paan dan family dier ,dier sedap mulut laser dier tu saje ,nasib baik paan ada fakhri yang sanggup bagi dier tinggal bersama denganya ,paan tahu fakhri dah ada buah hati amran .,kisah seterusnya nak tenguk apayang berlaku kepada paan ,fakhri dan amran ,adakah amran akan terima paan sebagai seorang kawan ,apa berlaku kepada keluar paan sedang kan mak dier sanggup menerima dier kembali dan abang dier sofi dan bapa tidak menerima nya ,nak tahu juga kisah zharif juga ,kena tunggu bab yang seterusnya ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt.. seperti biasa paksuman berjaya merumus penuh dengan teliti pada bab ini..dan saya terlalu amat kagumi cara paksuman dalam memberi rumusan dan komen pada karya saya..jelas menunjukkan paksuman benar-benar faham dan teliti dengan cara penulisan saya dan jalan cerita bagi novel ini..nantikan sambungannya untuk mengupas lanjut konflik antara paan dan amran..dan bagaimana fakhri utk kekal bersikap neutral dlm menjaga hati kedua-dua pekerjanya dan bagaimana paan menghadapi konflik keluarganya bgitu juga dengan zharif..adakah watak zharif bakal muncul semula..semuanya pada part-part akan datang..

      Delete
    2. tak perlulah kau nak buat summary paksuman. getik mata aku membaca ulasan macam celaka kau tu

      Delete
  2. wow bleh plak pecah lobang dikhalayak ...

    ReplyDelete
  3. heheh abg jangut pengomen tertinggi ..sekarang jd anonymous . khuzai salam

    ReplyDelete